Pungguk, Pelangi dan Ombak

 

Orang selalu kata, jangan jadi seperti pungguk. Yang menanti untuk bersama rembulan tapi sayang tidak dapat digapai. Rembulan pula, lebih suka berdamping dengan kerdipan bintang yang nyata lebih mempersona. Orang selalu kata jangan jadi seperti pelangi. Yang tampak cantik jalurnya tapi munculnya sementara. Orang selalu kata jangan jadi seperti ombak. Yang sentiasa menghempas pantai namun tidak berteman.

Namun aku tetap mahu jadi seperti pungguk. Yang setia merindukan rembulan. Aku tetap mahu jadi seperti pelangi. Yang mewarnai alam dengan rona yang ceria. Dan aku tetap mahu jadi seperti ombak. Yang menghanyut pepasir putih turut sama ke dalam laut.

Mengapa aku mahu jadi seperti pungguk? Bukankah perkara yang sia-sia menanti rembulan berbicara dengannya? Tidak! Pungguk itu satu teladan yang baik. Pungguk itu lambang kesetiaan yang murni. Betapa setianya pungguk menunggu rembulan saban malam dengan harapan rembulan dapat mendengar isi hatinya yang kesunyian.

Mengapa aku mahu jadi seperti pelangi? Bukankah sifatnya hanya sementara? Benar tetapi walau sementara sudah cukup menyerikan alam dengan rona yang gemilang. Kehadirannya sudah cukup meriangkan hati-hati yang melihat, sudah cukup melukis segarit senyum pada yang memandang. Jalur-jalur warnanya punya pesona yang tersendiri. Yang diserak oleh cahaya mentari, terbias menjadi tujuh warna. Tujuh warna yang punya definisi tersendiri. Terpulanglah pada persepsi masing-masing namun apa yang pasti warna-warna itu mengsirnakan duka dan menggamit ria.

Mengapa aku mahu jadi seperti ombak? Bukankah menyakitkan menghempas tubuh pada pesisir pantai? Tidak! Ombak sebenarnya menemani pantai yang kesepian. Deruannya umpama lagu merdu yang didendangkan buat menghibur rawan. Percikan airnya menghantar kedinginan, menyejukkan jiwa yang kepanasan.

Justeru, mana signifikasinya menyatakan yang menjadi pungguk, pelangi dan ombak adalah sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat? Ah, manusia memang begitu. Pemikirannya terlalu abstrak! Terlalu mementingkan diri. Aku juga tidak terkecuali kerana aku juga manusia. Yang tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki.

Berbalik pada kisah pungguk tadi. Begitulah diibaratkan dengan diri ini. Penantian itu memang satu penyiksaan. Setianya menanti sudah tidak mampu dihitung. Setianya menunggu sudah tidak mampu dibilang. Namun aku tetap setia dengan harapan agar dia dapat mendengar rasa hati sepertimana pungguk yang mahu rembulan memahami bicara kalbunya.

Diri ini juga seperti pelangi. Hadirku hanya sebagai penyeri. Penyeri dalam hidupnya walau sementara. Berada di sisinya sudah cukup membuatkan jiwa ini dipenuhi dengan rona-rona yang penuh pesona. Namun semua itu hanya sekejap cuma. Dia pergi begitu sahaja membawa bersama warna-warna ceria dan meninggalkan warna-warna suram dalam jiwa.

Seperti ombak yang sentiasa bergulungan menyapa pantai, begitulah diri ini yang sentiasa berharap akan kepulangannya membawa hati yang dicuri. Aku tidak berharap dia pulang dengan menyatakan sebab pemergiannya. Cukuplah dia pulang dengan sinar cinta yang masih bernyala di dalam matanya. Namun, entah bila dia akan kembali, aku tidak tahu dan tidak pernah tahu.

Kadangkala mahu sahaja aku menyuruh pungguk menebarkan kepaknya agar terbang menegur rembulan. Kadangakala mahu sahaja aku meminta pelangi agar terus setia menyinari alam dengan warnanya yang berseri. Kadangkala mahu sahaja aku mendesak agar ombak berhenti menghempas pantai. Biar pantai mengerti betapa sunyinya tanpa kehadiran ombak.

“Bukankah sudah jelas, pungguk itu tidak mampu terbang menuju ke arah rembulan?”

Aku tersentak!

“Bukankah sudah terang, pelangi itu akan hilang setelah hujan berhenti dan mentari menyerlahkan sinarnya?”

Aku terpana!

“Bukankah sudah nyata, memang tugas pantai menahan ombak kerana tanpa pantai, ombak tidak mungkin akan berhenti dari mengalir dan seterusnya mungkin akan memusnahkan persekitaran yang ada?”

Aku terkesima!

Oh, betapa aku lupa realiti merupakan sesuatu amat pahit untuk ditelan. Semua yang aku bicarakan tadi hanyalah angan-angan yang aku pasang lalu aku gantungnya tidak bertali. Oh, betapa aku terlalu hanyut dengan perasaan emosionalku sehingga mengabaikan kenyataan yang hakiki. Oh, betapa pesimis dan keanak-anakannya aku dengan mimpi indah yang apabila sedar nanti hanyalah satu mainan tidur.

Dan sebenarnya, aku hanya dilanda rindu...

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) sgt sukaaaa....
  • 2) jdik rindu plak aku kt die..terbaik!
  • 3) riri..ni eksperimen ke?ada kelainan skit pada karya kali ini..bagi saya...rasa rindu tu tak tercapai..tapi olahannya sangat baik dan menarik..cerpen ni mengingatkan saya pada cerpen S.Othman Kelantan..saya tak ingat judulnya tapi ia berkaitan dengan warna..klu saya teringat nnt sy akan kongsi..
  • 4) xtau encik ridhuan ni ada nama manja 'riri'
    rindu... hurm...
    rindu di hati xsiapa tau

  • (Penulis)
    5) aida: terima kasih...

    paiwunan: rindu dan terus merindu...

    terima kasih sudi singgah membaca...

  • (Penulis)
    6) paktam85: hehehe... memang saya tengah bereksperimen. sudah hampir sebulan tidak menulis apa-apa dan hendak bermula semula dengan menulis pendek begini.

    aiseh, kurang tercapai ya? huhuhu... nanti saya cuba betulkan. terima kasih untuk pandangan itu.

    oh, saya belum baca karya encik s. othman kelantan, jadi sudilah kiranya kalau teringat nanti berkongsi dengan saya. boleh saya jadikan rujukan.

    sekarang sudah sedikit senggang, jadi hendak mula menulis kembali dan beramah-mesra dengan rakan-rakan baru di kapa.

    teirma kasih sudi singgah membaca...

  • (Penulis)
    7) airina: ahaha... rakan-rakan baik di sini yang memberi gelaran begitu. lebih mesra dan mudah ingat, saya kira. benar, rindu di hati, tak siapa yang tahu melainkan jika kita menzahirkannya...

    terima kasih sudi singgah membaca...
  • 8) X marks the Spot!

    Bulls-eye!

    I like...
  • 9) best...
    bijak memanipulasikan perkataan, kerangka naratif yang baik. i terpana yuh... hehe

  • (Penulis)
    10) dorothyw: hehehe... thanks for reading...

    kak zu: hehehe... segan saya... dah lama tak menulis kak zu, takut tumpul pula. hihihi...

    terima kasih sudi singgah membaca...
  • 11) aduh... kebah sudah rin dudengan karya cerpen baru dari ridh...
    akak dapat jer message kapasitor terus menghumban diri ke sini... teringin benar nak baca karya barumu dik... terharu sangat...

    indah prosanya... dah makin bijak bermain perasaan dan emosi dalam karya... sangat kagum... nice ridh... congrats...

    akak dah membaca semua karya ridh... sejak laman blog ridh yang lama tu, hinggalah sekarang.. dan yang terkini ini... nampak perjalanan karya ridh yang kian bertingkat maju dari semasa ke semasa... dalam liku cerita cinta remaja, ridh dah selusuri hingga ke tahap cinta matang ini... dan akak tahu tak mudah untuk menghasilkan prosa begini kiranya kita tak benar-benar penuh penghayatan... dan ridh berjaya mengolaknya dengan baik... nice

    sentiasa menanti karya barumu...

  • 12) ok riri...tajuk cerpen tersebut "Mimpi yang bertaburan" oleh SN S.Othman Kelantan pernah tersiar di majalah Dewan Sastera, 1975..mungkin riri leh dapatkan Edisi Khas Sasterawan Negara, Kumpulan Cerpen S.Othman Kelanta..yang sy ada ni keluaran DBP..tp cerpen ni bknlah berkisar tentang cinta..hehe..tp sy suka ideanya..

  • (Penulis)
    13) kak adreena: hampir menitis air mata saya membaca komen dari kak adreena... sebak sangat kak... terima kasih atas tunjuk ajar, sokongan dan dorongan yang diberikan sejak saya mula bertatih sehingga kini. saya amat hargainya kak! terima kasih...

  • (Penulis)
    14) paktam: owh, begitu... saya akan cuba dapatkannya atau carinya di perpustakaan. terima kasih ya untuk rujukan ini. sangat hargainya...
  • 15) wow. tu dia pemikiran riri. hehe
    indah
    memang bermain dengan perasaan habis
    sangat halus selok beloknya.
    hihi
    tabik ah riri likey likey

  • (Penulis)
    16) caha: hehehe... ada-ada sahaja caha ni. terima kasih sudi singgah membaca...
  • 17) wow!
    xtau nk komen ape lagi selain dpd wow!
    thumbs up riri!

  • (Penulis)
    18) maul: hehehe... terima kasih sudi singgah membaca...
  • 19) nice...

Cerpen-cerpen lain nukilan ridhrohzai

Read all stories by ridhrohzai