Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Sisa Kemaafan Di Hujung Jalan Pulang (2)

  • 7
  • nurie
  • 15 years ago
  • 3,768
  • FREE

 

Baca Bahagian 1.  

 

        “Jangan risau, pasal majlis esok tu saya taulah macam mana nak uruskan. Awak nak masuk ke tak?” Soalnya lagi.

Seperti lembu dicucuk hidung aku menurut. Bermulalah cerita penyesalan yang tidak berkesudahan.

 

------------

 

         Langkah yang sumbang bisa mengarah ke jalan yang salah. Jika terlajak langkah kemungkinan besar bisa berpatah balik dengan sempurna. Andai terlajak jauh, sakitnya untuk kembali bagaikan meredah duri-duri yang tumbuh di atas jalan pulang. Malam itu aku buat keputusan atas desakan hati yang kuat. Kemunculan Azlan secara tiba-tiba juga menjadikan hatiku diserbu rasa bersalah.
         Azlan menghantarku menuju ke simpang jalan hujung kampung. Sepanjang perjalanan, suasana dalam kereta hening. Sesekali dia mengajukan soalan, menanyakan di simpang mana Rizman tunggu aku. Dan sepatah juga aku menjawabnya. Wajahnya kulihat berang tapi dia cuba berlagak tenang, memandu sehingga ke tempat yang di tuju. Ketika itu juga fikiranku ligat mengajukan pertanyaan pada hati sendiri. Emak di rumah bagaimana? Majlis pertunangan esok bagaimana? Wajarkah tindakan yang aku lakukan ini?
         Aku pandang Azlan yang memandu. Seakan mahu saja aku ajukan soalan itu padanya. Jika mungkin dia akan memberikan aku jawapan yang betul tika ini. Sebaik sahaja Azlan menoleh, aku cepat-cepat mengalih pandang semula ke depan.
        Aku tahu jawapan Azlan! Tapi aku musykil! Dia menyimpang daripada normal. Bukankan aku bakal tunangnya? Kenapa tindakannya jauh menyimpang sebegini? Membantu bakal tunangnya melarikan diri bersama lelaki lain. Bukankah itu juga tindakan gila? Tak kurang sama dengan tindakan ku meninggalkan majlis pertunangan? Semua orang di dunia ini sudah tidak munasabah. Tidak munasabah dalam semua hal!
        Ekor mataku sesekali menjeling wajahnya. Ketenangan dalam gerak lakunya dan tanpa suara itu mengatasi beban resahku. Menenggelamkan rasa curiga. Siapakah Azlan ini? Wajahnya semakin lama semakin menyerupai seseorang. Aku menyoroti masa lampau. Mindaku bermain-main dengan nama Azlan. Sehinggalah aku teringat pada sesuatu. Zaman kanak-kanak berumur 7 tahun.
        Aku pernah kenal seorang yang bernama Lan. Ya, Lan anak saudara Pak Haji sebelah rumahku. Tapi perkenalan itu sangat singkat. Tiga minggu berakhir sekelip mata dan dia di hantar kembali ke rumah ibunya di Kuala Lumpur. Lebih 10 tahun kami tak berjumpa. Aku mungkin terlupa pada rupa parasnya tapi aku takkan lupa pada perkenalan singkat itu. Ada sesuatu dalam kenangan itu yang tidak dapat dilupakan.
        Jika benar, apakah Lan itulah kawan kecilku yang mahu menjadi tunangku? Aku berfikir dan mengaitkan masa lampau tubuh yang ada di sebelahku tenang memandu. Sungguh! Dunia ini memang klise. Berputar-putar bumi melangkau tahun, dan kami berselisih lagi di tempat sama. Dan Azlan, takkan dia masih berpegang pada janji 10 tahun dulu, ketika dia masih kanak-kanak berusia 11 tahun?
        “Tak nak turun?” Suara kerasnya memecah sunyi. Aku kembali ke alam nyata. Fikiranku yang melayang-layang lenyap serta merta. Aku sedar sahaja kereta Azlan sudah berhenti di simpang hujung kampung. Simpang jalan yang senyap sunyi dari kenderaan lalu lalang. Kegelapan malam itu diterangkan oleh lampu-lampu jalan di sekitarnya. Dalam kesamaran itu, aku lihat sebuah Iswara putih di bahu jalan tidak jauh di hadapan. Seketika kemudian pintu Iswara terbuka dan seorang lelaki keluar dari perut kereta.
        Aku pandang Azlan di sebelah. Dia mendengus kasar. Disusuli sekilas pandangan yang dingin. Dia palingkan wajah ke luar tingkap. Mengeluh. Aku segera membuka pintu kereta dan berlari keluar. Dari jauh bibirku menguntum senyum. Senyuman dari hati yang lega melihat kelibat tubuhnya di situ. Rizman melangkah ke arahku lebih dekat, berdiri di bawah lampu jalan yang menyinar bulat. Aku besarkan mata mengamatinya. Wajahnya cukup jelas. Aku tak bermimpi!
        Wajah itu juga mempamerkan senyuman lamanya. Senyum yang tak pernah aku lupa. Senyum yang aku rindy. Senyumnya ku balas dengan pandangan berkaca. Empangan mataku mudah saja berat. Perlahan-lahan Rizman mengangkat tangan kanannya, diletakkan di atas kepalaku. Mengusap perlahan rambutku. Air yang bergenang di kelopak mata tumpah tanpa dipinta. Aku tatap wajahnya puas-puas. Seperti saja bintang-bintang di langit malam itu menangis haru bersamaku.
        “Kita takkan berpisah lagi sayang..” Ucapnya lembut. Airmataku mengalir laju dengan sendu. Tanpa sedar aku jatuh dalam dakapannya. Waktu itu juga Azlan menguak pintu keretanya. Rizman menjeling ke arah Azlan yang turun dari kereta. Dia meleraikan pelukkan dan pandang aku.
        “Siapa dia?” soal Rizman.
        Tangisku terhenti. Aku kesat air mata. Menoleh ke arah Azlan. Rizman memandangku menanti jawapan. Aku pandang Rizman dan Azlan silih berganti. Azlan datang mendekat tiba di hadapan Rizman dia berhentikan langkahnya. Dua pasang mata mereka bertemu.
        “Azlan..” Dia menghulurkan tangannya memperkenalkan diri. Rizman masih pandang aku. Keningnya berkerut. Aku tak tahu bagaimana untuk menerangkan.
        “Bakal tunang Biah.” Sambung Azlan.
        Riak wajah Rizman bertukar. Matanya dikecilkan. Tajam mengecam mata Azlan. Seperti ada dendam yang belum lunas. Azlan mengangkat bahu lalu menurunkan tangannya yang tidak bersambut. Dia tersengih. Rizman mengetap giginya sambil nafasnya turun naik. Waktu itu Azlan menjeling padaku. Aku tundukkan muka. Rasa bersalah padanya menindih-nindih di dalam hati.
        “Tak nak ucap terima kasih?” soalnya. Rizman cepat-cepat tarik aku rapat di sisinya. Azlan tersengih sinis. Pandangannya padaku masih tidak berganjak. Dia mengangguk-angguk sambil mengukir senyum paksa. Dalam senyumnya kulihat ada riak kecewa. Kecewa yang dalam. Melepaskan seseorang yang bakal menjadi miliknya, hatinya sendiri pasti terguris. Tapi itulah keputusan yang aku pilih. Keputusan tanpa memikirkan perasaan orang lain. Aku tega melukakan hati orang lain semata-mata untuk mengubat hati sendiri. Dan dia, kenapa dia akur sahaja? Rasa bersalah berganda-ganda menerkam jiwaku.
        Maaf... Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Namun hanya di hati tidak terluah.
        Azlan selangkah merapati aku. Rizman bertindak menghalangnya dari menyentuhku tapi Azlan lebih pantas. Tangan Rizman yang mahu menghalang dicapai oleh tangan kirinya lalu genggam kemas. Sementara beg pakaian sampai di tanganku dengan tangan kanannya. Seketika cuma. Dalam beberapa saat. Tapi aku dapat rasakan sentuhannya pada tali beg dan tanganku cukup kuat. Tangannya menggenggam dari atas pada tapak tanganku. Wajah Azlan kutenung seketika. Ada sesuatu di dalam anak matanya. Belum sempat aku selam dia melarikan padangan. Setelah menyerahkan begku dia beralih memandang tepat pada Rizman yang naik berang. Rizman mendada tinggi dengan bengis, melangkah mara ke Azlan. Marahnya meluap. Azlan sekadar tersengih membalas tenungan Rizman. Rizman rasa tercabar. Aku tahu perangai Rizman, pantang diperlekehkan. Dia mahu bertindak, tapi tapak tanganku pantas lebih dahulu menyentuh bahunya. Menarik dia supaya mereda. Rizman membatalkan niatnya. Giginya diketap geram. Azlan memandangku sebelum berundur pergi. Langkahnya longlai menuju ke kereta.
        Ketika dia membuka pintu keretanya, tekakku ringan untuk bersuara. Namanya kupanggil. Dia berhenti seketika. Tapi tak menoleh. “Tolong.. jaga mak saya.” Pintu kereta dikuak besar lalu masuk ke dalamnya. Keretanya meluncur laju meninggalkan aku dan Rizman.

