Labuh!

 

Akibat terlalu banyak melabuhkan punggung ketika hendak duduk di atas sofa empuk atau di atas mana-mana kerusi buruk, punggung Mariah menjadi benar-benar labuh! Kelabuhannya bolehlah disamakan seperti gelambir yang tergantung di leher lembu tua, ataupun seperti pipi anjing Bulldog yang sembab.

 

Risau dengan keadaan itu, Mariah merengek seperti seekor kambing kacukan Boer-Jamnapari-Yamousoukrou.

 

“ehek, ehek embeelllkkk!! Mak!!! Jom la kita gi jumpa doktor!! Saya tak tahan lagi mengheret punggung…”

 

Rengekan Mariah itu ada rasionalnya. Hendak berjalan pun Mariah sudah susah! Bagaimana kalau tiba-tiba ada seekor anjing gatal, itik angsa ataupun ayam belanda datang mengejarnya? Tentulah sukar untuk Mariah menyelamatkan diri dari gonggongan anjing ataupun pagutan dan cubitan itik juga ayam belanda.

 

“kolok-kolok-kolok!!”

 

Bunyi ayam belanda yang seperti nama jenama plastik karbon pendua resit itu, sudah cukup meremangkan sederetan bulu di pusatnya.

 

Ditambah pula dengan ejekan dan hendian orang-orang kampung, Mariah dah betul-betul tak tahan!

 

Ada satu hari, sewaktu Mariah berjalan pulang dari kedai runcit untuk ke rumahnya, dia merasa begitu terhina sekali. Apa tidaknya, disebabkan ‘kelabuhan’ yang dialaminya itu, dia di ejek oleh lembu Pak Subatron, Si Harry. Harry agak berbeza daripada lembu-lembu yang lain. Ia terlebih jinak dan terlebih pandai berbanding spesisnya.

 

“mbooo!!! Mmmlaaabooohhh!!!’

 

Terjuih dan berbuih mulut Harry sewaktu mengejek Mariah. Menerima kutukan daripada seekor lembu, menambahkan lagi tekad Mariah untuk berjumpa dengan pakar kosmetik bagi menegangkan kembali kulit dan daging punggungnya. Mariah betul-betul berazam! Sambil membulatkan tekadnya, Mariah menjerit sekuat-kuat hati,

 

I will survive! Yeah! Yeah!”

 

…………………………….

 

Setelah berjaya memecahkan tabung porselinnya yang berbentuk kacang menglembu yang besar, Mariah mula mengira duitnya.

 

“hmmm….masih belum cukup ni..kurang 20 ribu ni..”

 

Walaupun tak cukup duit, Mariah tetap meneruskan usahanya untuk berjumpa dengan pakar kosmetik. Mariah menaiki teksi dari depan rumahnya ke depan pintu klinik. Turun dari teksi, Mariah membayar tambang. Tiba-tiba abang pemandu teksi itu berkata,

“selamat berjaya ya!  Semoga kamu terus yakin! Yeahhh!!”

 

Deruman enjin dan kepulan asap hitam menyambung kata-kata semangat daripada abang pemandu teksi tersebut. Habis mengesat air mata keharuan, Mariah menggagahkan kakinya melangkah masuk ke Klinik Kosmetik Al-Kerutu-Kerutu.

 

“dah buat temujanji?”

 

“sudah..”

 

“okey..duduk sekejap ye..”

 

Mariah memandang di sekitarnya. Hatinya berdebar-debar. Degupan jantungnya sudah tak sekata. Sekejap laju sekejap perlahan. Sekejap Lub-Dup! sekejap Dup-Lub! sekejap…

 

“cik Mariah!!!”

.................................

Untuk membaca keseluruhan cerpen ini, sila muat turun “Aku Machi el Diablo” :

Himpunan cerpen tulisan Kurusawa yang memuatkan 10 buah cerpen.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) hu hu..Doktor yang bedah Mariah, ialah doktor yang sama. Semasa, Mariah naik ambulans, Dr. Saripundel naik kereta pergi ke hospital.
  • 2) Kisah seorang perempuan yang mempunyai punggung labuh.Amat labuh sehinggakan lembu bernama Harry mampu mengejeknya.

    Akhirnya punggung beliau dijerukkan (selepas pembedahan) dan akan dipasang semula selepas tempoh seminggu.

    hahaha..

    Permulaaan ayat ada kesilapan ejaan.maaf.'terlalau' seharusnya dieja terlalu jangan marah ya'

  • (Penulis)
    3) ha ha! thanks 26life! udah di edit!!
  • 4) wakakaka..mcm haram cerita..akibat busan membaca ayat klise itu kamu membikin cerpen..sgt satira..haha
  • 5) adoi...perut ku sudah labuh akibat vibrate yg terlampau ketika membaca cerita kamu..hahahaha..
  • 6) ceh....da abis ke?

  • (Penulis)
    7) baiklah Kekasih..nanti aku coba buat sambungannya..untukmu Kekasih..
  • 8) wow, jeruk buntut? bunyinya catchy tapi sumpah geli.. uwerkhgssdjhalkd;jad!!
  • 9) masih berbau psiko walaupun penyampaiannya sudah dipermudahkan dengan humor
  • 10) aku dpt imagine mcm mana rupa mariah tu
  • 11) meriah mariah dapat punggung jeruk..aku pasni xnk la melabuhkan perut..
  • 12) hehehe... perlambangan yang menarik....
  • 13) tak tahan tang lembu mengejek..hahaa..tak terbayang kelabuhannya..

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa