Garis-garis Di Wajah Abah Menunjukkan Yang Dia Sudah Dimamah Usia, ‘lawatan’ Beliau Ke Alam Fana Ini Semakin Hampir Menemui Penamat.

Garis-garis di wajah Abah menunjukkan yang dia sudah dimamah usia, ‘lawatan’ beliau ke alam fana ini semakin hampir menemui penamat.

Disebabkan sakit gout yang dihadapi abah membuatkan pergerakannya terbatas. Namun, abah bersyukur yang Tuhan masih lagi memanjangkan usianya, memberikan beliau peluang untuk menikmati Ramadhan al-Mubarak tahun ini. Abah tersenyum memikirkan anak-anaknya dan perjalanan hidupnya, senyuman penuh kesyukuran.

 

Tafsir al-Quran di tangan Abah ditutup perlahan. Dikecupnya kitab itu lantas terluncur kalimah memuji kebesaran Tuhan. Terasa tenang dan lapang dada selepas seharian lelah bekerja dan berpuasa. Tiada apa yang lebih enak selain membasahkan lidah dengan kalimah-kalimah Allah.

  Abah membetulkan songkok di atas kepala, menggagahkan diri untuk berdiri dan meletakkan kembali kitab yang sudah lusuh itu ke atas rak buku. Titis hujan masih lagi membasahi bumi menyebabkan suhu malam itu lebih rendah daripada biasa.

  Lutut Abah tidak mahu menyerah kepada permintaan lelaki itu. Terasa setiap gerakan; sekecil mana pun, menerima tentangan hebat. Begitulah keadaan Abah sejak beberapa tahun ini. Garis-garis di wajah Abah menunjukkan yang dia sudah dimamah usia, ‘lawatan’ beliau ke alam fana ini semakin hampir menemui penamat. Abah sedar akan keadaan itu, bukan dia tidak tahu dan Abah sangat bersyukur yang Tuhan masih lagi memanjangkan usianya, memberikan beliau peluang untuk menikmati Ramadhan al-Mubarak tahun ini.

  Abah cuba tersenyum sekalipun beliau masih belum berjaya menegakkan badan. Abah bukanlah gemuk cuma sakit gout yang dihadapinya membuatkan pergerakannya terbatas. Lebih-lebih lagi dalam cuaca sejuk begini tetapi beliau gagahkan juga. Abah menerima ketentuan ini bahawa tubuhnya tidak lagi sekuat dan selincah waktu beliau masih muda.

  Setelah beberapa lama, barulah Abah dapat berdiri. Bukan Abah tidak mahu memanggil Rina di dapur tetapi beliau sudah terbiasa begitu. Sakit yang dihadapinya bukan untuk dikesali atau mendatangkan perasaan jengkel malah bukan menghalalkan dirinya dari mengeluarkan kata-kata kesat. Bagi Abah, inilah peringatan untuk beliau mengejar hari yang belum pasti, mengejar untuk membuat amal kewajipan selagi dirinya masih bernyawa, selagi mampu untuk beliau kerjakan.

  Sudah sampai masanya untuk Abah menghabiskan masa beliau dengan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. Sementelah lagi beliau sudah tidak bekerja dan anak-anak beliau sudahpun mempunyai kehidupan masing-masing. Sekalipun sukar untuk dilakukan, tetapi Abah percaya beliau mesti mempercayai bahawa anak-anaknya mampu untuk menjalani kehidupan mereka dengan baik, tanpa perlu campur-tangan dirinya.

  Si anak yang sulung kini bergelar seorang guru, mewarisi kerjaya Abah. Sejak dari usianya yang muda lagi, si abang yang paling sulung telah menunjukkan minat yang mendalam untuk menjadi seorang pendidik. Hafizlah yang membantu kesemua adik-adiknya dalam matapelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Sejak dari kecil lagi Hafiz telah menunjukkan sifat sabarnya dalam mendidik adik-adiknya.

                                                             + + +

Oh tidak! Sudah habis? Dapatkan dengan memuat turun Teori Pavlov si Syaitan, himpunan cerpen penulis dalam bentuk ebook.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) cerpen ucu ada kelas sendiri.. xtau nak komen apa..serah pada yg pakar..
  • 2) "lawatan beliau ke alam maya.."
    mmg alam maya eh? ingat nak kata alam fana.

    "kita semuapun bakal mayat?"
    ada eh org ckp gini? ucu kali ni banyak gunakan ayat baru

    "abah tahu2 sajalah di bongsu abah tu"
    hm.. ada word missing ke apa eh

    story wise, idea jelas dengan tempo yang linear.
    hmm, altho feelingnya ada, tapi cam few parts tu tak berapa sampai.

  • 3) yeah..setuju dgn caha..tgklah bila pakar komen..
  • 4) setuju dgn caha?
    oo ucu! dia senanye nak kritik kau tapi dia takut doh.
    rotan dia ucu.

    tajuk yang ucu pilih ada unsur sentimental pada ucu. mungkin ucu sedikit ditenggelami perasaan masa menulis.

  • 5) adesh..caha ni diam2 sudey..
  • 6) selalu cmtu kan? di saat2 terakhir baru nk terkenang segala
  • 7) em..sedeh laa cite nie..
    xnk komen ape2..xpandai..
    jz nk bgtau..nice..!

  • (Penulis)
    8) secara jujur, cerite ni dok terngiang-ngiang dah lama sgt. rase perlu sgt tulis tapi tak reti nak carik satu persoalan pokok maka ia sgt huru-hara

    paktam85: ah paktam anda ini merendah diri benar
    caha: tu la. aku pun rase mmg tak bes tp tak tau apsal aku tekan jugak butang publish tu. btw, time kaseh sbb point out. banyak betol terlepas pandang neh
    paktam: lenkali kalo rase nak betulkan, jgn le segan-segan
    caha: diminta usah buat statement begitu. ai tak pernah keluarkan statement mcm tu jadi ada baiknya anda tidak mengeluarkan sebarang pernyataan yang berbentuk demikian
    syud: beselah
    rasyidah: time kaseh sudi bace
  • 9) hati saya tersentuh...

    tidak mahu komen tentang penulisan kerana bagi saya, tambah itu tolak ini, ia sebuah cerpen yang punya nilai tersendiri dan digarap dengan penuh perasaan.

    baik sekali ucu! penuh hikmah...
  • 10) tengah emosi sewaktu membaca cerita ini..jadi cerita ini agak menyentuh perasaan saya..cuma beberapa kesalahan yang disentuh oleh en caha telah mengganggu konsentrasi saya..by the way..keep it up..

  • (Penulis)
    11) ridh: terima kasih sudi bace
    rain: ouh time kaseh. dah betulkan rasenye hari tu tapi lupe nak save kot. hee
  • 12) nice ucu.. flow citer tu smoth je dari awal sampai ending..
    ^_^
  • 13) saya memang peminat kamu!!
  • 14) ucu saya dah nak nannges dah ni..


    ucu mmg best!!
  • 15) Alya pun nak duit raya gak atok~~ hehehe

    nice story ucu. menitis air mata. hehe...

  • (Penulis)
    16) ecam: time kasih bace
    maul: sayang kamu juga
    ckin: oke oke dah jgn nangis
    alya: haha gi mintak kat atuk anda

Cerpen-cerpen lain nukilan uculer

Read all stories by uculer