Keluarga Saya

 

Hari ini, cikgu menyuruh kami semua menulis seketul  sebuah satu karangan yang bertajuk, “Keluarga saya!”

 

Oleh itu, saya mahu menciritkannya menceritakannya sekarang!

 

Bagi sesiapa yang belum mengorek telinga pagi ini, sila mengorek sekarang. Gunakan kunci kereta bapa anda.

 

Baiklah,

 

“Keluarga saya!”(perlu ada tanda seru, kerana saya menjerit!)

 

Saya juga mempunyai keluarga. Bukan ‘Kuarga’ seperti yang disebutkan oleh Nyonya Mansor kepada Sabariah anaknya yang gatal nak bernikah dengan ahlil muzit itu!

 

Ahli keluarga saya terdiri daripada;

 

1. Bapa, 2. Ibu, 3. Saya, 4. Adik, 5. Tompok

 

Mula-mula bapa. Bapa saya bernama Subatron al-Jambari(udang) bin Somtamrun al-Ghab. Bapa berusia 44 tahun. Dia lahir pada tahun Kucing. Sebab itu misai bapa saya adalah seperti misai Tompok.(ye..sama!!)

 

Bapa saya ialah seorang yang sangat baik. Dia sering tersenyum. Sehinggakan saat ibu saya menyebat belakangnya dengan kukur kelapa elektrik pun, dia masih tersenyum. Bapa pernah bekerja sebagai seorang pemilik ladang getah. Namung begitu , selepas menjual tanahnya yang sebanyak 500 ekar kepada seorang tokey judi dan selepas menjoli semua duit jualan tanah itu di kasino , bapa saya telah tidak bekerja lagi. Bapa cakap kat saya,

 

“oleh sebab bapak telah menjadi Muflis! Bapak dah tak payah keje lagi!!!”

 

Saya juga bercita-cita untuk menjadi muflis apabila dewasa kelak! Tidak perlu bekerja lagi! Boleh rehat-rehat di rumah!

 

Baik,ibu pula.

 

Ibu bernama Mariachi el-Marimari binti Vladimir Dimitrikus. Ya! Ibu seorang berbangsa Belarus!

 

Ibu saya ialah seorang yang sangat tegas. Walaupun tegas, dia suka ketawa. Sambil mengkarate tempurung patella bapa saya, ibu kelihatan ketawa terbahak-bahak! Ibu mengambil upah menjahit baju raya, membuat kuih raya dan mengadu domba. Banyak juga hasil pendapatan kerja ibu. Tapi saya berasa kesian melihat ibu. Penat bekerja, menjahit sampai malam!

 

“Gedegedeg! Gedegedeg!”

 

Begitulah bunyi bising mesin jahit ibu. Bapa sering mengulang kata-kata Haji Bakhil,

“apa saja si Manisah tu! Gedegedeg! Gedegedeg! Tak habis-habis menjahit!”

 

Bila agaknya ibu kan menjadi muflis seperti bapa? Boleh lah dia turut berehat.

 

Adik saya  pula bernama DugdegGedegung bin Subatron al-Jambari. Dia baru berusia 3 tahun. Namun begitu dia sungguh nakal. Dia suka menggigit dan menangis. Setiap kali selepas menggigit anggota badan saya, dia akan menangis! Saya berasa sangat marah dan kecewa. Hendak di siku, dia masih kecil. Tak di siku, dia menggigit siku ku! Huisy!!

 

Seterusnya ialah Tompok! Ia merupakan seekor kucing yang berbulu panjang. Ibu kata, tompok berasal dari Kyrgyzstan. Tetapi setelah saya google, saya dapati tompok sebenarnya hanya berasal dari Beranang. Agak jauh dari Kyrgyzstan jika dilihat di dalam atlas bumi, edisi gempa.

 

Saya juga berasa bingung pada ketika bapa berkata yang Tompok adalah ahli keluarga kami. Tetapi setelah melihat sikap malasnya sama serupa seperti bapa, saya setuju pula.

 

Tompok baru berusia 3 tahun. Tetapi sikapnya seolah-olah sudah remaja! Dia sering mengganggu kucing betina milik jiran sebelah rumah kami, si Betty. Tompok suka kencing di pasu bunga milik ibu. Yang menghairankan, ibu tidak marah pula kepada Tompok. Tetapi, bila bapa yang kencing di pasu yang sama, ibu melenting pula! Hairan! Hairan!

 

Tompok gemar memakan lipas dan cengkerik. Sama macam saya.

 

Akhir sekali, ialah saya. Saya bernama Jamdol al-Jambari bin Subatron al-Jambari. Saya rasa, tidak perlulah saya memperkenalkan diri saya lebih-lebih. Sebab kan dah ada tulis dalam report-card!

 

Sekian, Watammat.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) macam haram jadah! hahaha..el-marimari sungguh mak dia.
  • 2) sungguh kepalakotak betul cerita ini. HAHAHAHAHAHAH
  • 3) al bedebah al berjambul punye kurutuwa
  • 4) kekanda ni sungguh funny lah.

  • 5) hahaha...ingat senang ke nak jadi muflis
  • 6) haha! menghiburkan!
  • 7) HAHAHAHA
  • 8) macam lahanat... kah kah kah! sambung la weh. lagi lagi lagi lagi!
  • 9) ceh..xmo bg anak buah aku bc...
  • 10) Rahang gue kejeng,, kejeng... kakakaka )

  • (Penulis)
    11) Wah! 449 bacaan!?? Alhamdulillah!!!
  • 12) hohoho lawak gilerr!!

  • (Penulis)
    13) laaaa..menci la njay, baru baca!! he he
  • 14) Senang bela Tompok dan Jamdol. Kalau lapar, jemput ke rumah sy.

  • (Penulis)
    15) yeah dah 3 ribu pembaca! Alhamdulillah.

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa