Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

ARJUNA mencari CINTA

 

Ini Arjuna.

Arjuna duduk termenung di kaki katil. Dilihatnya keadaan sekeliling. Berselerak. Dia mengeluh panjang. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Rupa-rupanya Cinta telah pergi. Cinta, kekasih gelapnya telah lari pergi meninggalkannya. Ditinggalkan atau melenyapkan diri, itu tak pasti. Yang pastinya, Cinta telah tiada! Selama lima hari lima malam Arjuna telah berusaha menjalinkan hubungan cinta dengan Cinta. Dan, pada malam kelima, iaitu tepat pada malam inilah, Arjuna telah kehilangan Cinta. Cinta telah melarikan diri daripadanya. Inilah penyebab akan terbitnya keluhan panjang yang keluar dari mulut Arjuna.


Arjuna perlu mencari Cinta. Cinta tidak boleh meninggalkannya begitu sahaja. Arjuna telah jatuh cinta kepada Cinta, dan cintanya kepada Cinta sangat mendalam. Lebih dalam daripada jurang Mariana yang terletak di Filipina itu.


“Sampai hati kau, Cinta”


Mengeluh lagi Arjuna. Kali ini Arjuna hampir menangis tetapi ditahan sekuat hati.


Lima hari lepas Arjuna membawa pulang Cinta ke rumah sewanya. Cinta ditemuinya di sebuah lorong gelap di belakang kedai runcit Ah Lek. Pada masa itu, Cinta terbaring lemah di sebelah sebuah tong sampah besar milik majlis bandaraya dengan kesan lebam dan luka yang agak teruk di seluruh badannya.


Cinta, sang wanita yang bergaun sutera ungu itu memandang tepat ke bebola mata Arjuna.


“Dup!”


Hati Arjuna ketika itu serta-merta terjatuh lalu bergolek-golek ke arah hati Cinta. Arjuna telah jatuh cinta! Dilihatnya lagi, Cinta memandang Arjuna seolah-olah meminta belas simpati daripadanya. Atas dasar kemanusiaan yang mendalam yang telah sedia tersemai sejak kecil oleh kedua orang tuanya, Arjuna dengan perasaan kasihan bercampur teruja yang membuak-buak dengan rela hati telah membawa pulang wanita yang bernama Cinta itu ke rumah sewanya.


Selama lima hari lima malam itulah Arjuna menjaga dan merawat Cinta dengan penuh kasih sayang. Selama tempoh itu jugalah Arjuna berusaha sedaya upaya menjaga hatinya agar tidak terjatuh jauh ke dalam hati Cinta. Namun, sifat semula jadi hati Arjuna yang mudah lembut dan berbunga-bunga memang tidak mahu mendengar kata. Akhirnya, Arjuna mengakui yang hatinya telah jatuh cinta kepada Cinta.


Pada malam kelima, Cinta telah hilang namun sempat juga dia meninggalkan sepucuk surat kepada Arjuna.


Arjuna,

Terima kasih atas segala bantuan dan jagaan yang kau berikan kepadaku. Aku perlu meninggalkan kau. Aku perlu mencari sesuatu di sini. Aku mencari kekasihku, Pungguk yang hilang entah ke mana selama beratus-ratus tahun di tanah Bumi ini. Aku sangat merinduinya. Maafkan aku kerana tidak memberitahumu sebelum ini. Doakan aku berjaya.

 

Yang benar,

Cinta ,

Manusia bulan.


Hati Arjuna yang dahulunya berbunga-bunga ceria seindah bunga matahari kini bak kaca yang jatuh terhempas ke lantai marmar lalu dilenyek rakus oleh lori seberat tiga tan. Cinta rupa-rupanya berkasih-kasihan dengan Pungguk. Bisa sungguh bait-bait tulisan di dalam surat Cinta itu. Bisanya hampir membunuh seluruh jasad, jiwa dan raga Arjuna.


Pada malam kelima itulah Arjuna nekad mencari Cinta. Cinta itu miliknya. Arjuna keluar dari rumah sewanya dan memulakan langkah mencari Cinta. Akhirnya, dia sampai di sebuah lorong gelap yang merupakan lokasi pertama yang telah menemukannya dengan Cinta suatu masa dahulu. Iaitu lima hari yang lepas. Cinta tiada di situ. Arjuna memandang ke langit. Bulan yang tergantung di langit mengambang penuh. Tiba-tiba sekilas cahaya putih terang menusuk ke bebola mata Arjuna yang sejak tadi bergenang dengan air mata lelakinya.


Pedih.


“BUKK!”


Sekujur tubuh wanita bergaun sutera ungu jatuh terhenyak ke jalan bertar yang basah itu lalu terdampar betul-betul di hadapan Arjuna. Wanita itu kemudian bangun perlahan-lahan dan memandang tepat ke arah Arjuna.


“Hai, saya Erwina”

“Hai, saya Arjuna.”


Hati Arjuna yang hancur berderai tadi dengan serta-merta bercantum satu demi satu. Arjuna sudah menemui cintanya...yang lain.




 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) baru tengok filem "Stardust" yeaa?(mengecilkan mataku)
    Adakah Erwina memakai jeans Edwin?
  • 2) manis dan menarik hati. nice one kamalia!
  • 3) Soooo comel...
  • 4) a ahla.. mcm citer stardust.. ehehe.. menarik

  • (Penulis)
    5) oh ye ke? tak pernah tgk cite stardust pun...kebetulan
  • 6) erwina ... erk! *berpeluh*

    hmm .. hm.
    ak ah la betul. sebiji stardust (walaupun x pernah tgk)

    haha. kidding kam.

    simple sangat ni kam, tapi penceritaan dia nice.

  • (Penulis)
    7) caha: mmg mengaku sgt simple. lorong gelap-lelaki serabut ala bohemian - wanita misteri entah dr mana = jadilah cerita spt di atas
    tq anyway
  • 8) erk?
    cepatnya hati Arjuna berubah...
  • 9) macam kat lam cte cine r..
    fes2 boy tu jth dri bumbung uma that gurl..
    then laki 2 pun bla dri hdp gurl 2 paz da lme dok uma..
    nk2 ending cte tuh, muncul lak laki yang lbey kurg ng laki fes td kat bumbung uma gurl 2 jgk..
    lbey kurg jek cte dy..
    anyway..nice story..
  • 10) pendek la. tak puas baca ni, mn pergi Cinta? dia dh jumpa ke Pungguk?

Cerpen-cerpen lain nukilan kamalia

Read all stories by kamalia