Misteri Perkuburan Purba

 

Tengahari di Perkuburan Purba 1 Malaysia. Kerja-kerja menggali semakin rancak berjalan. Sekumpulan pakar arkeologi kelihatan sibuk mengetuk-ngetuk tanah.

Ada juga yang curi tulang sambil minum air isotonik. Sempat juga ketua operasi bagi jelingan helang, huru hara yang curi tulang ketuk tanah pakai botol air isotonik.

Ketua operasi membuat pengumuman. “Lagi beberapa sentimeter, kita dijangka akan bersemuka dengan artifak yang kita kaji selama ini, pastikan kamu semua berhati-hati semasa proses menggali!”

Tiba-tiba! (aku paling tak suka guna elemen kejutan, tapi itu yang bestnya pun, ha ha!)

Tiba-tiba salah seorang daripada kumpulan arkeologi itu berteriak. “Dah jumpa!”

Semua ahli pasukan berlari-lari anak ke arah kawasan yang bakal menjadi sejarah itu. Mereka beramai-ramai menggunakan tangan untuk menolak lapisan tanah yang semakin menipis.

“Huh! Firaun!”

“Tuan ketua, kita jumpa Firaun!”

“Huh?”

“Jadah apa?”

Suasana di Perkuburan Purba 1 Malaysia terus bertukar menjadi riuh. Artifak yang mereka cari rupanya sudah bertukar menjadi Firaun. Kawasan perkuburan dibanjiri kehadiran orang awam.  Ada yang jual keropok lekor, air tebu, belon helium, tudung, dan beraneka-anekalah.

“Macamana boleh ada Firaun di Malaysia?”

Suasana hiruk pikuk tadi bertukar menjadi sunyi.

“Ha’ah la, macamana boleh ada Firaun di Malaysia?”

Suasana sunyi tadi menjadi bertambah sunyi.

“Firaun ni jenis yang tak sembah kucing kut?”

“Mana boleh Firaun tak sembah kucing, ini mesti Firaun yang mengamalkan ajaran sesat!”

Petang di Perkuburan Purba 1 Malaysia. Kerja-kerja menggali sudah lama berhenti. Kumpulan arkeologi duduk mengelilingi Firaun sambil menikmati air isotonik. Para pengunjung sudah lama bersurai. Peniaga-peniaga sudah tutup kedai.

Brader jual belon helium senyum lebar, bisnes dia paling laku!

NOTAKAKI: Cerpen mikro ini sudah aku publish lama di laman web aku: http://ordinariben.com

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) firaun malaya..
  • 2) ha ha. ada unsur satira. nakal kau.
  • 3) hahaha...!
  • 4) haha, aku suka ini!

  • (Penulis)
    5) hatikidal: firaun malaya, akan datang

    caha: tengs

    kamalia:

    reason: tengs
  • 6) satira yang nakal ni...

  • (Penulis)
    7) ahaha, memperkotak-katikkan

Cerpen-cerpen lain nukilan rebelliben

Read all stories by rebelliben