Satu Persidangan

 

Di tengah-tengah satu persidangan yang rancak dan hangat.

 

“ kalian semua bertanya kepada saya kenapa??!!!”

 

“yaa!!! KENAPAAAA???!!”

 

“soalan itu sepatutnya ditanyakan kepada mak bapak dia!! Bukan kepada saya!!!”

 

Hakim Gumbrut merasa sangat terhina dan marah! Kepalanya yang botak berkedut-kedut itu semakin berdenyut-denyut!

 

“panggil mak bapak dia ke sini!”

 

Arahan hakim Gumbrut itu segera di jawab.

 

“biar saya yang telefon mereka tuan! Lagipun dia itu sepupu saya”

 

Pesuruhjaya Sumpah Lestat de Jongkit memberi keyakinan kepada hakim Gumbrut. Walaupun nada suaranya kedengaran sedikit gementar. Ia memberanikan diri.

 

“ patut la dia macam tu! Tengok la sepupunya tu..sama naik je!!”

 

Suara khalayak yang semakin tidak sabar seakan merenggut janggut Lestat. Namun untuk menjadi berang jauh sekali. Dia sabar meneliti nombor-nombor di telefon bimbitnya yang semakin berkarat. Sampai di huruf P dia terus mendail. Nama keluarga sepupunya itu adalah di P yang pertama.

 

“truut! Truut! Truut!”

 

Bunyi nada dering di sebelah sana bergetar. Diangkat selepas lima deringan.

 

“Pakcik! Tuan hakim mahu pakcik dan makcik ke mahkamah sekarang! Terima kasih!”

 

Lestat menekan butang merah telefonnya. Seusai perbuatannya itu, dia mengangkat muka dan memandang sekeliling. Benar. Khalayak semakin bertambah. Suasana semakin bising dan hangat!

 

“diam!!!”

 

Suara hakim Gumbrut tiba-tiba menyambar rungutan khalayak yang masing-masing mewarisi sikap tak sabar yang sebati.

 

Semua diam. Bunyi percikan air tiba-tiba kedengaran.

 

“preeet!”

 

“siapa yang tumpahkan dakwat tu?”

 

“anak saya tuan hakim! Jangan la marah..dia masih kecil..baru nak belajar berhenti lampin”

 

“baik! Lain kali berhati-hati..”

 

Teguran hakim Gumbrut mengakhiri suasana sunyi yang hanya bertahan selama 3 saat setengah. Khalayak kembali berbisik-bisik. Ada yang sempat bergosip. Ramai yang mula menekan punat telefon masing-masing!

 

Selepas tiga puluh minit berlalu. Tiba-tiba saja khalayak yang tadinya bising menjadi senyap. Masing-masing menghalakan kepala dan muka ke arah dua sosok tubuh yang sedang perlahan-lahan berjalan ke ruang tengah mahkamah.

 

“Woi!!! Tak reti ajar anak ke hah?!!”

 

Satu suara yang agak nakal dengan tak semena-mena mencabar.

 

“takde guna hantar belajar jauh-jauh! Tapi masih buat benda khurafat!!”

 

Tambah satu lagi suara. Kali ini lebih garang dan bengis.

 

“saya dan isteri saya datang mengadap, tuan hakim..”

 

Kenyataan lapor diri tersebut menghentikan kesemua hingar.

 

Semua diam menanti.

 

Pesuruhjaya Sumpah Lestat menghampiri pakcik dan makciknya sambil mengarahkan sesuatu secara berbisik. Dia kembali ke tempat duduknya selepas seketika.

 

“kami mengaku, segala kata-kata kami yang akan diucapkan adalah benar, dan benar-benar belaka!”

 

“semua duduk!”

 

Hakim Gumbrut memegang tukul penghakiman dan dengan serius memandang ke arah semua khalayak.

 

“Baiklah…Paul..boleh jelaskan.? Mengapa anak kamu sanggup terlibat dengan judi bola? Juga amalan nujum yang merupakan dosa yang amat besar yang boleh menyebabkan syirik! Mengapa?”

 

“dia dipaksa tuan! Kalau dia ingkar, mereka mahu celup dia di dalam tepung, dan dia akan digoreng!!!”

 

 

 

……..

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) persidangan yang huru hara dan diakhiri dengan pengadilan judi bola...!!
  • 2) Ni mahkamah kerajaan laut ke? senegeri dengan spongebob?
  • 3) lestat gumbrut ni nama saintifik binatang2 lautkah?

  • (Penulis)
    4) Gumbrut = Kagum+Brutal
    Lestat = nama vampire yang dilakonkan oleh Tom Cruise dalam interview with vampire. ke Brad pitt? aku dah lupa..ha hah
  • 5) ni negara Bikini Bottom ke? mesti hakim tu sedara patrick. si pesalah pulak sedara squidward. AGAGAGGAA
  • 6) ceh..gumbrutatless..
  • 7) ternyata, ia satira yang menarik untuk dihayati bersama
  • 8) Indah!

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa