Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Reshmi- Where do I begin..

  • 23
  • rain
  • 15 years ago
  • 3,659
  • FREE

 

Rintik-rintik hujan itu sungguh aneh. Bayu yang dingin itu benar-benar menggetarkan perasaan. Pohon-pohon rendang

yang berderetan dan kekuningan itu kelihatan begitu mengerikan. Joshua tidak pernah lelah bercerita tentang keindahan

tanah asing itu. Namun bagi aku semua itu tidak membawa apa-apa perbezaan. Semuanya begitu asing dan sunyi.

Bagaimana aku mampu untuk menikmati keindahan itu dengan fikiran seberat ini. Dan mengapa bumi ini perlu dibasahi

dengan gerimis pada waktu-waktu begini. Bagiku,gerimis senja itu ibarat lahar panas yang membakar hatiku.

 

Dan kau…

Di mana lagi harus aku jejaki…

Dan siapa kau sebenarnya..

Yang datang dalam gerimis, hilang dalam renyai…

**************************************************************************************************

 

Aku gelarkan kau Reshmi. Kau mahu tahu kenapa?. Kerana pertembungan kita, kesinambungan kisah kita dan rasa yang

kita kongsi bersama benar-benar mirip dengan sebuah cerita yang pernah aku tonton sewaktu aku kecil-kecil dulu. Watak

gadis itu bernama Reshmi. Kau sebenarnya sama saja sepertinya. Keanak-anakkan, lurus dan degil. Tapi Reshmi, aku tak
mahu kisah kita juga berakhir seperti cerita itu. Sebuah pengakiran yang terlalu sadis dan kejam.Tiga malam tidurku tidak
nyenyak terbayangkan nasib hero yang malang itu. Waktu itu, aku tidak sedar yang heronya telah merangkul berpuluh-

puluh anugerah kerana kesudahan yang tragis itu. Tapi apa yang akan aku dapat seandainya kisah kita juga berakhir

begitu? Aku tidak mahu menjadi lelaki gila dan penasaran.  Aku juga tidak mahu kembali terlontar ke alam yang sepi dan
terasing itu lagi.

 

What do you think Joshua”?

No brain damage, no internal bleeding. She is completely fine”.

Are you sure. Tapi kenapa dia macam langsung tak ingat apa-apa. She is completely lost”.

Hey, come on dude. Aku ke kau yang jadi doktor sekarang nie”?.

“Eleh, entah-entah sijil doktor tu kau beli jer masa kat oversea sana”.

Hey, that’s too much haa.By the way, aku rasa baik kau berhenti la dengan semua kerja gila ni”

No way. It’s too late now

Why”?

You know the answer

“You are crazy man”.

 

Joshua kata aku gila. Mama kata aku manusia pelik. Papa pula lebih gemar ambil langkah berkecuali. Dan aku tak

pernah peduli dengan apa saja tanggapan mereka. Asalkan aku sentiasa  dapat bersama kau Reshmi. Terus terang aku

selalu saja berdoa agar kau tak akan ingat untuk selama-lamanya. Aku mahu kau kekal menjadi Reshmiku sehingga ke

akhir hayat.

 

Kadang-kala aku kasihan pada diriku sendiri. Aku sebenarnya mangsa kesepian yang terlalu kritikal. Seandainya tahap

kesunyianku ini dapat disukat, aku yakin parameternya sudah mencecah paras bahaya.  Aku punya rumah yang besar dan
mewah, tapi tinggal berseorangan. Mama membawa diri ke Montreal dan papa berhijrah ke Zurich. Jelas aku yang

terhukum kerana perpisahan mereka. Setiap hari aku mengulangi rutin yang sama. Bangun tepat jam enam, ke pejabat

jam lapan, pulang jam enam, makan malam jam sembilan dan lena tepat jam sebelas. Masalah di pejabat kadang–

kadang aku ceritakan pada Mak Kiah pembantu rumah. Dan setiap kali dia akan memberi jawapan yang stereotype

“sabarlah Am, Allah saja nak uji tue”. Aku cuma mampu tersenyum dan berlalu bersama bebanan yang tak pernah luak.

