Obsesi

 

Nota kepala: Saya minta maaf andai cerpen ni tak menepati standard anda sebagai pembaca yang budiman. Idea ringkas sahaja.

****

          Pagi. Hujan lebat. Kenderaan yang berpusu-pusu masuk tidak mahu bertolak ansur dengan pejalan kaki yang rata-ratanya berbaju putih, berseluar hijau zaitun atau berkain biru muda. Samada berpayung atau berlari dengan beg di atas kepala, bukannya disandang seperti biasa.

          Aku juga berbaju putih tetapi seluar aku merah darah sebab aku terlebih usia daripada mereka yang berseluar hijau zaitun. Aku cuma berdiri di pondok jaga kerana membawa payung bukan gayaku, berlari dalam hujan juga bukan acara aku. Biarlah hujan reda sedikit, baru aku akan berjalan masuk ke kawasan yang banyak bangunan bernama sekolah menengah.

         Sebuah MyVi putih gading masuk perlahan-lahan ke dalam kawasan sekolah. Pemandunya seorang gadis berbaju kurung merah jambu. Tudung senadanya menyerlahkan lagi putih gebu wajah mulusnya. Dia berpaling ke arah aku lalu tersenyum sambil mengangkat tangan sedikit. Aku membalas. Namun, aku perasan pakcik Osman jaga turut membalas. Eh, sungguh tak sedar diri pakcik tua ni. Anak mataku mengekori MyVi putih gading ke kawasan parkir.

         Hujan lebat tadi kini mula merintik. Lantas aku berjalan laju ke bangunan C yang terletak di sebelah barat pintu masuk tempat pondok jaga di mana aku berdiri tadi. Aku pandang ke tenggara. MyVi putih gading masih belum dimatikan enjinnya. Aku lihat gadis berbaju kurung merah jambu masih di dalamnya lalu aku pergi ke arahnya.

         "Oh? Terima kasih," ujar si gadis. Dia sedikit terkejut sebaik sahaja keluar dari kenderaannya kerana mendapati aku berdiri di sisi dengan beg aku cuba untuk melindunginya daripada terkena rintik hujan. Kami sama-sama berjalan ke bangunan A yang cuma beberapa langkah dari parkir.

         "Terima kasih sekali lagi."

         Aku senyum. Si gadis masuk ke dalam bangunan A dan meninggalkan aku yang masih menanti dia datang kembali lalu memelukku di kala dingin begini. Tapi, aku sedar yang aku hanya berangan. Cepat-cepat aku tinggalkan bangunan A dan kembali ke bangunan C.

 

~~~~

         10.35 pagi. Waktu rehat tadi aku sengaja ke bilik atas bangunan A. Aku ingin bertemu dengan gadis berbaju kurung merah jambu tadi. Dia menyambut kedatangan aku dengan sebuah senyuman yang selalu aku gilakan sepanjang waktu. Sepanjang langkah ke arahnya, senyuman aku sendiri boleh dibuat air sirap.

         "Azrul!"

         Senyuman aku sedikit pudar. Suara seorang perempuan tua sebaya ibu memanggil nama aku dengan suara seperti halilintar seperti pembunuh perasaan yang tak mampu aku gambarkan. Perasaan sewaktu aku memandang gadis aku. 

         "Tolong cikgu panggilkan ketua kelas 5 Angkasa. Sekarang," Satu arahan yang wajib dipatuhi walaupun hati aku menjerit tidak.

         "Azrul," lembut. Merdu. Beginilah. Buat aku terpana. Air sirap boleh jadi manis semula dengan senyuman aku.

         "Ya, sayaaa...ng(perlahan)," pantas. Cepat sekali aku datang kepadanya. Memang aku ingin bertemu dengan dia tetapi itulah, perempuan tua sebaya ibu tadi mengganggu kosentrasi aku terhadapnya.

         "Boleh tolong cikgu?"

          Apa saja untukmu, sayang. "Boleh."

          "Tolong bagi buku-buku ini kepada kelas 5 Angkasa. Alang-alang kamu nak panggilkan ketua kelas dia, kan?"

          Senang sekali tugas yang diberikan. Akan ku turuti segala perintahmu. Apa saja untuk gadisku.

