Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Sang Arnab dan Sang Kura-kura(Episod Balas Dendam)

 


Had bacaan adalah diklasifikasikan umum. Watak-watak adalah rekaan tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Sebarang penipuan dalam cerita ini adalah imaginasi pengarang. Sebarang bantahan tidak akan dilayan. Keputusan adalah muktamad. Ngeh ngeh ngeh..


*****
 

Sang arnab sedang berjalan-jalan sendirian di tebing sungai. Wajahnya sugul mengenangkan kekalahan ketika berlumba dengan sang kura-kura.  Dia masih ingat peristiwa pada Sabtu minggu lepas. Dia dimalukan sang kura-kura yang berleher pendek. Haiwan-haiwan lain yang melihat perlumbaan tersebut semua bersorak menyokong Sang kura-kura. Tiada seekor pun yang memberi sokongan terhadapnya. Malah ada juga haiwan yang melemparkan kata-kata cemuhan mengejek dia. Sang arnab sekadar menundukkan kepalanya sepanjang hari tersebut. Mana kan tidak, setiap haiwan yang ditemui pasti akan membicarakan tentang perlumbaan tersebut. Sang arnab tidak mempunyai pilihan, akhirnya menyembunyikan diri seharian di rumah. Menekup telinga yang besar dengan kedua tangan yang kecil supaya tidak terdengar perbualan-perbulan haiwan lain yang mengutuknya. Sang arnab berhenti menghilangkan lelah seketika. Bayangan semalam hilang bila sang arnab terdengar bunyi kocakan air sungai. Badannya disandarkan pada sebatang pohon kayu yang rimbun daunnya.

Suasana petang itu sungguh damai sekali. Angin berpuput lembut dari arah selatan menyapa bulu-bulu sang arnab. Telinganya bergerak-gerak sekali-sekala. Sang arnab menebar pandangannya pada riak arus sungai yang berkocak seperti jiwanya tatkala ini. Dia mencapai seketul batu hitam leper yang berada di atas rumput hijau sebelah kanannya. Batu tersebut dilontar ke permukaan sungai. Selepas beberapa kali melantun di permukaan, batu tersebut tenggelam.  Terpancar senyum di wajah sang arnab. Mentol kuning menyala di atas kepalanya. Dia mendapat idea. Akhirnya gelak tawa Sang arnab memecah kedamaian petang itu. Sang arnab bingkas bangun dari duduk. Dia harus pulang ke rumah sebelum matahari terbenam. Kalau tidak dia akan demam atau pitam sebab dia rabun malam. Lagipun dia sedang kelaparan mengidam makan lobak. Dia harus lekas. Tangannya ditarik kebelakang. Kaki kirinya diangkat separas lutut ditarik selari dengan tangan. Dia tidak berlengah lagi terus membuka langkah berlari. Zoom! Scretttt…  Tiba-tiba dia tersadung. Debu-debu memasuki lubang hidungnya. Dia menggesel-gesel batang hidung yang bewarna merah jambu dengan tangannya.

“Ces, siapalah yang buang tin sepah-sepah ni. Tak menjaga alam sekitar langsung” gerutu Sang arnab. Kakinya sedikit cedera di bahagian lutut. “Nasib baik sedikit saja” bisik hati kecil Sang arnab. Dia mengutip tin kosong biru yang tertulis “Pepsing” di bahagian badan tin tersebut. Dengan langkah yang agak kengkang dia berjalan menelurusi denai-denai yang biasa dilaluinya. Hasrat hati ingin berlari dengan hati yang girang terpadam begitu saja. Apabila terlihat tong sampah di sebelah kanan denai. Sang arnab memberhentikan langkahnya lalu memasukkan tin tersebut ke dalam mulut tong. Sang arnab meneruskan perjalanannya tanpa menoleh ke belakang lagi. Esok dia akan menemui Sang kura-kura . Tahulah bagaimana dia hendak berdepan dengan kura-kura. Hutang malu dibayar malu! Hutang harus dilunaskan. Dia akui selagi hutang tidak berbayar selagi itu tidurnya tidak lena. Dihantui bayangan kura-kura yang berwajah hodoh. “Kalau manusia beragama Islam berhutang tetapi tidak melunaskan hutang maka dosanya tidak dihapuskan. Menurut Sabda Rasullah S.A.W : Diampuni dosa semua orang yang mati syahid kecuali hutang. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.” Sang arnab masih ingat lagi pesan datuknya itu. Datuknya sering mengikut tuannya ke surau mendengar ceramah agama. Tetapi datuknya tidaklah bermaksudkan hutang malu atau hutang darah. Bagi Sang arnab hutang malu ini perlu dilunaskan untuk kepentingannya sendiri. Maka, tidak boleh tidak dia harus menyegerakan pembayaran hutang tersebut. “Siaplah Sang kura-kura. Tahulah nasib kau!” monolog Sang arnab. Dia megenggam jari-jarinya yang kecil. Gambate! Teriak jiwa Sang arnab.

 

****

Sang suria memancarkan cahaya dengan cemerlang, terbilang dan gemilang. Senyumannya menyerikan pagi yang indah itu. Sang awan pula bertugas seperti kebiasaan, meredupkan kawasan-kawasan yang sudah terekod dalam buku lognya. Sang angin sekali-sekala menghembus dingin agar kepanasan pancaran Sang suria tidak terlalu perit memamah kulit hamba-hambaNya. Pohon-pohon jambu madu menari-nari mengikut irama yang dimelodikan Sang angin. Bagaikan satu teater musikal mereka menyanyikan rangkap “Air pasang dalam, surut pukul lima, nyonya bangun pagi siram pokok bunga” , begitulah keindahan pagi itu.

Di bawah pohon jambu madu yang berbuah ranum dua pasang mata sedang bertentangan antara satu sama lain. Terpancar cahaya yang berkilauan seperti bintang dari sepasang mata yang bundar. Empunya mata mempunyai cangkerang di belakang. Sesekali matanya terkebil-kebil menahan pedih dan kini manik-manik jernih sedang bergenang di tubir mata. Tidak mampu lagi menahan panahan mata dari seekor haiwan berbulu putih.  Haiwan warna hijau itu mendongakkan kepalanya memandang haiwan berbulu putih yang lebih tinggi darinya.

“Macam mana? Ada berani tak? Esok?” ujar Sang arnab sambil mengankat keningnya.

“Ces, poyo!” kata Sang kura-kura tapi tak terluah. Dia sekadar menelan air liur.

“Esok? Erm.. “ Sang kura-kura menggaru-garu dagunya seakan sedang berfikir sesuatu.

“Ye esok pagi. Tak akan takut kot?” cabar Sang arnab.

“Memang aku kecil tapi aku bukan penakut” Sang kura-kura rasa tercabar.

“Kalau macam tu, kau setuju kita berlumba lari marathon?” Sang arnab yang sudah penat berdiri duduk bersila di depan Sang kura-kura. Matanya masih memandang tajam Sang kura-kura.

“Sebenarnya esok aku ada appointment dengan Tok Penyu untuk belajar Kame Hame Ha” jelas Sang kura-kura. Dia sebenarnya mencari alasan untuk tidak berlumba lagi dengan Sang arnab. Dia tahu kelmarin dia menang nasib. Sang arnab yang tertidur di bawah pohon rambutan adalah satu kebetulan. Padan muka siapa suruh layan drift! Sang kura-kura tergelak kecil apabila teringat peristiwa tersebut. Dia berhenti tergelak apabila melihat mata Sang arnab berapi.

“Ala, itu kau jangan risau. Aku sendiri boleh berbincang dengan Tok Penyu. Aku akan utarakan perkara ini pada Tok Penyu. Dia pun berpengalaman sebagai pengadil. Jadi bolehlah jemput dia sekali. Macam mana?”  Sang arnab menghampiri Sang kura-kura. Tangannya menepuk-nepuk cangkerang Sang kura-kura.

“Erm.. baiklah” Sang kura-kura tiada pilihan. Dia terpaksa akur dengan ajakan Sang arnab.

