Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Akhirnya sudipku berguna juga!

  • 15
  • NJay
  • 13 years ago
  • 3,351
  • FREE

 

Kisah ini terinspirasi dari kisah benar yang kemudian ditokok tambah secukup rasa.

 

Nadira membongkok, cuba menggaru hujung jari kakinya yang gatal. ‘Ah, tak sampai pula!’ getus hatinya. Almaklum, keadaan fizikal perut yang sedang sarat lapan bulan itu menyukarkan Nadira untuk mencapai hujung jari kakinya. ‘Patut kah aku meminta pertolongan suami?

Nadira mengangkat muka, menoleh ke kiri ke ruang kerja suaminya. ‘Hmm.. macam tengah sibuk..’ getus Nadira lagi di dalam hati, apabila melihat suaminya dengan penuh khusyuk sedang mengetuk punat kekunci komputer tanpa henti. ‘Aih, macam mana nak buat ni? Kaki dah gatal sangat ni..

Lantas Nadira membuat keputusan untuk berbincang dengan suaminya..

 

“Abang…” Nadira memulakan perbualan.

Johan mengangkat muka, merenung isterinya.

“Ya sayang?” Johan menyahut, cuba membaca riak wajah isterinya.

“Saya rasa abang kena belikan kayu penggaru untuk saya lah bang.. Kaki saya gatal, tapi saya tak boleh nak capai ni..” adu Nadira.

Johan tersenyum. ‘Oh, itu rupanya.. Aku ingatkan dia nak mintak belikan handbag lagi’ Johan berdialog di dalam hati.

“Ya lah sayang, nanti abang belikan ye?” Pujuk Johan sambil tersenyum.

 

Alamak, dia tak dengar ke aku kata kaki aku tengah gatal ni? Beriya-iya bagi hint, dia tak perasan ke? Aku nak mintak tolong dia garu ni.. Isk.’ ligat hati Nadira berbicara.

 

“Kalau tak pun kan sayang….” Johan menyambung bicara.

Ahah! Dia nak offer tolong garukan! Yes!

“…apa kata Sayang guna je sudip kat dapur tu untuk garu? Kan sudip tu tak pernah guna..” sambung Johan sambil tersengih-sengih memandang isterinya.

‘What?!’ muka Nadira berubah menjadi kelat.


Cis, aku cakap beriya-iya, dia main-main pulak ya?’ gerutu Nadira dalam hati. Tambah panas lagi hatinya apabila melihat suaminya tertawa kecil sambil terus menyambung menekan punat kekunci komputernya.


Ooo perli aku tak pernah guna sudip ya?’ Terus hilang gatal di kaki Nadira, digantikan dengan perasaan geram terhadap Johan.


Nadira lantas bergegas ke dapur. ‘Aih mana pulak sudip ni?’ Habis semua laci diselongkar. ‘Ha ada pun kau!’ getusnya setelah sudip berjaya ditemui.


Perlahan-lahan Nadira menghampiri Johan. Johan yang sedang khusyuk menghadap komputernya langsung tidak menyedari kehadiran Nadira yang menghampiri dari belakang. Tahu-tahu, sebelah tangan Nadira sudah merangkul manja lehernya.

“Abang….” Nadira berbisik manja di telinga Johan. Aroma perfume kegemarannya menusuk masuk ke setiap pelusok tubuh Johan.

 

Aduh, ni yang aku lemah ni..’ Johan mengangkat muka, merenung wajah manja isterinya.

“Ya sayang..” Johan menyahut dengan penuh getaran di hati. Semenjak mengandung ni, sudah jarang isterinya bermanja-manjaan begitu dengannya.

 

“Abang kata sudip ni tak pernah guna ya?! Nah ambik ni!”

Pek! Pek!

“Eh apa ni yang?” Johan terkejut dengan serangan tiba-tiba dari Nadira. Cis, aku ingatkan nak dapat jackpot tadi.

 

“Ooo perli saya tak pernah guna sudip ya? Haa.. nah, rasakan!”

Pek! Pek!

 

“Aduh, sakit sayang!”

“Haa sekarang sudip ni dah berguna kan?!”

Pek! Pek!

“Aduh sayang!”

Pek! Pek!

 

 

 

Peringatan: Aksi ini dilakukan oleh juru profesional. Jangan lakukan di rumah.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Jenaka

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) apekah itu juru professional?

  • (Penulis)
    2) juru profesional tu org yg profesional la. salah ke? hoho bm lemah, sila beri tunjuk ajar
  • 3) hahahaha demson. ingat dia nak guna utk garu, maka berguna juga sudip tu. rupanya nak belasah suami dia.

    esh esh nadira ni, kasihan johan.

    anak nama apa esok? johira kalau gadis. nadhan kalau jantan

  • (Penulis)
    4) syahar tak habis2 nak bagi nama utk anak orang. buat anak sendiri pliss..
  • 5) setelah sekian lama xmenjenguk kapasitor, hari ni saya masuk semata-mata nak baca cerpen ibu mengandung.. ngehehehe... kesian suaminya johan ya... ngee
  • 6) Johan kena sudip! hahahahaha
  • 7) haha! sniff.
  • 8) Ouch!
    Asam garam rumahtangga?
  • 9) Sedangkan lidah lagi tergigit. Laser sungguh mulut si suami itu. Hahaha...

    Tercuit hati membacanya NJay
  • 10) kenape tak ketuk dengan dapur gas tu je? macam xpenah guna jugak kan? haha
  • 11) multipurpose sudip
  • 12) serious ingat nadira amik sudip tu nak garu..untuk kegunaan lain rupenye.hahah

  • (Penulis)
    13) cikgu shaz: mengapa kasihan pada johan? bukankah lebih kasihan pada si nadira ibu mengandung itu?
    26: mahu kena jugak kah? (nadira tanye )
    klaky: nadira tak amik food servis mcm yuh
    huda: hehe begitulah nampaknye...
    riri: terima kasih kerana membaca
    ancalime: ahahahaha ahahahaha *sambil mara dgn dapur gas*
    kamalia: indeed
    nadmo: hehe begitulah. sudip pelbagai guna
  • 14) budak food service ni pun jarang pakai sudip dan dah tak pakai tong gas nia

    skang pakai dapo convection hihi
  • 15)

Cerpen-cerpen lain nukilan NJay

Read all stories by NJay