Hikayat Siti Bidaah

 

“Hikayat Siti Bidaah”

untuk persembahan Pembantu Pelatih

Program Khidmat Negara Fasa I

23Mac-1Mei 2004

Kolej Pertama

Universiti Malaya

 

 ...............................

(aku cadang nak pentaskan semula naskah ni..siapa nak terlibat? sila angkat tangan!)

 ................

 

“Hikayat Siti Bidaah”

oleh: Iwano Kurusawa

 

prolog

 

Montage:

 

Visual: Raja sedang makan. Tiba-tiba datang 4 ekor raksasa Bor-Bor datang menangkap baginda. Baginda cuba melepaskan diri, namun gagal.

Baginda dikurung di Istana raksasa

Bor-Bor.

Visual : Keratan akhbar.

 

Mula

 

Pencerita

Hatta arakian, maka tertangkaplah baginda Raja Al-Bisool Syah. Isteri baginda, Permaisuri Siti Bidaah sungguh gundah dan gulana hinggakan tak lalu makan nasi di Dewan Tun Perak, dan santapan baginda di ‘tapau’ ke istana dengan mangkuk  Sia yang cantik berkilat.

Disebabkan Siti Bidaah terlalu sayangkan suaminya dan juga negaranya. Baginda menyamar diri sebagai seorang lelaki, dan keluar istana untuk menyelamatkan Raja Al-Bisool Syah.

 

Muzik Gamelan

 

Korus 

Siti Bidaah sangat berani

Keluar menyamar membahayakan diri

Kerna suami yang tak berdikari

 

Pencerita

Maka berjalanlah Siti Bidaah masuk hutan keluar rimba. Rentas sungai randuk paya. Banyak berlari dari berjalan.Banyak melompat dari menjengket.

Walaupun penat tidak mengungkit.

Sampailah baginda di satu kawasan lapang.

Tiba-tiba....

 

Harimau Kering

Aum! Assalamualaikum!

 

Pencerita

Muncul seekor harimau yang memberi salam.

Siti Bidaah terus tergamam.

 

 

Siti Bidaah

Ah! Aku tak peduli!

 

Pencerita

Tiba-tiba juga...

 

Pemburu Berbulu

Jangan halang aku!

 

Pencerita

Datang seorang pemburu yang nampaknya hendak membunuh harimau itu.

Jangan! Jangan bunuh harimau!

 

Korus

Jangan bunuh harimau!

Harimau tak buat salah!

Walaupun harimau, makan lembu kamu

Harimau tetap tak bersalah!

 

Pemburu

Jangan halang aku!

 

HarimauKering

Aum! Assalamualaikum!

( takut )

 

Pencerita

Siti Bidaah kasihan melihat harimau. Baginda hendak menolong.

 

Siti Bidaah

Ah! Aku tak peduli!

 

Pemburu Berbulu

Jangan Halang aku!

( terus bercakap tapi mute )

 

Pencerita

Pemburu itu kata, hanya semut dapat menghalangnya?

Semut?

 

Korus

Apa?! Semut?!!

Oooo!!!! Hanya semut dapat menghalangnya....

 

Siti Bidaah

Ah! Aku tak peduli

 

Pencerita

Apa tu??

 

Semut Kemut

Aku gigit telinga kau!

 

Pencerita

Semut datang!!!

Semut gigit telinga pemburu!

Pemburu mati di tempat kejadian.

Harimau sangat gembira

 

Harimau Kering

Aum! Assalamualaikum!

 

Pencerita

Siti Bidaah menceritakan kisah dan tujuan baginda mengembara.

Sang semut dan harimau bersetuju beri bantuan.

Siti Bidaah mereka turutkan. Perjalanan pun diteruskan.

 

Korus dan Pencerita

Sementara itu......

 

Raja Al-Bisool

Ah! Tolong! Selamatkan saya!!!....

 

 

Siti Bidaah

Ah! Aku tak peduli!

 

Muzik Gamelan

 

Korus

Berjalanlah mereka. Teruskan perjalanan.

Panjat gunung lompat gaung

Tak kira panas tak kira mendung

 

Pencerita

Sampailah mereka kini di satu kawasan yang banyak tanah dari pokok.

Kenapa ek?

Tiba-tiba.....

 

Pokok Condong

Pergi kau dari sini!!!

 

 

Pembalak Bengkak

Diam kau di situ!

 

 

Korus

Rupa-rupanya pembalak nak tebang pokok

Sudah banyak pokok yang terkorban

Jangan  dimusnahkan bumi yang indah ini

Sayangilah..... tumbuh-tumbuhan...

 

Pembalak Bengkak

Diam kau di situ!

 

Pencerita

Sekali lagi, Siti Bidaah kasihan melihat pokok tersebut. Baginda hendak menolong.

 

Siti Bidaah

Ah! Aku tak peduli!

 

Pokok Condong

Pergi kau dari sini!

( terus bercakap tapi mute )

 

Pencerita

Pokok kata, hanya tebuan dapat selamatkan dia!

 

Korus

Tebuan, tebuan, dimana tebuan

Datanglah segera sengat pembalak haram

Sengat,sengat jangan kesian!

 

Pencerita

Oh! Tebuan datang!

 

Pembalak Bengkak

Diam kau di situ!

 

Tebuan Segan

Tak mau! Tak mau!

 

Pencerita

Tebuan sengat pembalak haram.

Pembalak haram mati tak sempat mengucap.

Pokok gembira hingga bercakap.

 

 

Pokok Condong

Pergi kau dari sini!

 

SitiBidaah

Ah! Aku tak peduli!

 

Korus dan  Pencerita

Sementara itu...........

 

Raja Al-Bisool

Ah! Tolong! Selamatkan Saya!!....

 

 

Pencerita

Tebuan dan pokok berminat untuk turut membantu

Siti Bidaah menyelamatkan Raja Al-Bisool.

 

Siti Bidaah

Ah! Aku tak peduli!

 

Muzik Gamelan

 

Korus dan Pencerita

Mereka pun berjalan lagi

Belantara hijau mereka redahi

Penat dan lelah tidak di endah

Segala yang susah menjadi mudah

 

Pencerita

Akhirnya sampailah mereka di istana Raksasa Bor-Bor

 

Muzik Gamelan

 

 

Raksasa Bor-Bor

Kami Raksasa Bor-Bor yang gagah

Kami menangkap Raja yang lemah

Siapa yang mengacau kami akan mamah

Tak tinggal tulang tak tinggal darah!

 

Siti Bidaah

Ah! Aku tak peduli!

 

Harimau Kering

Aum! Assalamualaikum!

Semut Kemut

Aku gigit telinga kau!

 

Pokok Condong

Pergi kau dari sini!

 

Tebuan Segan

Tak mau! Tak mau!

 

Pencerita

Sebenarnya raksasa Bor-Bor sangat bahaya.

Mereka sangat pandai Boria

Kalau terdengar lagu mereka

Telinga sakit menjadi luka

 

Korus

Siti Bidaah dan kawan-kawannya

 Terasa sakit macam nak mati

Macamana nak selamatkan Raja

Raksasa Bor-Bor tersangat sakti

 

Raksasa Bor-Bor

Jangan sesekali melawan kami

Kami sangat kuat sangat ditakuti

Segala pahlawan telah pun mati

Sebab mencabar kami yang sakti

Ewah!

 

Pencerita

Tiba-tiba.....

 

Raja Al-Bisool

Ah! Tolong! Selamatkan aku!

( nyanyi karaoke )

 

Pencerita

Suara Raja Al-Bisool lebihlah teruk

Siapa mendengar akan terbatuk

Lepas terbatuk akan terduduk

Kaki dan tangan akan membengkok

 

Korus

Nasib baik

Siti Bidaah dan kawan-kawannya

Sudah sedia menutup telinga

Raksasa Bor-Bor yang jadi mangsa

 

Muzik Gamelan

 

 

Pencerita

Selamatlah sudah Raja Al-Bisool

Dari kurungan raksasa yang jahat

Sampai di sini....

Semua watak kaku!

Apakah anda semua setuju Sti Bidaah dipanggil sebagai penyelamat

Ataupun heroin? Adakah begitu?

Sebenarnya...SAYALAH HEROIN YANG SEBENAR!

Tanpa saya, anda semua takkan dapat dengar cerita ini!

 

Satu-satu watak bersuara dan mengaku sebagai hero atau heroin.

Ini termasuk juga pemuzik dan teknikal.

Dengan alasan masing-masing. Suara bercampur-baur!

KECOH! HEBOH! BISING!

tiba-tiba..

 

Raja Al-Bisool

Diam!!!!!!!!!!!!!!!

 

Semua diam

 

Raja Al-Bisool

Sebenarnya.... semua orang pun penting!

Kita tak boleh hidup sendiri!

 

Siti Bidaah

Betul tu!

Kita takkan berjaya kalau semua orang tidak memainkan

peranan masing-masing dengan baik.

Kita semua mesti bekerjasama

Untuk mencapai kejayaan.

 

Semua selain Siti bidaah

Ah! Aku tak peduli!

 

Muzik Gamelan(  ending  )

 

 

habih!

 

 

 

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Jenaka

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) aku dah tgok teater ni satu masa dulu..klip video pada awal cerita sgt syok..! siti bidaah menangis akibat mkn maruku yg pedas..huhu
  • 2) adakah "(aku cadang nak pentaskan semula naskah ni..siapa nak terlibat? sila angkat tangan!)" benar??

    nk jgk..tp kalau betul2..
    kalau tipu..
    ah! aku tak peduli!
  • 3) kalau di Hong Kong, mereka terkejut bila kita sebut 'tapau'.Bagi mereka 'tapau' umpama meletakkan mayat didalam keranda.

  • (Penulis)
    4) Ini sketsa saja..bukan teater. tapi melibatkan banyak usaha juga semasa mementaskannya. Siap ada kumpulan muzik Gamelan lagi. Hu hu!
  • 5) ha ha ha. punch line utk moral di akhir tu menarik.
    dalam berjenaka. moral diselit juga.

    patut ah bdk2 PLKN happy je. ada org buat sketsa gini.

    dialog2 dia tu dibaca camne ye? mcm lagu ke.
    aku tak pandai sangat bab2 gini. tapi teringin nak jadi raksasa borbor. ha ha!


  • (Penulis)
    6) setiap watak hanya guna dialog yang sama sepanjang masa. Cuma intonasi akan berubah ikut situasi! Endingnya aku buat eksperimental sikit. Semua watak termasuk korus(penyanyi), pemuzik(gamelan), lighting man, jurusolek, propsman, direktor, dan semua ajk produksi turut naik stage dan kata mereka lah hero atau heroin, hingga raja al-bisool kata Diam!
  • 7) Menarik!
  • 8) cess...bila aku baca karya2 ko kan..n rizzy kan..macam aku teringat kat P.Ramlee...seperti jelmaan aku rasa..
  • 9) hehe..rimau bagi salam..

  • (Penulis)
    10) pengaruh P.Ramlee memang kuat dalam diri aku paktam.

    Cornflique: rimau educated
  • 11) ohhhh...begitu rupenye kisah dia...
    audience buleh ngaku heroin tak?

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa