Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

"Dan sebenarnya...."versi edit

 

Setimbun buku di atas meja Ika pandang kosong. Ika melepas keluh. Separuh hati dia menghampiri meja lalu buku berkulit hijau tua dicapai. Beberapa helaian diselak perlahan. Pembacaannya terganggu bila pandangannya jatuh pada helaian ke lima. Ika melihat contengan di sudut kiri bawah dekat bucu kertas yang terlipat: “Sila buka.” Dia betulkan lipatan kertas itu. Dia tersenyum sendiri. Ada simbol hati di situ.

“Ashman, kau ni kalau tak conteng nota aku tak boleh ke?” geram Ika melihat temannya yang tinggi lampai itu dengan selamba tersengeh-sengeh.

“Inspirasi ni, kalau kau bosan masa belajar nanti mesti kau gelak!”

“Tak ada maknanya. Bosan aku tengok contengan-contengan artistik kau ni, tahu tak?”

Ashman memandang ke dalam mata Ika. “ Betul kau bosan?”

“Yelah!” jawab Ika sambil mengemas buku-buku yang berselerakan di atas meja ke dalam beg. “Aku nak balik, jom!”

Ashman membatu di situ. Ika yang sudah beberapa tapak melangkah memalingkan mukanya bila tersedar Asyman tidak mengekori. “Tak nak ikut?” soal Ika. Ashman menggelengkan kepala. Melihatkan reaksi Ashman, Ika meneruskan langkahnya tanpa kata. Suasana cafeteria yang hingar-bingar sedari tadi terus-terusan begitu.

*****

“Man, kau ada masaalah ke?” soal Ika selepas kelas Dr Wahabuddin, Dekan dari Fakulti Undang-Undang. Ashman yang sudah berdiri di hadapan pintu menoleh memandang Ika tanpa senyum seperti selalu.

“Aku bosan!” jawab Asyman sejurus sebelum meninggalkan Ika terpinga-pinga sendirian.

Beberapa bulan berlalu, hubungan antara Ashman dan Ika menjadi semakin renggang. Bukan setakat berbual, bertegur sapapun belum tentu mahu. Ada bayang Ashman maka hilanglah kelibat Ika. Begitu juga sebaliknya.

Satu petang, Ika menerima panggilan telefon daripada seorang wanita. Beliau memperkenalkan diri sebagai Afiqah.  Tangisan dari wanita itu benar-benar mencarik hati wanitanya. Ika juga turut menangis dalam diam. Setiap masa dan ketika, telinga Ika bagaikan terngiang-ngiang terdengarkan cerita dari Afiqah. Dalam hati, Ika beristighfar beberapa kali. Kesedihan hatinya kali ini sudah tidak ada sesiapa yang dapat merawat. Ika rasa terpukul dengan kenyataan yang baru diterimanya itu.

“Saya Afiqah kakak Ashman. Saya dapat nombor Ika dari diari Ashman.” Gugup suara wanita di hujung panggilan. Ada debar yang mengocak dadanya tika itu tapi Ika cuba bertenang.

“Ada apa Afiqah? Boleh saya bantu?” soal Ika lembut.

“Saya mahu minta tolong dari Ika...” lembut bicara wanita itu. Ika terus mendengar tanpa memberikan sebarang reaksi.

Suasana hening seketika. Cuma kadang-kadang terdengar bunyi lori di jalanan.

“Pertolongan yang macam mana tu?” soal Afiqah lambat. Ada kerisauan pada suaranya. Masakan tidak, hubungannya dengan Ashman bukanlah seakrab dahulu.

“Saya tak tahu kenapa, tiba-tiba sahaja Ashman berubah. Dia kata ada penunggu busut tepi rumah kami sudah berjanji mahu jadikan dia pelajar cemerlang di kolej juga menjadi kegilaan perempuan. Saya takut sesuatu yang tak baik akan berlaku. Saya risau sebab dia menghantar sepinggan pulut kuning setiap petang ke busut itu. Ika tolong nasihatkan dia ya?” tersedu-sedan suara Afiqah, timbul-tenggelam dengan bunyi bising di tepi jalan.

“Maksud awak?” soal Ika terkejut.

“Saya tak tahu, cuma saya takut kalau-kalau perkara yang dibuatnya itu lari dari aqidah Islam. Saya ni tak pandai ilmu agama, tapi kalau boleh saya tak mahu dia tersesat.”

Ika terdiam. Tiada kata yang dapat dilafazkan ketika itu.

“Insya Allah, saya akan cuba tanyakan masaalah...” belumpun sempat Ika menghabiskan ayatnya, talian telefon terputus dek kerana kehabisan syiling.

“Ashman, mengapakah?” soal Ika kepada dirinya sendiri. Namun, soalan itu hanya tergantung tanpa jawapan.

Peperiksaan Akhir Semester semakin hampir. Ika cuba berjuang seperti selalu. Tangisannya bagaikan sudah kering. Ashman sudah betul-betul pergi dari hidupnya. Kehadiran Afiqah tempoh hari, walaupun cuma sekejap sememangnya berbekas di hati. Tikaman yang diterima oleh Ika sangat mendalam sehinggakan setiap kali memandang catitan-catitan notanya, wajah Ashman yang berlegar-legar di ruang mata. Ika buntu. Inilah kali pertama perasaan seperti itu wujud di hatinya. Namun, hatinya yang keras itu berdolak-dalik lagi membiarkan pelbagai alasan menutup kata hatinya.

“Kenapa sekarang?” terpacul juga sebaris ayat itu tanpa disedarinya.

Buku berkulit hijau tua itu dicampakkan ke katil.

“Sudahlah Ika! Yang pergi tetap juga akan pergi. Redhakanlah.” Kata Ika pada dirinya sendiri. Namun seketika, Ika menghempapkan badannya ke atas katil. Mukanya dipekup dengan bantal. Dia tersedu-sedan di bawah selimut merah jambu pemberian Ashman ketika hari lahirnya dua tahun lalu.

*****

Ika melalui lorong gelap itu sendirian. Kali ini dia yakin dengan tekad yang sudah membulat di hatinya. Ika perlu bersua muka dengan Ashman. Setidak-tidaknya dia perlu melihat sendiri kehidupan Ashman sekarang. Jalan bertanah merah itu diharungi sendirian. Walaupun jam baru menginjak ke angka lima petang, namun keadaan sekeliling bercerita sebaliknya. Seolah-olah kawasan ini putaran siangnya lebih pendek dari malam. Laluan yang dipagari rimbunan pohon yang menggalah membuatkan seperti waktu siang begitu lelah mengejar malam. Keadaan gelap dan suram itu seperti menunjukkan waktu di kala itu sudah jam tujuh petang.

Ika ketakutan sebenarnya. Dalam hati  dia bersyukur, setidak-tidaknya kehidupan Ika tidaklah sesusah seperti sekumpulan manusia ini yang terpinggir dari pembangunan teknologi, juga tersorok di hujung kampung. Sudahlah taraf sosial mereka lebih rendah, kemudahan asas juga bagaikan suatu benda asing dalam kehidupan mereka. Ika mencongak janji-janji ahli politik yang kononnya sentiasa mahu menjaga kebajikan rakyat. Beginikah hasilnya?

Ika disambut oleh seorang wanita bila dirinya terpacak di hadapan rumah Ashman, destinasi yang sedari awal ingin ditujui itu. Menurut wanita itu, Ashman tidak ada di rumah. Ika mengangguk lemah. Penat sahaja usahanya itu mahu berjumpa Ashman, rupa-rupanya Ashman pula tiada. Ika mahu melangkah pulang tetapi dihalang oleh wanita itu.

“Awak Ika kawan Ashmankan? Jemputlah masuk dulu. Dah malam ni, bahaya kalau mahu keluar ke bandar.” Lembut bicara wanita itu. Ika diam seketika. Diam-diam dia mengakui kata-katanya. Ketika perjalanan masuk tadipun dia sudah kecut perut, apatah lagi sekarang. Jam dipergelangan tangannya sudah menginjak ke angka tujuh. Sudah masuk waktu Maghrib.

Ika tersenyum dan mengangguk. Dia melangkah setapak untuk masuk ke dalam rumah.

“Kau buat apa di sini?” langkah Ika terhenti.

Sergahan dari suara yang memang dikenali itu membuatkan Ika tiba-tiba terasa hati. Ada air suam yang bertakung di pinggiran mata tapi sebaik mungkin cuba diselindungkan.

Ika hanya membisu seperti anak-anak yang dimarahi ibu.

 “Aku nak jumpa kau.” Jawab Ika dengan suara yang serak kerana menahan sebak di dada. Ashman diam seketika, lambat-lambat menjawab “ nak buat apa?”

Ika kehabisan kata. Sememangnya kehadirannya langsung tidak dialukan di situ. Wanita yang menjemputnya masuk ke rumah tadi juga membisu di muka pintu. Ika berasa sangat malu. Dia berlari-lari anak meninggalkan perkarangan rumah itu. Dia berlari tanpa menghiraukan arah mana yang sepatutnya dituju.

Sayup-sayup dia mendengar suara wanita itu memujuk Ashman supaya mengekorinya. Dan terakhir sekali telinganya menangkap sebaris ayat dari Ashman yang bagaikan belati menghiris hatinya, “Fiqah masuk! Biarkan dia.”

*****

Ika membuka matanya perlahan-lahan. Keadaan sekeliling kelihatan kabur. Dia mengonyoh-ngonyoh matanya seperti tidak percaya. Di hadapannya seorang lelaki tua dan seorang perempuan tua sedang tersenyum memandangnya.

“Pak Cik jumpa anak tak sedarkan diri tadi. Pak Cik bawa ke rumah kami.” Kata lelaki tua itu sebaik sahaja Ika sedar. Ika memandang wajah lelaki itu seperti kurang percaya. Di manakah dia sekarang?

“Anak jangan takut, Mak Cik dah masakkan sedikit makanan. Tentu anak laparkan?” soal wanita tua itu dengan penuh keibuan.

Ika terasa fikirannya kosong. Dia seakan-akan hilang arah dan terlupa setiap perkara yang telah berlaku. Ika kebingungan. Seketika berdiam diri, Ika membuka mulut juga akhirnya.

“Saya di mana sekarang?”

“Di rumah kami.” Jawab lelaki tua itu. Ika memandang wajah lelaki tua itu dengan harapan ada maklumat yang lebih terperinci yang boleh diperolehinya. Namun lelaki itu cuma tersenyum tanpa menambah lanjut jawapannya itu.

“Maksud saya di kawasan mana?” soal Ika berani.

“Anak sekarang berada di kampung kami, kawasan pedalaman Orang Asli Gombak.” Jawab wanita lanjut usia itu. Ika mengangguk. Sedikit demi sedikit ingatannya seakan kembali semula. Ika teringat tentang Ashman, Afiqah dan busut. Dia menangis sambil berlari tanpa arah dan tiba-tiba tersungkur lalu tidak sedarkan diri. Mungkin ketika itulah lelaki tua ini menyelamatkannya.

“Terima kasih.” Ucap Ika. Kedua-dua orang tua itu tersenyum.

“Nanti anak Mak Cik pulang, tadi dia ke pekan mencari sedikit roti dan biskut untuk anak.”

“Saya Ika. Mak Cik dan Pak Cik boleh panggil saya Ika.”

“Sedap nama tu.” Sapa seseorang dari muka pintu. Seorang lelaki melangkah masuk ke dalam rumah itu dengan menjinjit beg plastik berwarna merah. “Saya Abid.” Ucap lelaki itu. Ika tersenyum sambil mengangguk.

Beg plastik yang dijinjit diletakkan di atas meja di dapur. Empat buah cawan berisi air Kopi dan sepinggan biskut diangkut bersama dengan menggunakan dulang, lalu di bawa bersama-sama dengannya ke ruang tamu. Betul-betul dulang itu diletakkan di sisi ika. Ika membetulkan duduknya.

“Jemput minum Ayah, Ibu, Ika.” Pelawa Abid. Ika mengangguk. Perutnya sudahpun berkeroncong minta diisi. Sejak semalam dia tidak makan kerana risau mahu mencari Ashman.

“Makan Ika, jangan malu-malu.” Jemput lelaki tua itu lagi, kali ini ramah dengan senyuman. Ika membalas senyuman itu seikhlas hatinya.

*****

Satu fakulti gempar dengan kehilangan Ika. Jauh di sudut hatinya, Ashman gusar. Sejak hari itu, Ika menghilangkan diri. Langsung tidak ada jejak yang tinggal membuatkan kes kehilangannya kelihatan sangat misteri. Ika disorok buniankah?

Petang seperti selalunya, Ashman masih setia menghantar sepiring pulut kuning ke busut tempat dia terlihat seorang lelaki tua berjambang putih tempoh hari. Lelaki tua yang telah berjanji mahu menjadikan dia pelajar cemerlang dan popular.  Hari ini, dia berhajat mahu menunggu di situ sekali lagi. Jika untung nasibnya, maka dapatlah dia memohon satu lagi hajatnya.

“Kau tunggu aku?” sergahan lelaki tua itu mengejutkan Ashman yang hampir terlena menunggu. Ashman tersenyum kala lelaki itu menghampirinya.

“Saya nak minta satu lagi pertolongan.” Ucap Ashman ragu-ragu. “Tolong carikan kawan saya, dia hilang di kawasan ini.”

Lelaki itu ketawa besar sambil memandang sinis Ashman.

“Kalian manusia memang bodoh dan bongkak. Masakan aku yang kalian harapkan menjaga dan membantu?”

“Tolonglah saya.” Rayu Ashman lagi.

“Kau bodoh! Dia ada dengan aku. Kalau kau nak dia, aku nak kau bagi aku darah kau secawan setiap hari. Kau faham?”

Ashman menggigil ketakutan lalu berhambat pulang ke rumah mendapatkan kakaknya Afiqah. Dia menangis di pangkuan kakaknya itu dengan tersedu-sedan. Afiqah memujuk adiknya itu dengan memberikan kata-kata semangat. Ashman kembali tenang namun masih buntu.

“Kita minta bantuan Ustaz Hakim, kamu mahu?” soal kakaknya lembut. Afiqah seboleh mungkin mahu membawa adiknya itu kembali ke pangkuan agama. Lama Ashman terdiam sebelum lambat-lambat mengangguk.

Afiqah tersenyum.

*****

Ika terpinga-pinga. Dia memandang sekeliling. Asing sekali suasana yang dirasakan ketika itu. Ika mencari-cari Pak Cik, Mak Cik dan Abid namun bayangpun tiada. Ika sedang terduduk. Dia terhidu bau busuk. Tiba-tiba pandangannya jatuh pada sepinggan pulut kuning yang sudah berulat. Ika loya, sesak dadanya. Dia termuntah di situ juga. Ika cuba bangun tapi kederatnya sudah habis. Dia terduduk lesi.

“Ika! Ika!” Ika mendengar ada jeritan sayup-sayup memanggil namanya. Dia cuba menyahut tetapi suaranya bagaikan tersekat di kerongkong.

Ika beristighfar, dikuatkan hatinya untuk menjerit sekuat hati. Dia mahu pulang. Serta merta ingatannya teringat pada ibubapa dan kawan-kawan. Ashman!

“Tolong! Tolong! Tolong!”

“Ika! Ya Allah, kau dekat sini rupanya? Berhari-hari aku cari kau, aku lalu sini tapi tak nampak pulak kau.” Cemas suara Ashman di telinganya. Ika menangis terharu bila tubuhnya yang kurus itu dicempung Ashman.

“Kau jangan risau, kau dah selamat. Kita balik ya?” pujuk Ashman. Ika mengangguk lemah.

“Ika, aku minta maaf.” Lembut suara itu menyapa pendengarannya. Ika menangis tanda kesyukuran.

*****

Ika terkejut bila seorang pelajar junior menghampirinya dengan sampul surat berwarna biru.

