Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Di Suatu Pagi

  • 11
  • asma
  • 14 years ago
  • 3,318
  • FREE

 

Oh, pagi yang indah. Hari ini aku perlu menghadiri sesi temuduga untuk pekerjaan yang aku impi-impikan selama ini. Gembiranya rasa hati!

Sepanjang hari aku menelaah dengan bersungguh-sungguh agar jawapanku nanti semuanya relevan. Lewat malam tadi pula, aku berlatih mempersiapkan penampilanku. Aku cuba mengenakan solekan yang paling sesuai dan sederhana. Kemudian aku cuci mukaku dan mengenakan topeng muka perasa lidah buaya supaya wajahku segar di keesokan hari. Aku percaya, penampilan wajah adalah amat penting kerana di situ titik tumpuan penemuduga ke atasku. Aku juga tak lupa menyeretika baju yang terbaik dan termahal yang aku miliki sejak semalam. Ya, maksud aku baju barulah tu. Aku yakin, aku akan diterima tanpa sebarang ragu nanti.

Pagi ini, aku mulakan hariku dengan melipat selimut dan menegangkan cadar katilku. Sambil bernyanyi lagu 'shalalalala' nyanyian Amy Mastura, Aku capai tuala dan terus meluru ke bilik mandi. Eh, bukan meluru. Berlari-lari anak seiring dengan nyanyianku. Oh ya! semalam juga aku beli mandian strawberi, bau kegemaranku. Dan juga berus gigi baru! he he.

Namun sesampainya aku di bilik mandi, alangkah tekejutnya aku!
Aku tergamam.

kau?

kau?

Apa kau buat di sini, tak guna?
Apa kau buat di depan cermin bilik mandiku?
Sungguh menjengkelkan!
Berani kau muncul di depan batang hidungku!

Sambil mendekatinya, aku berkata:

"dengan cara apa lagi harus aku lakukan agar kau tidak menyelinap dan memunculkan dirimu lagi dalam hidupku, sayang? dengan cara apa?!"

"Oh, kau jerawat! kau memang tak guna!!!!"

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Jenaka

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) pertama kali menaip cerita pendek. aku belasah saja tatabahasa, tatacara, tatatertib dan segala tata dalam penulisan. hoho! harap mendapat kritikan maha dasyat agar aku lebih bersemanagat membaiki cara penulisanku.. dan sedikit pujian. err, buat mengambil hati. ya? ya?
  • 2) haha. asma mahu bot komen yg mn dulu? pujian atau kritikan? hehe
    ingatkan terjumpa lipas.hehe. cerita yg baik, mungkin patut dipanjangkan lagi. ade beberapa kesalahan tatabahasa *bot tahu asma pn tahu kan.hehe*
    btw, masih boleh digarap menjadi lebih menarik. chaiyokkk! hehe

    eh, umor asma bape yer?

  • (Penulis)
    3) trimas bot.. hak2.. tak rasa jenaka pun senanye, tapi nak try jugak.. kakakaka~

    asma' 2010 ni umur.. err.. berapa ye? 17tahun untuk yang ke 8 kalinya.. hehe.. maksudnya 24 la ni.. kiki.. bOt lak umur brape?
  • 4) ha ha. tahniah kerana berani memula langkah pertama.
    jangan risau. sidney sheldon pun dulu bermula dari bawah.
    ahadiat akashah pun.

    lepas ni bolehlah hantar lagi letak sedikit effort. pasti saya suka utk mengikuti perkembangan

    jerawat tu.. biasalah jangan piciittt
  • 5) aiseh.
    jerawat.
    musuh benar tu.
    simple but nice la cerpen ni.
    go kak asma go!

  • (Penulis)
    6) cahatomic: hak2.. trimas.. bukn cerita sy pun ni.. so takde jerawat yang nak dipicit.. kakaka~

    kosong: maceh cik kosong! hehe.. memang musuh benar tu
  • 7) Nice!! aku ada juga dia di atas hidung
  • 8) hehe... cerkon yang mencuit hati. tahniah untuk langkah pertama ini. mula melangkah perlahan-lahan dan perbanyakkan latihan dan membaca. saya yakin kamu boleh.

    menanti karya kedua dari kamu...
  • 9) ouh nice. ingatkan lpas tadi. haha bagus bagus
  • 10) hahhaa. suka2. sangat menggelakkan saya. eh, tak2... sangat buat saya gelak. haha )

  • (Penulis)
    11) kurusawa: haha! jangan picit!
    ridrohzai: oh! trimas inchink
    uculer: org kedua komen igt lipas.. hehehehe
    dayya: dayya, thanks

Cerpen-cerpen lain nukilan asma

Read all stories by asma