Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Tercipta Untukku

 

Cinta itu buta..tapi kita jangan buta kerananya..bila kita telah terjebak ke dalamnya, dua kemungkinan yang bakal kita perolehi,samaada ianya berakhir dengan kegembiraan ataupun dengan kesedihan.Walaubagaimanapun akhirnya, kita perlu terima kehadiran cinta itu sebagai satu anugerah.

Dania termenung mengingati kata-kata Alongnya,cinta itu buta, kerana butanya cinta itu..maka di dalam hati Dania masih tersisip kemas nama seorang insan yang dulu amat di cintainya..Muhamad Hariz.

Cinta Berputik

Muhamad Hariz,seorang lelaki yang di perkenalkan oleh kawan baiknya, Syukri ketika sama-sama terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Festival Filem Pelajar Malaysia tiga tahun lepas. Perkenalan yang tidak disengajakan itu telah memutikkan bibit- bibit cinta di antara Dania dan Hariz.

Atas pujukan Syukri,akhirnya Dania sudi menjadi seseorang yang istimewa di hati Hariz,
Walaupun ketika itu Dania hanya baru sebulan mengenali Hariz,namun kerana rasa percayanya pada Syukri,Dania sanggup menerima kehadiran Hariz sebagai seseorang yang istimewa di hatinya.Ada riak gembira ketika Hariz di beritahu tentang keputusan Dania, Namun tidak bagi Dania, dia menerima Hariz kerana Syukri,bukan kerana rasa cintanya pada Hariz sepenuhnya.

Dania adalah pelajar tahun kedua jurusan pengajian Diploma Keusahawanan,manakala Hariz ketika itu adalah pelajar tahun ketiga Diploma Electronik Industri.

Hari berganti hari,bulan berganti bulan, akhirnya perhubungan Antara Dania dan Hariz semakin rapat, sesuatu yang menjadi tandatanya pada Dania, mengapa Hariz begitu merahsiakan tentang perhubungan mereka daripada kawan-kawan serumah Dania.Setiap kali Dania ingin mempertemukan Hariz dan Kawan-kawan serumahnya, Hariz sering mengelak dengan memberikan pelbagai alasan.

Kawan-kawan Dania hanya mengetahui kewujudan Hariz dalam hidup Dania dengan suara, Hariz hanya berani bercakap dengan kawan-kawan Dania melalui telefon, bukan secara berdepan. Kehadiran Hariz secara misteri itu menimbulkan kebimbangan di hati kawan-kawan Dania.Bimbang Dania akan dipermainkan.

                                                          ****

" Sayang..Hariz nak pinjam duit ni,boleh tak? Next week Hariz nak beli komponen baru..Hariz dah sengkeklah..elaun dah habis..elaun sayang banyak lagikan?"
" Ha?..rasanya baru minggu lepas Dania bagi Hariz pinjam RM50..takkan dah habis..Daniapun tak ada duitlah,duit yang Dania ada ni untuk bayar yuran dan sewa rumah je Hariz.." balas Dania dengan lembut
" Bolehlah Dania,minggu depan kakak Hariz bank-in kan duit, Hariz bayar..bolehlah sayang,RM 250 je, Hariz janji,nanti Hariz bayar semula..please…" rayu Hariz pada Dania.
" em..okeylah,,Hariz janji ye next week bayar..kalau tak bunga naik dua kali ganda!"
" Okey sayang..Hariz janji..sayang Dania lebihlah…" Hariz tersenyum puas..

 

Untuk kesekiankalinya. Hariz meminjam wang daripada Dania,malahan setiap kali dia mengajak Dania keluar,Danialah yang terpaksa mengeluarkan wang untuk belanja makan dan minyak kereta Hariz.Kadang-kadang Dania bosan dengan cara Hariz, tetapi Dania terpaksa,betapa Dania telah mula menyayangi Hariz.

Tanpa pengetahuan Dania, Syukri telah berpakat dengan kawan-kawan serumah dania untuk menyelidik siapa sebenarnya Hariz.Daripada maklumat yang mereka peroleh, Hariz sebenarnya adalah anak kepada Dato’ Zulkifli, pemilik Kolej Lagenda Puteri , tempat mereka belajar. Agak mengejutkan bagi mereka kerana Hariz sebenarnya adalah seorang buaya darat dan mempunyai ramai teman wanita,malahan Hariz juga telah mempermainkan perasaan ramai gadis samaada di dalam atau di luar Kolej Lagenda Puteri. Malahan, Hariz telah berani mengaku dengan kawan-kawannya bahawa Dania hanya layak untuk menjadi koleksi mainannya,tidak lebih daripada itu.