Sang arnab tersenyum. Dia menghulur tangan untuk bersalam dengan Sang kura-kura. Walaupun mereka musuh dalam pertandingan.

“Habislah aku!” ujar Sang kura-kura dalam hatinya.

Yes! Esok aku akan balas dendam. Hahaha” jerit batin Sang arnab. Sang arnab tersengih yang tersirat sejuta maksud.

*****

sambungannya klik sini Sang Arnab dan Sang Kura-kura(Episod Balas Dendam) 2

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) nice story...very insteresting indeed...good job..hehehhe
  • 2) wah..terasa cam bace buku time zaman mude2 dulu la....buku yang penuh dgn gambar2 bewarna, ade arnab, kura2 gak...
    best2...skali sekala bace cerpen camni, enjoy gak....

    pas ni buat la sang kancil dan sang buaya version modennye....mesti gempak gak...

  • (Penulis)
    3) eugenia:thanks ek..harap2 sukalah citer rakyat zaman moden ni
    akma: hohoho..insyaallah xjanji ar..klu dtg idea nnt,sy buat la..hehe..thanks kerana singgah bersama komennya..
  • 4) clap2! akhirnya arnab pon menang.. hehehe (eh?).

    nice2!

  • (Penulis)
    5) mana tau citer xabis lg..
  • 6) ler x abis lagi. post la sambungan k.

    by the way, bukan ke kura2 leher panjang? cuma tak nampak dlm cengkerang?

  • (Penulis)
    7) kene tgu pas test mokai..skang xdpt nk fokus mengarang..hohoho..yg ni kura-kura spesis leher pendek..
  • 8) Esoknya, Sang Arnab terjaga dari tidurnya dek satu bau yang seharum bau kentut beruang kutub. Resdungnya tiba-tiba hilang. Arnab mengesat kedua biji matanya dengan kuat dan bingkas bangun! Di selaknya kain langsir 'made in China' yang menutup jendela rumahnya dengan tangan kirinya yang bergelumang tahi mata. Dari balik kaca jendelanya yang usang, Arnab dapat melihat Kura-kura sedang asyik membakar Barbeku di hadapan beranda rumahnya. "Cis! takde tempat lain ke nak buat barbeku? kenapa buat depan rumah aku ni?"

    hah hahah !!!! jangan marah Paktam!! saja je mengacau kamu...

  • (Penulis)
    9) haha..kurusawa..lehlah sambung citer ni..mcm best je..toing~~toing~~~
  • 10) sama2...tp memang best lah..coz kamu berjaya twist cerita rakyat yg bosan pada org dewasa to sumthin that berjaya tarik minat org dewasa utk baca.hehehe
  • 11) ceh bersambung la plak... ini bikin panas saja ni.. hehehe

  • (Penulis)
    12) eugenia: thanks.hehe
    shazmiey: ala kak..sabar tau..skang tga bz xleh nk pk lagi..
  • 13) tunggu sambungannya...
  • 14) adehla..
    ade sambungan lak..
    hehehehe..

  • (Penulis)
    15) hohoho...Sang Arnab dan Sang Kura-kura (Episod Balas Dendam) 2..dalam pembikinan..harap anda semua bersabar ek..jgn merusuh disini..ni website kesygn sy nie..
  • 16) paktam ni terer la dlm mgarang..
    kagum..
    nway..slmt berkarya dan berkarya..

  • (Penulis)
    17) thanks qaima sudi singgah ek..sy masih belajar ni..mana ada terer.huhu.insyaallah..sy akan terus berkarya..
  • 18) sumpah cerita ini sgt comel
    haha
  • 19) hohoho
    sentuhan kisah lama yang didewasakan dan dimodenkan sikit
    dem! nak jugak tulis camni. ahaha

  • (Penulis)
    20) uculer: thanks ucu..isk smpi bersumpah tu..adeh..
    cahatomic: caha nanti buat la psl sang kancil dan sang buaya..aku minat citer tu..
  • 21) ehehe..mmg besh gle..cumel jek..bbkt bsr upenye paktam ni tulis cerpen..mmg lucu

Cerpen-cerpen lain nukilan paktam85

Read all stories by paktam85