Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pemuda Milenial Ep 2.

 

"Bangun," kedengaran suara 'baritone' dengan not yang agak rendah menegurku lagi,"bangun."

Segalanya kabur dan kelabu asap, aku cuba angkat degan nafas yang tercungap-cungap. Perkataan yang sama disebut berulang-kali perlahan-lahan sehingga mataku terbuka luas sedikit mendongak dengan badanku masih tertiarap di lantai. Orangnya putih, berjanggut putih, berambut putih serta berjubah putih, tidak ubah seperti watak cerita fantasi bertongkat putih 7 kaki tinggi. Masa terhenti dan suasana menjadi sunyi, perhatianku masih lagi tertumpu pada watak misteri yang muncul dihadapan.

"Unkle ni sape?" aku bertanya dengan wajah toya tak mandi.

"Pakcik ni sesat kot sebab pakcik ingat ni rumah pakcik. Masuk je tetiba nampak kamu terlantar atas lantai tu"

Aku terus bangun dan bertanya lagi,"pakcik ni dari mana, duduk mana?"

"Baru balik dari Surau tadi, siap bawak nasi lemak 4 bungkus dari surau. Kalau nak ada kat atas meja tu."

"Nak sikit boleh?"

"Sila kan. Amik je la. Hmmm, anak boleh temankan pakcik balik?"

"Boleh je. Tarak hal la unkle. Duduk la dulu unkle. Eh, pakcik."

Pakcik itu duduk atas sofa, aku pasang T.V lepas tu pergi mandi. Mandi punya mandi, terus kemas pakai baju dan terus ke ruang tamu. "Jom, unkle kita pegi. Unkle duduk mana tadi?"

"Tingkat 7, nombor 703."

"Tu alamat saya unkle. Silap blok kot?"

Pakcik itu menggaru kepala,"Ye kot, pakcik duduk blok A."

"Blok A la ni unkle. Macam mana kita ada alamat sama? Pelik bin Ajaib tu.Takpelah, unkle duduk sini, saya nak pegi kerja. Petang nanti kita cuba selesaikan masalah ni."

Pakcik itu menggaru kepala lagi seperti pelik,"Hari ni hari Ahad mana ada orang kerja."

"Unkle nampak sangat tengah 'confuse'. Berehat je la kat sini, amik je apa yang ada kat dalam peti ais tu."

Aku terus beredar meninggalkan rumah menuju ke arah lif tetapi lif tiba-tiba rosak. Terpaksa aku menggunakan tangga dan terus berjalan ke tingkat bawah. Udara yang ku sedut terasa berat seperti jerebu dan memang pemandanganku agak kabur seperti berada di Cameron Highland. "Aku kat mana sekarang?" bisik hatiku kerana aku tiba-tiba terasa pelik dan hairan.

 

bersambung.....

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) uh wow. adakah ini unsur2 time travelling!
    ahaaaa!
  • 2) berapa episod ni kapak? ngelat ni banyak2 episod buat kat cerpen. hehe patut pos kat novel la.

    ejaan unkle tu mengganggu la. hahaha. nape la x eja je molek2 uncle ;p
  • 3) wah! misteri ni...

  • (Penulis)
    4) eja unkle sebab 'pronounciation' melayu kalau 'english' aku letak dalam 'inverted comma'. Mmg skema aku camtu.
    Tak boleh letak dalam novel terus sebab cerita ni akan berkembang secara organik. Tak ada sebarang perancangan, semua spontan. Tapi aku jamin setiap episod memang berkaitan, kalau ada episod yang tak kena mesti ada episod lagi satu terangkan apa yang tak kena. Lagi banyak soalan lagi berkembang la episod n.
  • 5) yeay! aku dh mula suka dgn cerita ni
  • 6) kapak ajaib memang ajaib.

Cerpen-cerpen lain nukilan kapakajaib

Read all stories by kapakajaib