Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pemuda Milenial Ep 4.

 

Tombol pintu kupulas dan pintu kubuka; kelihatan bilik ku berdebu, bersepah dengan banyak kotak dan perabot. Mataku terbeliak dan aku berasa pelik dengan perubahan yang berlaku pada bilik aku. "Adakah ini bilik ku?" bisik hatiku dengan perasaan yang aku sendiri tidak mampu nyatakan.

Aku toleh ke belakang dan bertanya, "Ni bilik pakcik ke?"

"Bekas bilik pakcik, sekarang dah jadi stor."

"Jadi, ni memang rumah pakcik ke."

"Sah la rumah pakcik. Kalau bilik tu stor pakcik memang sah la pakcik punya bilik dalam pakcik punya rumah."

Misteri yang menyelubungi hari ini kian menebal seperti jerebu di luar sana, akalku buntu sama seperti nafasku yang lelah cuba mendapatkan oksigen tetapi cuaca jerebu menyebabkan ia sesak. Aku cuba memikirkan segala ini secara rasional tetapi kepalaku menjadi pening, aku hanya mampu mengerut wajah dan mengurut kepala ku sendiri. Segalanya menjadi kegilaan, aku mencari pakcik tadi, nasib baik dia ada lagi di belakang. Aku terus duduk di atas sofa bersebelahan pakcik tua tadi.

"Pakcik tengah tengok apa ni?"

"Debat Parlimen, memang kelakar tengok semua pelawak profesional ni."

Kelihatan semua di dalam parlimen berpakaian seragam, berkemungkinan hari ini hari perasmian. Tetapi yang palik pelik tiada meja 'speaker' Dewan, yang ada hanya seorang Raja yang aku tak kenal.

"Bila masa kita ada Agong baru?"

"Dah lama dah, nak dekat 10 tahun. Budak-budak sekarang tak tau politik ke?"

"Sebab setau saya dia ni dulu Perdana Menteri."

"Memang la dulu dia Menteri tapi dapat 2/3 majoriti jadikan dia Raja Malaya dengan sistem 1 parti."

Hatiku berbisik, "biar betik semua ni berlaku, aku baru tidur 24 jam,  takkan aku dah jadi macam Ashabul Kahfi tido 300 tahun bangun balik semua berubah jadi pelik."

Telinga ku berdesing, jantungku berdegup pantas, tanganku menggigil dan itu tandanya aku mulai tertekan dengan situasi yang pelik ini. Aku terus ke bilik mandi muntah tak sudah, mandi cuba menenangkan diri. "Apa semua ini?" aku bertanya pada diri. Sinki aku banjiri dengan air lalu aku masukkan kepalaku ke dalam dengan harapan aku sedar dari mimpi ini.

Di dalam air aku dapat mendengar jantungku tanpa gangguan bunyi di luar, aku menahan nafas sehingga aku sedar. Nafas aku tahan dan ku buat kiraan dari 30 saat. Sehingga minit yang ke dua aku ingin keluar tetapi aku masih mencuba. Setelah selesai minit ke tiga aku tertelan air dan tidak mampu menahan nafas aku pantas keluar tercungap-cungap. Duduk bersandar pada dinding aku menggigil ketakutan seperti seorang yang hampir gila. Aku menjerit, melompat-lompat, mengetuk diding dan pintu seperti orang dalam keadaan sawai.

Terus-menerus aku menggila sehingga pintu bilik mandi dibuka dengan hentaman kuat dari tongkat pakcik tua tadi. Dia terus menamparku, "Engko apahal? Ha, nak mati!". Aku dengan gilanya menjerit di depan muka orang tua itu sekuat yang mungkin, melompat-lompat dalam keadaan bogel.

Aku terus menjerit sehingga orang tua itu membantai aku dengan tongkatnya. Sekali lagi pada perutku, aku menjerit lagi. Kemudian dihayunnya pada kepala aku dan aku terlantar. Walaupun begitu aku tiba-tiba bangun semula menjerit dan dihayunnya lagi sehingga aku pitam dan tak sedarkan diri.

Akhirnya, aku dibuai mimpi indah. Aku terapung di atas bungkusan awan dan menggelongsor pelangi.

Tiba-tiba, mataku terbuka dan aku melihat wajah orang tua tadi dan aku kembali tidur. Sedar sepenuhnya aku dapati aku di dalam sebuah bilik yang lain, berada di atas tilam dan tidak berbaju tetapi berkain pelikat. Rasanya aku kembali waras dan apa yang aku alami tadi hanyalah mimpi ngeri. Sekarang aku rasa aku di rumah orang lain dan aku bangun terus melihat cermin. Nampaknya kepala ku lebam mungkin setelah aku jatuh terlantar dekat dapur hari itu. Berkemungkinan ada seorang sahabat menyelamatkan aku dan bawa aku ke rumahnya. Aku ingin mengucapkan terima kasih pada sesiapa yang menyelamatkan aku setelah jatuh terlantar, maka aku keluar dari bilik untuk bertemu orang berkenaan.

Baru sahaja aku membuka pintu itu, kelihat pakcik tua itu bersama beberapa orang yang hampir serupa dengannya; berambut panjang, beruban dan berjubah. "Ya Allah, aku masih lagi dekat sini?"

Salah seorang dari mereka mengajak aku duduk bersama mereka dekat meja makan, "Mari nak mari sini."

Bersambung......

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) wowww
    perjumpaan bersama dgn dia di zaman2 lain pula ke powah powahh
    hehe
    mcm baca karya2 sindiket soljah pulak rasa.
  • 2) hoho... semakin misteri...
  • 3) wah! wah! aku pun boleh jd gile kalau mcm ni...hahaha!
  • 4) hebat!!! tepuk tangan dan kaki di atas dahi pak menteri dan pak hakim di meja loteri!!!

Cerpen-cerpen lain nukilan kapakajaib

Read all stories by kapakajaib