Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Saat Perpisahan

 

Aku mendiamkan diri saja. Saat ini, hanya Tuhan sajalah yang tahu betapa gemuruhnya aku pada masa itu. Aku tidak mampu untuk berfikir lagi. Berdirinya aku di tempat ini menunggu saat perpisahan.’ Apa yang ingin aku katakan nanti?’ aku bertanyakan pada diri aku sendiri. Memandang ke langit, amat cantik sekali. Bintang-bintang bertaburan, bulan mengambang. Indahnya. Mengeluh. Itu sajalah yang aku lakukan sepanjang aku menantikan kehadirannya untuk mengambil aku di sini, tempat kediaman aku ini. Kami bertemu kali ini untuk membincangkan tentang masalah kami yang tak pernah-pernah ingin selesai. InsyaAllah, aku inginkan segalanya selesai malam ini juga.

Aku menantikan kehadirannya di stesen bas di hadapan Kolej Pertama, University Malaya. Menantikan kehadirannya di stesen bas ini membuatkan aku teringat pada penantian aku sewaktu mula-mula mengenalinya.

****

“Hai, lama tunggu?” ujarnya.

“Tak la. Rumah Ina kan dekat. Pandai-pandai la Ina bajet masa.” Aku balas sambil senyum.

Aku berbasikal waktu itu dan dia pula dengan motosikal BBQ. Asalkan berjumpa, itu sudah cukup bagi aku. Kami berborak sejam dua dengan keadaan berbasikal dan bermotosikal. Tidak ada pula rasa benci dan dendam tapi kini...

****

Dia tiba dengan kancil putih. Aku lihat, tidak senyum, tidak pula muncung. Jikalau dulu, aku senyum melihat kehadirannya. Walau gaduh bagaimana sekalipun, aku tetap memberikan sekuntum senyumanku padanya, tapi kini...

Dia membukakan kunci kereta. Aku masuk dan duduk di sebelahnya. Aku hulurkan tangan dan dia menyambut. Aku mencium tangannya seperti kebiasaannya. Sejuk tangannya. Sayunya hati aku kerana masih berpeluang mencium tangannya. Keadaan sunyi. Tidak tahu apa yang ingin aku katakan. Ingin mengadukan tentang peperiksaan yang sungguh hampeih, aku tiada mood. Benar-benar aku tiada mood untuk berkata-kata. Aku... aku terasa... aku terasa teramat bengang dan berdendam. Kebencian yang teramat sangat dan terasa menyampah. Kenapa?

****

‘Kenapa dia dah tak pedulikan aku nieh?’ aku resah. Hari ini tidak ada satu missed call pun darinya. Apatah lagi kalau inginkan panggilan darinya. Kenapa tiba-tiba senyap? Semalam pun begitu. Bukan hanya pada hari ini, semalam.. sudah lama aku menantikan khabar darinya. SMS tidak dibalas, missed call tidak diendahkan. Akhirnya, aku membuat panggilan kepadanya dan menyatakan hasratku untuk bertemu dengannya sebelum cuti panjang bermula. Bermulanya cuti panjang bermaksud sukar untuk bertemu dengan buah pengarang hati ku. Aku tidak mahu diketahui keluarga aku yang aku sedang menjalinkan perhubungan dengan seorang lelaki. Tambah lagi, lelaki ini bukanlah dari kampus aku tetapi kenalan lama.

Bertemunya kami pada malam ini tidak semesra hari-hari yang sebelum ini. Gurau senda tiada. Lawak jenaka, tiada. ‘Aku ada buat salah ke?’ malam ini, keadaan kami dingin sekali. ‘Mungkin dia mood tak baik, kut...’

Kepulangan aku juga seperti diharapkan. Makin awal aku berambus, makin girang hatinya. Mengeluh. Aku tidak pasti, dimanakah silapnya perhubungan kami ini?

Akhirnya, cuti aku diisi dengan kesepian. Aku jarang menerima SMS darinya. Balas SMS darinya pun kurang, sehingga la pada satu hari, aku tersalah langkah.

‘Yelah... tahu la awak dah tak sudi nak SMS dgn Ina lagi. Takpelah, siapa la kita nieh...’ Aku memberi SMS ini pada mulanya, aku fikir, ingin merajuk dan ingin dipujuk, tapi balasan darinya, ‘Ape ni Ina. Adik angkat apa camni kalu takleh nak faham??’

