[Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #4

 




“Abang Am, datang ke hospital sekarang! Kak Aeesya dah nak bersalin!” suara adik ipar Ameen, Yusra, jelas kedengaran. Suaranya kedengaran cemas.

Ketika itu, Ameen sedang sibuk membuat pemeriksaan aircraft radio system. Serta-merta Ameen meninggalkan tugasnya. “Farhan, please inform to Mr Mogan. I need to leave early. Urgent!” Pesan Ameen kepada rakan setugasnya.

“Kenapa?” tanya Farhan.

“Bini aku nak bersalin.”

Okey! Okey! I’ll tell him later.

Thanks!” Segera Ameen keluar dari Avionic Room ke tapak parkir.

Enjin kereta dihidupkan seusai membaca kalimah ALLAH. Itulah amalan sunnah yang diamalkannya sejak mengenal dunia. Memulakan kerja dengan membaca basmalah dan diakhiri dengan hamdalah.

“Aeesya kat mana?” tanya Ameen sebaik sampai di depan wad bersalin sehingga terlupa memberi salam.

“Assalamualaikum,” ucap Yusra. Ameen menjawab salam tersebut, kemudian beristighfar dalam hati. Menyesali kelalaiannya dalam mengamalkan sunnah Baginda SAW. “Kak Aeesya dah masuk wad kecemasan. Doktor cakap badan Kak Aeesya terlalu lemah untuk bersalin secara normal. So, terpaksa guna pembedahan.”

“Apa? Diorang tak minta permission abang pun nak buat pembedahan!” suara Ameen meninggi. Terkejut. “How come they can make the operation?”

“Ayah yang sign borang kebenaran untuk pembedahan tu. Nak tunggu abang, dah tentu tak sempat. Lagipun, doktor cakap nyawa Kak Aeesya boleh terancam kalau bersalin secara normal,” jelas Yusra bersungguh-sungguh. Dia tahu abang iparnya risau. Tapi, selaku adik, Yusra lagi risau.




“Habis, buat pembedahan tak mengancam nyawa?” Ameen sebetulnya dari awal lagi tidak mahu Aeesya bersalin menggunakan cara pembedahan. Disebabkan itulah dia menjadi sebegini risau.

Yusra menggenggam bahu Ameen. “Sabar, bang. Sabar.” Nasihatnya tanpa perlu mengulas lagi mengapa perlu bersabar. Kerana dia tahu abang iparnya pasti sudah maklum bahawa sabar itu sebahagian daripada iman. “Sekarang banyakkan doa supaya Kak Aeesya dan kandungannya selamat. Jom duduk dulu. Ayah dan lain-lain tengah tunggu tu.”

Sebaik menyapa doa kesejahteraan kepada keluarga isterinya yang berada di ruang menunggu, Ameen melabuhkan punggung di sebelah Encik Marzuki, bapa mertuanya. Kesemua yang berada di situ diam seribu bahasa. Masing-masing berasa bimbang.

“Apa yang abang buat kalau abang rasa marah ke, geram ke, bimbang ke…?” ucap Aeesya sewaktu berbulan madu di negara matahari terbit dahulu.

“Hmm… kalau abang marah, atau abang geram, abang ambil wudhuk sebab sabda Nabi SAW mafhumnya; Sesungguhnya marah itu berasal dari syaitan dan syaitan diciptakan dari api, dan api hanyalah dapat dipadamkan dengan air. Apabila di antara kalian marah, hendaklah berwuduk.” ulas Ameen panjang lebar. “Dan kalau abang bimbang, abang akan banyakkan zikir. Sebab firman ALLAH maksudnya, tidakkah dengan berzikir kepada ALLAH itu menenangkan hati.




Kenangan berilmiah itu menyapa minda sedar Ameen. Lantas dia memperbanyak zikir sementara menunggu doktor keluar. Terbukti usahanya berkesan! Hatinya tiba-tiba terasa aman. Alhamdulillah, ucapnya dalam hati. Serentak itu lampu kecemasan yang tertera di pintu wad berubah menjadi hijau.

Kesemua ahli keluarga Aeesya bingkas mendekati Doktor Aminah termasuk Ameen. Berdebar-debar mereka menanti kalimat yang bakal diucapkan oleh doktor itu. Wajah doktor itu tampak tenang. Sukar ditafsir sama ada eksperi itu menunjukkan pembedahan selamat atau mengisyaratkan agar mereka turut bertenang mendengar khabar Aeesya.

“Alhamdulillah, bayi perempuan selamat dilahirkan,” ucapnya lantas semua ahli keluarga Aeesya turut bersyukur. “Tetapi…” Suasana kembali senyap. “… Aeesya…”

- Ya ALLAH, tabahkanlah hatiku dalam mengahadapi ujianMU ya ALLAH! -

bersambung...

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) jeng jeng jeng..hehe
  • 2) tapi aeesya nak abg ameen je masuk dulu. hiks. yg lain kemudian.
    keh!
  • 3) komen caha, tak menahan! hahaha
  • 4) bab yang ini baik!

Cerpen-cerpen lain nukilan aminmuslim

Read all stories by aminmuslim