Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Adam dan Hawa

  • 9
  • Jo3y
  • 14 years ago
  • 5,364
  • FREE

 

http://www.1islam.net/img/productImages/Films%20(DVD)/Lisa%20Killinger/Men%20Are%20From%20Marwa,%20Women%20Are%20From%20Safa.JPG

Adam VS dan Hawa


 

                Ke hadapan Hawa;

                Sewaktu transit di Amsterdam lagi, Adam dah tahu yang Adam akan melalui segalanya sendirian. Kawan-kawan yang se-sponsor dengan Adam akan menaiki penerbangan ke Dublin melalui Aer Lingus, dan Adam dijadualkan menaiki penerbangan KLM-Dutch ke Munchen. Hanya Adam. Setahu Adam, in-take tahun ini adalah batch pelopor yang akan memulakan pelajaran di Universiti of Munich, Jerman. Segalanya berat bagi Adam: beg pakaian, perasaan, dan pelajaran itu sendiri.

                Hawa,

                Hidup ini terlalu sukar untuk Adam. Jangankan setahun yang mendatang, dalam masa seminggu Adam di sini, Munchen sudah pandai menyeringai mempamerkan taringnya. Ingat lagi matriculation day? Adam sentiasa ingat hari itu, hari Adam mula berkenalan dengan rakan-rakan yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Kami bertukar-tukar pandangan, cerita dan yang paling penting, nombor telefon.

                Adam sunyi di sini Hawa. Hiburan mereka lain. Hari pertama Adam diajak ke pub, Adam hanya menurut. Adam betul tak ada pilihan. Tapi Adam masih waras. Adam masih sedar tentang diri Adam. Adam hanya minum air mineral sambil tebalkan telinga mendengar kata-kata perlian mereka. Sewaktu balik dari kedai maksiat itu, macam-macam yang Adam tempuh. Arak, anjing, babi, pelacur dan dadah. Ianya merata-rata. Cuma sahaja ia belum ada dalam diri Adam. Tapi berapa lama Adam akan kekal begini? 5 tahun? Adam tak sanggup Hawa. Benar-benar tak mampu.

                Tamat sahaja minggu orientasi, kuliah pun bermula. Adam bangun awal dan naik bas yang paling awal. Adam takut sangat menaiki bas pada waktu puncak. Adam sebolehnya tidak mahu bersesak-sesak dalam bas bersama orang-orang Jerman. Terutama pula puncak musim panas. Orang Jerman tahu erti panas. Dan resmi Adam pula yang alah terhadap wanita yang panas, sebab itulah Adam memilih untuk menaiki bas di waktu senggang.

                Hawa,

                Derita Adam mempertahankan diri di tengah-tengah serangan nafsu belum berakhir.

                Ada dua sahaja pengakhiran: menang atau kecundang.

                Satu sahaja penentu: diri Adam.

                Tiada pembantu.

 

                Hawa,

                Hari pertama di kelas praktikal, Adam perasan kelibat Hawa. Satu-satunya muslimah yang bertudung. Adam tahu ada lagi muslimah tetapi mereka terlalu takut dengan pegangan mereka. Adam tahu benar perasaan itu. Betapa memiliki identiti muslim bukan lagi suatu kebanggaan di tengah-tengah kecamuk masyarakat jahil.

                Adam nampak betapa gugupnya Hawa sewaktu pensyarah meminta semua pelajar berkerjasama secara berpasangan lelaki dan perempuan. Katanya untuk kita membiasakan diri dengan topografi manusia yang berbeza kerana jantina. Adam tahu tentang perasaan itu kerana Adam juga gugup. Adam juga takut dan menurut. Selepas hampir setengah jam menahan perasaan dari sentuhan lembut yang menjalar dan merenjat setiap inci tubuh, Adam beranikan diri. Adam memita untuk bertukar pasangan. Kerana itulah Hawa, kita dipasangkan.

                Kerana itulah Hawa, kita hanya berdiri menyimpan kefahaman masing-masing.

                Kerana itulah Hawa, kita hanya berdiri dan memandang lantai selama 2 jam.

                Kerana itulah Hawa, kita hanya berdiri menjeling rakan sekelas menyudahkan praktikal dengan jayanya.

                Dan Hawa, jangan menyesal kita dimarahi pensyarah...kerana di sebalik itu Adam bersyukur.

                Dari situlah Adam tahu Adam tidak berseorangan. Adam boleh memiliki pembantu yang tinggal 2 blok sahaja dari apartment Adam.

                Hawa,

                Warkah ini tidak ditinta sia-sia. Darinya terkandung makna. Yang membawa maksud kita bersama. Tiada duka, tiada dosa antara kita. Hanya pahala yang berlipat ganda. Andai ianya suatu jalan ke syurga, terimalah seadanya. Demi kasih, cinta pada yang esa, kita kuakkan duri dan kaca disepanjang persada. Semoga nantinya wujud cinta yang tak pernah ada antara kita. Moga nantinya jauh kita dari neraka yang membara.

                Bantulah Adam mendekati-Nya.

Salam;

Adam Abdullah

 

                Adam mendaki anak tangga Apartment Santa Clara, disinilah sepatutnya Hawa tinggal. Adam menekan punat loceng. Menunggu dengan debar pendakian dan penantian. Pintu dibuka oleh seorang wanita inggeris. Terkejut Adam dibuatnya.

                “Ya, boleh saya bantu?”wanita itu menyoal sejurus pintu dibuka.

                “Saya cari Madihah. Awak tahu dia tinggal di mana?”

                “Oh, inilah bilik dia. Masuklah”

                Adam masuk dengan teragak-agak. Seumur hidupnya belum pernah dia masuk ke bilik perempuan. Wanita inggeris itu memanggil Madihah. Mereka kelihatan sangat mesra sebelum akhirnya Adam dan Hawa ditinggalkan berkhalwat di ruang tamu.

                Bunyi aliran Sungai Isar menderu laju. Ada peluh dingin mengalir di leher Adam.

                Keadaan sangat tegang...

                Hawa jadi resah dengan kesunyian Adam.

                Adam akhirnya membulatkan tekad Adam hendak keluar dari semua gelumang ini. Adam mesti kuat!

                “Surat apa ni?”

                “Tentang situasi semasa di Munchen University...em...saya balik dulu ye.” Adam semakin gelisah. Hanya tuhan yang tahu debarnya.

                “Sekejap...Fadhil, saya ada sesuatu untuk awak”

                Sepucuk makalah putih diserahkan “surat apa ni?”

                “Situasi semasa.” Ada rona merah di wajah Hawa. Hawa berpaling tetapi dalam pada itu, Adam sempat melihat. Ada air jernih memenuhi kelopak mata Hawa. Titisan jernih menitis ke lantai.

                Tanpa pengetahuan Adam. Hawa menangisi maruahnya yang diserahkan kepada Adam bersama-sama makalah putih. Hawa terpaksa berani. Hawa terpaksa jujur terhadap Adam.

 

                Ke hadapan Adam,

                Hawa bersyukur kerana diberi peluang menuntut ilmu di bumi asing. Bagi Hawa tak ada bezanya ilmu dunia dan ilmu akhirat. Keduanya ilmu yang meninggikan darjat manusia.

                Adam,

                Hari pertama Hawa di sini, tiada ketakutan bertandang walaupun banyak sekali batas bebanan yang menimpa. Demikian, Hawa tahu, Hawa sentiasa diiringi doa dan harapan ayah dan bonda.

                Adam,

                Menumpang nyawa di negara asing bukanlah semudah yang disangka. Sukarnya mencari tempat berlindung terutama di bandar besar yang segalanya wang. Nyaris Hawa tidur di kaki lima apabila semua permohonan awal mendapatkan apartment ditolak kerana dianggap ektremis-reformis. Mujurlah Hawa bertemu senior di Fakulti Sains Sosial, merekalah yang menawarkan tempat tinggal, sementara menunggu kontrak perumahan diluluskan.

                Adam,

                Hawa hidup bersama wanita ajnabi. Kami berlainan adat, pemikiran dan watak. Kerana itulah Hawa wajib menjaga batas dengan mengenakan jilbab seperti bersama lelaki ajnabi. Hidup bersama mereka menjadikan posisi Hawa semakin rapuh. Lelaki bebas keluar masuk rumah seperti tempat awam. Hawa juga sukar mendapatkan teman untuk keluar bagi urusan-urusan tertentu. Hawa tak takut untuk keluar. Langsung tidak. Tapi demi syariat, demi keselamatan Hawa dan agama ini, Hawa perlu patuh.

                Adam,

                Hari pertama di kelas praktikal adalah hari yang paling Hawa ingati. Melegakan, apabila kita saling bertemu. Adam telah menyelamatkan Hawa seperti dahulu-kala. Sepertimana tertulis sejak azali; hanya Adam yang menyelamatkan kami Hawa.

                Adam,

                Apabila Hawa sudah mula berfikir mengenai beratnya mengamalkan keyakinan yang satu ini, rasanya inilah detiknya untuk Adam kembali dalam hidup Hawa. Memadamkan keraguan dan kembali menyelamatkan Hawa seperti selalunya. Seperti hari-hari dulu. Seperti yang tertulis di azali.

Salam;

Hawa Abdullah

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) whoa..sy first..allrite tgu yg lain komen dulu..hehe..bg pakar2 la komen kan..sy ni baru belajar..larikk..
  • 2) paktam ni asyik nak lari je. nak ikut juga boleh?

    tidak dinafikan, cerpen atau novel pop Islami semakin popular sejak kebelakangan ini. Plot yang ringkas tetapi punya mesej yang padat. Cuma, perbaiki sedikit dari segi tatabahasa dan tanda baca. Pasti akan jadi lebih cantik.

    Sedikit teguran, jika boleh, jangan campur-aduk perkataan bahasa Melayu dan Inggeris menjadi satu seperti: 'se-sponsor' rasanya lebih elok jika ditulis 'ditaja bersama'

    keseluruhan, sebuah cerita yang menarik...
  • 3) riri sy lari masuk hutan kamu mahu ikut ke?klu nk siap2 la mlm ni nk berangkat dah..hikhik..ok komen sy seperti riri..anyway nice try..nk tanya link kat atas tu tuk ape ek..
  • 4) saya pun nak tau link kat atas tue untuk apa ya..ne way..nice story

  • (Penulis)
    5) maaf2...sepatutnya ada gambar keluar....cuba try copy and paste link...mungkin leh tengok kowt...
    hehe
    nice komen ridh...
    trimas! =D
  • 6) salam joey
    wah, bagus sekali ayat dalam suratnya. penuh hikmah. penuh makna
    joey dah belajar di sanakah? hehe.

    dari segi idea cerita dan plot saya rasa sangat menarik.
    tapi endingnya seperti agak abrupt. jalan cerita mula2 tu mcm menjanjikan sesuatu yg lebih signifikan.
    namun diakhiri agak tergesa2.

  • (Penulis)
    7) ...tak suka syahar...serius...cne bleh tahu yang saya mengakhiri cerita dengan tgesa2? (mengambil masa selama 3 hari untuk menutup surat hawa) -_-"
  • 8) penulisan kamu sentiasa berisi. nice joey.
  • 9) heheh.. menarik sperti biasa

Cerpen-cerpen lain nukilan Jo3y

Read all stories by Jo3y