“Kakak, ada sesuatu untuk akak.” Ucap adik itu.

“Siapa bagi ni?” soal Ika pula.

“Peminat akaklah. Tapi dia popular tau!” usik gadis itu. Ika menyambut gurauan itu dengan senyuman manis.

Sampul surat itu dibukanya. Hati Ika berdebar kencang. Tulisan tangan itu seperti dikenalinya. Ada air matanya sudah bertakung, cuma menanti empangan egonya sahaja yang pecah.

Setahun yang lepas, Ashman tiba-tiba melarikan diri darinya. Ika menangis hampir setiap malam selama beberapa bulan. Dalam tempoh itu, Afiqah yang menjaga dan memujuk hatinya. Sementelah pula, Afiqah juga telahpun mendaftar masuk ke kolej yang sama setelah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam Jurusan Syariah.

Di dalam sampul surat itu ada sekeping kad kecil berwarna merah jambu.

“Sila berjalan 10 langkah ke hadapan.”

Ika menuruti arahan yang tertulis di atas kad itu. Langkah ke sepuluh, dia berhenti. Ada sekeping lagi sampul surat surat berwarna biru. Ika mendapatkan sampul surat tersebut. Sekeping lagi kad berwarna merah jambu berada di dalam sampul surat tersebut. Ika mengambil kad merah jambu itu namun kali ini dia kebuntuan.  Kad kedua itu kosong tanpa arahan. Ika melihat buku kad, juga tidak ada sebarang lipatan di situ.

“Ika tunggu Ashman ke?” sapa seseorang dari arah belakang.

Ika menoleh arah datangnya suara itu. “Ashman!”

Ashman tergelak besar. “Terkejutnya kau tengok aku. Rindu?”

Ika mencebik. “Perasan!”

“Saya sekarang ni dah popular. Tak mahu jadi teman wanita saya ke?”

Ika terkedu. Ashman mahu mempermainkan hatinyakah? Wahai hati, tabahlah.

Ashman memandang ke dalam mata Ika, soalannya diajukan sekali lagi, namun Ika masih berdiam diri. Ashman berdiri kaku di situ.

“Ashman, kau jangan mainlah!” Ika mengerutkan keningnya.

“ Kenapa?” soal Ashman kurang faham.

“Aku bosan!” jawab Ika sambil tergelak meninggalkan Ashman yang tersenyum di situ.

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) okeh, hope pada yang da baca tapi tak faham hari tu, cerita ni saya da betulkan susun atur kronologi tu. meh komen lagi. kalau still tak faham, maknanya saya ni nak kena sembelihlah kot. Biar wat korban raya ni! hehehe
  • 2) ok2..sy xphmla.(mengapakah?)

  • (Penulis)
    3) paktam: dan itu bermakna kamu mmg tak faham atau mmg sengaja nak saya kena sembelih ni? hahaha )
  • 4) adush..jgn2 nk raya ni..
  • 5) ade part yg wat jue konfius tp paham gak la jalan cite dia..
    heheeh...

  • (Penulis)
    6) pinkygul: hahhaha, maksudnya mmg dah sampai seru la saya ni nak kena sembelih. ADOIYAI... huhuhuhu...
  • 7) sembelih buat rendang..leh cecah dgn lemang..nyam..
  • 8) *amek popkon duk row 4*
    krup krap krup krap
  • 9) Tak Faham! Tak Faham! Cinta mistik?
  • 10) terlewat membaca versi asalnya. huhuhu...
    dua kali membacanya, saya dapat 'tangkap' sedikit apa yang cuba disampaikan. rasanya saya faham (agaknya... )

    harap kali ketiga saya membacanya saya faham...
  • 11) saya faham jalan ceritanya..cuma dayya kena work outkan penceritaan yang lebih menarik..

    keep it up
  • 12) oh,saya xpasti saya faham atau tak..
    huhuhu..
  • 13) faham gaklah...maaf ye,tp apa kene mengena dgn penunggu busut tuh??~agak keliru..TP apa pon...keep it up!

Cerpen-cerpen lain nukilan dayya

Read all stories by dayya