Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Fantasi Mental Gila

 

Nota Penulis: Tidak boleh tidur malam membuatkan otak aktif menyusun data, tetapi kadang-kadang data yang disusun adalah berkecamuk. Nah, akibat insomnia, Fantasi Mental Gila tercipta! :P

 

Semua manusia ada fantasi sendiri. Tidak kiralah fantasi seks liar, angan – angan, delusi, atau motivasi diri sendiri untuk menempuh segala dugaan dalam hidup. Perbezaan itulah yang mencorakkan kehidupan dengan pelbagai warna. Namun, setiap manusia ada satu persamaan. Masing-masing akan gembira jika fantasi dapat berubah menjadi suatu realiti seperti yang diharapkan.

Benarkah?

Khairul merupakan seorang lelaki yang kelihatan normal pada luarannya. Tinggi, putih, kacak dan bergaya lagak eksekutif korporat. Bukan sedikit manusia bertentangan jantina yang terpikat dengan ketampanan beliau. Namanya acapkali menjadi mainan gosip para wanita di kala senggang semasa di pejabat. Kehadiran beliau untuk makan tengahari bersama selalunya disambut lirikan senyum dari telinga ke telinga oleh golongan hawa.

Tetapi tiada satu pun yang melekat di hati Khairul. Semuanya dek fantasi tidak masuk akal beliau. Di hatinya, hanya permainan video yang bertakhta. Begitu obsesnya Khairul terhadap permainan video sehinggakan wanita idaman pun kalau boleh mestilah berpakaian dan berbentuk seperti watak heroin permainan video tersebut.

Ya! Khairul lebih mudah terpikat dengan karakter “Night Elf” yang berkot kulit binatang dan pucat seperti mayat di dalam World Of Warcraft (WoW) berbanding gadis Melayu putih yang bertudung.

Apa yang sering terlafaz dari mulutnya adalah..

“Hai, kalaulah aku ada awek, aku nak dia pakai macam Night Elf tu. Dengan set Shadow Suit macam NPC tu, perghh meleleh air liur kalau aku usung awek camtu! Lepas tu pulak bagi dia bawak pedang Excalibur tu..wow!”

Dan setiap kali frasa itu terlafaz, setiap kali itu jugalah Amir menggeleng kepala. Sudah masak benar perangai teman sebiliknya itu.

Bodoh punya obsesi!

*******************************************************************************************

 “Hoi! Balik balik tak tukar baju tak apa terus menghadap komputer?” jerit Amir di muka pintu sejurus pulang dari kerja.

“Ada raid hari ni, aku balik awal tadi. Hari ni pelancaran instance baru, item baru. Lagipun, guild aku ada perempuan baru join woo...”

Amir hanya tersenyum sinis. Kalau ada sahaja penambahan baru kepada permainan tersebut, sudah pasti Khairul akan ponteng kerja dan balik lebih awal dari masa yang ditetapkan. Pasti beliau teruja untuk mencuba tentangan maya yang baru ditambah.

Raid sahaja yang difikirkan!

Seperti biasa, Amir tidak berkata apa. Sudah tidak larat untuk beliau menegur kelakuan Khairul. Sudah tidak betah lagi untuk dia mencuba membawa Khairul ke jalan yang benar.

Nampak gayanya makan berseorangan lagilah hari ini!

Amir terus dengan hal sendiri. Mandi, bersiap untuk ke surau di hadapan rumah sewa untuk menunaikan solat Maghrib. Usai berpakaian, dicapainya kunci motorsikal di hadapan pintu rumah.

“Amir! Balik nanti belikan aku nasi bungkus satu! Nanti aku bayar!” jerit Khairul.

“Cis! Jadi hamba abdi lagi aku!” getus Amir di dalam hati.

*******************************************************************************************

Malam itu angin bahang meranjau dalam hening kegelapan. Panas tak terkata membuatkan Amir terjaga dari lena ditengah malam. Jam menunjukkan jarum pendek menghala ke pukul empat. Amir membuang baju yang dipakainya ke lantai.

Khairul sudah terjelepuk di hadapan paparan komputer yang masih terang. Watak Undead yang mewakili dirinya pun sudah terbaring tidur di atas tanah virtual yang gelap. Amir bangun untuk melihat paparan tersebut dengan lebih dekat.

Congratulations, you've conquered the Zul`Gurub instance!” perkataan berwarna kuning emas tertulis di atas watak tulang Undead tersebut.

Amir cuma tersenyum. Tidak dinafikan Khairul memang hebat bermain permainan tersebut. Kalau tidak, masakan Khairul bergelar juara WoW Malaysia.

Nasi yang dibelikan masih tidak terbuka dari bungkusan. Nyata Khairul leka bermain sehinggakan makanan pun tidak disentuh. Hanya senyuman sinis yang terukir di wajah Amir bila terpandangkan bungkusan nasi tersebut.

Pagi esok Khairul pasti bermegah dan menceritakan kehebatan sendiri kepada Amir!

Amir kembali ke katil empuk untuk menyambung tidur yang terganggu.

*******************************************************************************************

Guess what?” Khairul, dengan mulut penuh mengunyah makanan semalam, menegur Amir yang masih mamai hasil baru bangun pagi.

“Tau dah.”

“Apa yang kau tahu?” tanya Khairul kembali bila melihatkan Amir hanya acuh tak acuh menjawab persoalan retorik Khairul.

“Kau menang macam biasa.”

“Tak, bukan itu yang aku nak beritahu. Semalam, awek yang baru join guild aku tu cabar aku. Dia kata, kalau aku dapat kalahkan dia dalam battle petang kang, dia sanggup keluar date dengan aku dengan costum macam character dia sekarang!”

Terbuntang mata Amir mendengar pengakuan Khairul. Terkatup mulut Amir, terkesima.

“Mesti aku menang punya! Aku nak bunuh dia nanti sampai terguling-guling kepala Night Elf tu kena spell Deadly Poison Cloud aku! Kemudian boleh pancung dengan Lightning Sword aku ni! Hahaha!”

Gila! Fantasi Khairul hampir menjadi kenyataan!

*******************************************************************************************

Seram dan menakutkan. Itu yang dapat Amir gambarkan petang itu. Sekembalinya Amir dari tempat kerja, hanya bunyi patukan jari terhadap papan kekunci yang dapat didengarnya. Seketika kemudian bunyi Khairul menjerit-jerit seorang diri.

“Arghhh... jaga kau! Yarghh!! Nah ambik!! Hahahaha!!”

Pertarungan siber antara dua jantina itu amat hebat. Darah menyembur dari setiap tetakan yang Khairul lepaskan. Sekejap sekejap, terang paparan komputer itu bila lawannya menghamburkan Lightning Shock. Tubuh Khairul bergerak-gerak ke kiri dan kekanan mengikut pergerakan karakternya. Terlompat-lompat tulang Undead dalam paparan komputer tersebut, terlompat-lompat jugalah tulang temulang tuan punya badan di alam realiti. Terleka juga Amir melihatkan kehebatan Khairul beraksi di dalam permainan itu, sehinggakan dia sendiri terlambat untuk ke stesen bas. Hari ini Jumaat, maka sudah menjadi kelaziman Amir untuk pulang ke kampung setiap hujung minggu. Mujur tidak tertinggal bas.

Khairul masih leka bermain semasa Amir keluar dari rumah. Berpeluh-peluh Khairul dalam usahanya untuk menumpaskan lawan. Yang terhambur dari mulutnya hanyalah..

“Yarghh! Sikit lagi.. sikit lagi.. Nah!! Deadly.. Poison Cloud!! Hiyarghh!! Tetak!!”

Pedang kuning yang terikat di tulang skapula Undead tersebut menetak kepala Night Elf yang terdedah akibat serangan sebelumnya. Darah menyembur dari karotid leher hasil pukulan tersebut. Kepala Night Elf tersebut putus, berguling-guling dan akhirnya berhenti. Badan watak tersebut jatuh rebah ke bumi yang tidak nyata.

Fine, you win. I'll see you tomorrow at Dome, KLCC like promised. Here's my number: 0123456789 – Jenna.”

Sebaik sahaja perkataan itu terlukis di skrin komputer, Khairul menjerit girang. Akhirnya! Fantasi yang dinanti akan tiba jua. Tidak sia-sia Khairul berusaha gigih dalam permainan komputer tersebut.

Khairul tersenyum puas. Namun senyumannya itu tidak lama. Tiba-tiba, mata Khairul menjadi putih seperti terpusing di dalam soketnya sendiri. Mukanya menjadi pucat. Tangannya keras. Mulutnya terbungkam kaku. Khairul jatuh dari kerusinya bak nangka busuk yang gugur. Memori Khairul seolah terpadam.

