Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Camelia

  • 4
  • paen
  • 13 years ago
  • 3,344
  • FREE

 

 

Kepulangannya pada malam itu dalam keadaan yang mabuk. Si suami, Hazir kalah dalam perjudiannya malam itu. Syaitan yang bertopengkan manusia itu meluru ke biliknya dengan harapan mendapatkan fulus dalam laci. Emosinya semakin meluak apabila mendapati tiada sesen pun dalam laci itu. Si isteri, Mazlinda  hanya mampu memerhatikan gelagat suaminya yang seperti orang kurang siuman.  Tanpa belas kasihan, Hazir menengking isterinya bagi mendapatkan wang.  Sekali lagi isterinya hanya berdiam dan cuba melindungi anaknya, Camelia. Si bayi berumur 1 tahun itu hanya menangis melihat muka garang bapanya itu. Hazir yang kemaruk wang pada masa itu, menyentap rantai pada leher Mazlinda. Mazlinda cuba melawan tetapi apakan daya, Hazir tetap mengganas  padanya. Mazlinda terjatuh sewaktu rantainya disentap dengan kasar. Hazir senang hati keluar dari rumahnya. Mazlinda hanya mampu menangis kerana rantai tersebut adalah kepunyaan arwah ibunya yang tersayang.

Hazir tidak ubah seperti seekor binatang. Isterinya hanyalah pemuas nafsu baginya. Rumahnya itu pula dianggap seperti hotel. Dia langsung tak bertanggungjawab. Bukan sahaja tidak mencari nafkah, akan tetapi dia hanya tahu merampas setiap hasil titik peluh isterinya itu.

 

 

Bertambah malang nasib Mazlinda apabila dibuang kerja. Dia ditangkap mencuri beras. Dia sebenarnya tidak mempunyai sebarang bekalan makanan buat keluarganya. Mazlinda sedar akan perbuatannya itu, tapi apakan daya, dia tidak mempunyai wang untuk menampung dirinya dan anaknya. Sejak itu, dia berusaha keras untuk mendapatkan kerja. Nasib tidak menyebelahinya.

Sehinggalah ke satu malam, sedang dia mengaji, suaminya datang. Mazlinda tidak menyangka bahawa Hazir pulang kerana suaminya itu sudah lama tidak pulang ke rumah.Betapa pilunya hati Mazlinda kerana Hazir pulang kerumah membawa seorang wanita  yang berpakaian tidak senonoh. Hazir mendakwa bahawa wanita itu adalah isterinya. Dia menyatakan bahawa mereka di tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Betapa remuknya perasaan Mazlinda ketika itu. Di saat itu juga, Hazir melafazkan cerai talak satu terhadap Mazlinda. Mahligai yang dibina selama ini sudah hancur berkecai dan tinggal kenangan sahaja.

Hazir langsung tidak berhati perut dan dia sanggup menghalau Mazlinda dan Camelia keluar dari rumah.Kini Mazlinda sendiri perlu memutuskan ke mana mereka harus tuju. Dia seperti hilang akal kerana dia adalah ibu tunggal dan tidak mempunyai sesiapa pun. Sambil berjalan dia mendodoikan Camelia yang menangis akibat insiden yang berlaku di rumah. Camelia seolah-olah faham akan keadaan ibunya itu.Dengan perasaan haru biru,Mazlinda berjalan membawa diri kerana hari sudah lewat malam dan dia harus mencari tempat berlindung.

Tiba di suatu persimpangan jalan,bunyi yang kuat mengejutkan perasaan Mazlinda. Dia dikepung oleh sekumpulan lelaki yang bermotor. Sekumpulan lelaki tersebut cuba mengusik Mazlinda.Lalu mereka turun daripada motor dan menerpa ke arah Mazlinda. Mereka merebahkan badan Mazlinda ke atas jalan dan memperkosa Mazlinda. Camelia dicampak ke sebuah semak.Dia hanya mampu menangis dan melihat ibunya diperlakukan seperti pelacur. Jeritan Mazlinda hanya dijadikan sebagai penguat nafsu. Dia dirogol secara bergilir-gilir. Tangisan Camelia seakan-akan memahami situasi ibunya. Selepas Mazlinda dijadikan sebagai boneka kepada sekumpulan lelaki,dia ditinggalkan dalam keadaan terkontang-kanting.

 

Mazlinda lemah. Dia benar-benar kecewa dan tidak dapat menerima bahawa dia telah dirogol. Dia kebingungan.  Akhirnya, tubuh kecilnya rebah ke bumi. Dia pengsan.

Keesokan harinya, sedar sahaja dia dari pengsan, dia dapati bahawa dia berada di sebuah bilik. Hatinya penuh dengan tanda tanya. Ini rumah siapa? Tiba-tiba dia terdengar ketukan pintu . seorang lelaki bertubuh sasa masuk ke dalam bilik itu dengan membawa segelas air dan juga roti sebagai menu sarapan pagi buat Mazlinda. Walaupun dia tidak pernah temui jejaka tersebut, dia lihat jejaka itu agak bersopan, lemah lembut dan juga berkeperibadian baik. Namun begitu, dia masih ragu-ragu dengan jejaka itu. Dengan sopan lelaki itu menghulurkan  hidangan itu kepada Mazlinda. Disebabkan kesopanannya itu, Mazlinda mengambil hidangan itu. Lelaki itu terus kelur dari bilik. sedang Mazlinda hendak makan, tiba-tiba dia teringatkan anaknya. Mana anaknya itu?

Si ibu ini, lantas keluar dari bilik itu. Dia tercari-cari anaknya itu. Alangkah sayupnya hatinya melihat anaknya sedang didodoikan oleh lelaki itu. Dia benar-benar terharu. Dia menyoal pada hatinya sendiri, adakah lelaki ini yang akan membawa sinar kebahagian yang  telah malap di dalam hatinya. Di mendekati lelaki tersebut dan mendapatkan anaknya. Jejaka tadi memperkenalkan dirinya sebaik sahaja memberikan Camelia kepada ibunya itu.  Yuzeri, itulah nama bagi jejaka yang bertubuh sasa itu. Mazlinda masih bingung, kenapa dia berada di situ? Siapakah lelaki ini? Namun begitu,segala persoalaan itu memeningkan kepalanya. Mungkin kerana dia terlalu penat akibat tragedi semalam. Mazlinda hanya menangis teresak-esak mengenangkan nasibnya itu. Hatinya bederai. Apakah ini satu ujian buat dirinya? Dia benar-benar tidak dapat menelan penderitaannya itu. Dia benar-benar jiwa kacau.  Dia menatap wajah anaknya itu. Tubuh bayi itu dipeluk erat bagi menahan sebak yang bergelora di jiwa Mazlinda.

Sedang Maz melayan jiwanya yang remuk,hancur,berderai datang seorang wanita yang kelihatan agak uzur. Perempuan itu cuba menenangkan Maz seolah-olah tahu segala penderitaan yang menimpa Mazlinda. Wanita tua itu turut menangis. Mazlinda yang langsung tidak mengenali diri wanita itu, terus memeluk erat tubuh wanita itu. Pelukan itu benar-benar erat seolah-olah pelukan ibu kandungnya sendiri. Suasana yang tenang hanya diriuhkan dengan suara tangisan kedua-dua wanita itu dan juga tangisan Camelia yang seakan-akan memahami situasi ibunya. Yuzeri hanya memerhatikan ibunya bersama Maz itu dari luar bilik. Fatimah, ibu kepada Yuzeri itu cuba menenangkan Maz dan menyuruhnya berehat. Mazlinda terus rebah keatas katil bersama Camelia. Mak Cik Timah keluar dari bilik itu.

 

 

  4 tahun kemudian

Kini hidup Mazlinda dan Camelia lebih bahagia berbanding dulu. Dia menetap bersama Mak Cik Timah dan juga Yuzeri.  Kebahagian yang selama ini diidami kini menyelubungi hidupnya. Memang Mak Cik Timah tidaklah kaya. Begitu juga dengan Yuzeri. Dia hanya bekerja sebagai seorang mekanik di kampung itu. Betullah orang kata duit bukanlah tunjang kepada kebahagiaan. Kebahagiaan yang hakiki datang daripada hati yang suci. Kebahagian yang dikecapi cukup indah sehinggakan segala kisah silam kian hilang dari kotak hati Maz.

Mazlinda menganggap Mak Cik Timah seperti ibu kandungnya. Kehidupannya bagaikan sebuah keluarga. Mazlinda cuba untuk membantu Yuzeri untuk mencari duit. Dia bekerja sebagai tukang jahit di rumah Yuzeri. Camelia pula dijaga oleh Mak Cik Timah. Keikhlasan Mak Cik Timah dan Yuzeri untuk Mazlinda benar-benar mambawa sinar dalam sanubari Mazlinda. Sinar yang menerangi langit yang yang telah haru biru itu.

Namun begitu, dalam sinar kehidupan iu juga, suatu perasaan telah muncul dalam jiwa Mazlinda begitu juga buat Yuzeri. Namun kedua-dua mereka hanya memendam perasaan tersebut. Dalam diam Mazlinda mencintai Yuzeri.  Hanya Mak Cik Timah sahaja yang yang tahu tentang perasaan mereka berdua. Biasalah ibu. Camelia kini sudah pandai berjalan, tapi kalau bercakap tu masih gagap lagi. Kadang-kadang mereka tidak faham apa yang hendak dikatakan oleh si comel itu. Camelia juga kelihatan intim bersama Yuzeri. Laskar pelangi yang mewarnai hidup Mazlinda benar-benar membuatkan dia tenang. Dia bersyukur kapada Ilahi atas kebahagiaan yang dikecapinya.

******************************************************************************

Kebahagiaanya sekali lagi bertukar haru biru. Mak Cik Timah sakit tenat. Doktor sendiri sudah mengarahkan Yuzeri untuk membawanya pulang dari hospital. Fatimah hanya sakit tua. Doktor meramalkan bahawa dia hanya boleh hidup untuk seminggu itu sahaja. Berat hati Yuzeri untuk menerima kenyataan ini. Begitu juga buat Mazlinda, dia benar-benar pilu untuk menerima pemergian Mak Cik Timah yang telah dianggap sebagai ibu kandungnya itu.  Mak Cik Timah tahu bahawa dia tidak mempunyai banyak masa lagi untuk hidup. Dia pasrah. Tapi ada satu perkara lagi yang Mak CikTimah ingin lihat sementera dia masih bernyawa. Dia ingin melihat Mazlinda menjadi isteri Yuzeri yang sah. Dia mengarahkan Yuzeri untuk berkahwin dengan Mazlinda. Dia mengerti yang anak lelakinya itu benar-benar menyintai Mazlinda.

Hanya lagi tiga hari sahaja untuk Fatimah bernafas mengikut aggaran doktor. Malam itu Fatimah bersua muka bersama anak kesayangannya itu, Yuzeri. Dia meminta Yuzeri dan Mazlinda bersatu sebagai suami isteri. Yuzeri faham perasaan ibunya itu, tetapi dia takut apa pula yang orang kampung akan kata. Ibu dah nak mati, masih fikir nak kawin. Yuzeri dalam dilema. Apakah dia harus menurut perintah ibunya atau fikir apa orang lain akan kata.

Keesokan harinya, Mazlinda telah pun menjadi isteri Yuzeri yang sah. Hanya majlis kecil-kecilan diadakan bagi meraikan perkahwinan mereka berikutan masalah kewangan. Di saat itu hanya keceriaan terpancar daripada wajah Fatimah seolah-olah tiada apa yang berlaku pada dirinya. Mazlinda memeluk erat tubuh ibu mertuanya itu dengan harapan semoga ini menjadi kenangan terindah buat mereka. 

 

Malam itu mereka solat berjemaah bersama-sama. Camelia turut solat setelah diajar berkali-kali oleh Mazlinda. Syahdunya malam itu. Yuzeri menjadi imam kepada meraka. Sehinggalah selesai solat, mereka mendapati Fatimah tidak selesai sujud. Pada mulanya mereka menyangka yang Fatimah sujud untuk berdoa setelah solat. Jiwa Mazlinda semakin risau melihat ibu mertuanya itu. Perlahan-lahan Yuzeri cuba mengejutkan ibunya. Ternyata tubuh ibunya itu sudah layu. Anaknya segera memeluk erat tubuh ibunya. Mata Mazlinda berkaca menahan sebak didada. Air yang menitis dari mata Yuzeri jatuh tepat ke wajah ibunya. Alangkah pilunya hati anaknya itu. Tiada kata yang dapat mengungkap perasaannya ketika itu, hanya tangisan dan rintihan sebagai melepaskan sebak yang terpendam di dada. Begitu juga buat Mazlinda. Mungkin ini hari pertama baginya untuk menjadi menantu kepada arwah tetapi ini juga hari terakhir buatnya untuk menatap wajah Fatimah.

Jenazah diuruskan dalam keadaan yang tenang dan agak mudah. Mungkin kerana jenazah baik orangnya. Yuzeri mengimamkan bagi solat jenazah ketika itu. Kemudian jenazah selesai dikebumikan. Mujurlah ada orang kampung yang bersatu menggembling tenaga menguruskan jenazah.

Malam itu ada kenduri arwah di rumah mereka. Bacaan yasin dan doa di pohon supaya Allah merahmati jenazah. Walaubagaimanapun, Yuzeri bersyukur kerana arwah tetap dapat melihat anaknya ini berkahwin akhirnya dengan orang yang diingini. Camelia turut sedih dengan kehilang insan yang dipanggil opah itu. Kedaan semakin huru-hara. Camelia rebah ke lantai sejurus sahaja orang ramai pulang setelah kenduri arwah. Dia pengsan. Yuzeri kaku dengan apa yang berlaku. Kotak hatinya hanya membeku dan menyebabkan tiada apa respon ke atas tubuh badannya. Si ibu, menjerit dan terus mendapatkan anaknya. Tubuh kecil anaknya  digoncang berkali-kali, namun tiada sebarang impak yang berlaku. Yuzeri yang dari tadi membisu kini berbicara. Dia bercadang untuk membawa Camelia ke hospital. Dengan hanya motosikal buruk, Camelia di hantar ke hospital bersama Mazlinda dan Yuzeri. Degupan jantung yang begitu kencang menunjukan betapa paniknya hati seorang ibu ketika itu.  

Hatinya penuh dengan tanda tanya yang mempersoalkan mengenai anaknya itu. Apa yang terjadi? Camelia? Sakit ke?

 

Jururawat wad kecemasan turut kelam-kabut dengan keadaan Camelia yang kelihatan begitu tenat sekali. Mukanya pucat. Bibirnya yang merah itu kini kusam dan pucat. Segala persoalan di dalam hati Mazlinda tidak terungkai dan hanya menjadi persoalan yang masih tiada jawapannya. Begitu juga buat Yuzeri yang masih terserlah wajah kepenatan kerana menguruskan jenazah sejak pagi tadi lagi. Namun demi anak tirinya yang tersayang sekujur badan sanggup berkorban, berkhidmat selagi masih ada sinergi.

Kini Camelia sedang di periksa di dalam Wad Kecemasan. Mazlinda yang kebingungan hanya menanti di kawasan menunggu bersama suami tersayang. Kepenatan kedua-dua mereka tidak dapat digambarkan,hanya tuhan yang tahu. Yuzeri terlelap di bahu Maz. Mazlinda memahami keperitan suaminya itu

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) salam paen

    tahniah di atas penghantaran entri cerpen pertama ni.

    hmm, dilihat dari tulisan cerita ini, paen ada keinginan nak menulis dengan baik. perjalanan masih jauh tapi paen sudah berada di landasan yang betul.

    okey, kelemahan ketara cerpen ini adalah ketiadaan dialog. permainan tempo menuju klimaks pun kurang dengan penceritaan agak mendatar. tapi tak apa. asalkan terus berlatih dan nak majukan diri lama-lama lagi akan ada peningkatan!

    apakata untuk cerpen selepas ini, dimasukkan beberapa potong dialog untuk menambahkan hidup cerpen tu selamat berusaha!


  • 2) Berusaha lagi..!

    Tambahkan "nyawa" dalam cerpen kamu.
  • 3) Eh, ada sambungankah paen?

    Setuju dengan Caha dan 26life. Teruskan berlatih dan menulis. Jangan malu-malu untuk bertanya ya. Di sini, kita saling membantu penulis-penulis baru untuk memulakan langkah.

    Tahniah kerana kamu sudah pun mula melangkah, Terus maju ke hadapan!
  • 4) wah
    paan dpt banyak pujian

Cerpen-cerpen lain nukilan paen

Read all stories by paen
No stories.