Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

EGOIS CINTA

 

“Inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang. Siap sedia berkorban, untuk ibu pertiwi.” Aizat mendendangkan lagu apabila ternampak kelibat Zulaikha dengan muka selamba masuk ke dalam bilik kuliah. Gadis kecil molek itu langsung tidak ambil peduli, memang perangai semulajadi lelaki itu begitu.

“Cantik baju hari ni makcik? Colourful and fresh gitu. Hijau menawan, ada iras-iras macam askar. Erm, makcik tersilap tempat temu duga ke? sini bukan kem askar makcik, sini kolej untuk belajar ye,” lawak Aizat disertai hilai tawa teman sekuliahnya. Ain yang berang dengan usikan Aizat terhadap teman baiknya cuba berdiri untuk membela tapi cepat ditahan Zulaikha.

“Tak payah layan Ain, orang kurang kasih sayang memang macam tu. Apa orang buat semua tak kena. Dia ingat dia tu bagus sangat agaknya. Muka macam tong sampah tak siap, ada hati nak tegur orang lain,” balas Zulaikha sinis. Ain tersenyum puas apabila sahabatnya itu  mengenakan Aizat.

‘Baru padan muka, ingat kawan aku boleh di bawa main’ desis hati kecilnya.

“Kau cakap muka aku macam tong sampah tak siap?” soal Aizat geram. Pantang sungguh orang menyamakan dirinya dengan benda yang tak sepatutnya, lebih-lebih lagi tong sampah, sensitif betul.

“Memang aku yang cakap muka kau macam tong sampah tak siap. Ada masalahke?” balas Zulaikha tanpa rasa bersalah.

‘Muka macam tong sampah tak sedar-sedar lagi. Ingat hensemlah tu selama ni’ gumam hati kecil Zulaikha.

“Ingat muka kau cantik sangat ke? Muka kau tu macam isteri orang anak dah berderet 10 . Memang patut aku panggil kau makcik,” balas Aizat. Mana boleh kalah, malu beb.

“Kalau muka aku macam makcik sekalipun, kau peduli apa? Aku menyusahkan kau ke?” Zulaikha masih lagi membalas. Lelaki macam Aizat tak sepatutnya diberi muka, makin bertambah lemak yang sudah sedia ada. Aizat ingin membalas tetapi niatnya terbantut apabila melihat Puan Khaltom masuk. Dia kembali ke tempat duduk dengan perasaan geram.

‘Siap kau nanti’ desis hatinya geram.

***

“Hai makcik, lapar ye? Kesiannya. Anak dekat rumah dah makan?” usik Aizat dengan selamba duduk di hadapan Zulaikha tanpa di pelawa. Hilang selera makannya apabila terpandang muka lelaki itu.

‘memang dasar tak malu’ desis hati kecil gadis itu.

“Anak yang mana satu? Anak tekak tengah makanlah ni. Kalau anak kucing belum lagi,” balasnya selamba. Aizat pura-pura ketawa.

‘Pandai juga dia ni buat lawak’ desisnya dalam hati.

“Kesian makcik, makan mie goreng je. Nak saya belanja tak makcik? Makan nasi dengan ayam goreng lagi,”ejek Aizat sambil menghulurkan not RM 10, sengaja mahu menyakitkan lagi hati gadis itu. Suapan Zulaikha terhenti. Dia memandang wajah Aizat dengan perasaan geram, rasa macam mahu ditelan hidup-hidup. Kalaulah dia ada lesen membunuh, sudah lama lelaki itu ditembak menggunakan senapang gajah.

“Jangan ingat kau banyak duit, kau boleh berlagak dengan aku. Aku tak heranlah dengan duit kau yang banyak tu! Mati nanti semua sama, duit tu tak berguna lagilah. Lagipun duit tu bukan hak milik kau pun, setakat tumpang nama mak bapak kau tak payahlah nak berlagak sangat,” balas Zulaikha geram. Gelakan kecil dari Aizat makin menyakitkan hatinya.

“Makcik dah bertukar jadi ustazahlah. Tak payahlah membazir kudrat kau nak bagi ceramah percuma dekat aku. Mama dengan papa aku ada duitlah nak bayar guru agama untuk bagi tunjuk ajar dekat aku. Kalau teringin sangat nak buat kerja amal, buatlah dekat masjid atau surau. Kan itu lagi afdal?” balas Aizat masih terus ingin menyakiti hati Zulaikha. Gadis itu sudah tidak dapat menahan rasa geramnya. Mie goreng yang masih berbaki dicurahkan ke kepala Aizat dengan senyuman sinis  membuatkan lelaki itu terkejut.

“Mama dengan papa kau banyak duitkan? Aku rasa tak ada masalah untuk belikan anak kesayangan dia ni pencuci rambut dengan baju baru. Oklah, aku pergi dulu.” Gadis itu mengambil begnya lalu beredar dari situ. Aizat melepaskan satu tumbukan geram di meja kafe membuat semua yang ada di situ terdiam.

***

Zulaikha masuk ke bilik dengan perasaan geram. Tak cukup di kelas, di luar pun Aizat masih sempat untuk menyakitkan hatinya. Tidak pernah dia berjumpa dengan insan yang begitu hiperaktif semacamnya.

Lantas tangannya mencapai komputer riba di atas meja. Jarinya menaip sesuatu. Satu senyuman terukir apabila terpandang pesanan dari Tazia Dikaluz di dalam peti Yahoo! Mailnya. Seorang sahabat yang pelik dan misteri.Tidak pernah dia ketahui asal-usul lelaki itu, tetapi dia selesa berkawan dengan jejaka itu. Namanya juga unik dan mungkin juga pelik, sukar untuk ditafsirkan. Dirasakan dekat dengan lelaki itu, mungkin kerana punyai minat yang sama iaitu puisi. Semuanya bermula apabila dia menyertai satu blok penulisan kreatif. Dia amat tertarik dengan semua karya milik Tazia membuatkan dia mengambil keputusan memdekati jejaka itu dengan lebih rapat, dan sekarang dia berteman dengan jejaka itu.

Tazia Dikaluz: Macam mana hari ni?ok atau ko?
Anastasia:ok,tapi Anas geram dengan classmate Anas.
Tazia Dikaluz: Kenapa dengan classmate Anas tu? Tak nak kongsi dengan Taz?
Anastasia: Tak payah tahulah Taz,buat sakit hati je.
Tazia Dikaluz: Ok Anas. Tak ada puisi nak kongsi dengan Taz?
Anastasia: Hampir Anas terlupa. Anas hantar sekarang ok?
Tazia Dikaluz: ok
                                                                                                  
Zulaikha berbunga membaca ayat-ayat lelaki itu. Dia mula merasakan sayang terhadap lelaki misteri itu.  Tapi bila difikirkan balik terasa bodoh pula. Apa-apa pun dia tidak tahu mengenai lelaki itu. Setakat tahu jantinanya sahaja, tidak memadai. Walau apapun, Tazia Dikaluz telah menempa nama dalam hatinya. Dia segera menghantar puisi ciptaannya dan berharap lelaki itu berpuas hati dengan hasil karyanya.

***

“Memandangkan peperiksaan akhir kamu semua semakin tiba, saya nak beri tugasan sempena Hari Gemerlapan kolej kita. Siapa yang patut buat persembahan. Tugasan yang utama, penyampaian puisi. Tugas ini saya serahkan kepada Aizat,” ujar Encik Kassim. Aizat tersenyum bangga, sudah dapat mengagak dia akan dipilih.

“Tapi saya nak buat kelainan tahun ni. Saya nak Zulaikha mencipta puisi itu dan dideklamasikan oleh Aizat,” ujar Encik Kassim lagi, membuatkan jantung Zulaikha hampir tercabut.

‘gila apa orang tua ni. Suka hati dia je nak suruh aku bekerjasama dengan tong sampah tak siap ni. Bukan  dia tak tahu aku sikit pun tak ngam dengan Aizat’ desis hati Zulaikha.

“Tapi prof..” belum sempat dia menhabiskan ayatnya, Aizat sudah mencelah.

“Ada masalah ke Zulaikha Izzati? Kita kenalah bekerjasama. Jangan campurkan urusan peribadi dengan pelajaran. Tak begitu prof?” balas Aizat membuatkan Zulaikha tergamam.

“Betul tu Aizat. Tak ada tapi-tapi lagi Zulaikha, saya nak awak berdua buat yang terbaik nanti. Sampai di sini sahaja kelas kita hari ini,” ujar Encik Kassim lalu beredar keluar. Kecoh satu kelas dengan tugasan yang diberi Encik Kassim.

“Kau rasa dia boleh ke buat puisi untuk kau? Buat karangan pun boleh salah,” soal seorang teman kepada Aizat membuatkan jejaka itu tergelak kecil. Dia bangun lalu menghampiri Zulaikha yang menahan sabar.

“Aku tahu esok kau tunjukkan puisi tu pada aku. Aku tak nak dengar apa-apa alasan,” ujar Aizat mengejutkan gadis itu.

‘esok?gila apa mamat ni. Ingat otak aku ni macam A. Samad Said’ desisnya dalam hati.

“Esok? Bagilah aku tempoh lama sikit,”ujar Zulaikha seakan merayu.  Aizat tersenyum sinis, seakan mengejek tapi Zulaikha tidak peduli. Tempoh yang Aizat beri terlalu awal padahal acara gemilang itu akan dilaksanakan 2 bulan lagi.

“Aku tak kira. Kalau aku kata esok,esoklah. Kau ingat nak practice senang ke? Aku kena menghayati lagi. Lagipun aku nak tengok, bagus sangat ke puisi kau tu. Kalau macam karangan budak tadika, baik tak payah bagi aku baca,” ujar Aizat dengan lagak membuatkan Zulaikha terasa jelik dengan perlakuannya.

‘Ingat kau tu bagus sangat ke?baru menang berapa kali dah besar kepala’ gumam hati kecilnya.

“Baiklah, aku akan bagi kau puisi tu esok. Puas hati?,” balas Zulaikha garam lalu meninggalkan bilik kuliah itu dengan hati yang berbuku.

***

“Kenapa kau suka kacau dan sakitkan hati Zulaikha?” tegur Harriz, rakan sekuliah juga merangkap  sahabat baiknya.

“Kau tak ingat ke dulu dia pernah tumpahkan air pada baju aku? Ingat baju aku baju murah.  Beberapa hari yang lepas, dia tumpahkan mie dekat kepala aku. Geram betul dengan perempuan tu,” balas Aizat. Harriz hanya tergelak kecil membuatkan Aizat pelik.

“kenapa kau ketawa?” soal Aizat pelik.

“Aku kenal kau bukan sehari dua Zulakid Aizat. Aku tahu kau bukan seorang yang pendendam dan kau tak ada kebolehan untuk sakitkan hati orang,” balas Harriz lagi, bertambah pelik Aizat.

‘Dia tahu ke perasaan aku dekat minah tu?’ ujar hatinya bimbang.

“Kalau kau sukakan dia, terus teranglah Aizat. Jangan sampai melepas nanti sudahlah. Putih mata nanti,” ujar Harriz menepuk bahunya dan beredar dari situ. Aizat terkesima, Nampak gaya helahnya sudah hampir terbongkar.

Memang diakui sejak kali pertama dia memandang Zulaikha, hatinya sudah terpaut. Bak kata orang, cinta pandang pertama. Tapi kerana keegoan yang terlampau kuat, dia tidak mahu menyatakan rasa hatinya. Di lebih rela menyakiti gadis itu saban hari untuk mendengar suaranya. Dia hanya menggunakan alasan air yang di tumpahkan Zulaikha untuk terus mendekati gadis itu. Sungguh dia akui, Zulaikha punyai kelebihan berbanding wanita lain namun dia masih tidak mampu untuk melakukannya. Dia lebih rela begini. Lantas tangannya mencapai komputer riba kesayangan, ingin bertanya khabar teman maya yang disayanginya.

***
Tazia Dikaluz: Anas,Taz rindu pada Anaz tau. Anas tak rindu kat Taz?
Anastasia: Taz rindu Anas?Merepeklah Taz ni.  
Tazia Dikaluz: Betullah. Tak percaya,belahlah dada ni.
Anastasia: Apa-apa ajelah Taz.Anas Ada Masalah ni.
Tazia Dikaluz:Apa dia?Cakaplah.
Anastasia:Erm,Tak ada apa-apalah. Taz tak ada puisi nak kongsi dengan Anas?
Tazia Dikaluz: Ada tapi bagi komen positif ye?
Anas: ok.

Zulaikha membaca puisi yang baru sahaja diterima. Sungguh cantik susunan ayat-ayatnya. Rasa bersalah menyelubunginya. Dia bakal memberi puisi itu pada Aizat untuk dideklamasikan pada hari Gemerlapan.

‘minta maaf Taz, Anas terdesak’ desis hati kecilnya, penuh rasa bersalah.

***

Zulaikha masuk ke bilik kuliah dengan segenggam sampul surat ditangannya. Dia menghampiri meja Aizat dan menghulurkan kepada lelaki itu. Aizat menyambut huluran itu dengan senyuman sinis.

“Harap kau suka,” ujar Zulaikha dan berlalu ke tempat duduknya. Aizat segera membuka sampul surat itu. Alangkah terkejutnya dia apabila membaca puisi itu.

‘Diakah..’ujar hati kecilnya dengan penuh tanda tanya. Zulaikha yang selama ini menjadi temannya? Sungguh dia tidak percaya. Fikirannya tiba-tiba bercelaru memaksa dia membuat keputusan di luar jangkaan.

“Aku tak dapat terima” ujar Aizat pada Zulaikha.

“Tapi kenapa? Tak cukup baik ke puisi tu?” soal Zulaikha inginkan kepastian. Dia pasti tiada cacat celanya pada puisi itu.

“Puisi macam budak tadika ni kau nak bagi aku baca? Aku ingat kalau aku bagi kau peluang bekerjasama dengan aku, kau akan bagi karya yang lebih memuaskan. Telahan aku semua tak betul. Kau memang tak boleh harap,” ujar Aizat lalu mengoyakkan puisi di hadapan mata Zulaikha tanpa rasa simpati. Dia sebenarnya keliru, adakah dia sedang bermimpi. Sahabat yang lain memandang penuh hairan dengan tindakan Aizat itu.

Pang!

Satu penampar sulung milik Zulaikha singgah dipipinya.

“Kalau kau tak nak baca sekalipun, pulangkan cara baik. Aku pun tak ingin nak bekerjasama dengan lelaki yang tak reti menghargai macam kau,” balas Zulaikha geram. Dia sendiri tidak menyangka akan menampar wajah Aizat. Zulaikha mencapai begnya dan bergegas keluar dari situ. Dia sudah tidak dapat menahan sedihnya. Bukan sedih kerana puisi itu dikoyakkan, tapi sedih kerana Aizat secara terang lagi bersuluh mengutuk hasil karya milik Tazia Dikaluz, teman pena yang amat disanjunginya.

‘suka hati kaulah Aizat. Kalau kau rasa puisi kau tu lagi bagus, kau buatlah sorang-sorang’gumam hatinya sendiri.

***

Zulaikha memandang sepi komputer riba di hadapannya. Sudah hampir sebulan Tazia Dikaluz tidak mengirimkan apa-apa berita kepadanya. Rindu didadanya sudah membuku. Apabila difikirkan, dia tidak pernah menyakiti hati jejaka itu. Tidak tahu apa puncanya Tazia Dikaluz berjauh diri darinya. Sudah berpuluh e-mail dikimkan namun Tazia Dikaluz tetap membisu. Setitis air mata jatuh dipipi gadis itu.

