Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Mencari Sutrisno - muka 4-9

 

(ini adalah keratan daripada Novel "Mencari Sutrisno" karya aku yang dah 10 tahun terpendam dan masih belum siap..hu hu..insyaAllah akan disiapakn jika berkesempatan. Sila bagi komen. TQ)

 

Aku terus berjalan tanpa menoleh ke belakang, tetapi ke kanan, sebab ada awek cun melintas. Aku terus berjalan melepasi rumah-rumah jiran sekampungku yang semuanya dibina dengan papan dan kayu serta beratap nipah yang kelihatan berwarna coklat kehitaman dimakan waktu dan suhu. Aku kini telah melepasi kawasan tanah gambut, dan sampai di kawasan tanah sungai yang ditumbuhi dengan banyak pohon nipah yang besar-besar. Terdapat lebih kurang 48 batang kesemuanya. Aku terus berjalan menuju ke penambang. Angin petang yang memang sentiasa bertiup,  menampar-nampar mukaku dengan kuat hingga tercabut 14 helai bulu kening, 3 helai bulu hidung dan 21 helai bulu mataku. Namun begitu, tamparan angin tidaklah sedahsyat tamparan makku, ataupun ‘tamparan wanita’ iaitu lagu dari kumpulan ‘Elite’. 

 

Sesampai di sana, aku terus berjumpa dengan pengurus penambang, Pak Lahat yang sedang duduk di hujungnya. Dia menyahut salamku dan menyambut jabat tanganku dengan mesra.

 

“ Nak ke mane?” soalnya dengan perasaan ingin tahu yang ku kira agak tinggi.

 

“ Thok khe mhano, he Sebheghang ajeooohkh…” jawabku separuh menguap.

 

“ suke ati kome le…” jawab Pak Lahat balik.

Tiba-tiba dia bangun, masukkan jari telunjuk dan jari hantu ke dalam mulutnya dan meniup,“ Fewwitt!!” bunyinya. Seminit kemudian, dari jarak 50 meter dapat aku lihat, sebuah kolek datang dari arah seberang sungai, dikemudikan oleh seorang lelaki tua yang nampaknya memakai topi rotan, berbaju t-shirt warna biru hijau, dan berseluar merah jambu. Lima belas saat kemudian, beliau pun sampai ke penambang bersama kolek yang dikayuhnya. Selesai menyangkutkan tali kolek ke sebatang tiang di penambang, dia bersuara,

 

“ sorang aje ke penumpang tengohaghi ni?”.

 

“ Gitu le nampoknye! Jame oiii!!”

Jawab Pak Lahat hampir berlagu kepada lelaki tua yang bernama Pak Jamil tersebut. Aku pun dengan pantas turun ke perut kolek Pak Jamil, duduk dan diam. Di atas lantai kolek Pak Jamil ada satu tin biskut yang di atas penutupnya ada sekeping biskut empat segi yang telah di gigit pada satu bucunya, segulung tali kambing, sekotak mancis di sebelah seikat kecil rokok daun dan tembakau yang dibungkus di dalam plastik bergambar seekor kuda sedang berlari. 

Pak Jamil buka tali dari tiang penambang, dan terus mengayuh kolek menuju ke seberang sungai Kampung Segenggam Debu. Ketika di dalam kolek, aku cuba membuat strategi dan rancangan. Ke manakah tujuanku? Kat mana nak menuntut ilmu? Yang paling penting, kat mana nak cari makan?! Duit ada cukup-cukup nak bayar tambang naik kolek aje! Mampuih!

 

“ Ape yang mampuih?. Tiba-tiba pak Jamil bertanya.

 

“ Hah? Mende pakcik?” tanyaku.

 

“Iye le, tak memasei kome cakap mampuih!” jawabnya.

 

Rupa-rupanya aku terluahkan apa yang difikirkan dalam otak. Aku bagitau Pak Jamil, aku mengigau. Pak Jamil gelakkan aku. Lama jugak dia gelak. Ada la dalam 39 saat setengah. Sesampai di seberang yang dituju,

 

Pak Jamil cakap,” Tak payah bayor le…aku belanje”.

 

Terharu hati aku kejap ( satu saat je ). Selepas ucap thank you, aku pun meneruskan perjalanku menuju ke arah matahari terbenam. Jauh lagi perjalanku. 

