Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Sampai Bila?

 


Gila! Sibuk sangat dah ni! Nak check e mail pun aku tak de masa. Asyik-asyik buat esaimen! Esaimen pula tak ingat-ingat. Siap satu dibagi tiga lagi. Macam stok sardin kedai runcit ceruk Bukit Siguntang yang tiba selori tapi terjual dua tiga tin saja. Yang diletak tin baru di depan namun belakangnya penuh tin berkarat entah mungkin dari zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura.

Aduh kenapa aku selalu sebut negara itu?

Jadi aku pun dalam kemalasan optimum membuatlah Buat. Buat. Buat. Sampaikan perhatian pada kucing aku Makcik Temah dan anak-anaknya (aku panggil Team Makcik Temah and sons) hilang hingga mereka meraung mencakar-cakar betis aku kerana kelaparan. Masih aku tidak beri respon. Kerja lebih penting.

Sampaikan makan minum serius aku tidak jaga. Ah...kalau aku tak buat kerja pun aku tak jaga juga. Malas sungguh aku nak turun bawah beli-beli makanan ni. Aku hanya rehat bila nak ke tandas. Hingga satu hari aku rasa nak membuang tapi yang keluar hanya bunyian.

Ah...gas je tu.

Sebab dan lama menyepi diri dalam bilik, si dia datang. Ketuk pintu bertalu-talu. Aku asyik jerit "Kejap!! Kejap! Aku datang.." sambil tangan menaip dan sedar-sedar bunyi bising berhenti kerana si dia sudah pulang hampa tanpa dapat menjenguk aku.

Biarlah! Esok dia datang lagi kot. Esok jelah aku buka pintu.

Aku terus menaip. Lambakan esaimen seperti tak juga kurang-kurang. Aku teruskan tekad. Gear aku tukar dari 3 ke 5.

Terdengar lagi ketukan. Haih. Aku berhenti sebentar. Aku berjalan ke pintu dan buka pintu. Susah. Rasanya seperti berjalan di bulan. Ringan melayang-layang je.

Muka si dia tersembul. Mula-mula senyum kemudian buat muka terengsa.

"Apa busuk ni? Kau tak mandikah?"

Aku angkat bahu. "Aku dah mandi malam tadi, lepas aku keluar dengan kau."

"Kau gila? Kan tu minggu lepas? Kau dah kurus. Comot! Kau ni kenapa?"

"Aku nak siapkan esaimen."

"Banyak lagi kah? Sampai bila nak siap?"

Aku sengih. "Sampai mati pun belum tentu siap."

Dengan pandangan pelik, si dia meninggalkan aku. Aku terus bekerja juga. Dan tiba-tiba mata terasa kelam. Aku dekatkan mata di skrin komputer. Kelam juga. Ah!

Sudahnya aku tak tahu apa yang berlaku itu. Aku nampak polis memecah masuk pintu. Aku cuba tahan. Nanti apa kata tuan rumah aku kalau pecah. Manalah aku ada duit untuk ganti. Mereka selamba ambil-ambil gambar bilik aku yang bersepah ini. Bak kata aku, ini sepahan artistik. Benda yang terletak di tempat yang sepatutnya dalam keadaan yang tak sepatutnya.  

Habis diperiksa segala ceruk rumah. Aku malas mahu halang. Kerja aku lebih penting.







Si dia pandang muka aku. Dia mengangguk-angguk.

"Betul, ini dia."

"Apa? Siapa? Aku?" Aku cuba bersuara tapi aku tak larat.

"Dia mati kerana kegagalan fungi organ dalaman kerana terlalu penat dan tidak makan." suara lain berkata.

"Eh, mana aku mati? Aku tak mati! Takk!!"

Selimut putih ditarik ke muka dan itu buat aku senyap.



p/s: caha...puas hatikah kau bila aku menulis dengan capital letters?

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) aow. gila ah. kerja tak ingat dunia & akhirat. tetiba terus off. HAHA
  • 2) Kah = excess, Roe = labor, Shi = death, translated literally from the Japanese as "death from overwork" or occupational sudden death.

    so, this is
    kah roe shi


  • (Penulis)
    3) syud: ade doww org camni. aku harap aku camni la.

    26life: arigato

    me: bodo...! cepat siapkan!! proposal, layout, club mgt tuuu sume tuuu!!!
  • 4) miss clarks, penulisan kau bagus. tatabahasa tuh smua bukan menyusahkan, tp membuatkan cerita kau makin bersinar-sinar
  • 5) Dahsyat ya... Hmm...

Cerpen-cerpen lain nukilan MissClarks

Read all stories by MissClarks