Khairul pengsan tidak sedarkan diri?

*******************************************************************************************

Khairul terjaga daripada kedudukan baring dalam keadaan hari yang sudah mula hendak terang. Matahari sudah memancarkan sinar ke muka dunia. Tidak tahu apa yang terjadi, kepala Khairul terasa berpinar-pinar. Tangannya kelihatan basah dengan suatu cecair.

Merah. Pekat.

Khairul menjilat cecair merah yang berlumuran di tangan. Kelat, dan beliau pasti ianya darah. Khairul menyemak dirinya jika ada yang terluka. Tiada.

Skrin paparan komputer menunjukkan watak tulang berbaring di tanah maya. Sama kedudukannya seperti Khairul yang terbaring sepanjang malam, jika benar dia terbaring. Terdapat darah juga di tangan tulang tersebut.

Khairul terpana. Dia duduk di kerusi kembali, cuba mengingati apa yang telah terjadi. Yang pasti, satu malam telah hilang dari ingatan.

Jam meja digital Khairul mengukir nombor 07:34.

“Eh, aku janji dengan Jenna nak berjumpa pukul 8..” getus Khairul.

Tangkas Khairul bangun dan bersiap untuk menghadiri temujanji yang telah dirancangkan. Hal darah di tangan terlupa seketika dari memori. Khairul mandi dan mengenakan pakaian yang paling segak. Maklumlah, sarapan pagi dengan fantasi hidup! Bukan senang Tuhan hendak merealisasikan fantasi gila Khairul!

Sesampainya di KLCC, Khairul pelik bila melihatkan ramai orang berkerumun di hadapan kafe Dome. Khairul mendekati dan memanjangkan leher menjengah; apalah yang menarik perhatian orang di kala pagi ini?

Khairul terkejut apabila imej yang sampai di benak adalah tubuh keras kejang seorang wanita berbangsa Cina yang berpakaian seperti orang purba. Berkasut but warna coklat, baju perisai ringan diperbuat dari kulit, sarung tangan hitam dengan telefon bimbit di genggaman.

“Macam Night Elf..” monolog hati Khairul.

Mata Khairul meliar ke atas mayat wanita Cina tersebut. Pada mulanya, hanya bahagian kaki sehingga perutnya yang jelas di mata Khairul. Khairul mengengsot semakin rapat ke depan untuk melihat dengan lebih jelas.

Terjojol mata Khairul apabila dilihat leher wanita tersebut terputus dua!

Kepala wanita tersebut masih elok tercatuk di tepi bahu kiri, siap dengan tiara kuning yang unik. Kelihatan mukanya hitam keungguan, seperti mati diracun. Bibirnya kusam. Lidahnya terjelir.

Muka hitam keungguan? Seperti mati diracun? Kepala terputus?

Tiba-tiba ayat yang Khairul lontarkan kepada Amir dua hari lepas menghantui benak Khairul seperti radio yang mengulang-ulangkan rakaman yang telah direkod terlebih dahulu..

“Aku nak bunuh dia nanti... sampai terguling-guling kepala... kena spell Deadly Poison Cloud aku... kemudian boleh pancung.. dengan Lightning Sword aku ni!”


Eh? Night Elf?

Darah di tangan? Bunuh? Racun? Pancung? ...Jenna?


“Tak mungkin..”

Pantas Khairul mengeluarkan telefon bimbitnya. Menggigil jari Khairul mendail nombor yang disalinnya pagi tadi sebelum melangkah keluar rumah.

Tertancap telinga Khairul dengan nada dering tema permainan WoW.

Telefon bimbit dalam genggaman mayat Cina tersebut bergetar-getar.

Khairul terduduk. Tangannya menggigil. Otak Khairul buntu. Tiada yang jelas dapat diingati. Tiada bukti alibi yang dapat Khairul kemukakan. Satu malam tidak dapat diingat langsung. Tiada kegembiraan akibat fantasi yang menjadi kenyataan. Perasaan Khairul berkecamuk, mental Khairul bercelaru. Fantasi, realiti?

Fantasi Khairul menjadi kenyataan?

Benar, fantasi Khairul terlaksana dengan kuasa Tuhan. Tetapi fantasi yang mana?

