Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kisah si pungguk, sepohon epal dan sang bulan

 

  Malam itu seperti malam yang sudah-sudah, pungguk itu bertenggek di sebatang pohon, menunggu turunnya si bulan. Sudah dia katakan pada sang bulan,

"Aku tetap akan di sini, walau seribu tahun sekali pun aku disuruh menanti. Selagi aku belum mati, selagi kau tidak memberi kata yang pasti."

  Tapi bulan tetap di situ. Tiada kata yang pasti menyuruh si pungguk pergi. Hanya apabila malam tiba, pungguk bercakap dan dia menemani. Pungguk bergelak dan bulan mengiringi. Hari-hari, malahan berbulan-bulan pungguk mengulangi perkara yang sama. 

  Bagi pungguk, segalanya masih begitu kabur, kendur untuk dia simpulkan kesudahannya. Maka kerana itu dia masih tabah menanti cintanya disambut oleh bulan. Sang bulan pula semakin kerap bercerita tentang keindahan yang dipujanya. Tanpa bulan menyedari, dalam senyum si pungguk nyata hatinya menangis.

*Bukk!*

Sesuatu jatuh. 

"Ah.. Sebiji epal?"

  Si pungguk mendongak melihat pohon yang seringkali dia bertenggek itu. Rupa-rupanya ianya pohon epal. Tidak pernah si pungguk sedari yang tempat dia bertenggek, bersandar mencurahkan kesedihan cinta yang tak kunjung tiba itu ialah sepohon epal. 

"Makanlah epal itu sayang. Kuberi yang paling ranum dan manis isinya untuk kau"

  Pohon epal bersuara. Si pungguk melihat dalam-dalam ke matanya. Dapat dilihat kasih si pohon epal itu.

"Akan tetapi jika kau meragui aku, janganlah kau makan epal itu. Aku akan menanti hingga keraguan itu pudar dari hatimu."

  Sambung si pohon epal, keikhlasan melantun dari lembut suaranya. Si pungguk menggigit epal yang jatuh ke ribaannya tadi. Manis sekali. Kerana manisnya epal, pungguk telah terlupakan lara di hatinya. Perlahan, nama bulan yang terukir di hatinya beransur-ansur hilang. 

  Masa berlalu dan si pungguk terus setia bertenggek di dahan sepohon epal. Tetapi kali ini bukan kerana menanti si bulan. Kali ini kerana menemani sepohon epal, tempatnya bersandar..

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) wahh..suka. hehe..i know why.. simple but best
  • 2) kikikiki dah agak dah. org bercinta mesti akan keluar satu cerpen atau puisi.

    steady punggukk
  • 3) Perlambangan dan personifikasi yang baik. Saya suka ini. Ringkas dan jelas maksud tersirat...
  • 4) itulah yang dikatakan kuman seberang laut nampak, dinoso depan mata tak nampak, nasib baik pungguk sedar cepat, itu pun pasal pokok epal baik hati kasi sedekah.. haha
  • 5) antara epal dan bulan, saya tetap pilih bulan
  • 6) Nice aaa. Luv it toooo
  • 7) wah
    epal free

Cerpen-cerpen lain nukilan Pijat2

Read all stories by Pijat2