Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Mahar buat isteri

  • 11
  • Jo3y
  • 14 years ago
  • 4,375
  • FREE

 

 “Kak Atiqah, kami balik dulu yer…”

Aku tersentak. Jauh aku mengelamun sampai tak perasan bahawa kami sudah selesai. Aku tersenyum lalu mengangguk lembut tanda mengiyakan. Kami bersalaman dan kukucup pipi setiap adik-adikku.

“semoga kalian mampu meramaikan umat Muhammad” kataku kepada mereka sebagai doa sebelum mengakhiri usrah mingguan kami. Apa lagi yang mampu menjadi buah tangan terbaik orang islam selain doa. Ulya tersenyum memandangku. Sedih untuk kami berpisah namun apakan daya. Masing-masing antara kami ada urusan tersendiri.

Fikiranku melayang lagi. Mengingati saat-saat awal mengikuti pengajian agama melalui konsep usrah, satu sistem pengajaran bijak yang berfokus dan membina individu. Subhanallah...cepatnya masa berlalu hingga tak terasa bahawa sudah 2 tahun aku mengendalikan usrah untuk junior-junior dari Malaysia yang datang menuntut ilmu di bumi Czech Republik ini. Bebannya memang terasa namun aku memahami besarnya pahala dan manfaat menyampaikan walaupun satu ayat yang baik kepada muslim yang lain.

Saat-saat awal berusrah 5 tahun lalu penuh dengan kejutan yang sukar diramal.

********************************************************

“Atiqah, malam ni boleh on-line tak? Ada kejutan dari Dublin...” Kak Salbiah memaklumkan sebaik sahaja selesai usrah kami hujung minggu 5 tahun lepas.

Aku terkasima seketika. Apakah...kejutan? Kak Salbiah hanya senyum selepas itu walaupun puas aku menanyakan kejutan jenis apakah yang dimaksudkan. Segalanya berlaku dengan pantas. Ada lamaran dari pihak lelaki dari Dublin melalui naqibah di sana. Aku bersetuju melalui jaminan Kak Salbiah dan kami berkenalan sewaktu dia mendarat di Czech republik untuk satu program ceramah.

“Kita bertunang...” ajunya lancar dihadapan Kak Salbiah dan suaminya, Ustaz Hairi. Mukaku memerah dengan cepat. Sangat pijar tetapi hatiku sesejuk ais. Dan permintaannya yang seperti lontaran batu menghancurkan hati aku menjadi serpihan halus. Saat itu aku tahu bahawa aku sudah masuk ke zon yang sangat serius. Apalah gunanya kami berkenalan kalau bukan untuk suatu komitmen yang dinamakan perkahwinan. Ketakutan menyelinap ke dalam diri terutama bila mengingatkan keluarga di Malaysia. Apalah agaknya telahan mereka padaku nanti? Bolehkah aku yakinkan mereka untuk membenarkan aku berkahwin sewaktu belajar?

Persoalan-persoalan ini terus-terusan menerawang dalam fikiranku tanpa henti termasuklah waktu aku mengangguk mengiyakan ikatan pertunangan antara kami walaupun sudah diingatkan oleh Kak Salbiah supaya menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada dia dan suami yang akan pulang ke Malaysia beberapa minggu lagi.

********************************************************

Alarm berbunyi nyaring.

Aku tersentak kembali. Ah, kuat benar anganku hari ini. Kucapai telefon bimbit di atas meja dan membaca sekilas sebelum memadam peringatan. Hatiku membunga melihat mesej dari suamiku didalam peti masuk.

‘Flight Sayang delay sejam. Sabar tau...sejam je...’ ada smiley nakal di hujung mesej. Dan aku senyum lagi. Rancangan menyambut ketibaan suamiku di lapangan terbang terpaksa ditunda sejam dari waktu sebenar.

Aku menghantar mesej balas. ‘sejam ?!! Ayang tak larat lah...suruh pilot tu cepat sikit’ smiley yang sama kuisi di hujung mesej.

********************************************************

“Atie panggil abang; Sayang , abang panggil Atie; Ayang...ok?” dia menyarankan suatu hari dulu.

Aku tergelak kecil. Malu pun ada tapi lama kelamaan, kami selesa menggunakan panggilan manja terutamanya dalam SMS termasuklah dalam membincangkan perkara-perkara serius.

“Abang rasa kita akan menjarakkan diri sampai waktu Atie sendiri bersedia...” katanya lembut.