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) hoi apekah tulisan aneh keluar hahaha! copypasting dari OpenOffice ke web mcm buruk! hadeii..hentamlah! nanait!
  • 2) Hoi ape ni buat ending camni?? ini tidak adil! saya bantah yang arif! eh? heee~
    hebatlah awak rearrange.
  • 3) wow! wow! wow! gila kuat fantasi rere nih... sikinkin baik hati-hati... hehehe
  • 4) nasib baiklah saya tak minat main game macam ni. saya main monopoly je. ahaks!
  • 5) wah! hamek ahnak sgt bunuh org
  • 6) hahahaha
    cerita ni macam sangat dekat je dengan penulisnya.
    tak terkejut ah pasni kinkin pakai baju macam night elf.
    au auu
  • 7) humang ai... apakah ini?!
    good one by the way..
    memetik kata kinkin "hebatlah awak rearrange"
  • 8) Kinkin pakai macam Night Elf? WoW! aumm~! (cakap mcm tau je night elf tu pakai cmne )
  • 9) uih! baca cerita kau ni mcm tgk film hollywood psiko thriller

  • (Penulis)
    10) babymilo: ehh? bantahan sila ajukan ke kaunter pertanyaan. hee~
    shazmiey: ehehehe. fantasi saja. takut kalau jd realiti cmni. tamauuu~~
    riri: ahaks! main game itu boleh, cuma jgn obses best woo WoW! hehehe
    ucu: nah amek! hahaha.
    caha: hahahaha. sgt dekat? dah lama tak main game wuu wuu. takdelah smpi aku nk suh pakai baju cmtu dowh! haha.
    nia: aku pun tatau apekah ini. ehehehe. tidakk!! jgn suh dia pakai night elf! *tak pakai pape lagi menarik. eh? *
    kamalia: haha. best gk tu kalau boleh tulis citer psiko thriller. cerita mcm fight club ke, identity ke? wow best2. nnt nak cubalah dengan berlatarbelakangkan malaysia. eh? hahaha.
  • 11) bila baca komen yang di atas ni,yang ditujukan kpd nia, tetibe rasa menyesal pulak masuk balik ke sini.

  • (Penulis)
    12) haha. alolololo gurau je la sygku... :-*
  • 13) ayok. lantak. tak tawuu

  • (Penulis)
    14) ko la ni caha. HAHAHAHAH
  • 15) wahhhhh...menakjubkn
  • 16) hah? aish rere ni... suka tau kontroversi melodi...
  • 17) Tahniah. Aku masih menunggu benhurism punye komen. Ini ialah 0.002% mase dia dulu. Woof wooof.
    • xr
    • 14 years ago

  • (Penulis)
    18) hahaha. bukan benhurism suka main warcraft ke? warcraft bukan wow.. so masih ok...kot?
  • 19) hahaha. dah baca tapi baru je sempat komen. thumbs up! (i give 2!) wowowow

  • (Penulis)
    20) hehehe...mekasih dayya!
  • 21) perghh dasat..amik2..kan dah keluar sebiji..rere dasat ni..xtau nk komen pe dah..
  • 22) hahahaha rere rere~~ patutlah kamu suke bace novel Johari dulu tu~~
  • 23) nasib baik bukan Diablo LOD(Diablo 3 bila mau keluar daa..)

    kalu tak..mesti ada Ismail Vilehand dan Toorc Icefist juga Baal membaling makhluk2

  • (Penulis)
    24) paktam: huii tak dasat sgt, masih boleh diperbaiki kot. mekasih2
    nia: errr novel johari dulu sy suka baca kerana ada cerita pasal tembikai. eh?
    Kurusawa: Diablo 3 tak siap2 lagi daa.. sabar2. mungkin lepas ni ada makhluk lagi hebat dari Baal? Lucifer atau Behemoth mungkin?
  • 25) hai..laki klu dah men game smpi lupe gf dia..

  • (Penulis)
    26) diana: abes..gf lom leh bermain bersama2. eh?
  • 27) penulis persis khairul.. argh!! psyco... heheheh solat terbang sume ye bang?

  • (Penulis)
    28) koizumi: itu kena tanya kat khairul lah. aku tulis cerita je. lalalala~

Cerpen-cerpen lain nukilan rearrange

Read all stories by rearrange