Soal kesunyian dan kebosanan aku lebih suka luahkan pada Pak Mat si penjaga rumah. Jawapan yang dia berikan lebih

berwarna dan puitis. Salah satunya “kesunyian itu indah bila dihayati”. Dan aku tak pernah gagal untuk  beredar bersama

satu lagi persoalan yang baru. Kitaran hidup yang membosankan itu hampir membuatkan aku jadi gila sehinggalah aku

dipertemukan dengan kau Reshmi. Aneh sekali, gadis comot yang tidur di depan pagar rumahku berjaya mengusir segala

kesunyian yang bermukim di hati.

**************************************************************************************************

“Aku tanya kau ni siapa!! Nama apa!!” Ni sudah kali ketiga Am bertanyakan soalan yang sama kepada gadis comot di hadapannya itu. Sabarnya cuma tinggal suku saja lagi.

“Hik Hik Hik”…Gadis di depannya itu pulak tak habis-habis gelak sambil menghisap jari.

“Hisy kau nie memang nak kena. Woi pekak, kau nie sapa nama!!Dari mana!!”Ditunjalnya kepala gadis itu sampai terjatuh.

“Nama kita, nama kita”…

“Haa nama kaulah, apa nama kau?”

“Nama kita kan, eh kita tak kenal awak, mana boleh bagitau nama”

“Astaga..Weh, aku pun tak kenal kau, yang kau tidur depan rumah aku nie kenapa?”

“Owh..Kiranya kita kenal la awak ya, sebab tue kita tidur kat sini. Nama kita kan”…

“Cepatlah Wei, nama kita kan, nama kita kan , kau nak kena hempuk lagi ke?”

“Tak mau, nama kita ialah...Alaaa, kita lupala nama kita..Hik Hik Hik”..

“Ya Allah, ada jugak yang mati kena bunuh pagi nie”.

 

Aku yakin yang asalnya aku sangat bencikan kau. Dari segi fizikal, aku yakin yang umur kau dalam linkungan dua

puluhan. Tapi perangai kau tak ubah seperti kanak-kanak lima tahun. Kau suka merengek, merajuk, makan ais krim,

hisap jari dan yang paling aku tak tahan kau selalu kencing malam. Kau takut tidur dalam gelap, kau tak lena selagi aku

tak habiskan baca buku cerita. Tapi lama kelamaan, aku mula sayangkan kau, aku mula kasihkan kau.

 

“Am, kita nak dengar citer pasal Rapplunzel”

“Hahaha, Rapunzel la Reshmi, bukan Rapplunzel. Rambut nie kalau nak simpan panjang kenala sikat selalu, nanti Am potong baru tahu”.

“Tak mau la, kita nak rambut panjang”. Reshmi dah mula terisak – isak.

“Yelah-yelah, Mari sini Am sikatkan, sambil tue kita dengar citer Rapunzel yer”.

“Hik Hik, nanti Am ikat tocang yer. Kita nak pakai riben warna merah tau”.

“Yelah. Duduk la diam–diam sikit. Kalau Reshmi nak tau, Rapunzel tue cantik tau, lagi cantik dari Mak Kiah kita”.

“Hik Hik, dia cantik macam Reshmi lar”.

Am tersenyum. “Nasib Rapunzel nie malang tau, sampai akhir sekali dia termakan epal beracun”….

“Alaaaaaaaaaaaa, Am tipu, yang makan epal beracun tue Snow White lar”. Reshmi mula buat muka comel.

“Eh betulla, dah tue kalau Reshmi yang comel nie  tau sangat, cuba cerita kat Am pulak”.

“Okey, Kalau Am nak tau, Rapunzel ialah seekor Ninja turtle yang ganas tau. Satu hari kasut kaca yang selalu dia pakai hilang..Dia menangis sebab kasut tu dia nak buat raya..”….

Hahaha, Am tergelak besar. “Dahla, Reshmi punya cerita lagi karut”.

“Hik Hik Hik”..Reshmi tergelak setelah hidungnya dipicit Am.

“Okey, sekarang Am nak Reshmi pergi gosok gigi dulu, lepas tue tidur”. Dibetulkannya tempat tidur Reshmi yang berselerak.

“Am teman Reshmi yer. Kita takut la tidur sorang-sorang”.

“Jangan nak mengada-ngada, Am kerja esok tau”.