Aku mengangguk, memahami maksud ‘jarak’ sebenar. Aku tidak kisah tentang hal ini kerana memang bukan itu yang kutagihkan dari perkahwinan ini. Perkahwinan bukanlah lapangan untuk menghalalkan hubungan antara kami. Ada yang lebih besar dalam institusi perkahwinan yang dirujuk oleh Rasulullah sebagai melengkapkan sebahagian dari agama fitrah.

InshaAllah, bila sahaja aku bersedia, akan ku rungkai perisai malu untuk mu suamiku...

********************************************************

Kabus dingin menerpa wajah sewaktu melangkah keluar. Puncak musim dingin. Kedudukan geografi Czech republik di tengah-tengah benua eropah menghasilkan cuaca ekstrim. Suhu boleh mencecah 28­­­oC dibawah takat beku. Mujurlah hari ini suhu sederhana sekitar -5 oC. Salji memutih di pinggiran jalan. Perjalanan ke pusat bandar Prague mengambil masa lebih kurang sejam dengan menaiki tren. Suasana lengang kerana tak ramai orang yang keluar di waktu-waktu sejuk sebegini. Masing-masing lebih suka duduk di dalam bangunan berpemanas yang lebih menyelesakan.

Nada dering khas berbunyi. Aku menyambut panggilan dari ‘sayangku’.

“Assalamualaykum...Abang dekat mana?”

“Walaykum salam. Abang baru je mendarat...”

Alhamdulillah...ucapku dalam hati. “Atie nak pergi airport ni. Dalam tren...”

“Oh...ye ke...Atie boleh tunggu sekejap tak? Kebetulan abang jumpa Ustaz Hairi. Dia minta abang bagi ceramah untuk program junior lelaki di Prague. Boleh kan Atie?”

“InshaAllah, Atie tunggu abang yep...erm...Abang...”

“Ya...Atie nak cakap apa lagi...?” intonasinya berubah lunak. Nada ini...membuatkan hatiku bergetar.

Bergoyang dan berayun diatas paksi.

Dadaku berdebar dengan debaran yang sama setiap kali dia bersuara lembut seperti ini. Ah, manis sekali perasaan ini...ku kuatkan hati menyatakan perkara besar ini.

“Atie dah fikir masak-masak dan rasanya  dah sampai masanya bang...”

“Atie buat abang saspen tau...cakaplah apa dia...” lunak suaranya belum berubah. Debaran ku semakin bertambah. Manisnya perasaan itu turut bertambah.

“rasanya...tak perlu ada jarak lagi antara kita. Atie dah sedia sepenuhnya untuk keluarga yang kita impikan selama ini...”

“kalau macam tu, abang akan sempurnakan mahar Atie secepatnya”

********************************************************

“Besarnya rumah ni, buat apa sewa rumah besar? Kita berdua je kan?”

“Abang bukan sewa, abang beli...”

Allahuakbar. Aku diam menanti penjelasan.

“InshaAllah abang akan selalu ke sini temankan Atie. Rumah besar ni InshaAllah, ada manfaatnya untuk junior-junior kita.”

Besar harapan dia dan Alhamdulillah, rumah yang dinamakan Bait El-Syifa’ (rumah penyembuhan) sudah mula berfungsi menjadi tempat ceramah motivasi, pelajaran agama dan usrah serta beberapa aktiviti lain. Benar-benar memberi kesembuhan buat hati-hati dan semoga menjadi saham kami di akhirat kelak.

“Atie marahkan abang ke?” soalnya suatu hari.

“kenapa nak marah abang?” soalku kembali. Aneh persoalannya.

“ye la, abang beli rumah besar tapi mahar perkahwinan abang belum selesaikan...” terangnya  sambil menggunakan intonasi itu untuk menerbitkan debar dalam dadaku. Sambungnya kemudian, “...jangan risau, abang akan berikan mahar yang lebih mahal dari Baitul Syifa’...”

Aku mengangguk. Yakin dengan janjinya

********************************************************

Panggilan dari Kak Salbiah sedikit mengganggu konsentrasi bacaan. Ku sahut panggilan dengan seadanya. Tapi, suara Kak Salbiah kedengaran cemas.

“Atiqah masih di airport lagi ke?”

“Ya Kak Sal. Atiqah tunggu abang Zarith.”

“Kak Sal dengan ustaz nak pergi airport ambil Atiqah, tapi jalan jammed la. Kitorang terperangkap dalam traffic ni. Atiqah boleh pergi Hospital Prague tak?”

“Sekarang ke Kak Sal? Abang Zarith...”

“Zarith di hospital, dia kemalangan”

“Ya Allah!” mulutku terkunci. Hanya istighfar yang mampu ku lafazkan.

Aku sampai di hospital. Istighfar masih tak putus-putus. Fikiran ku terlalu kusut memikirkan pelbagai benda dan satunya yang membuatku menangis - andainya aku kehilangan dia...

“Abang mahu isteri abang semulia Atiqah binti Amru. Wanita cantik, cerdik yang tak pernah menangis...”

Aku mengesat air mata. Atiqah takkan menangis bang...

“Atiqah binti Amru mungkin menangis sewaktu kecil...”

“Oh...tak lah Atie, abang maksudkan dia redha menerima taqdir Allah termasuklah dinikahkan dengan orang yang hodoh pada pandangan masyarakat; Sa’ad As-sulami”

“kalau Atiqah jadi Atiqah binti Amru, Atiqah doakan abang jadi Sa’ad As-sulami...mujahid islam”

Air mataku tidak mampu dibendung. Bukan kerana takutkan hari ini tetapi kerana memori itu. Aku tewas dengan tangisan.

Di luar dewan bedah, aku menanti pasrah. Ramai junior tahun pertama yang turut sama menunggu. Masing-masing menunggu penuh sabar dengan munajat doa yang tidak putus-putus. InshaAllah, segalanya pasti berakhir nanti.

Seorang lelaki dari kalangan junior datang menyerahkan sebuah log book. Kulit merah usang yang tebal itu punya identitinya sendiri. Ianya milik suamiku.

“Abang tak nak kehilangan ilmu yang setiap satunya bernilai melebihi dunia dan isinya”

Pintu dewan bedah terbuka, membawa keluar berita yang menakutkan.

“I’m sorry madam. It was too late.We’ve try our best”

Waktu itu aku seperti hilang separuh anggota badan. Berat ujian-Mu ya Allah. Kuatkan hatiku seperti Atiqah.

Buku catatan merah dipeluk erat.

“...abang akan berikan mahar yang lebih mahal dari Baitul Syifa’...”

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) sweetnya citer nie..hehe..sgt best..
  • 2) best sangat. uwa.. sedeh2.. huhuhu
  • 3) islamic story..makna yg tersirat.tp wkt sy membace terase kurang m'yentuh perasaan..
    just comment..
  • 4) hm
    sekali baca, ada plot2 yg saya terkeliru sket. ehe.
    menarik tulisan dan isinya. banyak memberi pengajaran
    good one joey!

    cuma ending dia tu saya kurang faham sket.
    ilmu eh? yg lebih bernilai tu. buku log tu mengandungi apa eh?
    maaf saya lampi
  • 5) ha;ah..
    ape yg ada kt dlm buku log tu?

  • (Penulis)
    6) trimasih kerana sudi membaca...
    ehehe...tak paham eh...?

    quote:
    Seorang lelaki dari kalangan junior datang menyerahkan sebuah log book. Kulit merah usang yang tebal itu punya identitinya sendiri. Ianya milik suamiku.

    “Abang tak nak kehilangan ilmu yang setiap satunya bernilai melebihi dunia dan isinya”

    sepatutnya perenggan ni dah jelaskan isi kandungan notebook iaitu ilmu yang ditulis suami atiqah (stereotype kisah imam syafie'yang suka mencatat ilmu)
    cne nak ubah bg jadik lebih berkesan ekk?

  • (Penulis)
    7) oh, lupa nak ckp. ini prototype kisah saad as-sulami dan atiqah amru. tak perlu ada basic cerita ni kalau nak paham tapi lagi best kalau ada. jemput baca di section 'tokoh islam' blog;
    http://muazcricket.blog.friendster.com/

    =D
  • 8) ehe mungkin perlu ditekan lagi kut tentang sejarah yang dipetik. sebab umumn tak tahu kisah begitu.
  • 9) olahan yang tampak matang bagi saya. diksinya disusun kemas dengan diselitkan gaya islamik. saya tiada masalah memahami cerpen ini. fokusnya hanya satu cuma seperti kata caha, tidak ramai yang mengetahui kisah atiqah amru dan saad as-sulami.

    keseluruhan, penuh hikmah!
  • 10) x sempat nak dapat mahar .. cian.. huhuhuh.. and bila baca tiba-tiba sya ingat cerita ayat-ayat cinta.. gud job.. memang best
  • 11) bagus cerita ni.. saya takde masalah nak faham. thanks ya jo3y.

    ada makna yg besar.
    bukan setakat tentang manisnya cinta dlm sebuah perkahwinan, tapi jugak tentang ilmu. sebuah buku yg terisi ilmu dan hikmah itu yg dijadikan mahar.
    indah.

Cerpen-cerpen lain nukilan Jo3y

Read all stories by Jo3y