 

Maafkan diri ini jika ada terkasar bahasa dan menyakiti hati Taz. Sesungguhnya Anas amat memerlukan Taz dikala ini, berkongsi rasa bersama seperti waktu-waktu dahulu. Maafkan diri ini jika tidak dapat menjadi sahabat yang terbaik buat Taz. Andai ditakdirkan Taz tidak mahu lagi berteman dengan Anas, Anas relakan pemergian Taz dari hidup Anas. Jaga diri  Taz baik-baik dan semoga berbahagia. Terimalah puisi terindah yang Anas ciptakan buat Taz dan mungkin yang terakhir. Assalamualaikum.

Angin petang yang bertiup sayu                                                                                                                                                                                                                                                              Seakan memahami gelodak rasa dijiwa ini                                                                                                                                                                                                       betapa aku rindu kamu                                                                                                                                                                                                                              sesekali angin itu menampar sepi pipimu                                                                                                                                                                                             tanpa engkau sedari                                                                                                                                                                                                              ia adalah hembusan rinduku di kala ini                                                                                                                                                              terkadang angin itu datang kembali                                                                                                                                                                                   dan saat itu aku tahu                                                                                                                                                                                                           kau juga merindui aku                                                                                                                                                                                                   terima kasih cinta

***

“kenapa mamat tu dah tak macam dulu Ika? Dulu punya hebat menyakat kau, tiba-tiba jadi bisu pula. Tak faham aku”, ujar Ain. Zulaikha turut mengakuinya. Perubahan Aizat sungguh ketara, tiada lagi usikan nakalnya. Yang pasti Aizat akan melarikan lirikan matanya apabila bertembung dengannya. Mungkinkan Aizat terasa dengan tamparannya sebulan yang lepas? Memang patut pun dia kena penampar kerana mulutnya yang tak ada insurans tu. Zulaikha tidak mahu memohon maaf kerana dia tahu bukan salahnya. Dia yang terasa dengan perbuatan Aizat yang dianggap melampau. Segala urusan berkenaan hari gemilang kolej diuruskan Aizat, Zulaikha tidak mahu ambil peduli. Hatinya masih lagi sakit hati dengan perbuatan Aizat. Tetapi dia akui, jiwanya terasa kosong tanpa usikan dari Aizat. Seakan ada sesuatu yang hilang dari jiwanya.

‘Aku rindukan dia? Tak mungkin’, gumam hatinya sendiri.

***

Zulaikha mengambil tempat di sisi depan dewan. Kalau diikutkan hati, tidak mahu dia turun ke majlis gemilang kolej itu lebih-lebih lagi Aizat yang akan membuat persembahan. Ain yang beriya-iya mahu dia turun, katanya ada kejutan. Mahu tak mahu diturutkan juga melangkah. Bak kata orang, rela dalam terpaksa.

“Seterusnya, acara yang dinantikan. Deklamasi puisi dari pemuisi kolej yang begitu terkenal. Dipersilakan, Zulakid Aizat bin Dato’ Razali”, pengumuman dari pengacara majlis itu langsung tidak menarik minat Zulaikha untuk menumpukan perhatian ke atas pentas.

“Dia asyik pandang kaulah Ika, kau tak perasan ke?”, soal Ain. Zulaikha terkejut, lantas matanya tertumpu pada Aizat dan pautan mata mereka bersatu. Lama dia begitu, namun akhirnya dia kalah pada renungan mata Aizat dan menundukkan wajahnya.

“Sebelum saya mendeklamasikan puisi saya ini, ingin saya mengucapkan terima kasih kepada penciptanya. Tanpanya, mungkin saya tidak akan dapat berdiri megah di sini. Berikan tepukan pada Zulaikha Izzati binti Fuad”, ucapan dari Aizat betul-betul memeranjatkan gadis itu. Seisi dewan memberikan tepukan gemuruh kepadanya.

‘Dia ambil puisi aku?’,ujar hati kecilnya, tanda tidak percaya. Dia mengucapkan syukur dan mengukir senyuman kepada Aizat. Lelaki itu turut membalas senyumannya. Aizat memulakan puisinya dan Zulaikha mendengar dengan penuh tekun. Dia terharu apabila Aizat membacakan puisi itu, dan yang paling utama itu adalah hasil karya Tazia Dikaluz.

“Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mendeklamasikan sebuah puisi yang dicipta oleh seseorang yang menjadi teman setia saya selama ini. Tanpa dia sedari, saya amat mengkagumi dirinya. Saya mahu dia tahu bahawa saya juga merindui dirinya”, ujar Aizat meneruskan puisinya.

Angin petang yang bertiup sayu                                                                                                                                                                                           Seakan memahami gelodak rasa dijiwa ini                                                                                                                                                                  Betapa aku rindu kamu                                                                                                                                                                                                      Sesekali angin itu menampar sepi pipimu                                                                                                                                                               Tanpa engkau sedari                                                                                                                                                                                                             Ia adalah hembusan rinduku di kala ini                                                                                                                                                                      Terkadang angin itu datang kembali                                                                                                                                                                                Dan saat itu aku tahu                                                                                                                                                                                                        Kau juga merindui aku                                                                                                                                                                                                       Terima kasih cinta

Zulaikha tidak dapat menahan rasa hatinya lagi. Benarkah apa yang didengarnya? Adakah dia bermimpi? Dicubit pipinya, aduh! Sakit. Dia tidak bermimpi, dia di alam nyata. Dia berlari keluar, tidak sanggup lagi mendengar ayat demi ayat yang terkeluar dari mulut Aizat, seakan bom yang akan meletupkan hatinya. Tazia Dikaluz yang amat disanjung selama ini adalah Aizat, lelaki yang amat dibencinya. Kenapa semua boleh jadi begitu? Zulaikha tidak dapat menerima kenyataan itu. Air matanya gugur lagi, menangisi percaturan persahabatannnya.

“Apa guna kau menangis Anas, semuanya sudah tersurat buat kita”, teguran dari belakang mengejutkan gadis manis itu. Dia segera mengesat airmata yang masih berbaki di pipinya.

“Aku benci kau panggil aku dengan perkataan tu. Tazia Dikaluz sahaja yang layak panggil aku Anastasia”,ujar Zulaikha yang masih membelakangi Aizat. Aizat menundukkan muka tanda bersalah. Sepatutnya awal-awal lagi sejak dia tahu hal ini, dia harus berterus terang dengan gadis itu, tapi dia tidak punya kekuatan. Dan dia mengambil hari ini untuk membuktikan segala-galanya.

“Aku minta maaf Zulaikha, aku pun tak tahu akan jadi begini. Harus kau tahu bahawa Aizat yang kau kenal sekarang dan Tazia Dikaluz adalah orang yang sama. Cuma perwatakan sahaja berbeza tapi..”, belum sempat Aizat menghabiskan kata-kata, Zulaikha sudah mencelah.

“Tapi kenapa mesti kau? Kenapa mesti orang yang aku rindu tu adalah kau, lelaki yang selalu menyakitkan hati aku?”, soal Zulaikha sayu. Tidak menyangka dia akan menyayangi orang yang amat dibencinya selama ini,tapi betul ke dia benci?

Aizat menghampiri Zulaikha. Matanya tidak lepas memandang gadis di hadapannya itu. Aizat mencapai genggaman tangan Zulaikha, gadis itu hanya menurut.

“Harus kau tahu bahawa Tazia Dikaluz dan Zulakid Aizat mempunyai satu perasaan yang sama terhadap kau iaitu cinta. Sudikah kau jadi permaisuri hatiku Anastasia atau Zulaikha Izzati?”, soal Aizat membuatkan Zulaikha terkaku di situ. Dia kemudian membalas dengan senyuman dan sebentuk cinicin tersarung di jari manisnya.

‘Aku cintakan kau Tazia Dikaluz dan Zulakid Aizat’, ujar hati kecilnya.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Cik Zailan, lama tidak nampak kamu.

    Karya kali ini ada peningkatan berbanding yang pertama. Kisahnya manis sekali. Terasa puas membacanya.

  • 2) Zulaikha macam Asmida.Garang tapi punya hati yang lembut.

  • (Penulis)
    3) Sorry for the late short story
    but,
    why it suddenly translate into english word?
    so funny
  • 4) saye suke...^_^

Cerpen-cerpen lain nukilan zailan

Read all stories by zailan