Maafkan aku Jamdol

 

“keceburrrr!!!”

Bunyi percikan air di kolam renang awam di ibu kota mengejutkan gagak-gagak yang sedang ghairah berebut sampah. Tikus-tikus yang sedang bergurau mesra sesama keluarga di balik raga-raga juga terkesima.

Aku menahan nafas. Sejuk air kolam yang berklorin pekat kurang ku rasai. Tiba-tiba aku teringat! Aku tak tahu berenang!

“blurp! Blup! Bloooppp!”

Beberapa gelas air kolam telah ku telan. Aku terkapai-kapai menghadapi lemas yang sedang mencengkam. Sekejap aku ke dasar kolam. Sekejap aku terjulang ke permukaan air. Buih-buih dan kocakan air di sekelilingku menyedarkan beberapa orang di sekitarku. Aku pasrah. Aku letih. Tak berdaya lagi menggelepar. Aku bebaskan saja seluruh otot tubuhku. Di telan ke dasar kolam. Cahaya matahari kian pudar. Kesejukan sudah tidak terasa. Gelap.




“Mus! Oi Mus! Are you okay Mus?!”

Aku tersedak. Beberapa milliliter air tersembur dari hujung mata dan telingaku. Aku dapat rasakan seluruh sistem tubuhku bergetar. Aku tak berdaya untuk menjawab. Seluruh tubuhku kejang. Jamdol sedang menggerak-gerakkan tengkuk dan badanku.

“Jamdol, tolong laa…”

Itu suara ibu Jamdol. Habis lah! Kalau dia tahu. Sebenarnya, aku yang minta untuk berenang di kolam. Bukan salah Jamdol. Dia hanya menurut kemahuanku.

Ibu Jamdol semakin dekat menghampiri kami berdua. Habislah!!!

“ Jamdol!!!  Kan mak dah cakap! Jangan bawak mainan masuk kolam!!!

“alah..mak! ni kan OPTIMUS  PRIME!!! Dia robot yang terkuat!!”

"ooo....kuat ye...ambik ni!!! "

"aduh! mak!!! ampuuunnn!!!!"

……

Maafkan aku Jamdol.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) bedebah!

    kau permainkan aku ya!
  • 2)

    cis! cis! tipah tertipu!
  • 3) hui hui..optimustapa peraim.
  • 4) hahaha, aku suka. adoi.
  • 5) hahahhaa.. cisss..
    tertipu jugak aku w/pun dah menghidu ada unsur2 'penipuan' sbb tengok cerita pendek sangat.
  • 6) cun. style. haha. perasaan aku membacanya macam "sambil makan cendol sambil usya belakang perempuan yang cun, bila dia pusing rupanya maknyah".
  • 7) kah kah kah, cilakak lu kuru
  • 8) samdol betul.. ha ha
  • 9) haha...adey =.='
  • 10) Lu mmg steady la bro... kahkahkahkah gue SUKA!
  • 11) Kaya Jamdol ada kolam renang di rumah.

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa