Mencuci Kereta Dengan Jameel Part II

 

“Astaghfirullah!!” 

 

Itu saja perkataan yang mampu dikeluarkan oleh mulut Jameel yang baru sebentar tadi bergelumang dengan siul-siulan.

 

Jameel terkaku seketika. Lebih kurang lima saat suku. Si gadis yang terikat dan terbaring secara sisi di dalam but kereta Jameel mula membeliakkan kedua bij matanya.

 

“hmmpkkhh! HHholommmbgdlka!!”

 

“apa dia?! Apa?! Saya tak faham!!”

 

“hmdkgfsfppppphhhkg!!!”

 

“oh! Maafkan saya!”

 

Sepantas broadband yang berkelajuan 20Gb per-saat, Jameel menarik kain yang sedang menutup bibir si gadis malang.

 

“tolong lepaskan saya! Encik! Tolong!”

 

“oh ya!ya! sudah tentu! Maafkan saya!”

 

Dengan tergopoh-gapah Jameel membantu si gadis malang untuk bangun duduk dan keluar daripada ruang belakang keretanya yang sempit. Sesudah berjaya mengangkat si gadis keluar, Jameel memapahnya ke ruang tamu rumahnya. Dibantunya agar gadis tersebut dapat duduk dengan selesa di atas sofa tiga tempat duduknya yang baru dibeli dari kedai perabot Yip Man Laksa Johor.

 

“encik, tolong lah bukak tali yang ikat tangan saya ni..tolong..sakit sangat ni..”

 

Si gadis merayu dengan perlahan. Maklumlah sudah entah berapa lama dia terkurung dalam keadaan yang terikat begitu. Jameel dapat merasakan satu perasaan simpati sedang membuak-buak memanjat dinding hatinya yang agak lembut dan penyayang.

 

“terima kasih ..encik..”

 

“Jameel ..Jameel bin ..”

 

“terima kasih encik Jameel..”

 

“sama-sama..”

 

Tiba-tiba Jameel merasakan yang dia bagaikan berada di dalam sebuah sinetron Indonesia yang agak ganjil dan merangsangkan. Dia berasa agak gembira di dalam kegelisahan. Bagaikan adunan mimpi dikejar hantu tetek dengan mimpi dilempang cikgu Baharom, guru disiplin yang bertangan satu. Dia hanyut sebentar di alam impian yang seumpama saluran televisyen tunggal yang tak mampu ditukar ke saluran lain. Remote controlnya hanya berbutang satu. Jameel terus merenung si gadis malang untuk beberapa minit. Cantik juga awek ni. Tapi, kenapa dia boleh ada dalam kereta aku? Bisik Jameel di dalam hatinya lagi.

 

“eh!! Kenapa cik boleh ada dalam kereta saya? Terikat pulak tu? Siapa?  Macamana?!”

 

Jameel tiba-tiba menjerit!

 

“encik Jameel, panjang ceritanya. Nanti saya ceritakan. Sebelum tu, boleh tolong ambilkan saya segelas air tak? Saya dahaga. Dahaga sangat..”

 

Si gadis menjawab dalam nada yang lemah dan tenang. Perasaan hairan hampir timbul di permukaan hati Jameel yang tadinya tenggelam di pusar khayalan.

 

“err…baiklah…awak tunggu sekejap ye..saya ..saya gi masuk dalam..bukak peti ais…ambik air!..kejap..kejap ye..”

 

Jameel bangun dengan kelam kabut dan terundur-undur menuju dapur. Sampai di dapur, tangannya tergagau-gagau mencari cawan di ruang pinggan mangkuk yang terletak betul-betul di tepi singki. Setelah berjaya memegang sebiji cawan porselin klasik bercorak bunga sakura buatan China, Jameel memasukkan jari telunjuk dan jari hantu tangan kanannya ke lubang di pemegang cawan tersebut. Dia memegangnya dengan cermat dan hati-hati. Tangan kirinya segera pula menguak pintu peti ais. Dicapainya bekas air sejuk yang berisi separuh penuh dengan air masak sejuk. Jameel cepat-cepat membuka penutup bekas air dan menuangkan air ke dalam cawan porselin. Pintu peti ais dibiarkan terbuka dan selaju mungkin Jameel membawa cawan berisi air sejuk itu ke ruang tamu.

 

“ni airnya cik…”

 

“Saliza…”

 

Jameel terhenti di tengah ruang tamu. Matanya terbelalak. Kedua tangannya kaku memegang cawan porselin berisi air masak sejuk.

 

Sambil duduk sopan di atas sofa, Saliza mengacukan sepucuk pistol Browning 9X19mm, yang juga dikenali sebagai Grande Puissance ke arah Jameel. 

 

“Saliza. Nama saya Saliza Sailenser. Jangan bergerak. Jangan menjerit encik Jameel”

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) da agak da..pompuan tu mesti jahat punye!!!

    then ape jadi? hehe

  • (Penulis)
    2) ye ke CK? huhu..mungkin kamu salah..he he...masih awal...mungkin juga betul..mungkin tidak..anyway thanks baca!

  • (Penulis)
    3) pernahkah kamu mimpi dikejar hantu tetek?
  • 4) ala...sure pas ni kalau betul pun abg da leh tukar jalan cte..heheheh...

    x ingat la plak
  • 5) saliza sailenser patut suruh encik jameel "jangan banyak tanya soalan" sbb dah tentu episod lepas ni encik jameel tanye byk soalan2 ganjil dan membuak2 seperti seekor burung kasuwari yang marah dicuri telur
  • 6) ohhh ingatkan cite hantu! (lega)
  • 7) ooo
    ade sambungan rupanya..
    aritu mase menjamu R.O.H kat Kg. Malaysia Raya
    kami layan citer nih. episod 1.huhu
  • 8) beli kereta dapat gadis.. deng! bagi aku alamat! hahahaha
  • 9) “err…baiklah…awak tunggu sekejap ye..saya ..saya gi masuk dalam..bukak peti ais…ambik air!..kejap..kejap ye..”

    nak bukak peti ais pun nak kena bgtau ke? hehe. tapi, saya melihat ayat tersebut sbg satu sindiran kpd drama2 melayu - dialog takde kena mengena dgn cerita

    ada sambungan lagi ke?

  • 10) ha ha. wah. cerpen berisi lagi! maksud aku bersiri!
    aku ingat tamat hari tu je. hehe.

    hm. nakal saliza sailenser. patut jameel jambulani rembat je awal-awal perut saliza sailenser ni.

  • (Penulis)
    11) Kamalia: boleh juga anggapanmu itu..hu hu
    Caha: tak berisi ke? ha haha!! ada lagi sambungannya. ISi cerita ini terpulang kepada individu yang membaca. Zahirnya begitulah..Ho ho
  • 12) aaaa... cepat! episod 3. drama chinta dah xbes dah.. drama ni pun jadilah
  • 13) Adakah Saliza Sailenser versi baru Nora Zain?

    Cepat sambung! hehe
  • 14) xpenah tgk nora zain. sape ade dvd dia? link torrent ke? hahaha
  • 15) http://ms.wikipedia.org/wiki/Filem_Nora_Zain_-_Agen_Wanita_001

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa