Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Diari: Rindu

 

     Dia memakai baju berwarna coklat tua, dipadankan dengan seluar jeans putih. Sungguh, dia kelihatan sangat menawan. Inilah kali pertama saya membawa dia keluar bersiar-siar. Matahari, langit biru dan awan putih kelihatan tenang dan ceria membuat hati saya lagi berseri daripada kehijauan bumi.

     Saya memegang tangan kirinya. Kemudian, kami memandang antara satu sama yang lain. Dia tersenyum. Saya hanya terus melihat wajah dia. Seperti sehelai kertas yang melayang jatuh ke atas tanah, hati dan perasaan saya terawang-awang pada saat ini. Saya tidak mampu tersenyum, apatah lagi hendak mengeluarkan suara. Saya hanya berharap dia faham apa yang saya rasa kerana saya sangat pasti dia juga merasakan perkara yang sama.

 

     "Saya rindu kamu," dia bersuara.

     "I miss you more."

     "Did you? How much?"

     "As wide as the universe," saya terdengar ketawa kecil dia. "Eleh, macam kenal dialog tadi."

     Senyap dan senyuman.

     "The things that you gave me, showed me, teach me, told me, everything at all is what I am now."

     Kemudian, dia hanya mampu tersenyum.

 

     As wide as the universe, ayat itulah yang selalu dia cakap suatu ketika dulu. Di bangku sekolah. Mungkin mengenangkan kisah pada awal usia remaja sesuatu yang melucukan, tapi penuh dengan seribu satu perasaan. Hakikatnya, kisah dia dan saya bermula di sekolah menengah.

     Masih segar dalam ingatan, suatu ketika bila semua pelajar berhimpun di dewan sekolah, murid lelaki akan berbaris di kiri dan murid perempuan di sebelah kanan. Susunannya mengikut tingkatan. Saya berada dalam Tingkatan 1 Intelek, dan dia pun. Geli rasanya jatuh cinta pada usia begini, tapi ini sudah terjadi dalam hidup saya.

     Saya melihat ke depan, di pentas. Melihat Penolong Kanan HEM sekolah sedang berucap dan memberi nasihat kepada murid-murid, saya tidak mendengar. Hanyut dalam lamunan sendiri. Saya bernafas perlahan, tenang. Kemudian, saya menoleh ke kanan. Anak mata saya liar mencari sesuatu, meskipun sebenarnya tiada yang ingin dicari. Tapi tiba-tiba terhenti di satu wajah dan semua menjadi sunyi seketika. Wajah itu jauh tapi saya nampak wajah itu jelas dan bercahaya, satu, seperti memberitahu sesuatu. Namun saya sedar itu hanya bayangan saya sendiri. Saya melihat ke depan semula, dan menoleh lagi kedua kalinya. Kini anak mata bertentangan. Terasa nadi berdegup kencang. Pipi ini terasa berat pula untuk senyum. Hanya mata yang bercerita. Geli hati lagi rasanya. Umur 13 tahun, mata saya sudah bercerita tentang perasaan cinta, bersama dengan dia. Saya kenal dia, teman sekelas saya.

     Setelah perhimpunan murid selesai, kami semua masuk ke kelas masing-masing. Sudah pasti saya terjumpa wajah itu semula. Hanya senyuman dan renungan kehairanan dapat diungkapkan dengan bisu. Baru hari ini saya yakin yang saya sungguh mengenali dia, walaupun sudah hampir setahun belajar dalam kelas yang sama. Sebelum ini, jarang bertegur sapa apatah lagi kalau berdepan.

 

     "Hey, jauh ke China kau fikir!" tegur ketua kelas.

 

     Saya hanya tersenyum dan terus membisu, berfikir tentang perkara yang telah berlaku. Akhirnya, saya gelarkan peristiwa di perhimpunan tadi 'mata bercerita'. Saya rasakan peristiwa itu sebagai satu keindahan dan hari itu saya bertuah.

     Jika hendak bercerita tentang dia, dia memang menawan. Bergigi taring. Senyuman seindah suria. Mata yang cantik. Bijak dan peramah. Ringkas. Kesukaan saya tentang dia. Tinggi kami hampir sama, cuma saya tinggi sedikit sebagai lelaki. Keadaan ini cukup sempurna pada saya. Tidak sangka saya telah banyak berfikir tentang dia, sehinggalah saya terlelap di penghujung hari.

     Hari esoknya, perhimpunan murid ada lagi dan seterusnya sepanjang minggu tersebut. Keadaan ini biasa apabila cuti sekolah semakin hampir, 3 hari lagi. Susunan murid seperti biasa, dan guru-guru akan memberi ucapan atau taklimat masing-masing.

 

     "Cuti nanti awak buat apa?"

     "Buat bodoh...hahaha"

    "Semoga Tuhan kabulkan hasrat awak..."

    "Hei, gurau sajalah!"

     "Yang awak cakap begitu kenapa?"

 

Perbualan yang biasa saya dengar antara sesama rakan. Sebenarnya semua takut untuk mengaku akan merindui rakan-rakan semasa cuti nanti. Dengan buat lawak, hilanglah takut sedikit, konon. Bercakap tentang rindu, saya merindui peristiwa semalam, 'mata bercerita'. Saya menoleh ke belakang dan wajah itu memerhatikan saya. Mata bertentangan. Apakah sihir yang telah dia gunakan ke atas diri saya? Saya mengarut, tidak dapat mengelak daripada terus melihat dia. Tapi saya yakin, saya telah menjadi amat menyukai dia. Amat menyukai. Cinta?

 

     "Murid-murid boleh pulang sekarang dan selamat bercuti!"

 

Semua murid bersorak dan mula bersurai. Dalam keriuhan dan ketika dewan sudah separuh kosong, dia memanggil saya. Saya dengan segaknya terus menuju ke arah dia.

 

     "Nah," dia menghulurkan gula-gula getah Double Mint hijau. Kelihatan tulisan dakwat biru di belakang tapak tangan dia bertulis 'as wide as the universe'. Saya menghulurkan tangan kanan dan menerima gula-gula getah tersebut.

     "Terima kasih."

     "Kita bestfriend forever, janji?" Seketika, kami berdua tersenyum sambil memandang antara sesama.

     "Okay, bestfriend forever!"

 

     Mengenang kisah dia dan saya di keakraban pertama, saya hanya mampu tersenyum.

 

 

 

 

 

{Diari}

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) permulaan yg menarik. bile nak smbung nih? hehe
  • 2) salam mesra sdr jacquenne...

    lontaran diksinya jelas. tidak bersimpang-siur.

    sedikit cadangan, saya kira ini merupakan permulaan bagi cerita ini. jika jalan ceritanya lebih panjang, apakata sdr letak di bahagian novel. lebih mudah utk pembaca hendak ulang baca babnya...
  • 3) menarik dik!

  • (Penulis)
    4) terima kasih komen dan cadangan...ya, nti pindah jd novel kalau crita panjang...
  • 5) nice try..kipidap ...rncg jln cite k..
  • 6) lately ramai yang mengelat pos sekerat macam ni je.
    hehe kesian pembaca

    apakata disatukan dan ditulis dulu penuh-penuh baru dipos
    nak beri nilaian pun sedikit terbantut..
    ades!

    sekadar cadangan penulis mempunyai haknya.
  • 7) intro yang membuat semua org tertanya2...love it

  • (Penulis)
    8) maaf..nti sy sambung..blum ada msa yg sesuai untk taip lebih2

  • (Penulis)
    9) hoho selesai lah mcm

Cerpen-cerpen lain nukilan jacquenne

Read all stories by jacquenne
No stories.