~~~

          Lenggoknya si gadis berbaju kurung merah jambu memang berjaya mencairkan hati aku. Dari awal pertama kali aku memandangnya. Bukan hanya hari ini. Bukan hanya kerana dia berbaju kurung merah jambu yang menyerlahkan ayunya. Kerana dia gadis kesayanganku.

         "Phewwitt! Cikgu lawalah hari ni," Saiful macam sengaja mencabar kelelakian aku. Berani dia mengganggu gadis aku. Jelingan aku hadiahkan kepadanya. Jaga kau, Saiful!

         "Terima kasih, Saiful tapi kerja mesti disiapkan. Pujian kamu tidak berjaya. Jangan nak mengada-ngada," dia tidak melayan karenah Saiful yang kebudak-budakan. Hah! Padan muka kau. Pemalas! Aku menarik nafas lega. Kerja yang diberikan harus disiapkan secepat mungkin. Aku harus nampak baik di matanya supaya aku boleh menjadi kesayangan dia nanti... dan bila-bila.

         "Cikgu, saya tak faham soalan nombor 3," aku cuba menarik perhatiannya daripada terus melayan soalan demi soalan daripada Hafizul. Dia berjalan ke arahku sambil tersenyum. Di saat itu, aku membayangkan dia datang untuk berada di pelukanku. Bau wangiannya membuatkan aku gila. Lembut suaranya mengajar aku langsung tidak kedengaran. Yang tercapai dek telinga aku hanyalah suara manjanya.

         "Jadi, kalau saya jawab macam ni, salahlah ya cikgu?" Tiba-tiba suara Daniel di sebelah aku mencelah. Rupa-rupanya dia turut mencuri dengar suara manja milik aku seorang sahaja. Si gadis beralih ke sisi Daniel.

         "Ya, sayang. Salah ni. Cuba semak semula nota yang cikgu bagi minggu lepas," dia senyum. Aku kelat masam.

         Sekejap. Dia panggil Daniel 'sayang'? Ini tak boleh diterima. Aku yang sayangkan dia separuh mati, Daniel pula yang dapat sayang?

         "Cikgu!" Fadli pula mengganggu. Aku mendengus perlahan.

         "Ya, sayang. Tak faham jugakah?"

         Sayang? Fadli juga? Aaah!

~~~~

         Dia gadisku. Dia yang aku sayang. Dia yang aku puja. Sumber inspirasiku. Sumber kekuatan aku. Cahaya kehidupan aku. Dia segalanya buat aku pemuda kesepian mencari kasih sayang.

         Loceng berbunyi tepat 1.30 petang. Aku pantas mengemas buku dan bergegas ke bilik atas bangunan A. Tadi aku nampak MyVi putih gading masih di parkir. Sampai di bilik atas bangunan A, dia masih di mejanya. Tekun dengan urusannya. Aku menghampirinya diam-diam tetapi langsung aku tidak menegurnya. Sampailah waktu dia mendongakkan kepala memandang aku.

        "Eh, Azrul. Cari siapa?"

        Aku tidak terkata apa. Hanya jemari menunjuk ke arah dirinya.

        "Cikgu? Ada apa?" Dia tetap tenang dan lembut dan ayu dan mesra dan cantik dan...

        "Sibuk ke? Kalau sibuk, tak mengapalah," aduh! Kenapa aku cakap begitu? Kalau dia kata sibuk, macam mana aku nak luangkan masa dengan dia? Kan bagus kalau aku terus saja dengan permintaan aku.

        "Ehm... Tak juga. Cikgu tengah semak buku-buku sekolah kamu ni.. Ada apa yang cikgu boleh tolong?" Dia memang baik. Murah dengan senyuman dan tidak lokek membantu apa saja yang dia mampu. Sebab itu aku terjatuh hati padanya.

         "Saya nak minta cikgu buatkan kelas tambahan untuk saya, boleh?" Supaya aku boleh melihatnya lebih daripada 6 masa seminggu.

         "Kamu seorang sahaja? Kawan-kawan lain tak mahu ikut?"

         Laa... Ingatkan permintaan aku itu membolehkan aku hanya berdua dengannya. Buat apa aku sengaja nak suruh yang lain datang menyibuk dan mengacau saat indah.

          "Tak pasti. Tak mahu kot."

          "Kalau boleh ramai, lagi bagus. Cikgu takkan datang kalau setakat seorang dua."

          "Kalau mereka semua tak mahu? Tapi, saya memang nak berjaya cikgu," ayat pancing. Ayat pancing.

          "Ehm... Cikgu tahu kamu memang bagus, Azrul. Tapi cuba ajak kawan-kawan yang lain sekali. Kejayaan kena kongsi bersama."

          "Cikgu...err..." Aku cuba mengelak untuk pastikan aku hanya dengan dia sahaja.

          "Ya, sayang...ada lagi?"

           Sayang? Dia panggil aku sayang? Yahoo!! Dia panggil aku sayang, kan? Yihaaa!

           "Eh, Azrul!? Azrul?! Kenapa ni?"

           "Kenapa? Apa jadi dengan Azrul?"

           "Entah. Tiba-tiba pula pengsan."

 

~HABIS~

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) kembali menulis? hahaha.. congrats sebab dapat cari masa for it
  • 2) heyy idaa!
    lama menunggu buah tangan cikgu. hehe.

    mula ingat azrul tu jaga!! ahaha. rupanya mcm .. form 5/ form 6 gitu eh?
    pakai seluar merah pulak tiba-tiba.

    build up dah cantik ida. serius.
    sayang la endingnya begitu. tambah la tambah laa
  • 3) cikgu cun, seksi pulak tu...janganlah di torture budak2 tu cikgu..ho ho!

  • (Penulis)
    4) aberea: thank u!
    caha : dah bagi kat nota kepala tu. idea ringkas. datang tiba2, takut hilang tiba2 gak tu yg terus taip tu.. insya Allah akan dibina semula lebih canggih.. eceh
    kurusawa: cikgu tak seksi la... cun je.. hehehe
  • 5) terus taip dah nice. terus pos tu yg sayang. hehe. sok sok kalau dibina semula, takut org dah kurang jenguk berbanding 1 shot terus final edition

    lihat saja karya tulisan semula dayya dan rearrange sbg contoh. hehe.

  • (Penulis)
    6) ok ok.. next time sy akan peram macam dulu (tp takut peram smpi busuk..novel pun dah terperam lama dah..uhuu)
  • 7) zaman aku sekolah dulu susah nak jumpa cikgu lawa-lawa, kalau ada yang lawa pun mengajar matematik, gampang! apa barang lawa-lawa ajar matematik! hahahahah...

  • (Penulis)
    8) kenapa lawa takleh ngajar matematik?
  • 9) tak ada apa-apa..hahahhaa
  • 10) che'gu lawa2 xleh mngajar math..aku x suka subjek math, jadi terpaksa la x suka che'gu nya juga walaupun dia lawa...huwaaaaaa..
  • 11) yosh...nice come back cikgu..mcm sy la lama xmenulis jd kurang sharp..apepe pun kira ok dah..
  • 12) Nasib baik ada nota kepala tu, kalau tak... Hehehe...
    Sebuah cerkon yang santai dan menghiburkan...
  • 13) oh..nak jadi farmasi cun gak bole?

    patient datang terus baik! HAHAHAHA *GILA!*

    saya pernah obses dengan cikgu. sebab cikgu baik & nyanyikan lagu birthday sambil main gitar. oh sweeeeeeeeeeeeeeet! *tp time tu dia dh kawenHAHA*

Cerpen-cerpen lain nukilan shazmiey

Read all stories by shazmiey