SURAT UNTUK BAPAK

 

Ke hadapan bapakku yang dirindui

 

 

Apa kabar? Saya berdoa agar bapak sering di jangkiti selsema. Jangan lah pulak bapak risau, selsema bukanlah satu penyakit yang berbahaya. Lagipun, jika bapak kena selsema, bapak boleh pergi ke klinik desa di kampong kita tu. Boleh jumpa dengan Nurse Jamilah. Bapak kan syok dengan dia? Dia memang cantik dan menarik. Dia sangat mempersona. Ramai laki-laki jatuh hati tergila-gila!(ini lirik lagu D’lloyd kan pak?)

 

Bapak,

 

Tujuan utama saya menulis surat ini ialah untuk…aduh! Tak guna punya nyamuk! Nasib baik bukan Aedes! Tapi..hmmmmm…pak,  kalu nyamuk kaki belang-belang ni Aedes ke bukan? Tak pe lah pak. Apa yang saya nak tulis tadi? Dah terlupa pulak.

 

Takpe la..kita cakap pasal benda lain dulu. Nanti bila saya dah teringat..saya akan tulis.

 

Bapak,

 

Apa jadi dengan skim cepat kaya yang bapak ilhamkan tu? Adakah sudah ramai orang kampung yang berjaya bapak rembat duit simpanan mereka? Hmm..tak syok la pulak topik ni..

 

Oh Ya! Sudahkah bapak menonton filem “Sehijau Tinja Lembu Pak Lagho” itu?

Alah..filem terbaru arahan pengarah muda yang saya tak ingat namanya tu. Best jugak cerita dia pak! Orang kata komedi romantik. Tapi bagi saya, takdelah romantik sangat pun..lebih kepada genre ‘Seram Takut Terberak Terkencing (18 STTT)’  adalah! Tapi best lah! Cleaner wayang yang masuk secara percuma, yang masuk sambil buat-buat kutip sampah pun kata best! Bila saya tanya dia,

“makcik! Kenapa makcik nangis? Ini bukan cerita sedih!”

 

Dia jawab,

 

“sedih tau…muka lembu tu sebijik macam muka menantu makcik! Huuuuuuuu!!!”

 

Kesian dia pak.

 

Apa lagi nak tulis ni pak? Saya dah kehabisan dakwat pen. Itu laa…zaman sekarang orang dah tak pakai surat menyurat lagi dah! Semua orang pakai SMS je. Hmm..lain kali aje lah ye pak..saya nak sambung buat keje ni..harap surat ini sampai kepada bapak.(saya kirim melalui POS LEMBAB. Kawan saya kata, boleh sampai dalam tempoh sehari dua. Tapi kawan kepada kawan saya pulak kata, kawan saya tu penipu. Entah lah!)

 

Saya berharap agar saya dapat ingat apa sebenarnya tujuan utama saya menitipkan warkah ini buat bapak. Harap bapak bahagia selalu sewaktu mengorat Nurse Jamilah. Kita berjumpa lagi di lain lembaran!

 

Yang benar-benar pokai,

 

Anakmu,

 

Jamdol bin Subatron Al-Jambari

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) cakapla direct ko xde duit nk duit..eleh...
  • 2) hahah cayalah jamdol!
  • 3) eleh! trick lama ni... buat2 innocent.. buat2 lawak... nak minta simpati bapak supaya hantar duit le tuh!

  • (Penulis)
    4) haha ha !
  • 5) cerpen2 genre cinta kurusawa ni buat aku pikir bnyk kali. kenapa cinta? aku nmpak satira je...

  • (Penulis)
    6) Kamalia: cinta antara anak dan ayah..
    satira pun iya juga!
  • 7) hahahaha!!
    kuru2~~ rama2 bc smbil mkn popcorn..
    klaka x hingat smpai popcorn masok lobng idong..
    best2.. bg ko 4 bijik bintng!
  • 8) haha. bedebah punye anak.
    tapi taktik ni kira klasik jugak kan. ha ha
    sindirannya cerita ini juga klasik

  • (Penulis)
    9) tapi memang kesian kat makcik cleaner tu. bayangkan muka cucunya nanti. huuuuuuuuuu!!!
  • 10) Nak minta duit punyalah panjnag kiasannya. Hehehe...
  • 11) suka!
  • 12) Okay malam ni nak try buat-buat kutip sampah dalam wayang.

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa