Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Betapa aku cinta pada mu...

 

Tahun 6 Anggerik

Saat aku duduk dibaris belakang memerhatikan si dia yang buat pertama kali menjejakkan kaki ke kelas aku. Budak baru yang berjaya mengurangkan konsentrasi aku pada buku bertajuk Alam & Manusia Tahun 6.Aku memandang pada wajah ayunya tanpa satu pun titik-titik jerawat dengan alis mata yang terbentuk seperti bukit yang cantik.Aku mengharapakan 'persahabatan' bersamanya walaupun jauh di lubuk hati ingin sekali aku menjadi kekasih hatinya.Namun,aku kekal menjadi kawan baiknya didalam kelas.Setiap kali tamat kelas,kami akan bertukar buku nota untuk menyiapkan kerja sekolah masing-masing.Cikgu sendiri tidak dapat membezakan tulisan kami. Di akhir tahun 6 sebelum kami memilih sekolah menengah,ingin sekali aku berkata aku ingin menjadi kekasihnya tetapi apakan daya aku malu dan takut akan kehilangannya lantas aku mendiamkan diri.

Tingkatan 4 Delima

Dia menelefon aku suatu hari,menangis teresak-esak mengatakan cinta pertamanya gagal.Lelaki tersebut main kayu tiga. Ingin sekali aku berada disampingnya tetapi naluri kawan membataskan perbuatanku.Aku tidak mahu disalahertikan sebagai mengambil kesempatan dikala dia lemah.Dia mengajak aku menemankan dia keluar makan. Aku setuju dan kami berdua menghabiskan waktu petang di KFC Jusco Wangsa Maju.Dia menceritakan padaku segala kisah sedihnya dan aku cuma memerhatikan matanya yang bergenang tetapi masih indah. Jauh di sudut hati,"Alangkah bertuahnya jika aku memilikinya".Sebelum balik,dia memandangku dan berkata "Terima Kasih" dengan penuh ikhlas sambil memegang tanganku.Pada ketika itu,aku ingin mengatakan "Lupakan dia,terimalah saya! Akan saya jaga awak bagaikan puteri" tetapi aku gagal kerana perasaan malu.

Tahun Akhir Pengajian Ijazah

Malam Anugerah Pra Graduan untuk meraikan tahun akhir bakal diadakan.Semua pelajar tahun akhir membawa pasangan masing-masing. Aku masih menanti pasangan aku.Pada ketika itu, 'MESEJ DITERIMA' dan ia berbunyi "Is,boleh tak temankan saya ke MAPG.Pasangan saya tak dapat datang sebab sakit dan tiket saya dah beli.Boleh tak?plzzzzzzzzzz" Lelaki manakah dapat menolak pelawaaan sebegitu lantas aku bersetuju.Walaupun aku sekadar menjadi pengisi ruang yang sepatutnya diisi oleh teman lelakinya namu aku sangat gembira pada saat itu.Selepas majlis tamat dan menghantarnya pulang ke kolej,aku memandang matanya yang berkilauan."Is,terima kasih untuk malam yang best sangat" dan dia keluar dari kereta aku meninggalkan wangian Lavender yang memenuhi ruang kereta aku. Pada ketika itu.aku sangat menyesal kerana masih tidak mampu mengatakan betapa aku cinta padanya.

Hari Konvokesyen Sidang Pertama

Aku menunggu hari dia menaiki pentas konvokesyen.Majlis aku telah pun tamat semalam.Aku mencari bunga yang terindah untuk dihadiakan kepadanya. Aku menunggu diluar dewan sejak pukul 8.00pagi walaupun konvonya bermula jam 10 pg.Aku melihat betapa cantiknya dia berjalan menuju Canselor untuk menerima skrol dari skrin besar yang diletakkan diluar.Aku berlari sekeliling dewan mencarinya sewaktu perarakan keluar graduan untuk bertemu dengannya.Dari jauh aku melihat,teman lelakinya bersama keluarga sedang memberikan bunga kepadanya.Setelah melihat aku,dia memanggil aku.Aku berjalan perlahan dan menghulurkan sejambak bunga ros merah kepadanya.Dia melihat aku dengan serius dan kemudian tergelak.."Terima Kasih,Kenapa lambat?"Aku cuma mampu senyum. Kalau diikutkan hati,aku nak tarik dia ke tepi dan mengatakan aku cinta padanya.Tetapi aku malu dan takut akan kehilangannya.

Beberapa tahun kemudian..

Aku mengelap air mataku dengan lengan bajuku.Cantiknya dia dalam pakaian pengantin berwarna putih dengan disulami manik-manik berbentuk bunga dan rama-rama. Wajahnya sungguh ayu dan menawan.Aku senyum memandangnya dan membayangkan alangkah indahnya jika aku yang disandingkan bersamanya.Alangkah indahnya sekiranya aku yang disuapkan nasi ketika makan damai. Alangkah indahnya jika aku yang menghabiskan malam pertama bersamanya..Aku cuma mampu memberikan senyuman kepadanya. Sebelum pulang,dia sempat mengatakan "Terima Kasih,Is untuk segalanya." Pada ketika itu juga,aku hendak mengatakan aku sebenarnya lebih layak berkahwin dengannya tetapi apakan daya aku masih seperti dulu.Rasa malu dan takut. 

Di Pengebumiannya

Aku cukup sedih mendengar berita kemalangannya ketika melawat ibu dikampung. Dia meninggal dunia di tempat kejadian bersama suaminya,meninggalkan anak kecilnya Tengku Iskandar Shah.Ketika aku ke rumahnya selepas pengebumiannya,ibunya berkata anaknya selalu bercerita tentang aku dari kecil lagi.Hmm..aku memeluk Iskandar Kecil yang masih tidak mengerti apa-apa tentang orang ramai dirumahnya,maklumlah baru berusia 3 tahun.Ibunya memanggil aku ke dapur.Aku diberikan diari Nuri oleh ibunya.Aku terus membuka diari dan pada muka surat yang terbuka didepan aku tertulis :"Aku memandang padanya,berharap dia menjadi milikku.Lelaki yang menjadi idaman aku dari kecil lagi.Aku risau jika mengatakan aku mencintanya dari hari pertama aku bertemu dengannya di Tahun 6 Anggerik.Aku mengharap dia akan mengatakan depan aku.Banyak kali aku mengharapkan cintanya.Tetapi aku malu dan segan padanya.Aku sering menangis di waktu malam untuk mu Iskandar.

Aku CInTA PADAMU!!!!!

Aku Cinta Padamu!!!

Aku Cinta Padamu!!!

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) alahai..sayang nye..knape x ckp awal...huhuhuhu..sdih la..igtkan tepuk sbelah tgn je...haru2....nak mcm mana  x de jdoh la katakn..ye x..apepon..good job...

  • (Penulis)
    2) Terima Kasih...kekadang kita tak pernah sedar pun tentang masa depan kan...
  • 3) sedihnye... kisah benar kah? urmm..
  • 4) Aku harap, jgn la ada malu dan segan lagi jika ketemu dia di alam lain nanti.
  • 5)

    memule nk setuju ngan jo. sekali aku tgk alam lain. adeh!

     

  • 6) ada berani?

  • (Penulis)
    7)

    Bertemu di alam lain..bukan mudah tuh..beb...Pencinta Agung..

  • 8) wuu sedih dan sayu. tapi nak buat macamana. smua ni Allah dah tentukan untuk kita. tapi seryesly sedih bila baca cerkon ni. :|

  • (Penulis)
    9)

    Berbanyak sabaq yek...

  • 10) terlewat utk membaca...
    aperpun sgt menyentuh...

    sedikit kena dgn diari hidup saya...

    "kuch kuch ho ta hai"
  • 11) > na kan...sapa sruh x ckp????
    >kurengnYa lelaki ne....pa sal lah kox ckP??
    >haiya..........:(

Cerpen-cerpen lain nukilan ryan_iskandar

Read all stories by ryan_iskandar