Hasil penemuan mereka cuba mereka sampaikan kepada Dania, namun Dania tidak ambil pusing tentang kata- kata kawan-kawannya.Dania percaya bahawa kawan-kawannya tersalah orang atau sengaja mereka-reka cerita untuk memisahkan dia dengan Hariz. Syukri dan kawan-kawan serumah Dania menjadi bingung dengan sikap Dania yang tiba-tiba berubah.


Cinta Terlerai

Pada suatu malam, selepas makan malam di restoran, Hariz membawa Dania berjalan- jalan di Pantai Puteri.Hariz memimpin tangan Dania, membawa Dania ke tempat agak jauh sedikit dari orang ramai yang sedang duduk-duduk di tepi pantai itu. Suasana yang sunyi amat menakutkan bagi Dania. Tiba-tiba Dania terasa tangan Hariz sedang merayap-rayap di badannya, Dania cuba menepis tangan Hariz,tetapi Hariz tetap meneruskan perlakuannya,ketika itu Dania tidak melihat lagi Hariz yang di cintainya,di handapannya  ketika itu adalah Hariz yang tidak pernah dia kenali. Dengan sepenuh tenaga, Dania menampar muka Hariz, kemudian Dania berlari sekuat hati ke arah kawasan yang ramai orang. Dania akhirnya duduk di sebuah kerusi di sebuah warung berhampiran pantai itu.

Sambil menahan tangisnya, Dania mendail nombor Syukri.

" Hello,Syukri! Syukri tolong datang ambil Dania di Pantai Puteri sekarang,tolong Syuk..Dania sekarang kat warung nasi lemak Pak Din..tolong Syuk.." Rayu Dania.
" Dania..kenapa ni?Hariz mana?"
Dania tidak menjawab,yang kedengaran tika itu adalah esak tangis Dania.
" Dania tunggu Syuk sampai..Dania jangan pergi mana- mana ya!" pujuk Syukri.

Beberapa minit selepas Dania menamatkan panggilannya,tiba-tiba Hariz muncul di depan Dania..Dania jadi panik..Dania menggenggam telefon bimbitnya..bersedia bertindak jika Hariz menyerang.

" Dania,Hariz minta maaf..Hariz…" Hariz tidak mampu meneruskan kata-katanya..
" Hariz kenapa?..Hariz kejam!Hariz binatang!Dania benci Hariz..sepatutnya Dania dengar kata-kata Syukri ..kenapa Hariz buat Dania macam ni? Kenapa? sebab Hariz kaya? sebab Dania miskin?orang kampung? sebab tu Dania jadi mainan Hariz?.Memang Dania miskin!memang Dania orang kampung!tapi Dania ada maruah.. Dania bukan bohsia,bukan gadis murahan yang senang-senag Hariz nak jadikan mangsa Nafsu Hariz.."

kata –kata kasar Dania membuatkan seisi warung itu terkesima.Tanpa sesiapa sedar,rupa-rupanya Syukri telah berada di situ,mendengar butir-butir percakapan Dania.Amarahnya kepada Hariz tika itu semakin memuncak.

Hariz cuba memujuk Dania,cuba menarik Dania ke dalam pelukannya,namun Dania mengelak, membatukan diri di kerusi batu di warung itu.

" Hariz..!"

ketika Hariz cuba berpaling ke arah suara itu,satu tumbukan hinggap di pipi kirinya,hariz tersungkur.

" Kau memang lelaki tak guna Hariz! Aku menyesal kerana paksa Dania terima kau..!binatang macam kau ni tak layak untuk Dania!..sekali lagi kau dekat dengan Dania, aku laporkan pada polis apa yang kau cuba buat pada Dania malam ni…!"

Syukri menarik tangan Dania,membawa Dania ke keretanya. Dania hanya menuruti langkah Syukri,hanya Syukri yang menjadi kepercayaannya malam itu, Hariz yang masih tergamam dengan tindakan syukri, hanya mampu melihat kereta Syukri meluncur laju membawa Dania pergi.

Di dalam kereta,Dania menangis teresak-esak mengenangkan perlakuan buruk Hariz kepadanya. Syukri hanya diam sambil matanya terus menumpukan kepada pemanduannya. Lima belas minit kemudian, Syukri mula bersuara.

“Aku minta maaf Dania..sepatutnya aku tak harus kenalkan dia pada kau..”

“Tak..ni bukan salah Syukri..salah Dania,Dania minta maaf sebab tak dengar nasihat Syukri.”

Hariz buntu dengan sikap Dania, ternyata Dania bukanlah seperti gadis-gadis yang pernah jatuh ke tangannya sebelum ini.Ketika asyik memikirkan Dania, Hariz tidak sedar sebuah kereta meluncur laju ke arahnya ketika sedang melintas jalan.Hariz melambung tinggi.

Esoknya,heboh berita di kolej tentang kemalangan yang menimpa Hariz. Ketika di beritahu oleh Syukri tentang kemalangan yang menimpa Hariz, tiada langsung kesedihan mahupun kegembiraan yang terpancar di wajah Dania,Dania seolah-olah sudah tidak mengenali siapa Hariz. Nama Hariz di simpannya jauh-jauh di dasar hatinya, walaupun cintanya untuk Hariz masih mewangi,namun dia memilih tidak mahu disebut dan diingatinya lagi insan bernama Hariz itu, mulai saat itu, Dania telah menutup rapat-rapat pintu hatinya untuk kehadiran cinta, Dania begitu kecewa dengan Hariz.Hari berganti hari, bulan berganti bulan,tahun berganti tahun, kini Dania telah tamat pengajiannya di kolej Lagenda Puteri. Dania begitu gembira kerana selepas ini dia tidak perlu lagi mengenangkan kenangan yang dia lalui di kolej itu bersama Hariz.

Adam & Hawa

Dua tahun selepas tamat pengajiannya.Dania telah membuka perniagaannya sendiri, butik yang di beri nama Dania Mutiara itu adalah hak miliknya sendiri.walaupun agak muda dalam perniagaannya, Dania amat bersyukur kerana di beri peluang dan bantuan oleh kolejnya.Dania di beri peluang untuk mempromosikan perniagaannya di Kolej Lagenda Puteri,malah Dania di beri kepercayaan untuk menjahit pakaian rasmi untuk pekerja pentadbiran kolejnya.

Tiga bulan selepas kemalangan itu,Hariz pula menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah di luar negara,Hariz memilih berbuat demikian kerana dia malu dengan sikapnya terhadap Dania,Di samping itu,tindakannya juga di dorong  untuk memberi ruang kepada Dania menghabiskan pengajiannya dengan sempurna tanpa di bayangi wajah Hariz.

 Tiga tahun adalah satu jangka masa yang lama untuk Dania menghapuskan nama Hariz dari jiwanya,namun semuanya sia-sia kerana semakin Dania mahu melupakan Hariz,semakin itulah kerinduannya kepada Hariz menggunung. Kerana cintanya masih utuh untuk Hariz,maka dengan teganya Dania sanggup menolak cinta yang di hulurkan oleh Syukri,dan kerana itu juga,Syukri membawa dirinya jauh ke utara tanah air,jauh meninggalkan Dania.

                                                                        ***

 

Dua bulan kemudian,ketika Dania sedang berurusan dengan kerani kewangan kolejnya untuk menerima pembayaran untuk tempahan pakaian,tiba- tiba namanya dipanggil..

Dania berpaling ,dia agak terkejut melihat pemilik suara itu.


" Dania,saya Muhammad Hariz ..boleh saya berkenalan dengan awak?" Hariz memulakan bicara sambil menghulurkan tangan
" Saya Nur Dania..selamat berkenalan" jawab Dania ringkas.
"Encik  Hariz, urusan saya di sini telah selesai..saya balik dulu."

Dania mula resah,ada satu perasaan aneh yang wujud di hatinya ketika berdepan dengan Hariz. Ketika mahu melangkah,tiba-tiba tangan Dania di tarik oleh Hariz,Dania cuba menarik kembali tangannya, tetapi tidak berdaya kerana Hariz sengaja meguatkan genggamannya.

"Dania, Hariz minta maaf..Dania tolong terima Hariz..Hariz menyesal dengan apa yang Hariz dah buat pada Dania." Hariz merayu pada Dania.
" Hariz ingat Dania ni apa?. Senang-senang nak minta maaf.Dania ada maruah!"
Dania cuba menarik tangannya kembali,namun tidak berdaya.

Tiba-tiba Hariz melutut di depan Dania.


"Nur Dania, saya minta maaf, saya dah terima hukuman Allah,kalau awak nak hukum saya lagi,saya terima,pukullah saya semahu awak..saya cuma mahukan awak..saya minta maaf.." ada manik halus terjun dari pipi putih Hariz,terlihat Hariz begitu menyesali perbuatannya.

Dania mula rasa bersalah,di hatinya masih segar cinta untuk Hariz.Dania mengharapkan Hariz betul-betul sedar dari kesilapannya.

" Dania..cinta untuk Dania tak pernah hilang dari hati Hariz,lepas kemalangan hari tu,Hariz koma tiga minggu.Hariz menyesal..Hariz dah banyak buat dosa,lepas sedar dari koma, Hariz bertaubat, Hariz pergi tunaikan umrah ,Hariz berdoa pada Allah minta di ampunkan dosa Hariz dan diberikan petunjuk, masa Hariz tertidur di Masjidil Haram Hariz mimpikan Dania,masa tu Hariz percaya, Allah hantar Dania untuk ubah Hariz,walaupun cara kehadiran Dania agak berbeza..Dania tolong maafkan Hariz,dan tolonglah terima Hariz..Hariz tahu Dania rasa apa Hariz rasa sekarang..Dania tolong jangan tipu diri Dania.."Rayu Hariz.

Dania terdiam mendengar kata-kata Hariz, tiba - tiba Hariz terasa Dania membalas genggaman tangannya, Hariz yang tunduk ketika itu,terus mengangkat muka menatap wajah Dania, ada manik halus terjun dari tubir mata Dania.

" Dania dah lama maafkan Hariz.."Ringkas jawapan Dania.Namun cukup memberi kepastian pada Hariz.

“Hariz yakin Dania ni tulang rusuk Hariz?”.Tanya Dania.

“Hariz pasti!”,Balas Hariz.Dania tersenyum.
" Dania sudi terima Hariz?" Tanya Hariz ,Dania hanya menganggukkan kepala.

“Nur Dania,sudikah awak menjadi isteri saya?”. Tanya Hariz lagi.

 Dania terdiam,dipandangnya lama wajah Hariz,mencari kejujuran pada wajah yang amat di rinduinya itu.Setelah yakin dengan kejujuran Hariz,Dania menganggukkan kepalanya.Hariz terharu dengan keikhlasan Dania.

Dua minggu selepas Hariz melamar Dania, akhirnya Dania dan Hariz di ijab kabulkan.Keputusan yang memastikan dan menyimpulkan cinta Hariz pada Dania untuk selamanya.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Penceritaan dan naratifnya sangat baik, tapi masih tidak ada apa-apa yang baru tentang cerita ini. Masih biasa macam cerita-cerita cinta lain yang selalu dibaca.
  • 2) menghayati citer ni teringat beberapa filem... cam sembilu yusuf haslam pun ada gak... style filem dangdut indonesika 'pasungan duka' rhoma irama pun ada gak... yg pasti, idea sarat rasyidah mengagumkan... mesti mencurah2 idea nih...

    plot citer boleh diperbaiki lagi jika diteliti pada kosakata dan susunan ayat2 yang mampu membangkit emosi... boleh menarik jika diolah2 lagi... simpan manuskrip ini dan jika ada idea, boleh cantikkan lagi mutunya ya

    teruskan berkarya ya dik

  • (Penulis)
    3) FahdRazy: Thanks bagi komen yg membina..
    Kak Adreena : Thanks atas komennye..insyaAllah akan saya baiki mutunya..
  • 4) setuju dengan FahdRazy, dari sudut cliche naratifnya. Pendapat saya ialah, Anda perlu keluar dari kepompong kebiasaan. Cuba korek satu perkara yang menarik dan yang jarang diceritakan oleh orang lain, dari sebuah situasi yang biasa. Menulis memang mudah.Tetapi untuk mengekalkan pembacaan pembaca amatlah sukar(saya ingatkan diri saya juga). Apapun, teruskan menulis.
  • 5) Saudari Rasyidah,

    Menulis kisah cinta kadangkala tidak semudah yang disangka. Seperti yang kita sedia maklum, cinta hadir dalam diri setiap insan tidak kira peringkat usia mahupun kedudukan.

    Membaca kisah ini, seakan ada iras-iras cerpen pertama anda yang bertajuk "Andai Itu Takdirnya" Saya tidak kata ia serupa cuma iras-iras.
    Kali ini penceritaannya lancar tetapi emosinya boleh saya katakan kurang atau tiada.

    Menulis kisah cinta, kosa kata atau bait-bait ayatnya berlainan dari genre lain. Harus membawa pembaca ikut sama terbuai dengan perasaan watak. Saya yakin anda mampu lakukannya. Selamat berkarya...
  • 6) aritu dah baca ni tp lupa nk komen..ramai dah komen ni..yg otai2 pulak tu..sy sokong kata2 diorg n maybe untuk penambahan pada gaya bahasa asy dan kelancarannya.(leh blajar dgn ridhrohzai/pap penyu dan ramai lagi). dan asy mungkin juga boleh bereksperimen dengan plot/jln cerita..tak semestinya terlalu mengikut kronologi..twist2 sket mcm caha n kurusawa.
  • 7) Banyakkan bacaan karya-karya penulis maantap. Ia membantu.

Cerpen-cerpen lain nukilan rasyidah

Read all stories by rasyidah