Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Tandas!

 

Azreen mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Hakim? Apa Hakim buat kat sini? Tak mungkin. Hakim adalah seorang jaguh sukan yang sangat terkenal. Satu-satunya idola kepada Azreen. Semestinya dia sangat sibuk sekarang. Apa yang dia buat di sekolah Azreen?

Dan…

Hakim memandang tepat pada Azreen. Jantung Azreen bergetar laju. Dia kenal Hakim. Sangat-sangat kenal. Tapi, dirinya hanyalah bayangan pada Hakim. Bayangan seorang peminat.

‘Ini tak boleh jadi ni,’ detik hatinya. Azreen bangun lalu berjalan ke hadapan kelas. Dia membisikkan sesuatu ke telinga guru Sejarahnya. Sejurus selepas itu, Azreen meluru ke luar kelas lalu menuju ke tandas.

Tandas! Menyambut kedatangannya. Azreen melangkah masuk lalu membuka pili di besen membasuh tangan. Air itu dibiarkan mengalir laju. Tak disentuhnya.

Tiba-tiba, seseorang merangkul pinggangnya.

"Eh, apa ni? Hakim! Lepaskan sayalah. Tak malu ke?" ronta Azreen.

"Alah, rilek la Azreen. Bukan awak minat saya ke?" Hakim tersenyum sinis tetapi sambil itu tangannya dilepaskan.

"Macam mana awak tahu saya minat kat awak?"

"Itulah yang saya nak katakan. Sebab utama saya ke sini," nada suara Hakim mula serius.

"Sebab utama?"

"Macam ni, dah sebulan saya mempunyai mimpi yang sama. Mimpi pasal awak. Setiap kali saya bermimpi, saya nampak awak. Seorang wanita yang sangat lawa, sedang membelek beribu-ribu album yang penuh dengan gambar saya. Apabila saya membuka mata, saya boleh mendengar kata-kata hati awak," Hakim menerangkan.

"Awak tipu," Azreen seolah mengejek.

"Saya tak tipu. Betul tak, sekarang ni awak nak mintak saya buktikan kebolehan saya, kan?" Azreen terpempan sebaik sahaja Hakim melafazkan kata-katanya. Benar. Azreen menuntut bukti, tapi, itu hanya bisikannya di dalam hati.

Sementara itu, Hakim melepaskan keluhan yang berat. Sambungnya lagi, "Saya datang ni sebab nak bagi tau awak pasal tu. Satu lagi saya nak bagi tau kat awak.’’

"Apa?’’ tanya Azreen lemah. Semuanya terasa seolah-olah seperi mimpi.
"Saya nak bagi tau awak yang selama sebulan saya mendengar kata-kata hati awak, saya mengenali awak sepenuhnya dan dalam masa sebulan tu, saya jatuh hati dengan awak," ujar Hakim, serentak dengan itu, dia memeluk Azreen. Azreen hanya menurut. Tenang dengan suhu badan Hakim.

*******

"Cikgu, boleh saya ke tandas?"

"Azreen Aryati, saya rasa awak dah pegi tandas dah tadi. Bila awak masuk?" Cik Mazlin membetulkan cermin matanya. ‘Pelik,’ detik hatinya, ‘Budak ni bukan dah pegi tandas ke tadi? Bila pulak dia masuk kelas balik?’

"Taklah, cikgu. Cikgu silap orang kot." Azreen bersungguh-sungguh menyatakan kebenarannya.

"Yelah… pergilah, tapi cepat sikit," Cikgu Mazlin berlembut. Kemudian, dia tunduk kembali, menganalisa buku rekod rancangan pembelajarannya. Seminit, dua minit berlalu. Cikgu Mazlin mengangkat kepalanya. Bagus! Semua murid sedang tekun membuat kerja masing-masing.

Tiba-tiba, matanya menangkap sesusuk tubuh yang sangat dikenali Azreen? Cepatnya dia balik dari tandas, tapi kenapa tak nampak dia masuk kelas? Pelik.

Cikgu Mazlin masih lagi mengunci pandangannya pada Azreen ketika pelajar itu menuju ke hadapan kelas.

"Cikgu, boleh saya ke tandas?" Azreen tunduk lalu berbiik dengannya.
"Bukan awak baru je balik dari tandas ke?"

"Taklah, cikgu… takde. Betul cikgu," Azreen nampak jujur dan bersungguh-sungguh. Tetapi, Cikgu Mazlin masih tak puas hati. Linda di depannya ditegur, "Linda, awak ada nampak Azreen keluar tak tadi?" soalnya.
Linda menggeleng-gelengkan kepala, "Tak, cikgu!" Cikgu Mazlin masih tak berpuas hati. Dialihkan pula perhatiannya pada kelas tingkatan 4 Emerald. Soalan yang sama ditanyakan dan sekali lagi jawapan yang sama diberikan. Dengan jawapan tersebut, dia melepaskan Azreen pergi.

"Balik cepat!" pesannya.

Cikgu Mazlin menutup buku rekod rancangan pembelajarannya lalu mula mengajar, "Baiklah, kita bincang jawapan," dan kelas pun diteruskan. Sepuluh minit, dua puluh minit, empat puluh minit dan hampir lima puluh minit berlalu. Cikgu Mazlin selalu sahaja melabuhkan pandangannya ke tempat Azreen. Masih belum balik lagi. Geram membuak di hati Cikgu Mazlin.

‘Nantilah budak tu balik, taulah aku kerjakan. Dahlah mengelentong aku, pergi tandas banyak kali. Macam mana ntah dia pakat dengan budak lain,’ ngomelnya di dalam hati.

Tiba-tiba….. seorang pelajar tingkatan lima berlari memasuki kelas tersebut.

Sambil termengah-mengah, "Cik Mazlin, Cik Mazlin….. Azreen, cikgu!"

*******

KARAK, 12 Mac 1998 – Seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Lebuhraya Karak dijumpai mati di dalam sebuah tandas. Pelajar tingkatan empai itu ditemui setelah keluar daripada kelas selama hampir satu jam.

Punca kematian pelajar tersebut masih belum dikenalpasti. Namun begitu, tiada kesan-kesan luka yang didapati di badan mangsa.

Menurut guru yang mengajar mangsa ketika itu, mangsa meminta kebenaran untuk keluar sebanyak tiga kali sebelum menghilangkan diri dalam tempoh yang lama.

Menurut pelajar-pelajar lain di dalam kelas mangsa pula, mangsa hanya keluar sekali sebelum menghilangkan diri dalam tempoh yang lama.
Penjenayah yang amat disyaki ialah Cik Mazlin, guru Sejarah mangsa dan Hakim Azman, seorang jaguh sukan yang terkenal.


Wallahualam bisawwab.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1)

    emm, cite ni memang best...

    tapi 2,3 kali baca, aku tetap xpaham, uwaa

    sape yg bunuh azreen??

    betul ke azreen yang cik mazlin nampak awal2 tu atau bayangan die je???

    uhuhu, request 4 sambungan boleh x, hehe

  • 2) Masa tingkatan baper buat ni?

  • (Penulis)
    3)

    erk (gigit jari)

    tingkatan dua. hehe. cerita ni memang ditakdirkan untuk tidak difahami. yer yer jer. sebenarnya memang begini ceritanya. tafsirkan je lah macam mana pun. 

  • 4)
    Cuba menjadi David Lynch ya?

    Sebenarnya saya pernah tengok gaya penulisan lebih kurang begini. Tapi macam yang dia tulis tu lebih padat untuk mencari hala tuju yang rasional dalam membuat rumusan. Tapi okla ni, sebagai permulaan.
  • 5)

    Siapa Bunuh Azreen?

    sapa penah tgk cite zaman kecik-kecik dulu dgn tajuk Siapa Bunuh Alice? 

  • 6)

    aku tak bunuh dia ucu . seriyes! (sambil mengesat hidung yg selsema dan menyorokkan gunting di sebalik baju)

  • 7) erkk.. skola2 dah pandai pelok2 ye. hamboiii. mengapakah terjadi sebegitu pada azreen?
  • 8) adeh..jarang jumpa nama hakim nih jahat..
  • 9) ala...
    citer tergantung agi
    siksa ler ngn ending cmni
    tp best
    idea fresh

Cerpen-cerpen lain nukilan valium

Read all stories by valium