Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Bas (Part 1)

 

Jessica menghempaskan pintu biliknya sekuat hati.  Namun, perlakuannya tidak dapat meredakan bunyi bising pertelingkahan di antara kedua ibu bapanya di dalam kamar tidur mereka. Jessica jadi jelik dengan suasana lazim di rumahnya ini. Kalau boleh muntah, sudah lama dia jadi anoreksik. Kalau boleh letupkan rumah ini, dia mahu sekali berbuat begitu, malam ini juga!

Gaduh, gaduh gaduh! Benda kecil pun nak gaduh. Nama saja besar tapi perangai mengalahkan aku sendiri, getus hati kecil Jessica. Pantas dia menghidupkan aplikasi Winamp di komputer dan memutarkan pengawal suara speaker ke maksima. Lagu ‘Coming Undone’ nyanyian Korn menjajah setiap ceruk kamar tidur, menenggelamkan suara ibu bapanya.

Ironiknya, dengung bising ini adalah keamanan buat Jessica. Dalam kesempitan, selerak kamarnya sendiri, Jessica bertemu dengan ketenangan. Jessica menghempaskan tubuhnya ke atas katilnya. Matanya melilau ke seluruh ceruk bilik. Bintang-bintang glow-in-the-dark di siling. Poster-poster Korn, AC/DC, The Killers, Queen dan macam-macam lagi rock bands yang menjadi wallpaper biliknya. Dan sebuah kotak muzik yang terperosok di bawah rak kasut, dengan ballerina plastik-nya yang telah bertahun lama menghilangkan diri. 

Jessica mengeluh kuat sebelum dia bangun dan memeriksa Facebook-nya.

“Sudah dengar CD yang aku bagi pinjam tu?”

Pos dinding dari Tania, salah seorang kawan-nampak-rapat-dengannya-tapi-tidaklah-begitu-rapat-manapun, menarik perhatian Jessica. Dia cepat-cepat mencapai beg galasnya yang betul-betul bersandar di kaki meja komputer dan mengeluarkan sekeping CD dari isi perut beg galas itu. Jessica hampir-hampir terlupa akan wujudnya CD ini. Entah mengapa Tania beria-ia mahu meminjamkannya kepada Jessica. Tania, seorang gadis wannabe popular kolej yang gemar berbaik-baik dengan semua orang.

“Kau pasti suka lagu-lagu mamat ni. So dark! So you!” Kata-kata Tania yang berdecit di hujung ayatnya masih terngiang-ngiang di telinga Jessica. Yeah, right. Jessica merasa menyampah sekali dengan perangai manusia yang gemar sahaja mengadili manusia lain dengan hanya sekali pandang. Bukannya Tania pernah bersembang hati ke hati dengan Jessica pun sehinggakan dia tahu segelap mana taman hati si Jessica.

Jessica memandang CD itu lama-lama. ‘Nemb’. Hanya perkataan itu yang tertulis. Dengan dakwat hitam Sharpie mungkin. Jessica campakkan kembali CD itu ke dalam begnya. Jessica sudah hampir mahu membalas pos dinding Tania dengan penipuan yang kononnya dia sudah pun dengar dan tidak berapa suka akan lagu-lagu yang ada dalam CD itu. Namun tiba-tiba timbul juga tanda tanya dalam hati Jessica bagaimana gelapnya nyanyian ‘mamat’ itu seperti yang diuar-uarkan oleh Tania. Celaka punya perempuan debab, aku terpengaruh!

Ada tiga lagu dalam CD itu menurut pemerhatian Jessica pada skrin komputernya namun hanya satu yang tajuknya benar-benar menarik minat Jessica; ‘Catch-the-Bus’.

Double-click. Jessica sudah bersedia untuk mindanya dipecahkan oleh kehebatan dentuman dram dan petikan gitar elektrik…

….sebelum hanya kedengaran intro gitar akustik. Dan nyanyian seorang lelaki dalam nada yang syahdu. Ok-lah jugak suara mamat ini. Jessica mengamati bait-bait lirik yang dinyanyikan.

“I’m counting days, the bus is arriving,
nothing you can say, will change what I think,
can’t wait for the journey, to the eternity,
I’ll catch the bus, and you’ll cry for me…”

Jiwa Jessica bagai dijentik oleh lirik korus itu. Walaupun tidak dapat difahami sebetulnya, entah mengapa air matanya sudah tidak dapat disekat-sekat lagi. Berulang-ulang kali lagu itu dimainkannya, diiringi bunyi bising suara ibu bapanya yang masih bergaduh, dan kelembutan dan kesyahduan suara penyanyi yang menggelarkan dirinya Nemb ini. Jessica terasa diseret ke sebuah lembah kekecewaan dan kegelapan yang pengunjungnya diseksa dengan kisah-kisah sedih yang bakal menghancurkan setiap saraf kegembiraan.

Reda sedikit emosinya, segera Jessica meng-google ‘catch the bus’. Dia mahu memahami apa yang cuba disampaikan oleh Nemb. Matanya tertarik kepada satu laman forum everything2. Ada penjelasan tentang frasa itu. Mata Jessica membulat sebelum dengan perlahan, bibirnya menguntum satu senyuman.

********************************** 

Jessica mengetuk pintu pintu rumah flat itu perlahan-lahan. Pintu yang sudah berlumut. Dinding yang mungkin dulunya berwarna putih sudahpun diselaputi lapisan hitam. Jessica memandang-mandang sekitar koridor tingkat tiga flat ini yang seperti sudah hidup segan, mati tak mahu. Jessica mengetuk sekali lagi, kali ini lebih kuat dari ketukan pertama.

“Masuk,” Kedengaran suara seorang lelaki dari dalam. Jessica memulas tombol pintu rumah itu dan masuk bermula dengan langkah kanan.

“Nemb?” ruang tamu rumah bersuluh mentari jingga senja sehingga menyilaukan pandangan mata Jessica. Dia sekadar dapat melihat sesusuk tubuh tegap sedang duduk tidak berbaju di tengah ruang tamu – sekadar memakai sepasang jeansbiru lusuh - dengan sebelah tangan memegang gitar, dan sebelah lagi sedang menaip sesuatu pada komputer riba-nya.

“Jessica?” Jessica menyambut soalan itu dengan sebuah anggukan. Suara itu sudah amat dikenali Jessica sementelah setiap hari Jessica mendengar lagunya yang menjerat jiwa. Lagu yang telah membawa Jessica ke laman Myspace Nemb, dan yang menghilangkan takutnya untuk menjejakkan kaki ke rumah seorang lelaki yang langsung tidak dikenali.

Tanpa diundang, Jessica duduk di atas sofa lusuh yang terletak paling hampir dengan Nemb. Jessica memerhatikan Nemb yang masih asyik menaip sesuatu. Sebatang rokok yang masih berasap kelihatan berehat di pinggir bekas abu rokok di sebelah komputer riba itu. Botol-botol arak kosong, dan beberapa butir pil putih turut kelihatan berselerak di atas lantai bersama helaian surat khabar lama. Sesekali Jessica mencuri pandang ke wajah Nemb. Nemb tak letakkan satu pun gambarnya di Myspace. Kalau dia letakkan gambar, pasti lagi ramai peminatnya, bisik hati kecil Jessica saat mengamati raut wajah Nemb.

“Ok, dengar ya,” belum sempat Jessica membalas kata-kata Nemb, dia sudah memetik gitar dan menyanyikan sebuah lagu yang tidak pernah Jessica dengar samada di dalam CD ataupun di laman Myspace-nya.

“It’s always the end that I’m searching for
the kind that’s not from fairytales.
It’s a venom that takes away the sore,
I’m praying, for it won’t fail.”

Jessica mengerti benar akan maksud lirik lagu terbaru Nemb itu. Jessica turun dari kerusi dan duduk betul-betul menghadap Nemb dan memandang matanya.

“Bila dan kenapa? Kau tak jawab soalan aku tu di Myspace,” Jessica memandang Nemb dengan kekeliruan, kesyahduan dan rasa ingin tahu yang menebal. Nemb tersenyum dan meraup wajah dengan kedua-dua tapak tangannya.

“Aku rasa, daripada pembacaan kau, jika aku serius, aku takkan bagitahu kau atau sesiapa pun akan ‘bila’, bukan?” Jessica mengangguk. Benar juga kata-kata Nemb. Memberitahu orang lain tentang maklumat itu boleh membuka risiko kegagalan perancangannya itu. 

“Dan aku tak rasa akan ada orang yang akan percaya aku. Kau pula, kenapa beria sangat mahu tahu tentang plan aku?” Nemb mencapai rokoknya yang sudah separuh terbakar, dan menyalakan kembali hujungnya yang sudah terpadam. Riak wajah Jessica berubah. Dia seperti memendamkan sesuatu yang sangat sukar terluahkan sebelum dia sedaya upaya mengungkapkan jawapan kepada persoalan Nemb tadi.

“Sebab… sebab… sebab aku nak join kau.” Jawapan Jessica menyebabkan Nemb tergelak besar sebelum dia terbatuk-batuk akibat asap rokok yang masih bersarang di dadanya sewaktu mendengar kata-kata Jessica. Jessica berdengus. Dia terasa diperolok-olokkan oleh Nemb. Nemb yang menyedari perubahan di wajah Jessica itu meminta maaf dan meminta Jessica menerangkan alasannya mahu menyertai perancangan Nemb.

“ Aku tak suka parents aku sendiri. Aku tak suka dengan apa yang aku belajar sekarang. Aku tak suka dibandingkan dengan kakak aku kat oversea tu yang diagung-agungkan macam puteri oleh parents aku, tok nenek, sedara mara sendiri. Aku tak ada kawan-kawan. Aku tak ada kehidupan. So why do I have to stay? Dalam satu nafas, Jessica menghamburkan segala kekecewaan yang terbuku di hatinya. Matanya sudah berkaca. Dia sedaya upaya menahan air matanya dari mengalir. Jessica merasa penat berlakon kepada dunia tentang betapa 'normal'-nya dia. Sedangkan jiwanya terseksa dengan semua ketidak-adilan yang berlaku di sekelilingnya. 

Jessica menarik nafas dalam-dalam. Dia dapat melihat Nemb sedang memandangnya dengan sebuah senyuman kosong. Bukan kasihan, bukan jua teruja. Cuma tersenyum.

"Kau pulak!” Jessica dalam geramnya menuntut pula penjelasan dari Nemb.

“Aku? Aku tak sanggup menghadapi hari tua. I believe I have no future. Anyway I’m 27 and I can’t wait to join the club!” Nemb tersenyum sendiri sambil membayangkan penyanyi-penyanyi pujaannya. Jessica mengerutkan dahi.

“Itu saja?” Jessica seolah-olah tak mempercayai Nemb. Jessica tak nampak macam mana Nemb menyatakan yang dia tak ada masa depan sedangkan dia seorang lelaki kacak yang punya suara yang merdu. Punya bakat. Lainlah jika dibandingkan dengan dirinya yang sudah jelas tidak punya apa-apa. Melukis pun tak reti.

Jessica teringat kisah hidup Nemb yang diceritakan olehnya melalui Myspace. Menurut Nemb, dia anak yatim piatu. Tidak pernah mengenali siapa ibu bapa kandungnya. Dia dibesarkan oleh neneknya sahaja di kampung sebelum dia pindah ke bandar untuk bekerja. Katanya lagi, dia ada masalah untuk berkomunikasi, tak tahulah kerana malu atau dia sendiri tidak berminat untuk bercampur dengan orang lain, sebab itulah dia menghambakan dirinya kepada muzik. Walaupun beberapa audio nyanyiannya di-upload ke Myspace, semua itu lebih kepada satu ekspresi diri, bukannya satu pertunjukan bakat atau ego. 

“Ya. Setiap orang berhak ada alasan tersendiri, kan? Sebab semua orang pun berbeza-beza penerimaan mereka tentang apa yang ada di sekeliling mereka. Macam kau dan keluarga kau, aku dengan ketakutan aku.” Kata-kata Nemb menyedarkan Jessica dari lamunannya. Nemb yang seolah-olah memahami rasa fikir Jessica membalas persoalannya dengan jawapan yang menggigit hati Jessica. Siapa aku untuk mengadili dia.

Kedua-dua mereka dicengkam suasana hening.

“Esok?” Nemb menduga Jessica.

“Esok?” Nemb mengangguk, memberi kepastian pada Jessica.

“Malam ini aku akan upload lagu ‘The End’ ni. Esok adalah harinya. We’ll catch the bus. Ok?” Jessica mengangguk dalam ketidakpastian. Raut wajahnya sedikit tegang. Terkejut dan sedikit takut dengan keyakinan Nemb.

I’ll see you tomorrow, then,” Jessica bangun dan melangkah ke pintu.

“Jessica.” Jessica berpaling saat namanya dipanggil Nemb.

“Waktu yang sama, di sini. Aku akan sediakan barang-barangnya. I’ll proceed even without you, ok?” Nemb tersenyum lebar. Ada ketenangan yang sukar difahami Jessica saat dia merenung tepat ke mata Nemb. Jessica membalas senyuman Nemb tanda persetujuan dan segera melangkah keluar dari rumah flat itu.

Dada Jessica terasa sesak, adenalin mengalir kencang, jantungnya berdegup pantas.

Esok?

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ni part 1 kan? setakat ni mengujakan. mcm baca artikel teori konspirasi pulak! mcm ada klu-klu tersembunyi dalam beberapa ayat2 kau dlm cerpen ni. ok, best...!
  • 2) wah penuh suspen...
    plotnyer membukit ke arah persoalan yang masih rahsia
    gaya bahasa santai ala fira basuki
    tak sabar hendak tunggu bahagian kedua
    teruskab
  • 3) ok rewriting my comment.
    please be part 2. haha.

    i used to catch the bus. but i kept stumbling. eventually now trying to bu the bus ticket.

    yes even death needs plans. kudos kid, i love this.

  • (Penulis)
    4) kama, clarky, yes akan tiba part 2. masih berkira-kira approach terbaik untuk mengakhiri cerita ni.. sadly 2 parts je in plan right now. huhu

    kak reena, fira basuki eyh? i'll check her works nanti. teruja juga nak tengok gaya santai dia. hehe

    tq for reading guys!

  • (Penulis)
    5) oh.. to clarky, i wanted to try it once.. but i don think i have the courage. i'm more of jessica than nemb at that time.
  • 6) ah its ok to be jessica. HEY dah kantoi ending. hak hak!

  • (Penulis)
    7) ahahaha.. clarky. belom lagilah. ending takkan semudah itu. ;P
  • 8) Part one menyelami jiwa dan punca kenapa ada ramai anak gadis dilarikan ke Lombok. hehe

  • (Penulis)
    9) agakla.. kes kurang kasih sayang! haha
  • 10) ah, dalam sibuk berpolitik kita kadang lupa amukan jiwa anak-anak muda kita! mari beri ahli politik baca! hihi

  • (Penulis)
    11) caha.. ahli politik ade mase ke nak bace amukan jiwa anak-anak muda? banyak lagi agenda2 'penting' derang yang lain. huhu
  • 12) Ah, anak muda zaman sekarang suka cerita sebegini. Segera baca sambungan. Zup!

  • (Penulis)
    13) hahahha... rase terharu riri spend petang ahad dia bace cerpen2 aku.
  • 14) Baru balik dari majlis orang kahwin, itu yang duduk berehat sambil online. Lagipun memang dah lama tak membaca karya kreatif di sini.

  • (Penulis)
    15) tu lah.. perasan jugak da lama riri senyap.. takpe.. sekarang bace sampai lebam!!!
  • 16) Aku dah tak sempat nak join club 27.

Cerpen-cerpen lain nukilan Ancalime

Read all stories by Ancalime