Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

[Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #1

 



Ya, dua bulan lagi aku akan bergelar sebagai ayah. Dua bulan lagi aku akan menimang cahaya mata pertama. Dalam dua bulan akan datang aku akan mengazankan dan mengiqamahkan anak sulungku. Ya ALLAH, tak sabar rasanya menunggu dua bulan terakhir ini.

“Ameen, awalnya nak balik. Tak nak makan dulu ke? Banyak kuih raya aku bawa ni.” pelawa Shamil, kawan baikku sejak dari METC sehingga bekerja dalam MAS.

“Aku nak tengok bini aku ni. Kau faham-faham je lah. Dia tu dah sarat nak bersalin,” ujarku sambil membuka penutup bekas kuih raya yang dibawa Shamil. “Ketat pulak bini kau tutup bekas ni. Aku bawa balik semua kuih ni boleh?” selorohku.

“Agak-agaklah bro. Aku tak makan lagi tu,” celah Jalal, dari belakangku. Kami bertiga ketawa kelucuan. Selepas merasa sebiji dua kuih raya itu, aku terus meminta diri untuk balik ke rumah.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah, aku tak henti-henti memutarkan bacaan surah Yusuf dan surah Maryam. Sambil-sambil tu, bibirku turut bergerak membacakan ayat-ayat yang telah kuhafal dari kedua-dua surah tersebut.

Ramai yang cakap, kalau surah Yusuf dibacakan sepanjang isteri bersalin, anak lelaki yang bakal lahir akan menjadi seorang yang tampan dan bijak. Manakala, surah Maryam pula baik untuk anak perempuan. Aku amalkan saja. Betul tak betul itu urusan ALLAH.

“Assalamualaikum,” doa kesejahteraan kuucapkan.

Sunyi…

“Assalamualaikum, Humaira,” kulaung nama manja isteriku. Nama sebenarnya Aeesya.

Sepi… Tiada jawapan.

Hatiku terasa kurang enak. Berdebar-debar aku masuk ke rumah. Ternyata Aeesya tiada di ruang tamu dan di dapur rumah. Aku naik ke tingkat dua pula, mencari isteriku di kamar beradu kami.

Kedengaran bunyi air paip mengalir dalam bilik air di kamar beradu kami. Aku bergegas masuk ke bilik air. Kudapati darah membasahi lantai yang basah. Aeesya pula terbaring tidak sedarkan diri. “Aeesya!”

Kuangkat isteriku yang masih berlumuran darah. Aku berasa sungguh cemas melihat wajah putih isteriku menjadi begitu pucat. Dapat kurasakan air hangat mengalir deras di kelopak mataku. Sempat kuambil tuala lebar untuk menutupi rambut Aeesya.

“Bang Johan! Kak Saida! Tolong saya!” laungku.

Pasangan suami isteri sebelah rumahku keluar tergesa-gesa. “Ya ALLAH, apa dah jadi dengan Aeesya ni, Ameen?” Kak Saida segera membuka pagar rumahnya.

“Kita bawa dia ke hospital dulu!” Bang Johan segera masuk mengambil kunci keretanya. Harapkan aku memandu ketika itu, aku tak boleh. Tubuhku menggigil terkejut.

- Ya ALLAH, selamatkan anak dan isteriku ya ALLAH. -

bersambung…

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) cerita islamik yg sungguh cantik.. (suka suka)
  • 2) Salam kenal sdr. aminmuslim.

    Tahniah untuk penerbitan karya sulung di seksyen cerpen ini. Moga terus lestari berkarya di sini.

    Permulaan yang baik namun ada beberapa bahagian yang sedikit menganggu mood ketika membaca. Pengalirannya agak tersekat-sekat mungkin kerana pemilihan diksi. Bukan tidak jelas tetapi kurang dinamik.

    Jalan ceritanya yang menarik minat. Selamat berkarya...
  • 3) fuh....tarik nafas pjg2 nk marathon bc cerpen ni..mungkin caha nk kata sesuatu?
  • 4) ha ha. goodluck!
  • 5) hehe stail beliau adalah seperti ridh dan joey
    boleh saling membantu nih

  • (Penulis)
    6) rama_rama; terima kasih rama2 (^_^)

    ridhrohzai; saya suka komen yang ni. baru nampak apa yang perlu saya perbetulkan. maaf ya cerita ni agak kaku pasal saya baru nak belajar berkarya macam kalian.

    paktam85; cayalah dengan lu bro. ada maksud implisit tu dalam komen paktam85. hehe...

    cahatomic; thank you caha!
  • 7) panggilan umaira utk si isteri reminds me of my fren..
  • 8) menarik. huhuh, nak kena marathon juga. aduh!

    hurm, kenapa tak letak di seksyen novel ye? lebih baik di sana, boleh meriahkan seksyen tersebut. bole minta abg caha wat review. hahah

    okeh, lagi satu rasanya baik elakkan post terlalu banyak entry dalam satu hari. kebanyakan ahli kapasitor datang melawat dalam 2 kali seminggu je purata. so bila tgk banyak2 cam ni jadi penat dan tend to abaikan, so tak best la kan? ehhehe

    oke, selamat bergembira di pasitor ye?
  • 9) *kapasitor

Cerpen-cerpen lain nukilan aminmuslim

Read all stories by aminmuslim