Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB#3: Kuih Kasuinya terpelanting!

 

“arrggghhhhh!!! Tak nak!!!! Tak nak!! Katakan Tak nak!!!”

 

“tolong tangkap dia! Cepat! Kamu! Kamu! Kamu..! tolong cepat!”

 

“tak nak!!! Aduh! Aduh! Tak nak!!!”

 

“turun la Majit oi! Turun la…bukannya sakit sangat!”

 

“aduh! Tak nak! Aduih! Tak nak! Isyk! Tak nak!”

 

Orang ramai mula mengelilingi pokok kelapa rendang yang sedang dipeluk oleh seorang budak lelaki berusia 10 tahun di pertengahan batangnya.

 

“turun la Majit…banyak semut kerengga tu…sakit kan kena gigit kerengga?”

 

Mak si Majit, Puan Linda Lampir mula memujuk anaknya agar turun daripada pokok tersebut. Semut kerengga beratus-ratus ekor sedang mengunyah kulit tangan, muka dan kaki Majit.

Orang ramai mula berkicau riuh. Ada yang berpeluk tubuh. Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri. Ada juga yang ketawa melihat gelagat si Majit.  Si Leha Janda pula asyik mengumam asam kelubi di dalam mulutnya. Sambil memejamkan matanya, Majit terus saja menjerit,

 

“tak nak!! Sakiiiittt!!!”

 

Keadaan menjadi semacam satu pesta. Makin ramai orang datang mengerumuni Majit dan pokok kelapa berkerengga. Semua yang berdiri di keliling pokok mendongak. Khalayak yang duduk bersidai di jendela rumah dan beranda tegak memandang. Tak berkedip mata. Asmah tukang gossip pun tak lepaskan peluang mengutuk puan Linda Lampir. Tanpa malu dia berteriak macam angsa nak memagut peha orang.

 

“hahhahaa!! Itulah kak Linda, lain kali latih anak jantan jadi berani! Ho ho ho!”

 

Semasa meludahkan kata-kata ejekan tersebut, Asmah langsung lupa yang dirinya sendiri, sebenarnya masih belum punya anak. Dia masih berstatus anak dara tua tak laku, walaupun dijual timbang kati.

 

“Majit!!!”

 

Tiba-tiba satu suara yang garau dan parau datang menyambar kesemua gegendang dan koklea khalayak dan juga Majit. Semut-semut kerengga yang sedang menikmati jus kulit Majit pun turut terkesima. Mereka mencabut rahang atas dan bawah daripada kulit Majit. Semua terdiam memandang ke arah suara yang menggetarkan otot purkinje jantung itu.

 

“kalau kau tak mau turun, atok akan potong kat pokok tu! Dan atok akan pakai keris!!”

 

“keris?! Taming Sari?!!!”

 

“yaaa….Taming Sari.. Majit…! Berbisa Majit!!”

 

“tak nak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

 

Jeritan Majit kali ni lebih kuat dan nyaring!

 

“kalau tak nak, baik kau turun….SEKARANG!!!!!”

 

Sepantas kera pemanjat kelapa muda, Majit terjun ke tanah. Orang ramai pun apa lagi, terus menangkap tangan dan tubuh Majit. Dia nampaknya telah kurang meronta. Lima orang lelaki dewasa yang memegang Majit, memimpin dan menuntunnya naik ke ruang tengah rumah Tok Galaq. Di situ, Tok Galaq sedang bersila dengan tegap dan sajak sekali. Rupa-rupanya Tok Galaq hanya melontarkan vokalnya dari dalam rumah. Dia menggunakan otot perutnya sewaktu mengeluarkan suara. Macam orang teater saja layaknya.

Orang ramai meletakkan Majit di hadapan Tok Galaq. Secara perlahan-lahan mereka melepaskan tangan mereka. Satu persatu. Seorang demi seorang berundur meninggalkan Majit yang nampaknya sudah bertenang. Dia menundukkan mukanya mengadap Tok Galaq. Maklum saja, Tok Galaq memiliki sosok seorang pendekar. Misainya saja sudah cukup menggerunkan. Jangankan lelaki gagah, bapuk dan pondan juga pasti akan lari lintang pukang kalau menatap lentik misai Tok Galaq.

Tok Galaq menghunuskan pisau tajam yang berkilat. Majit dapat melihat imej wajahnya yang terbalik sedang memandang dirinya di bilah pisau tersebut.

 

“kangkang Majit, bukak kain kamu..”

 

Seperti dipukau, Majit menurut perintah. Ayah Majit, Encik Galaktosa, hanya dapat memandang dari jauh. Dia dan orang ramai, tidak dibenarkan naik dan duduk bersama Majit. Di ruang tamu hanya ada Majit, Tok Galaq dan pisau berkilat tajam.

 

“CHAP!! Zas! Shiu! Shiu!”

 

Selesai. Majit kini sudah melangkah ke alam ‘lelaki’  secara rasmi. Dia sudah selamat berpisah dengan kulit yang menutup kepala ‘anu’nya. Majit bukan budak kecik lagi.

 

…………………………

Untuk membaca keseluruhan cerpen ini, sila muat turun “Aku Machio el Diablo” :

Himpunan cerpen tulisan Kurusawa yang memuatkan 10 buah cerpen.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hehe..tok mudim tak boleh bersunat...hehehe

    tak perlu menulis satu nama penyakit atau kecederaan di dalam tajuk eh?

  • (Penulis)
    2) itu la..aku fikir, kalu letak kat tajuk, hilang la element of surprise cerita. Lagipun, orang dah tak berapa syok nak baca, sebab dah tahu isi cerita. Tak gitu Caha dan Jojo?
  • 3) Sebagai seorang pembaca,
    Kalau pengelola kata wajib sekalipun, aku tak rasa cerpen diatas harus tukar tajuk.

  • 4) emm .. penyakit ni buatkan darah tak berenti eh? macam kena gigit lintah? hehe.
    jadi tok galaq tak bersunat sebab takut darahnya tak berhenti?

    wah ... susah jadi orang begini. kalau kena gigit lintah/pacat? dua kali lebih susah darah nak berhenti la eh :-s

  • (Penulis)
    5) Caha: memang sangatt bahaya. kalau cabut gigi pun boleh bleeding banyak dan susah nak berhenti. tapi penyakit ni penyakit genetik berkait kromosom sex. perlu homozygous recessive baru boleh dapat. masalhnya kita tau tak gf kita carrier atau tak?
  • 6) 1 in 5000 male, peh ramai tu bole kena.

    sunatless tok mudim, ironik kohkoh
  • 7) Perrgghh! tok mudim pun kulup... ni dah mcm ketam ajar anak jalan lurus... apa-apa pun taste si majit tu memang teruk... hehe... interesting story bro.
  • 8) pak kuru, biar aku teka. tok mudim masih bujang trang tangtang eyh?
    hihi!

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa