Apa Benda Pulak Ni?

 

Semasa berjalan pulang dari surau selepas menunaikan solat tarawih berjemaah, Jamdol telah terjumpa dengan sesuatu di tengah jalan.

“eh! Apa benda pulak ni..” bisik Jamdol di dalam ususnya yang bergelombang.

“apa eh-eh?!”  satu suara yang berbau kentang lecek menerobos ke lubang telinga Jamdol yang dah seminggu tak dikorek.

Jamdol semakin kaget. Bagaimana ‘benda’ ni boleh faham isi hatinya. Jamdol menyuluh lampu suluh yang di genggamnya ke arah benda yang boleh membaca isi hatinya itu.

‘Benda’ yang disangkakan objek ganjil oleh Jamdol itu dengan tiba-tiba berubah bentuk. Daripada berbentuk separa bulat menjadi seperti satu susuk tubuh badan manusia.  Jamdol betul-betul terperanjat! Lampu suluhnya terjatuh ke tanah. Dia hampir terketar. Hampir terkaku.

Serentak dengan perasaan takut Jamdol, makhluk yang baru berubah itu bersuara,

“ Kau solat Tarawih kan tadi?”

“ye..ye.ye..”

“hmmm.baguslah….”

“kau..kau siapa?..kau siap..aaaa? Kenap..a..kau tanya kau?”

Jamdol semakin menggelabah. Makhluk itu dilihatnya semakin menghampirinya. Keadaan gelap di kampungnya menyukarkan Jamdol untuk melihat wajah sebenar makhluk yang sebentar tadi disangkanya suatu ‘benda’.

“ sedap moreh tadi? “

“apa?! “

“sedap tak moreh tadi!!! Kau pekak ke?”

Makhluk tersebut semakin garang. Suaranya separuh garau separuh basah.

“uhuk-uhuk!”

Tiba-tiba pula makhluk itu terbatuk.

“kenapa kau buat aku macam ni…..! huuuu…hu huuuu..”

Tiba-tiba pulak makhluk tersebut menangis. Bulu tengkuk Jamdol sudah mula berdiri dan mula membuat perbarisan dan tabik hormat.

“apa …apa? yang aku buat! Aku baru je balik dari tarawih!..jangan ganggu aku!’

Jamdol mula hendak melarikan diri. Tapi malangnya kakinya bagai terpaku di tanah. Terbongkok-bongkok Jamdol mencari lampu suluhnya yang sudah bergolek entah di mana. Makhluk ganjil tersebut semakin dekat menghampiri Jamdol.  Diselubungi ketakutan yang amat sangat, Jamdol memejamkan matanya dan mula membaca semua ayat-ayat di dalam Juz 30 yang dihafalnya.

“..walaod..dollllllllllllllillliiiiiinnnnnn!!!!”

………………………………………………………………………………………………………………………….. .

Untuk membaca keseluruhan cerpen ini, sila muat turun “Aku Machio el Diablo” :

Himpunan cerpen tulisan Kurusawa yang memuatkan 10 buah cerpen.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) 2 kali ku baca, baru dapat faham dan baru terketawa... muahahaha
  • 2) hahaha sama larr.. kene bace 2 kali baru paham
  • 3) kepala berat2-berat pun aku bc gak...tp seb aku baik..sbb aku bc dari bwh ke atas..hehe..
  • 4) HAHHAHA.....
  • 5) jangan berak merata-rata. berak atas sudu lebih afdol.
  • 6) huk oloh abah. salah sendirik pastu buat drama dengan anak pulak
  • 7) Gue respek la cite lu broo... kahkahkahkah, batal niat sahur gue... Apakah??...
    Lawak sungguh, rasa happy dunia ni dlm bbrapa minit.. kahkahkah
  • 8) ha ha. bedebah kursuwuta!
    siap kau nanti berbuka aku kasi kau penangan pakcik jambari
  • 9) HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA lenkali jgn berak di tepi jalan
  • 10) kudos angkel kuru!

    berjaya buat aku gelak guling-guling sengsorang. hoooho!
  • 11) jamdol, jamdol... tak pasal2 dia yang kena...
  • 12) lamanya pakcik tu berak. sampai abes terawih. biar betol?
  • 13) Ancalime, kan en jambari tu pengsan... kehkehkeh...
  • 14) omg.. kerasnya t*hi en jambari.. sampai pengsan! hahaha
  • 15) sangat hebat. pagi pagi buta dah tergelak.

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa