Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pakcik Plastik

 

Ting Tong.....

"Selamat Datang", seorang gadis berkaca mata dan beruniform merah menyambut mesra kehadiran pelanggan sambil berdiri di kaunter.

Kelihatan seorang pelanggan berusia dalam lingkungan 40-an tersengih. Tanpa membuang masa pelanggan itu menuju ke rak barangan yang telah di susun. Diambilnya sebungkus roti, setin air minuman kelapa jenama YEO's dan senaskah akhbar. Pelanggan itu menuju ke kaunter dengan penuh senyuman. Setibanya di kaunter, dia disapa mesra oleh juruwang tadi.

"Ini saja pakcik?" tanya juruwang itu.

"Oh ya, berikan topup Celcom RM10 satu" balas pakcik tersebut.

"Sebentar ya pakcik" juruwang itu segera menekan-nekan butang bernombor di sebuah alat elektronik.

Krett..kreet..

Tet..tet..tet...

"Ini barang pakcik, semuanya RM16.80, pakcik nak plastik?" tanya juruwang itu.

"Eh, mesti la nak. Kalau tak barang ni pakcik nak letak mana?" pakcik itu membalas dengan penuh persoalan di minda.

"Satu plastik dikenakan caj tambahan 20 sen" jelas juruwang itu.

"Kenapa pula?" pakcik itu mahukan lebih penjelasan.

"Setiap hari sabtu kami tidak menyediakan plastik kerana kami mengikut saranan hari sabtu tanpa plastik" jelas juruwang itu bersungguh-sungguh dengan harapan pakcik itu akan membayar caj untuk plastik.

"Kalau begitu tak gunalah kamu berkempen sedangkan kamu masih menjual plastik, bukan lebih baik kamu menjual beg kertas" bidas pakcik itu kepada juruwang.

Juruwang itu terdiam seketika.

"Jadi pakcik mahu plastik atau tidak?" juruwang itu bertanya semula.

"Tak mengapalah, pakcik tidak cukup wang" balas pakcik itu sambil menghulurkan wang kertas not RM50.

....................

ketanggg....

"Jangan hairan, pakcik sedang mengikut saranan hari tanpa plastik" kata pakcik itu kepada juruwang dan beberapa pelanggan lain yang sedang tersengih memandangnya sambil mengutip tin minuman yang jatuh di lantai.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) tak guna punya pasaraya!! bagi la plastik beg bertelinga kat pakcik tu!!! tak pun balut je la dengan kertas suatkhabar semalam mukasurat hiburan!!

  • (Penulis)
    2) kejadian ni kt 7E..
    muka surat hiburan?? hahahahahaahahahaahahahaha...
  • 3) kejadian ini mesti berlaku di Selangor

    Adakah pakcik tersebut

    1.Berprinsip menyokong kempen berkenaan.
    2.Bodoh sombong.
    3.Kedekut untuk membayar lebih (20sen)

  • (Penulis)
    4) ya betul..hanya selangor saja ada kempen ni..

    pakcik tu sebenarnya nak perli juruwang tu..
    sebab tu dia cakap x cukup duit walhal dia ada RM50..
    cz dia anggap bayar 20 sen sama mcm xyah berkempen hari tanpa plastik..

    kesimpulannya kempen ni ada pro & kontra..

    p/s: klu rembat troli pasaraya bawak balik ke rumah ok x?hehe..
  • 5) ah..kesimpulannya jika mahu hidup di selangor, pastikan duit cukup banyak untuk membeli plastik.
  • 6) cornflique : tepat!
  • 7) hasil kerja yang cantik...bagus bagus!
  • 8) klu aku pekerja pasaraya situ..aku buka plastik roti tu..bagi roti je kat pak cik tu..

  • (Penulis)
    9) ben: tengkiyu..
    paktam: haha..gila kejam..
  • 10) Saya suka intipati cerita ini...

Cerpen-cerpen lain nukilan cornflique

Read all stories by cornflique