Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

[Cerpen] Sekudus Kasihmu Kuperlukan #11

 





Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sesak dengan keluarga jemaah haji yang setia menunggu di balai ketibaan. Ketika itu, Ameen dan Azman sudah keluar dari bangunan terminal. Isterinya, Nazwatul, menanti di luar teksi.

“So, kau dah berhenti dengan Emirates Airlines lah ye?” tanya Azman.

“Tak jugak. Aku masih ada kontrak dengan Emirates Airlines. Tapi, jadi Aircraft Engineer mereka di sini. Maksudnya, kalau mana-mana pesawat Emirates Airlines mendarat di Malaysia, aku dengan krew-krew EA lah yang dipertanggungjawabkan baiki atau inspect pesawat tu,” jelas Ameen.

“Huh, ALLAH SWT telah permudahkan urusan kau. Bersyukurlah kepadaNYA nescaya kau akan dapat lebih banyak ganjaran.” Semenjak balik dari menunaikan haji, bicara Azman sungguh indah menuturkan tentang puji-pujian kepada ALLAH. Inilah kekuasaan yang ALLAH SWT berikan kepada mereka yang dipilihNYA.




Ameen mengangguk-angguk setuju. “Aku sangat-sangat bersyukur kepada ALLAH, Man. DIAlah yang menyelamatkan aku ketika aku terabai di dalam rumahNYA. DIA munculkan engkau selepas aku menyesali segala kekhilafan aku selama ini. Syukur ya ALLAH! Terima kasih juga kepada kau, Man,” Ameen memeluk tubuh sahabat baiknya itu. Tanpa segan terhadap isteri Azman, Nazwatul yang menjadi penonton mereka, Ameen mengalirkan air mata lelakinya di sisi sahabatnya.

“Baguslah kalau kau dah sedar. Semoga kita terus-menerus mendapat petunjuk ALLAH SWT,” nasihat Azman sebelum meleraikan pelukan mereka. Dia pun turut terharu melihat kesungguhan penyesalan Ameen. Alhamdulillah, bisiknya.

Lambaian Azman memisahkan haluan destinasi mereka. Azman pulang ke kampung isterinya manakala Ameen pulang di rumah emak dan ayahnya, di Kampung Umas. Perlahan dan tenang, Ameen masuk ke dalam perut limo yang ditahannya sebentar tadi.

Tangan Ameen memicit-micit butang telefon.

“Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatu,” suara Ruhaidah kedengaran di hujung talian. Wah, nampaknya dia sudah lancar memberi salam penuh! Ameen seakan mahu menangis mendengar suara yang selama ini diabaikannya, tetapi kini dirinduinya.




Hmm… memberi salam penuh. Pasti Ruhaidah cuba mengamalkan sunah dari kisah hadith yang Ameen ceritakan kepadanya dahulu. Bagaimana ketika Nabi Muhammad duduk bersama sahabat, datang seorang lelaki kemudian memberi salam, “Assalamualaikum.” Nabi menjawab salam tersebut kemudian berkata, “Sepuluh.”

Datang pula lelaki kedua dan mengucapkan, “Assalamualakum warrahmatullah.” Nabi SAW menjawab dan kemudian berkata “Dua puluh.” Dan akhirnya datang lelaki ketiga memberi salam penuh, “Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatu.” Nabi SAW menjawab salam itu dan berkata, “Tiga puluh.”

“Maksud dari kisah tadi – kita akan mendapat sepuluh ganjaran jika memberi salam ringkas, dua puluh jika separa penuh, dan subhanallah! Kita dapat tiga puluh ganjaran kalau memberi salam penuh,” cerita Ameen ketika Aeesya duduk di sisinya manakala Ruhaidah berada di riba Ameen. Oh, kenangan lama!


bersambung...

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) mengelat lagi! pendek sangat ni.... huhuh
  • 2) datang membaca...

Cerpen-cerpen lain nukilan aminmuslim

Read all stories by aminmuslim