“Huk Huk, nak Am temankan jugak, Reshmi mula terisak sambil menarik-narik lengan Am”.

“Yelah-yelah, tapi janji malam nie jangan kencing atas tilam lagi tau”.

“Hik Hik, Reshmi sayang Am”. Malam itu dan malam yang lain-lain Am terpaksa mendengar semua celoteh Reshmi sehinggalah dia terlena.

********************************************************************

 

Reshmi, bagiku kau adalah hadiah dari tuhan yang paling indah. Tempoh tiga bulan kita bersama adalah detik yang

paling membahagiakan dalam hidupku. Aku mula optimis, riang dan hidup ini kurasakan penuh dengan warna pelangi.

Rutin kehidupanku mula berubah. Setiap hari aku perlu pulang awal kerana kau akan merajuk sekiranya aku terlambat.

Aku juga sering terlambat ke office kerana penat melayan karenah kau yang takut nak tidur malam. Untunglah aku

bekerja di syarikat milik papa. Namun, aku tetap risau Reshmi. Banyak kali Joshua ingatkan aku yang kau boleh ingat

semula pada bila-bila masa saja. Kau hilang ingatan bukan kerana kecederaan pada otak tetapi kerana kau telah

menerima kejutan yang terlalu berat. Aku benar-benar resah sekiranya saat itu benar-benar terjadi. Aku yakin hari itu

akan menjadi hari kiamat bagiku. Dan segalanya mungkin terjadi.

**************************************************************************************************

“Kenapa nie Mak Kiah, tiba-tiba jer suruh saya balik rumah”

“Reshmi Am, Reshmi…Mak Kiah risau, badan dia panas sangat. Demam agaknya budak tue. Mak cik rasa baik cepat kau bawak dia ke klinik”.

“Adoi Mak Kiah macam mana nie, saya tak ada I.C dia”. Joshua. Yes, he is the one.

 

 

“Hello dude, what’s up”?

“Resh, dia demam teruk. Aku nak bawak dia pergi klinik, tapi aku mana ada I.C dia”.

“Tulah kau, dah banyak kali aku warning kau”.

Cut it short man, aku urgent nie!!Kau boleh tolong tak?.

“Okey, kau pergi hospital swasta nie. Kawan aku ada kerja kat sana. He will assist you there”.

“Thanks dude. You are great”.

 

Kau tahu Reshmi, tiga hari kau terlantar di hospital, tiga hari juga jiwa aku sakit. Aku benar-benar tak sanggup lihat kau

selemah itu. Aku rindu pada senyuman kau, celoteh kau dan segala-galanya. Siang malam aku berdoa agar kau cepat

sembuh. Aku benar-benar sepi tanpamu Reshmi. Tak pernah walau sekejap pun aku tinggalkan kau sayang.Tapi benar

kata orang, manusia takkan pernah mampu menduga takdir. Hari itu aku terpaksa tinggalkan kau sebentar kerana ada

hal yang penting di pejabat. Kebetulan pula jalan penuh sesak sehingga aku agak terlewat sampai ke hospital. Sampai

saja disana aku terus bergegas ke bilik kau. Ku lihat bilik kau kosong. Kau tiada di katil. Puas aku mencari kau di merata

tempat. Di tandas, kantin, wad lelaki, wad bersalin, semua tempat aku jejaki. Aku benar-benar sasar, takut dan gelisah.

Risau kalau kau kesakitan, bimbang kalau kau ketakutan.

 

“Doktor, mana patient di bilik nombor 25”

“Owh, maksud awak Zulaikha”?

“Zulaikha? Tak, saya cari Reshmi, kawan saya”.

“Encik, nama kawan awak tu Zulaikha. Dia ialah pesakit Amnesia yang telah lari dari rumah tiga bulan lalu”.

“Zulaikha..Tapi doktor dimana dia sekarang? Saya nak jumpa dia”.

“Saya minta maaf, tapi keluarga dia dah datang ambil dia sebentar tadi.”

“Mana boleh macam tue, mana tahu mereka sengaja  nak culik Reshmi ker. Reshmi tak tahu apa-apa doktor. Dia berfikiran macam budak kecil”.

“Saya rasa encik tak perlu bimbang, keluarga dia ada bawa bersama kad pengenalan Zulaikha dan semua rekod perubatan”.

“Saya tak percaya, Reshmi takut dengan orang yang dia tak kenal. Dia tak nak dengan sesiapa pun kecuali dengan saya”.

“Encik, Zulaikha dah ingat semula, dia dah kenal ibu bapa dia.”

Reshmi dah ingat semula, Ya Allah, tak mungkin..“Doktor, ada tak dia tanya pasal saya? Dia menangis tak waktu tue?”

“Seingat saya, dia tak ada sebut pasal sesiapa pun.”

Penjelasan apa lagi yang kau perlukan Am. Igauan kau dah jadi realiti “Tolong saya doktor, saya nak alamat rumah dia, saya kena cari dia”.

“Maafkan saya, keluarga dia tak ada pulak tinggalkan alamat mereka”. Lagipun saya rasa keluarga dia lebih berhak ke atas Zulaikha.”

“Doktor tahu tak apa yang doktor dah buat ha?. Doktor dah pisahkan saya dengan Reshmi. Saya memang bukan saudara dia. Saya jugak bukan suami dia. Tapi saya tak boleh tak ada dia, saya takut kehilangan dia, sebab saya”..Arrrghh…Reshmi, dia mana kau sekarang.

***********************************************************************************************

Petang itu hujan renyai. Ternyata, hujan itu sudah sinonim dengan suasana tragis dan pilu sebegini. Aku mencari kau

seperti orang gila Reshmi. Bajuku lencun dengan hujan dan lumpur. Berkali-kali aku terjatuh. Barangkali mindaku dan

fizikalku sudah tidak seiring waktu itu. Aku yakin yang kau masih belum jauh dari kawasan hospital. Terus terang aku

katakan hanya keajaiban tuhan saja yang boleh menemukan aku dengan kau Reshmi. Dan keajaiban itu benar-benar

berlaku bila aku sempat melihat bayangan kau didalam kereta milik keluarga kau.

 

Reshmiiiiii……Ya Allah, tolonglah aku..

Reshmiiiiii……Tolonglah berhenti sekejap sayang..

Reshmiiiii…….Janganlah tinggalkan Am..

Sewaktu ayahmu berhentikan kereta, aku benar –benar bersyukur sayang. Aku yakin, mana mungkin kau lupakan aku.

Tapi, kenapa wajah kau benar-benar keliru waktu itu. Kau kelihatan lain benar sayang, rambut kau tidak lagi ditocang tapi

dibiar lepas bebas. Kau tidak lagi memakai riben tapi diganti dengan scarf sutera merah jambu. Pakaian kau juga bukan

lagi seperti selalu. Waktu itu kau sangat ayu berbaju kurung biru.

 

“Resh”…terketar-ketar aku memangil nama kau sayang, bukan kerana kesejukan, tapi kerana rasa pilu yang tidak mampu ku tahan lagi.

“Resh”…Kuhulurkan riben merah kesukaan kau bersama juraian air mata yang tidak terbendung lagi. Air mata lelakiku gugur bila melihat wajah kau yang seolah-olah jijik dengan diri ku.

“Resh, ini Am sayang” Tuhan saja yang tahu betapa kecewanya aku bila kau memalingkan wajah saat aku ingin menyentuh pipimu..

“Mama, Ika rasa dia ni orang gila la”

“Reshmi..Am bukan orang gila..Reshmi saja nak bergurau kan, Am tahu, Reshmi marahkan Am sebab Am selalu paksa Resh tidur dalam gelap, Am selalu marah bila Resh kencing malam.Am janji, Am tak buat lagi sayang.Am janji..”

“Hahaha. Hello..Siapa yang kencing malam nie, mama memang sah orang gila nie. Jomla papa, kan tak pasal-pasal orang gila nie mengamuk pulak”.

“Nanti dulu Resh. Tolongla jangan buat Am macam ni. Macam mana Am nak mulakan hari baru tanpa Resh, macam mana Am nak tidur selagi tak bacakan Resh buku cerita. Macam mana Am nak makan selagi tak suapkan Resh”.

“Maaflah, Tapi saya ni Zulaikha, bukan Reshmi awak. Nah, ambil la duit ni buat beli makanan. Jomla papa”.

“Reshmi”..Ku sebut namamu untuk kesekian kali. Saat itu aku sudah tidak terdaya untuk merayu lagi. Ingat lagikah kau sewaktu itu aku genggam jemari kau erat, mata kita bertentang rapat.

 

“Seandainya ini pertemuan kita yang terakhir kali”..

“ Seandainya kita tak bersua lagi”..

“Maafkanlah Am kerana cintakan Resh”

 

Reshmi, sewaktu jemarimu terlepas dari genggaman ku, Aku tahu yang kita tak akan bertemu lagi. Aku sedar, itu adalah

kali terakhir aku dapat memandang wajahmu. Malang sekali sayang, kisah kita juga mempunyai pengakiran sama.

Where do I begin....
To tell the story of how great a love can be..
The sweet love story that is older than the sea..
The simple truth about the love she brings to me..
Where do I start.

With her first hello..
She gave new meaning to this empty world of mine..
The will never be another love, another time..
She came into my life and made the living fine..
She fills my heart..

How long does it last..
Can love be measured by the hours in a day..
I have no answers now but this much I can say..
I know I will need her till the stars all burn away..

                                                                        - Andy Williams, Love story-

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) oh my..
    sedihnye cite nih!!!
    *kesat-kesat air mata*
    thumbs up!

  • (Penulis)
    2) alalala..janganla nangis..Thanks for reading
  • 3) kesian Am.
    Nice story Rain.
  • 4) isk
    rain.
    nape lately rain nye karya gempak2 eh.
    sejak abis xm ni makin kuat berangan eh. hehe. power sey.

    idea dan konsep yg menarik.
    haiss, bila la caha nak pandai tulis camni.
  • 5)
  • 6) tersusun dan mengharukan... syabas!

    cuma, tajuk tu kalau guna bahasa melayu pasti lebih cantik...
  • 7) Tepuk 1000x..aku suspen, aku gelak, aku sedih..semua ada..
  • 8) rain...good job..unpredictable ending

  • (Penulis)
    9) Nurie : Thanks sudi baca dan komen

    Caha: Waa, pujian itu macam agak terlebih..hehe

    Ridh: Thanks Ridh, Yup..Maybe titlenya lebih besh in Malay..

    Darrius : Terharu dengan komen anda..huhu

    Nisa: Thanks yer cik Nisa di atas pujian itu..
  • 10) huhuhu... rain~~~
  • 11) ketidakwarasan padaku
    membuat bayangmu selalu ada
    aku takkan sadari
    bahwa kau tak lagi di sini
    ~sheila 0n7

  • (Penulis)
    12) shazmiey- kenapa shaz?
    Kurusawa - peminat sheila on 7 yer..

    Thanks for reading..
  • 13) cerita yg sgt best..mula2 aku rasa nama reshmi tu xsesuai dgn perwatakan gadis comot yg comel tu..pastu RAIN bg nama Zulaikha yg kufikirkan amat sesuai dgn watak tu..
    Suatu percubaan yg menarik RAIN..cite ni ade potensi untuk dibuat karya panjang n bersambung ke happy ending..aku xpuas baca cite yg sad ending wpun tu laa hakikat hidup...xsemua berakhir dgn kegembiraan.
  • 14) best!!!!

    mybe ade smbungan ker? plis..plis..plis..
  • 15) Aku mulai nyaman
    Berbicara pada dinding kamar
    Aku takkan tenang
    Saat sihatku datang

    (sambung balik lagu sheila on 7 nyanyian kurusawa kt atas tu)

    ceritanya sgt dekat dgn saya kerana mungkin saya seorang yg agak mengagumi orang2 yg kurang waras ni
  • 16) tahniah di atas sambutan yang menggalakkan
  • 17) rain...tolongla buat reshmi dua plak
  • 18) best
    jrng da ceta gne
  • 19) wow!!! nice story rain.. ^_^

  • (Penulis)
    20) edieca= thanks, biasa-biasa saja nie
    ecam=thanks for reading.
  • 21) best...
    berbaloi membacanya
  • 22) menarik!!! bgs btl rain olah cite ni...kisah2 yg terpencil...hemmm... suka...

  • (Penulis)
    23) thanks to all readers

Cerpen-cerpen lain nukilan rain

Read all stories by rain