Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Gerimis Salju The Cerpen(.ost Jawapan Cinta)

 

Satu shot waktu kepala agak ok. Harap dapat membantu mana yang patut ye.

AMARAN: PEMBACA HENDAKLAH PG13 KERANA CERPEN INI MENGANDUNGI ELEMEN-ELEMEN YANG MEMERLUKAN OTAK MEREKA BERSIH DAN KURANG DARI ANASIR-ANASIR NAFSU UNTUK BERBUKA. SEKIAN.


*****


Disember, Januari, Februari sudah berlalu dan kini Mac kembali membuka lembaran baru. Musim dingin akan mengucapkan selamat datang  pada musim bunga. Setiap taman, setiap rumah dan seluruh tempat disuburi dengan pelbagai jenis tanaman. Alangkah. Alangkah indahnya waktu itu. Tinggal beberapa hari lagi pertukaran musim akan berlaku.


*****


Hari ini Kay harus ketemu kepastian. Dia  perlukan jawaban.  Tidak. Dia tidak bisa menjadi dungu. Berapa lama lagi? Kapan lagi dia harus menanti begini? Pertemuan telah pun diaturkan. Itu dinamakan dating. Dating dah pun diset  di sebuah taman terletak jauh dari bandar.

Sebaik Kay sampai Riz sudah pun tampak batang hidungnya. Kay pun menderaskan langkah seiras langkah Popeye cuba menyelamatkan isterinya. Sebaik saja sampai. Salam tak, apa pun tak. Setelah menarik nafas hembus nafas sebanyak 3 kali. Kay mula membuka mulut.


Hey kamu di sana pandanglah padaku,

agar kau fahami renunganku ini.

Di dalam mataku ada bunga rindu

harum dan menguntum hanya buat kamu,”


sambil menyanyi dengan bergaya dan asyik sekali. Serta tidak lupa muzik iringan dari brass band London High School. Seketika muzik berhenti untukmelihat babak seterusnya.

Riz menekup mukanya. Entah sedang mengekek ketawa sebab pitching yang memang out dari Kay ataupun dia sedang terharu mendengar kelancaran Kay menghafal lagu tersebut. Riz diam. Tubuhnya tidak bergerak. Angin dingin menolak tudungnya ke kiri. Achum! Dia bersin. Terhayun keluar rambutnya yang kemerah-merahan.

Kay yang lenguh berdiri jadi hilang sabar. Nak cakap banyak malas. Dia mencekak pinggang. Berjalan mundar-mandir sambil kaki menyepak-nyepak salji separuh cair ke kaki Riz. Tapi Riz masih buat dek lagi. Dia tersengih tanda tanda-tanda dapat idea. Muzik dimainkan.

“Kasihku mengapa harus begitu, kau biarkan aku terpaku terus menunggu, menanti jawapan cinta kau beri, bawalah aku putri ke alam fantasi dunia mimpi,” beberapa orang suara latar berharmoni  tetiba muncul di sebelah brass band. Mereka terdiri dari Cahi,Kurutua, Klaki dan Syut.  Leadernya ialah Ucud.

Mata Kay berkalih semula pada Riz yang beriya tepuk tangan sambil hentak-hentak kaki. Apabila dia menghentak kaki maka terserlahlah keayuan bulu kakinya yang lebat. Menyedari Kay tidak melepas peluang melihat kejadian itu. Riz cepat-cepat mendiamkan diri semula dan memakukan pandangannya ke jalan batu. Kay tersengih puas.

Waktu terus berlalu. Terasa seperti sudah sejam berlalu tetapi tidak pada Kay. Itu baru 2nd verse. Maknanya tak sampai pun seminit lagi. Erm, Kay memegang janggutnya yang sejemput. Mengangguk-angguk kepala. Apa lagi nak dilakukan?

Punyalah susah nak merungkai jawapan dari Riz ni. Angguk ya tak, geleng pun tak. Kuar satu aksara pun tak dari mulutnya. Bibir je comel macam Angelina Jolie. Kay terus merhatikan Riz. Lama-kelamaan terasa satu desakan mengajaknya untuk mencumbu bibir Riz. Kay angguk. Cuppppp! Plup! Ah.. Dum! Bunyi brass band mematikan kyalan durjana Kay.

Riz ni sebenarnya dia faham tak aku cakap Bahasa Melayu ni? Muka ala-ala apek. Jap,try. Ni hao ma? Ai shang le ni. Hen. Hen ai ni,”  Kay tersenyum sedikit bangga bertitik hitam di hati. Melihat Riz ketawa berdekah-dekah-berguling-guling-guling ala cerita filem hisndustan, Kay pula mana pernah lepaskan peluang. Sekali. Dia pun menggulingkan diri melakukan cubaan menarik sari yang dipakai Riz tetapi gagal.Mereka berdua seolah-solah sedang menuruni anak bukit yang bersih. Padahal, video itu dicrop! Tettt!


Sewaktu berguling-guling sempat lagi Kay melontarkan vokalnya yang lemak-lemak santan kelapa muda.

“Eh, kamu disana! Renunglah aku.

Fahami aku ini persaan di hati. Mengertilah aku ingin kau saja,

Adinda. Sambutlah cinta ku ini…”

 

 tangannya masih lagi berusaha menarik sari Riz yang semakin lama semakin lurut. Sungguh, sari kuning dipakai Riz adalah mesra hati para lelaki.

Lama jugak Kay dan Riz berguling-gulingan tak ingat dunia. Setelah puas Riz mengambil tempatnya yang asal tadi. Prop masih tidak berubah. Masih ada sebiji bangku kayu dan pkok tirus plastik. Salji-salji yang mencair kelihatan static. Beberapa orang brass band sudah berpeluh sakan disebabkan adegan berguling-gulingan tadi. Walaupun mereka tak masuk dalam scene, tapi background sound dari mereka amat penting.

Kay yang tercungap-cungap sebab kurang gas oksigen memegang lutut sambil menjelir lidah. Tanpa disedari beberapa titis air liur berjejeran. Menyedari ia diskodeng oleh Riz, dia terus tegak berdiri. Mengambil posisi. Ala-ala M.J. Dia tahu Riz suka betul M.J ni. Dia memegang zip seluar. Bersedia. Muzik! Kay memulakan langkah poping. Tap tup tap tap tup!


Dalam gerimis salju

dingin sedingin cintamu

aku termanggu

dungu

menunggu terus menunggu.

 

Salju menitis-nitis

setitik demi setitik

dari pohon tirus

sepi di kalbuku menjentik-jentik.

 

Aku masih menanti

terus menanti

kalimah keramat, dari

bibir mungilmu

 

Namun tetap kau membisu

membiarkan pilu

di hatiku terus membeku.

 

"Masihkah kau ragu?"

 Kau menunduk sayu

 tiada jawapan

 hanya tangisan.

 

 Aku pun menderapkan sepatu

 meninggalkanmu di bangku kayu.

MAAF ANDAI HADIRKU INI MENGUNDANG LUKA.


Setelah letih Kay pun pulang. Semua orang turut pulang. Tinggallah Riz seorang di situ di atas bangku kayu sambil memegang French fries. Tersengih seorang-seorang dan tetap terus menjalankan tugas dengan berjaya sebagai patung McD.

Lampu studio ditutup.

TAMAT.







Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) sudah kubingkaikan nama mu dgn fram e youtube..
  • 2) wakakaka..paktam..!!!! aku terharuuuu!!!..hahaha.. walaupun khayalan ko bersama patung mcD, tp ia sungguh terkesan bila patung itu bernama Riz..semua saat indah mencipta lagu dgn ko terimbas~ aku rasa mcm nak nangis ni..huhuhu akhirnya ko frame kn nama ku bersama lagu kita~ YEAAHHHH..!
  • 3) patung mcd pakai tudung? heh sungguh tak senonoh. dahla kaki err...(takmo sambung) HAHA

    sengal!
  • 4) erk... *speechless selepas membayangkan patung McD itu*

  • (Penulis)
    5) rizzy: dah dah lap la air mta tu...cukupla...dah la kita ni dok berjauhan..patung tu nama penuhnya Rizzy, nama manja Riz,,,kekeke,,,yeah,,,lihat aku tunaikan janji aku..

    syud: sabar syud sabar,,,,ia dalam citer ni je...biala akak rijji mmg mcm tu..kekeke

    choco: kuens kuens...sabor aje la..
  • 6) hehehe... kreatif gitu
  • 7) hohoho... memang kena dengan puisinya...

  • (Penulis)
    8) tahanks riri n kak adreena..

Cerpen-cerpen lain nukilan paktam85

Read all stories by paktam85