Ketika menghayunkan langkah berjalan di sepanjang pinggir sungai ini, aku tiba-tiba terasa ingin bernyanyi. Aku susunkan irama dan lirik lagu tentang kampung Segenggam Debu yang pernah ku hafal dan aku cuba keluarkan dari mulutku yang dah sepuluh bulan tak bergosok. Macam ni lagunya( aku pakai bantai aje lirik dia, banyak yang aku dah lupa ):

 

Segenggam Debu desa nan indah,

Tempat lahirnya pahlawan yang gagah

Tiada tara tiada pernah kalah

Tiada susah tiada gundah

 

Walau pun jauh di pedalaman

Kampung ku ini indah menawan

Siapa melihat hati tertawan

Tak kira teman atau pun lawan

 

Sawah dan ladang luas terbentang

Para petani bekerja riang

Burung dan unggas bebas terbang

Ke sana sini tidak terhalang

 

Segenggam Debu kampung terchinta

Makmur bahgia aman sentosa

Di mana mana orang berkata

Segengam Debu masyhur ternama

 

Walau seribu tahun berlalu

Hidup tiada terasa jemu

Riang gembira damai selalu

Sering bermesra bila bertemu

 

Bantu- membantu tolong-menolong

Tidak congkak tiada sombong

Hidup bersatu bergotong-royong

Bersama rugi bersama untung

 

Telah termasyhur seluruh negeri

Kampung ku ini cantik berseri

Semakin elok hari ke hari

Tetap ku kenang di sanubari….

 

Addoohh!!! ( yang ni bukan lirik lagu ),

Tiba-tiba je buku lali kaki kananku terasa pedih dan gatal. Secara spontan aku duduk mencangkung dan dengan spontan jugak jari tangan kananku menggaru. Aku tengok betul-betul kat kawasan buku lali yang gatal tadi dan sekitarnya. Rupa-rupanya ada seekor semut yang halus ( <1mm saiznya ) baru nak larikan diri. Dengan pantas aku tangkap dia.

 

“Ooo!! Kau ke yang gigit! Kataku dengan mata yang terjegil sebelah.

 

Semut tersebut ialah anak’ semut gatai’ ataupun nama sainsnya Gatalus sakkitius. Kalau ikut hati nak aje aku picit dia sambil bercakap ‘ kecik-kecik tak mau mampus…..’ Tapi aku tak mahu ikutkan hati, nanti mati. Aku lepaskan dia ke tanah,. Baru dua kali 6 tapak   ( kaki dia ada 6 ) dia berhenti dan menoleh ke arahku. Aku pun cakap kat dia,

 

” hati-hati, jangan gigit kaki pemakan semut!!”.

 

Dia angguk dan memandang semula ke arah yang hendak ditujunya. Dia terus berjalan menuju ke semak yang kecil di tepi jalan. Aku bangun berdiri semula. Tarik nafas, buat lompat bintang 8 kali, dan teruskan perjalanan. Selepas 2 kilohasta aku pun sampai di sebuah perhentian bas( agaknye le… ) yang agak besar dan sesak (sesak lagi kepala aku).

Asap berkepul-kepul, lagi banyak,lagi pahit dan pekat dari asap bakar sampah. Baunya aje dah cukup untuk menyekat oksigen dari masuk ke ruang dada. Nak terbatuk pun ada! Keadaan sekeliling agak malap( takde lampu kot?! ), bising dengan bunyi suara orang ramai yang berbaur dengan bunyi deruan mesin ( mungkin bunyi enjin bas?! ). Aku sebenarnya dah dekat 5 tahun tak nampak benda atau orang lain. Dah 5 tahun dah aku tak pernah keluar rumah, tak berjumpa orang, tak berjumpa kereta, bas, apatah lagi perhentian bas. Last sekali aku tengok bas, minggu lepas - kat TV. Jadi, untuk mengelakkan aku dari ‘termalat’( salah sangka dan akhirnya berasa malu ), aku pun bertanya kepada seorang remaja lelaki yang baru keluar dari perhentian bas ini. Aku tahan dia dengan memberi salam dan sedikit senyuman semanis gula kabung. Dia tak jawab salamku, tapi hanya berkata,

 

 “ ..iyaa?”.

 “ Adakah ini perhentian bas utama, di mana boleh saya dapatkan bas untuk ke bandar, untuk mencari pekerjaan yang halal, dan mendapat tempat tinggal yang selesa, dan untuk mencari ilmu yang berguna bagi masyarakat desaku yang tercinta?”, tanyaku dengan ringkas. Aku nampak dia terlopong, di hujung bibir kirinya bergantungan sejurai air liur. Tiba-tiba dia tersentak. Di sedutnya kembali sampai habis juraian air liur yang dah hampir terkena lantai simen yang ada setumpuk taik anjing.

 Aku menarik nafas lega.  Kalau tak, masuk taik anjing le mulut mamat ni, fikirku. Selepas mengesat bibirnya yang hitam ( mungkin kuat hisap rokok, mungkin semulajadi ), dia pun berkata,

 

“ BENAAAAAAAAAAAARRRR………!!!!!”.

 

Lepas tu dia blah! Tak sempat aku nak cakap terima kasih. Aku teruskan langkah menuju ke arah barisan orang ramai yang nampaknya seperti bermula dari perut sebuah bas. Barisan orang tersebut sangat panjang, sehinggakan aku tak nampak hujungnya yang satu lagi. Aku pandang sekeliling perhentian ini. Dari kiri ke kanan, kanan kekiri, atas ke bawah, bawah ke atas. Barulah aku sedar, perhentian ini berisi dengan berpuluh-puluh biji bas yang beratur di tempat masing-masing yang selari di antara satu sama lain. Tempat bas-bas ini semua, adalah berupa lorong-lorong yang selari, yang di setiap sisinya terbina kaki lima yang mempunyai tangga-tangga yang curam yang menuju ke atas. Lepas aku tengok betul-betul, baru aku tahu yang aku sebenarnya berada di dalam sebuah bangunan dua tingkat besar yang di ubah suai menjadi perhentian bas. Tempat bas-bas berhenti adalah tingkat bawah, dan tangga-tangga tadi menuju ke tingkat dua. Aku tergamam sekejap. Itulah, asyik duduk rumah aje. Dengan kaki terketar, aku berjalan menuju ke arah tangga di atas kaki lima di sebelah kananku. Aku terus berjalan ke arah tangga besi yang pada pandanganku telah agak berkarat di makan waktu dan suhu iklim tropika. Aku naik tangga. Setapak. Setapak lagi. Lepas tu aku tak kira dah. Laju je aku panjat. Seronok betul hati aku! Inilah kali pertama dalam hidup aku dapat panjat tangga besi yang berkarat dan curam lagi tinggi. Puh!! Kalau mak aku tau ni, mesti dia jeles!

 

Aku sampai ke tingkat dua. Wooo!!! Termuncung mulut aku 5 cm! Mau taknya, orang bukan main ramai! Ramai gila! Macam takde ruang untuk berjalan!!. Aku perhatikan orang di sekeliling. Ada yang berbaju kurung, ada yang berbaju kemeja, ada yang berkain, ada yang berseluar, ada yang berbaju T, ada yang bersinglet, ada yang bermini skirt , ada yang bertudung, ada yang berjubah, ada yang bercheong-sam, ada yang bersari, ada yang menjinjing beg tangan, ada berbeg galas, ada yang memeluk beg besar, ada yang mengheret beg, ada yang berlenggang, ramai yang berdiri, ramai jugak yang berbual, ramai yang makan sambil berdiri dan berbual, ada yang pakai baju dari bahagian atas tapi bahagian bawah tak pakai apa-apa, ada yang bawah pakai kain tapi atas tak pakai apa-apa, dan ada yang pakai baju ketat. Ada jugak yang tak pakai baju! ( orang gila agaknye! ). Kat sini pun banyak asap jugak! Asap rokok! Aku tengok ramai jugak orang yang hisap rokok kat sini.Tak kira laki, tak kira pompuan.

Aku terus memandang orang ramai yang bunyi suara dan nafas mereka macam bunyi lalat yang sedang menghurung bangkai. 

Tak sempat aku nak mengelamun, satu tepukan yang agak manja ( aku agak je ) singgah atau hinggap kat atas bahu kanan aku. Zap! sepantas Michael Scumacher aku toleh ke arah bahu kanan. Nasib baik! sikit je  lagi aku mesti berlaga hidung dengan seorang pemuda yang nampak tak muda! Rupa-rupanya , ada seorang lelaki yang aku kira berumur lewat 20-an, tercegat betul-betul 2 cm sebelah kanan aku. Tak sempat aku nak bukak mulut pun, dia dah bukak mulut. Maka, terhamburlah bau-bauan yang tak sewangi budu, ataupun sewangi serbuk cekam, atau pun seharum bunga Rafflesia. Akan tetapi bau yang singgah ke hidung ku yang berjeragat ini adalah sejenis bau yang pekat dan mesra sampah. Ia merupakan bau yang bercampur baur dengan cukup harmoni sekali. Di antara bau bangkai dengan bau ketiak yang tak berbasuh. Korang cuba la teka!

 

“ Bang”, tegurnya dengan nada soprano.

 

“ mende”, jawabku dengan nada alto.

 

“...takde bang, kalu ada la, setitik niat di hati abang untuk naik bas ke bandar, rentikan aje la”, ujarnya dengan muka kering.

 

“ ..apasal pulak?”, kali ni aku bertanya dengan muka basah ( panas siot tempat ni, berpeluh aku ).

 

“ ada beberapa faktor yang terlibat”.

 

Dia pun terangkan kat aku. Antara faktor-faktor yang aku dapat ingat adalah:

 

a)       tiket bas mahal- RM 28.50 sehala seorang ( kalau yang macam aku- tak tentu hala, lagi mahal kata dia ) .

b)       orang terlalu ramai-  beratur sampai lusa pun belum tentu bergerak!( belum sampai ke pintu bas pun )

c)       drebar bas memandu secara berbahaya- 80% daripada bas-bas kat stesen bas ni pernah kemalangan.

d)      alas tempat duduk dalam kebanyakan bas dah nipis dan koyak – kematu la pungkoq!

e)       banyak semut dalam bas- risiko di ‘ketit’ ( digigit )

f)        dan sebagainya.

 

Aku agak kagum dengan gaya persembahan fakta yang ditunjukkan oleh mamat ni. Dengan bawak papan hijau kecik, siap dengan kapur warna-warni! Lepas terkagum untuk seketika, aku pun tanya,

 

“ ..jadi, apa cadangan anda?”

 

“ jom! ikut saya!” dia jawab sambil buat isyarat tangan ‘let’s go!’ kat aku. Aku pun macam orang bodoh ikut la si mamat yang entah siapa ni. Sambil berjalan di sebelah dia, aku pun tanya nama dia. Dia tak terus jawab. Tapi dia jawab lepas dia korek lubang hidung kiri.

 

“ Ooo....sori, nama saya Sabdudiatas al-Atas”. dia hulurkan salam dengan tangan yang korek hidung tadi. Aku terpaksa cakap,

 

“ maaf lah ...tangan saya kotor, tak dapat nak bersalam dengan anda”.

 

“ ye ke?! sama lah kita!”, jawabnya dengan disusuli oleh ketawa

yang mengilai.   “ Hiiiiiiiiiiiiiiiihihihiiiiiiiiiiiiiiii!!!!”, gitu. Naik seram sejuk pankreas

aku.

 

Rupa-rupanya dia ni bawak teksi! Tak guna betul! Dia bawak aku ke teksi dia yang bernombor plat HEY 8484. teksi yang berwarna separuh hitam, separuh kuning, separuh hitam balik.

Dia cadang aku naik teksi dia. Pasal tambang jangan risau. Boleh hutang. Bayar ansuran. Takde bunga. Tapi kena bagi cagaran. Kena tinggal satu benda yang berharga sebagai cagaran.

 

“ saya takde benda berharga” terangku dengan ikhlas.

 

“ takpe, tinggalkan aje apa-apa yang awak sayang.

 

“ baiklah!” aku jawab dengan hati yang bebas dari perasaan curiga. Aku akhirnya menuju ke bandar  Muara Selut dengan teksi Sabdu. Laju dia bawak! Macam Misboon Sidique, sang jaguh F1.1 kebangsaan. Jantung aku hampir tak berdenyut. Kepala aku pening, ‘nyut-nyut!’. Aku bagi dia sikat aku sebagai cagaran. Yang tu je la yang aku sayang. Dia ambik pulak tu.

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) heheheh. menarik ni!
  • 2) em, apa kata jika saudara kurusawa letak saja di bahagian novel sambungannya. ini dah buat pembaca tertanya-tanya ni...
  • 3) sy bc smbil tergelak... klaka ah.. di tgh cita kmu.. da mula byk melalut.. tp sgt humor.. cpt smbg llg..
  • 4) hahaha..superb..!
  • 5) keh keh. amende kasi page 4-9 aje. cis
    abiskan la. pastu publish terus!

    hehe.
    tulisan memang kurusawa.
    ikut suka hati aje

    kuru. ni pendapat akulah.
    darjah kreativiti kau dah nice dah.
    kalau kau balance sikit dgn tata penulisan yg skima sket tapi masih frinjan. pasti lebih up hasil karya kau kelak.

  • 6) ces nyesal bc time perut lapa...kan dah skt perut dok gelak..jap2..ni spontaneous ke ape ni..

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa