Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cinta Gila!

 

Tepi jalan sana, aku nampak kau sedang tunggu bas. Kau pakai kaca mata gelap, kacak! Hari ini kemeja kau warna hijau serupa aku. Seluar kau seluar besar, dan kau pakai kasut sukan. Kau selalu pakai topi, tutup separuh muka. Aku senyum sampai ke telinga sebab gembira hari-hari nampak kau.

Aku rasa kau pemalu. Aku selalu hadiahkan senyuman, tapi kau suka buat-buat tak nampak. Aku tahu kau segan, sama macam aku. Aku tahu kau pakai kaca mata itu sebab tak mahu berlaga tembung. Kau malu aku pandang mata kau. Aku tahu kau berdebar sangat-sama macam aku.

Satu hari, aku pakai baju kurung dan berselendang. Aku calit banyak air wangi supaya kau kilas pandang aku. Orang kata, kalau bergaya lelaki akan suka. Kau lelaki, pasti kau sukakan?

Aku datang dekat kau. Aku senyum. Kau masih cool, aku semakin suka. Aku senyum lagi, kau pandang aku. Aku lagi suka! Aku pergi dekat kau-dekat sampai aku tengok kau menggigil. Aku tahu kau gementar. Aku pun!

Kau tahu apa aku rasa? Aku rasa cinta kita cinta gila. Sekelip mata kita duduk rapat-rapat. Aku di sisi kau, tersenyum malu. Tapi, aku dengar bunyi bising. Semua orang pandang kita. Semua orang suka kita bersama.

Aku tepuk tangan kuat-kuat. Aku pegang tangan kau, sejuk. Aku pandang muka kau, aku senyum bagi kau tahu perasaan aku. Aku mahu buat kau rasa tenang bila aku ada dengan kau.

Tapi semua orang bersorak suka. Mereka tepuk tangan ramai-ramai. Aku dengar mereka kata, " Orang gila! Ayok, Orang gila! ", "Woi orang gila datang nak bercinta!", "Hoi gila talak ke baru nak belajar bercinta?" dan aku dengar suara orang ketawa terbahak-bahak.

Aku diam. Perlahan-lahan air mata aku jatuh. Aku menangis tersedu-sedan pandang kau. Kau masih menggigil, masih sejuk sambil tangan kau aku genggam.

Apa kau juga sama fikir aku gila?

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) aiseh.
    tak berapa paham sgt.
  • 2) bagus writingnya.. senang nak baca. sy baca habis. hehe
  • 3) incek rizzy, yang pompuan tu orang gila ke?
  • 4) alahai
    tapi org gila pun ada perasaan nak bercinta kan?

    wah bagus ni dayya
    bagus punchlinenya
  • 5) kosong : tnya penulis..haha..aku rasa mcmtu la..
  • 6) rasa pun mcm tu gak, rizzy
    wah pandai speculate aku ni
  • 7) aku ngn ucu dah RASA..apakata cik kosong n dayya? hehe
  • 8) menarik... cinta memang tidak mengenal sesiapa...
  • 9) hahah.
    sy pun rasa mcm tu jugak tadi.
    tapi tak berani menspekulasikan suasana.
    hahah.
    cik dayya, ayuh jelaskan kepada kami

    apapun sy suka
  • 10) hehe
    monolog2 gila

    org gila ke?
    ke org yg bermain dalam perasaan aje.
  • 11) aaaa saya pun tak berapa paham! ciss nampak sangat saya ni kekurangan imaginasi. huhuhu..
  • 12) saya pun rasa pompuan gila..
    samar2 jugak...hahaha...
  • 13) korang ni seksis sungguh. asal pompuan je start pegang tangan dulu dah kata orang gila ke? tabaekk woo...
    adakah ini cerita seorang pompuan gila yg cuba menekel orang buta? *eh aku plak seksis. hahahaha!*
  • 14) wahhhhh...ptt laa org tuh menggigil..giler rupenyer pompuan tuh..sian dier...
  • 15) mamat tu gila gak tak?
  • 16) eksperimental sungguh. congrates dayya.

  • (Penulis)
    17) huuhu, terkejut melihat komen banyak2 ni.wawawa

    kosong: hehehe. ye, perempuan ni gile. dia jatuh cinta dengan lelaki itu.
    rizzy: wow, rizzy baca habis, saya terpegun! heheh. thanx!
    ucu: yurpy! spekulasi anda adalah bersifat betul. heheh

  • (Penulis)
    18) riri: ye, sangat tak kenal sesiapa. cinta tu kan buta? hahah
    caha: org gila yang bermonolog. sebentar berada dalam kasut dia. hahah. (sangat gila)
    njay: mungkin kurang elaborasi? heheh.

  • (Penulis)
    19) qaqa: hahaha. jawapan anda betul! mmg org gila. samar2 juga? hurm... saya kena perbaiki lagi ni.wakakaka. (Dayya, rajin2 sket menelaah pas ni!) huhuhu.
    rere: hahah. mana ada seksis la! owh, lelaki tu tak buta. kalo dia buta.. dia tak menggigil takut. hahah
    cikaaluk: hahah. 100% benar dan benar dan tiada yang benar selain benar2 belaka! hahah

  • (Penulis)
    20) syud: tak... kalo tak mesti dorang dah sehati berdansa kat situ.wakakak
    kak lya: heheh. tq!


  • (Penulis)
    21) okey guys... cerita ni adalah petikan kenangan saya masa saya kecik2..dalam umo 5-6 tahun. ada aunty ni.. org panggil mary kuala. dia ni kurang siuman. dia mmg suka usya sorang mamat ni sambil snegeh2. semua org tahu dia suka mamat ni. satu hari, dia pakai baju cantik gile, siap mekap lagi. then dia pergi dekat lelaki tu.

    so, basically saya cuma meletakkan diri dalam diri dia. cuba berfikir apa yang berlegaar2 dalam fikiran dia.

    hhha. so childish! i know~~~
  • 22) oooooo..... dengan revelation dayya ni baru la dipaham lagi cerpen ni. best2! hebat juga kamu meletakkan diri dalam kasut beliau. err...not literally, obviously

  • (Penulis)
    23) rere: hahah.wah, lambatnya tido? okeh! tq
  • 24) hehehe..insomnia

  • (Penulis)
    25) rere: sep2! kita senasib. huhuhu
  • 26) pendek tp berkesan..nak komen apa ek..font yg besar mmg senang bc..hehe..
  • 27) ooooooo~~ baru paham!
  • 28) dayya: best! sekali baca je dah faham... mau berguru yee

Cerpen-cerpen lain nukilan dayya

Read all stories by dayya