ADIK ANGKAT???

****

Sejak hari itu aku keliru dengan perhubungan kami. Walhal, sebelum ini, kami rapat, mesra, dan memang ada kata-kata sakti dari mulutnya dan juga mulut aku. Aku perasan ke? Tak mungkin. Jikalau tidak, kenapa dia pernah menyuarakan hasratnya untuk memperisterikan aku? Aku jadi pelik, hairan, terasa tertipu, bengang, menyampah... aduh! Semuanya ada!!! Aku jadi marah, bukan sahaja dengan dirinya tapi dengan diri aku juga! Aku membiarkan diri aku dipermainkan KALI KEDUA! Mengeluh. Aku lihat jam di kereta kancil ini sudah pun jam 12.30pagi. bila agaknya ingin bincangkan hal ini? Sepanjang perjalanan ke rumahnya aku diam. Aku lihat di tempat duduk belakang ada banyak barang. Katanya, barang-barang ini baru diangkut dari rumah rakannya di Bandar Baru Puchong. Aku pun tidak tahu apa yang ingin dilakukan dengan barang-barang itu. Apa sebenarnya yang terjadi. Mungkin, aku sendiri sudah tidak mahu ambil tahu.

Aku senyap sampailah ke rumahnya. Dia mengangkut semua barang-barangnya dan aku menunggunya di dalam kereta. Sesudahnya, dia masuk dan kembali memandu kereta.

“Ke mana kita?” Tanya nya.

“Entah,” jawapku.

Senyap.

Dia membawa aku berjalan-jalan sekitar rumahnya. Banyak yang aku ingin borakkan pada nya. Sudah lama kami tidak berjumpa. Tapi sejak SMS yang diberinya, kehadiran aku seolah-olah tidak dijemput. Kehadirannya pula, membawa kesakitan pada dada aku. Lebih spesifik, pada hati aku. Sakit hati mengenangkan kata-katanya. Akhirnya, aku bersuara...

“Kenapa... kenapa dengan kita nieh?”

“Entah.”

Mengeluh. Sakit hati mendengar dia berkata sedemikian.

“Salah Ina ke? Kalau betul salah Ina, bagitahu la Ina. Ina cuba la perbaikan masalah kita nieh...”

Sepi.

“Kenapa awak katakan Ina nieh adik angkat saja?” aku bertanya padanya.

“Entah.”

Aku terkejut. Tidak mahu berkata-kata kerana inginkan penjelasan darinya lagi.

“Hati dah rasa tak nak. Takkan nak paksa kut,” jawabnya, selamba.

Aku diam, tergamam. Tunduk ke bawah. Senangnya. bila mahu, datang, mesra, bergurau senda. Bila tak nak, dibuangnya kita? Senangnya... aku... aku... terus-terang aku tak tahu apa yang ingin diperkatakan. Marah? Aku bukan jenis yang selalu marah apatah lagi dengan orang yang kita sayangi. Menangis? Kenapa perlu aku menangiskan kerana lelaki walaupun ya, aku mengaku aku sering kali juga menangis memikirkan tentang hal ini dan aku juga sudah kering air mata untuk menangis lagi. Aku... aku tergamam. Kenapa aku lagi? Kenapa aku juga yang terkena? Apa salah aku? Entah kenapa, aku merasakan kabur pandangan aku ini. Aku merasakan sebak di dada dan terasa bergenang air mata. ‘Jangan menangis, Ina. Jangan menangis di depannya... please, Ina...’ aku pujuk hati aku yang lara.

“Hilmi... kenapa ni? Awak jangan la main-main...” aku merayu sambil memandangnya. Aku cuba untuk senyum, cuba sedaya upaya untuk tidak menangis tapi, air mata aku berguguran jua. Hangat saja terasa di pipi. Aku tidak dapat lagi menahan sebak. Namun sayangnya, wajahnya dingin, tidak seperti insan yang aku sayangi. ‘Pandang aku pun, tidak. Apa salah aku? Ya Allah, bantu la hambaMu yang dalam kesakitan ini...’ aku melemparkan pandangan aku keluar tingkap. Lagi aku ingin berhenti menangis, lagi bercucuran air mata aku keluar.

Dia masih jua senyap.

“Kalau betul Ina ada salah, cakap! Apa salah Ina...?!” aku agak meninggikan suara.

“Aku yang salah! Dahlah!” balasnya.

“Kalau awak... ada alasan kukuh, takpe.... Saya boleh terima, tapi... alasan awak tu... saya tak boleh terima. Ini berkenaan dengan perasaan, awak tahu tak? Kenapa awak tipu saya? Awak mainkan perasaan saya? Kenapa?” aku cuba juga untuk berkata-kata walau dalam keadaan sebak.

“Jangan cakap pasal perasaan, boleh tak?” ujarnya.

Aku diam. Sungguh-sungguh hati aku terasa sedih...

Perbincangan kami seterusnya tidak jua membetulkan keadaan. Lagi menambahkan rasa sakit hati ada lah. Akhirnya, aku memintanya untuk membawa aku pulang. Sehampirnya aku di kolej, aku mulai tenang. Sebak tetap ada, tapi aku dah tawar hati. Dengan tenang aku berkata pada, “Awak bernasib baik sebab mainkan perasaan seorang perempuan seperti saya. Andainya awak mempermainkan hati perasaan perempuan yang berdendam, samada awak atau pun awek awak, dia mampu cederakan. Cuma nasib baik awak je la awak mainkan perasaan saya. Harap, awak fikir berjuta kali sebelum awak buat keputusan untuk menyatakan hasrat hati awak pada seorang wanita. Itu je...”

Setiba aku di perhentian bas tadi, dia hulur tangan untuk bersalam seperti kebiasaan. Aku salam, tidak pula ingin aku tunduk pada tangannya mencium. Aku keluar tanpa menoleh ke belakang. Menuju terus, berjalan ke blok asrama aku. Lelaki laknat betul! Ada juga manusia dalam dunia nie sepertinya. Bila mahu, hadir, bila tidak mahu, dibuang. Seperti bila habis madu, sepah dibuang. Celaka betul lelaki ini. Tiada alasan yang kukuh untuk memutuskan satu perhubungan. Telah banyak yang aku korbankan untuknya. Sungguh-sungguh aku cintakan lelaki ini. Setelah 4 tahun bersamanya, aku telah berserah segala jiwa dan raga aku hanya untuknya. Padanya saja yang aku sayangi. Tidak pernah ingin aku bertoleh darinya. Aku percayakannya sepenuhnya. Aku telah pun merancangkan masa depan kami. Malah, dia turut sama inginkan keluarga yang besar, tidak sepertinya, anak tunggal dalam keluarganya. Aku terlalu sayangkan dia. Teramat sayangkan dia. Aku... aku pasrah.......

Sebulan telah berlalu aku teramat rindukannya. Saban hari aku melihat telefon teringin benar untuk mendengar suara manjanya tapi aku tahu, andai aku menelefonnya, adakah suara yang sama akan aku dengari? Itu yang membuatkan aku hampa dan putus asa untuk menghubunginya dan bertanyakan khabar. SMS? Aku telah lama tidak top up. Aku tidak kerja pada cuti semester ini kerana keluarga aku ingin pindah ke Bangi. Sekurang-kurangnya, di sini, aku akan memulakan hidup baru. Tapi, .... mengeluh. Kesepian tetap kesepian. Di mana-mana saja aku tersebut namanya di hati ini. Astargfirullahal Azim... bukankah lebih baik aku mengingatiNya dan menyebut namaNya? Terdetik di hati aku untuk menerima hakikat yang aku tidak akan bersamanya.

Kerja... kerja... kerja... di rumah baru ini banyak yang perlu aku selesaikan. Tidak ada masa yang tidak aku membuat kerja. Semuanya kerja semata-mata ingin melupakannya. Sekurang-kurangnya, aku meluangkan masa aku dengan kerja.

Dua bulan aku tinggal di rumah baru, bermakna, tiga bulan telah aku berpisah dengan Hilmi. Tiga bulan ini jugalah aku tidak menghubunginya tapi entah kenapa, kadang kala ada missed call dari nya pada waktu malam. Itu kebiasaannya sebelum tidur. ‘Kenapa perlu ingat pada aku lagi?’

