Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Sudut Orang Ketiga

 

            Maisarah menarik headphone besar itu dan menyarungkannya di telinga. Dia terus menekan iPod Classic putih miliknya sehingga alunan lagu mengisi segenap ruang gegendang telinganya. Dengan pandangan yang tak lepas-lepas daripada cahaya matahari terbenam yang tembus menerusi tingkap biliknya, Maisarah yang sudah berdiri di atas kerusi itu memanjat meja dan terus menarik kekisi tingkap kecil itu dan mengangkat badannya, memanjat ruang kecil empat segi itu. Seperti hari-hari yang lalu, dia menyandarkan badannya pada bingkai kanan tingkap itu dan melunjurkan kaki kirinya. Kaki kanannya pula dibiarkan bergantungan di bahagian luar tingkap.

 

            Inilah kebiasaan gadis muda itu di penghujung hari. Duduk bertenggek di tubir tingkap sambil memandang semula harinya. Namun hari ini berlainan daripada hari-hari biasa. Kebiasaannya, waktu ini sahaja dia tidak mengisi penuh gegendang telinganya dengan alunan-alunan lagu. Waktu ini adalah waktu kosongnya. Waktu di mana dia berehat daripada semesta alam dan cuba memandang kehidupannya daripada sudut yang berbeza, sudut orang ketiga. Namun kejadian hari ini merubah semuanya tentang seorang gadis yang bernama Maisarah. Hari ini dia tenggelam dalam keadaan. Buktinya, alunan lagu yang berdentam-dentum di telinganya itu sahaja yang dapat menenggelamkan semua suara-suara lain dalam hatinya.

 

            Maisarah menarik nafas dalam-dalam. Kadang-kadang dia sendiri terfikir, apakah ada orang lain dalam dunia yang seperti dirinya. Kalau ada orang seperti itu, teringin sekali dia berjumpanya dan berkongsi. Meskipun tidak dapat meredakan masalah, berkongsi bercerita dan mendengar pun sudah cukup. Dia tidak perlu tahu tentang punca masalah ini ataupun bagaimana mengatasinya. Dia hanya ingin tahu bagaimana menahan hati dan perasaan daripada terus runtuh.   

 

            Maisarah menarik nafas dalam-dalam lagi. Dia menahan nafasnya selang beberapa saat sebelum menghembus sekuat hati. Dan semua soalan-soalan untuk orang ketiga yang terbuku di benaknya jatuh bersepah bersama nafas yang dihembus itu.

 

            ‘Bagaimana kamu rasa bila pertama kali kamu tahu?’

            ‘Apa perasaan kamu bila hari-hari melihat dia begitu?’

            ‘Kamu punya adik-beradik lain untuk berkongsi?’ Saya tidak…

            ‘Kamu punya rasa yang bagaimana bila melihat orang lain dipeluk ibu?’

            ‘Bagaimana kamu mengelak dari jadi sepertinya?’

            ‘Apa perasaan kamu punya ibu yang depresi?’

 

            Soalan-soalan yang tidak terucap itu terngiang-ngiang di telinga Maisarah sampaikan alunan lagu di telinganya pun tidak dapat menenggelamkan mereka. Dia menggeleng-gelengkan kepala sambil menekan pelipisnya. Kaki kirinya dibawa turun bergantungan di luar tingkap bersama kaki kanan. Cahaya Matahari terbenam yang tadi sibuk menyimbah mukanya kini makin nipis meninggalkan Bumi. Telinga Maisarah tiba-tiba menangkap suara-suara asing dari arah bawah tingkap rumah dua tingkat itu. Dia mengangkat kedua belah kakinya dan cuba sedaya upaya mengecilkan diri.

 

            “Kamu dengar apa yang jadi pada Peah hari ni?” suara Cik Noni jelas terdengar melantun sampai ke tingkat atas.

 

            “Kenapa dengan Peah?” sambut Hajah Ita.

 

            “ Dia cuba bunuh diri lagi. Kali ni betul-betul depan anak dia. Kesian budak Maisarah tu.”

 

            “Eh, habis tu. Apa jadi dengan dia? Rahim mana?”

 

            “Saya pun tak pasti sangat Kak Ita, tapi yang pasti Rahim kat hospital sekarang, bawak si Peah tu.”

 

            Tanpa menunggu perbualan dua orang jirannya itu sudah, Maisarah menolak dirinya masuk dan terus menutup tingkap. Dia menggigit bibir sekuat hati sambil melangkah turun daripada meja studinya itu. Serentak dengan itu, telefon bimbitnya berdering.

 

            “Assalamualaikum, Ayah.”

 

            Sayup terdengar suara Rahim menyambut dari hujung talian sebelah sana, “Mai… Mama. Mama selamat, Mai.” 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) aduh..kena baca waktu lepas buka la..nnt komen blk..hehe
  • 2) aduh..tertanye2 nih, val, ade smbgan x?
    *rindu semua karya kamu *
  • 3) mama selamat dari bunuh diri? mama dah terjun ke belum?

    maisarah kuat. sedangkan orang di Palestin ibunya mati di dakapan. pasti maisarah tak jadi seperti mama (eh tetiba aku ni)
  • 4) grrrr seperti dapat dadah baca cerpen kau. hiks.
  • 5) cerita yang menarik
  • 6) signifikasi cerita yang berkesan.
  • 7) simple. cuma kerunsingan dan karakter maisarah mungkin buleh up & detail-kan lagi kot supaya lebih bersimpati dengan watak.

Cerpen-cerpen lain nukilan valium

Read all stories by valium