 

Bersambung.....

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) tgh bosan2 so jd yg first baca... ada kesalahan ejaan yg tidak disengajakanlah nurie.. rindu jd rindy..huhu

    btw, pd pndangan saya, kalo nurie kompakkan bhgian 1 dan bhgian 2 ni, boleh dijadikan satu cerpen je... lepas tu, sy rasa kalo xde smbungan pon ok... best dah..*sy suka cerita tergantung...
  • 2) kalau dah suka sama suka,
    memang dah tak kenal yang mana botol kicap
    yang mana botol chuka...
    ~Ramlee - Bujang Lapok
  • 3) kenapa mesti bersambung? xsabar dah nie..
  • 4) bersambung???
    alllaaaaaaaa........
  • 5) alahai..nurie...cepat sket sambung...
  • 6) hehe, slightly kurang umph dari siri 1.
    idea ok, permainan kata pun saya nampak niat nurie.
    tapi mungkin nurie tak murnikan, tak eram lagi dialog2 dan plotnya. hihi.
    nurie tak berapa fokus utk letak punch kat part yang best2. sedikit linear. mungkin sebab terlalu fokus macam mana nak kembangkan cerita.

    kembangan ok, penceritaan sedikit menurun.
    boleh kompak dan ketatkan lagi. kemon episod 3!

  • (Penulis)
    7) tau2 je, ari tu sejam tulis terus post.
    isnsyaAllah kalau rajin + ada mood, akn disambung segera.

Cerpen-cerpen lain nukilan nurie

Read all stories by nurie