Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Mencari Adamku

 

Kenapa ya?

Malam tadi aku diganggu mimpi ketemu dia. Padahal dia bukan siapa-siapa. Aku tidak tahu siapa dia. Jauh sekali namanya. Tapi...sentuhan dia di pipi yang menyapu air mata aku terasa hangat. Bagai sudah bertahun kenal. Tiada bicara. Cuma bertukar pandang dan senyuman. Itu sudah cukup buat dia pujuk aku.

Seolah dia tahu aku begini.

Namun aku cuba untuk lupakan dia. Mama kata, dalam keadaan aku begini makhluk terlaknat senang saja menggoda dalam pelbagai bentuk. Mama mahu aku kuat. Bagaimana harus aku kuat kalau aku lihat mama sendiri tak keruan? Bagaimana harus aku kuat sedang aku lihat papa keluar ketika aku mengaduh kesakitan? Bagaimana harus aku kuat jika adik datang memberikan coklat dengan mata sembap?

Dua tahun lalu.

Detik pertama kali aku rasa manusia sebertuah aku menjadi malang. Umpama kau yang sentiasa gagal dalam ujian fizik tingkatan empat, tiba-tiba entah datang tuah dari mana dapat lesen juruterbang penerbangan antarabangsa tapi dalam tiga minit di udara kau dihubungi oleh ground control mengatakan lesen ditarik kembali kerana sekolah penerbangan kau tidak diiktiraf.

Aku rasa begitu.

Doktor kata masih boleh dirawat. Belum terlambat. Jadi aku ceritakan pada mama. Pada papa. Pada adik. Belum pada lelaki itu. Semua orang nampaknya menyokong aku. Tapi bila aku beritahu berita ini pada lelaki itu, dengan mudah dia hilang tanpa khabar berita.

Sejak itu aku bertangis. Tangis lagi walaupun aku tak perlu. Walaupun aku tahu kalaulah sejuta lelaki pergi dari hidup aku, yang tiga itu masih setia. sejak itu juga aku makin teruk. 

Adik aku lelaki. tapi sebab dia ada aku sebagai kakak, jiwanya amat mudah tersentuh. oleh sebab dia ramai kawan perempuan (dia sentiasa tekankan mereka cuma kawan, bukan dia yang buaya darat) dia cepat memahami aku. Waktu lepas rawatan dia duduk sama aku. Waktu lepas mandi dia sarapan sama aku. Jujur aku beritahu, dia yang habiskan makanan hospital dan dia beri aku makan bihun goreng cuka yang mama kirim. Dia juga yang banyak kongsi rasa dengan aku.

Aku lelaki, kak. Aku tahu lelaki yang tinggalkan kau masa susah bukan lelaki yang baik.

Setitis air mata jatuh. Hati aku masih sakit. Kalaulah dia faham perasaan aku yang ingin disayangi oleh seorang lelaki... mungkin dia tahu kerana aku selalu mengadu sunyi. Rahsia yang dia dan aku simpan dari pengetahuan mama. Sebab dia sentiasa kata bahawa cinta aku akan datang juga, tak kiralah bila-bila atau mana-mana.

Tapi kau tahu kan aku macam mana?

Tahu.

Jadi? Aku tak banyak masa.

Kalau cinta tu tak ada di sini, mungkin dia sedang tunggu kau di syurga. Kau ada kerana dia ada. Kan hawa tu dari rusuk adamnya?

Oh? Begitu? Aku terlalu tenggelam dalam pedih hingga sudah lupa fitrah itu. Jadi setiap malam selepas solat aku pinta pada Tuhan. Tolonglah ketemukan aku dengan Adamku. Isikan satu ruang dalam jiwa aku yang sudah lama kosong ini.

Selepas tiga malam aku mula bermimpi tentang dia. Dan semalam adalah kali kelima. Dalam mimpi itu aku berdiri sama dia di tepi tasik yang luas. Indah... aku bebas berjalan. Tiada tiub biru yang ditebuk doktor di belakangku ini yang fungsinya untuk menyedut cecair yang memasuki paru-paru. Tiada IV drip terpasang di tangan kiriku. rambut tidak botak. Kulit tidak pucat.

Aku bagai aku dua tahun lepas.

Aku harap malam ini juga dapat ketemu dia. Dia ubat duka aku dengan hanya hangatnya renungan mata. Hiburkan aku dengan sinarnya senyuman dia.

Aku penat, adik. Aku tidur dulu. kalau kau datang pagi nanti bawakan aku susu coklat dan sandwich saja oke? Itu aku pesan dalam mesej teks untuk adik. Lalu aku pejam mata.



*  *  *  *  *  *

Panggilan dari hospital bukanlah sesuatu yang asing bagi keluarga ini. Namun panggilan jam 5 pagi tadi cukup buat mama dan papa bertangis sedih.

Tuan, saya minta maaf. anak perempuan tuan sudah tiada. jam 4:58 pagi. Dia pergi ketika tidur. Tiada komplikasi dari kansernya.

Adik cuma membisu. Sewaktu menyiram air mawar, dia doakan kakaknya bertemu si Adam yang ditunggu-tunggu. Semoga kakaknya bahagia.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Missclarks, citer u best! cuma takde capital letter langsung2 tu... adeih..mengganggu sket. Susah nak baca
  • 2) best2.. hehe..tapi, siapa yg bercerita?

  • (Penulis)
    3) entahlah..aku pun konfius bila baca sendiri.
    ha..takpun guna akal kreatif kita untuk berfikir
    (jawapan aternatif bagi 'tak tahu'
    ngehehehehe...

  • (Penulis)
    4) ada part dari pengalaman sendiri.

    mama nampak tak keruan: ya, mama aku nampak blank ketika menjaga aku sakit dulu.

    papa keluar ketika aku mengaduh kesakitan: papa aku pun tak sanggup tengok aku dipasang jarum setiap hari selama 5 minggu sampai satu tahap aku menangis sakit.

    okey. adik aku tak sembap mata tgk aku sakit cuma dia selalu belikan makanan.
  • 5) hahaha. ko sakit apa smpi kene cucuk2 jarum?

  • (Penulis)
    6) ala
    1.pneumonia (bahagian bawah paru2 aku pecah)
    2.jangkitan kuman (aku demam 3kali sehari..macam makan!)
    3.splenomegaly (apakah spleen dalam bahasa melayu? lupa. tapi itu bengkak dan menekan hati, paru2 serta buah pinggang)
    4.splenic abcess (nanah sekeliling spleen aku yang sebanyak 6liter)
    tu je...
  • 7) dem. menakutkan. sebbek idop lagi - tahniah!
    spleen... limpa kot tak silap akulah.
  • 8) rasanya mula2 kakak yg bercerita. then bwh tu naratif kot?

    err. kan? hihi

    based on true storykah? uuu..scary tahu sakit macam di atas. T____T
  • 9) uhuhuhuhuhuhuhuhuhuh
    ok
    seram.

    tu la. atas tu kakak. bawah tu adik.
  • 10) rajin2 la eja huruf besar tu. sayangilah pembaca anda

  • (Penulis)
    11) ye baik bros!
    kan?
    doc kata kalau pecah aku akan wassalam...
    sib baik
  • 12) Ruptured lungs meant bye² la kan? Well, yeah lucky you.

  • (Penulis)
    13) ya reason
    tapi abcess itu lebih kritikal
    mari join mereka
    aku mahu bersiram sebentar
  • 14) join apakah? oke, confius!

  • (Penulis)
    15) bukan join aku mandi, tentunya!
    joinlah borak2 lipan mereka yang dah merangkak hingga topik apa aku pun tak tahu
  • 16) uish ngeri.
    last year sy kena infection sikit dekat lungs pun dah macam hapee.
    u're very lucky lah MissClarks.

  • (Penulis)
    17) kan..thank God
  • 18) srutts..srutts..

    nice one.

  • (Penulis)
    19) eheh thanks hatikidal
  • 20) pagi ini aku amat susah untuk menghadam pembacaan.

    sadwich sepatutnya dieja sebagai sandwich.jangan risau, aku pun banyak typo.

    kesian pada editor kamu kelak

  • (Penulis)
    21) 26life:baru perasan dow! haha! mujur kamu tak terserempak dengan perkataan-perkataan seperti manshitter united dan asston villa.
  • 22) haha..best..
  • 23) Ada nada asing dalam cerpen ini. POV nampak sedikit celaru. Permulaan yang memuaskan untuk cerpen pertama ini.
  • 24) Adek manis

Cerpen-cerpen lain nukilan MissClarks

Read all stories by MissClarks