NUR III

 

Flat Sri Ngompol.,Rumah bernombor 04-15-09,

 Dia tersedar dari lenanya apabila pintu biliknya diketuk bertalu-talu. Dengan rasa malas dan kepala yang berat dia bangun dari tilam yang empuk membuka pintu. Ketukan di muka pintu semakin kuat. Tidak sabar lagaknya si pengetuk.

Dengan malas dia membuka pintu.

Seorang gadis berbaju kemeja petak-petak merah biru terpacak di hadapannya dengan muka separuh pucat.

“ Jess dah mati!” sepatah ayat itu meniti di bibir gadis itu.

“Maka……?” tanya dia kembali sambil membiarkan pintu terbuka. Dia kembali ke atas katilnya sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal. 

“Nur…!!!” gadis itu semakin geram.

“Dolly..kau datang ni sebenarnya nak apa?Aku mengantuk ni…”jawabnya lesu. Malas mahu melayan karenah temannya yang satu itu.

Gadis bernama Dolly itu tidak puas hati. Dia mendekati Nur lalu tubuh gadis itu digoncangnya.

“Kau rasa..Agil tahu?”

Agil! Nama itu muncul lagi. Ada bara yang terpendam kembali membara.

Biarkan perempuan jahat itu mati. Baru padan muka dia!

 

Sebulan sebelum pembunuhan…

Perempuan berbaju ketat dan skirt sendat berwarna hitam itu berdiri dihadapannya. Ditangan wanita itu ada sepuntung rokok yang hampir malap terpadam. Sudah seminggu dia menjadi warga Kelab Cempaka Biru bermakna sudah seminggu juga dia dan wanita itu menjadi rakan sekerja. Namun, belum pernah lagi dia bertegur sapa dengan wanita itu. Biar begitu sudah terlalu banyak versi kisah wanita itu di dengarinya melalui teman-teman yang lain. Yang pastinya, wanita itu anak kesayangan Mami K, tuan punya kelab itu.

“hoi perempuan..nama kau Nur bukan?” wanita itu bertanya padanya. Dia hanya menggangguk. Hatinya berdegup kencang.

“Kampung. Kau patut tukar nama kalau nak kerja kat sini. Nama macam  budak kerja pejabat agama!” sinis. Wanita itu menyedut rokok ditangannya kemudian asapnya dilempiaskan ke muka Nur. Senyuman penuh sinis terukir dibibirnya.

Nur masih diam. Tidak berani bersuara.

“Aku Jess” salam dihulur. Dengan teragak-agak, tangan wanita itu dijabatnya.

 

 

sila sambung....

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) yay dah ada sambungan!
    hehe jess la pulopp
    ok ok. sila sambung.

    hehe pendek takdehal la lya. asalkan citer jalan dan x loose dari plot dia

  • 2) yes! sambung...sambung! Nur itu sgt misteri...
  • 3) Yeah! dah bersambung!..Hmm..Jess yea? Mama K? Agil pulak? hu hu!!
  • 4) oo, ni cerpen main sambung2 ek. mana yang lepas2 punya?
  • 5) mama K?
    ai terasa la pulok!
    hehe

  • (Penulis)
    6) Caha : hehe..dah lama tak menulis..ni cam latihan utk ingat kembali camana nk menulis. ekekekekeh.....


    hatikidal : cari kat bhgian cerpen yg tajuk dia NUR gak. hihi..

    MissClarks : mama K tu sepupu dato K. hahahaha....

    Kamalia : hahahaha....tu la pasal.

    Kurusawa : minta maaf la...sy tak pandai nk tulis genre saspen ni. selalu tulis love story je kan..ni kire crossover la ni cam ala2 Shania Twin buat crossover. ekekekeh...
  • 7) datang membaca!

Cerpen-cerpen lain nukilan putri_alya

Read all stories by putri_alya