Dua tiga hari kemudian tidak mendapat apa-apa missed call darinya pula. Mengeluh. Takpelah. Agaknya dah habis credit kut. Sebenarnya, aku masih menaruh harapan pada Hilmi. Memandangkan dia memberi missed call saban malam, aku merasakan ada harapan lagi pada hubungan ini. Hari ini paling kuat aku terkenang segala kenangan kami bersama. Saat bersama di taman tema di Times Square. Hadiah teddy bear yang kami berikan nama sebagai chubby. Saat bersama bergambar di Bukit Komenwel. Bergembira di Bukit Jalil ketika TV3 membuat karnival TV3 di sana. Sungguh membuatkan aku tersenyum.

****

Di karnival ini kami jalan berempat. Aku, Hilmi dan dua orang rakannya, Nasli dan adik Nasli. Sedang aku berjalan, aku terlihat pada satu rantai. Ia berlampu mengerlip, biru. Lawa. Aku pula jenis yang suka pada lampu atau barang-barang yang berjenis mengerlip tapi waktu itu, aku cuma ada RM10 dalam dompet.

“Nak ke?” ujar Hilmi menyedarkan.

“Huh? Tak nak la... benda itu macam budak-budak je,” aku balas. Malu la kalau dia tahu aku sukakan barang-barang itu. Rantai itu mengerlip seperti Ultraman inginkan kuasanya kembali dimana pada saat itu Ultraman akan kembali kuat dan mengalahkan raksasa.

“Owh.. budak-budak punya. Bukan Ina ni budak-budak ke?” dia senyum.

Aku jelir. “Tak.” Kami beredar tapi mata aku masih di rantai itu.

Kami berjalan dari gerai ke gerai. Nasli dan adiknya ada di depan kami. Kami berjalan berdua di belakang mereka.

“Eh Ina.. saya nak pergi beli air sat. Ina jalan dengan Nasli ek?” belum sempat aku mengiyakan dia dah hilang dari pandangan aku. Aku pun berjalan dengan Nasli. Lama juga Hilmi pergi membeli air.

“Hilmi tu pergi beli air ke buat air?” tanya Nasli. Aku sekadar mengangkat bahu aku.

Tak lama kemudian, Hilmi kembali dengan air yang tinggal separuh di tangan kirinya manakala di tangan kanannya, terdapat rantai yang aku nakkan. Hilmi!

“Sorry... air dah nak habis. Tak tahu yang mana satu nak belikan untuk awak,” senyum. Dipakainya di leher aku. Aku tersenyum lebar....

****

Aku tersenyum mengenangkan semua memori indah. Tidak semestinya pada waktu kami berjalan yang membahagiakan aku, walau hanya pergi makan, asalkan dia di sisi aku, dan aku di sisinya, sudah mencukupi bagi aku. Memandangkan hati aku telah reda, aku memberi satu SMS padanya.

‘Hai, tgh buat pe? Dah makan? Dah minum? Ina baru lepas mandi sebab panas berkemas tadi. Awak pulak?’

Dah makan, dah minum. Ada kat umah member.’

‘Owh, ada pun credit. Ingatkan takde credit. Baru top-up ke?’

‘A’ar, kakak top-up kan’

Kakak? Hilmi kan anak tunggal. Lantas aku membalas SMSnya ringkas, ‘Kakak??’

‘Kakak angkat hilmi’

‘owh, ok. Erm, oklah, Ina nak sambung keje. Bye.’

Fahamlah aku kini. Status kakak itu akan berubah. Aku tahulah kerana pada mulanya aku hanyalah adik angkatnya dan bertukar status dan akhirnya bertukar kembali status. Saat ini, fahamlah aku permainan cintanya...

Harapan tinggal harapan... hilanglah damba tinggalkan hampa....

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) citer nie dah post dah dulu cuma nk customize letak kat prosa je. tp, sapa2 yg tak baca agik, silakan la ek? hehe... erm,.. so, previous cerpen yg sy letak kat novel sy delete..
  • 2)

    hukhuk. teringat aku kesah lalu. wuuu.

  • 3) hehe ok. senanye leh je jojo pindahkan dari novel ke prosa. tapi dah terbuat kan..
  • 4) ntah ler aku nak ckp ap..tinggal je la..kan snang...x de maknanya harapkan si hilmi 2...
  • 5) uhukkk.. leceh ar angkat2 ni..len kali dokong2 plak..hehehe

Cerpen-cerpen lain nukilan mizzteryGurl

Read all stories by mizzteryGurl