Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Encik Satria VS Cik Tomato

 

ENCIK SATRIA VS CIK TOMATO

Oleh: Noor Rasyidah binti Yusof

                “Wah.. Cik Dania, agak-agak tak teringin ke nak jemput saya makan sekali?” Dania yang sedang menyuap kentang goreng ke mulut Iqram tiba-tiba terpaku.  Aiman mengukir senyum sinis kepada pasangan itu.

                “Thanks Dania..!” Ucap Aiman, lalu berpaling mahu melangkah pergi.

                “Aiman!..I’m sorry..Ni semua tak seperti yang awak fikirkan..” Lalu Dania cuba memaut lengan Aiman. Aiman menepis. Punat alat kawalan jauh di talakan ke sebuah Satria Neo putih yang di parking di hadapan Restoran Mc. Donald itu. Langkah sengaja di lajukan tatkala Aiman merasakan Dania mengejarnya. Tiba di dalam kereta, Aiman cepat-cepat mengunci pintu, Dania cuba mengetuk-ngetuk pintu kereta itu, Cuba memaksa Aiman mendengar kata-katanya.  Aiman terus memecut meninggalkan Dania yang mematung di tempat parking itu.

                                                                                *******

                Seri khusyuk memilih tomato di bahagian sayuran di Carefour Subang itu, seperti lazimnya, Seri akan membeli tiga biji tomato dan di makan begitu sahaja. Selesai memilih, Seri atur langkah ke kaunter pembayaran. Selesai membuat pembayaran, langkah di atur ke luar dari kawasan Carefour itu, destinasi seterusnya adalah Subang Parade, Sambil berjalan, Seri sempat lagi mengeluarkan sebiji tomato dari dalam plastic, ketika Seri mahu melintas jalan untuk ke Subang Parade, sebuah Satria Neo Putih hampir melanggarnya, Seri sempat mengelak, dan Seri terjatuh di tepi jalan.

                                                                                *******

                Aiman membrek secara mengejut. Melalui cermin pandang belakang, Aiman terlihat seorang gadis terduduk di tepi jalan sambil memegang sikunya. Aiman kaget.Dia terus keluar dari keretanya untuk mendapatkan gadis tersebut.

                “Cik.. Saya minta maaf, saya tak sengaja!” ucap Aiman dalam kerisauan. Seri geleng kepala. Sikunya terasa berdenyut.

                “Saya hantar Cik Ke klinik?” Aiman mula rasa bersalah, Seri geleng kepala lagi.

                “Saya rasa Cik cedera ni..” Aiman terus memujuk. Seri memandang tepat wajah Aiman, mencari keikhlasan di wajah lelaki berkaca mata itu. Akhirnya Seri setuju, Aiman memimpin Seri ke keretanya.

                Seri ambil tempat di sebelah pemandu, tomato yang masih berada di tangannya di letakkan di atas dashboard, kemudian tangan kirinya memangku tangan kanannya yang terasa semakin sakit.

                “Saya betul-betul tak sengaja” Ucap Aiman lagi.

                “Tak apa, benda dah nak jadi, salah saya juga..” Balas Seri lembut. Sepuluh minit kemudian, mereka tiba di sebuah klinik. Seri terus di beri rawatan, Aiman tetap setia menanti di luar walau tidak di minta oleh Seri. Tidak lama kemudian Seri keluar dengan tangan berbalut. Melihat tangan Seri yang berbalut, Aiman tambah bersalah.

                “ Awak,sakit tak? Maaf ye, saya tak sengaja.. Saya Aiman Shah, panggil Aiman je, nama awak?”

                “ Nama saya Seri Nur Iman, panggil Seri je” Balas Seri lembut. Aiman angguk bagai belatuk.

                “Awak tolong hantar saya balik hostel, boleh?” Pinta Seri. Aiman angguk lagi.

                Tepat pukul 7.00 malam, mereka tiba di hostel Seri.

                “Ergh.. Aiman, thanks sebab tumpangkan saya..” Ucap Seri sambil tangan kirinya membuka pintu satria neo itu. Aiman hanya mengangguk.

                “Awak!” jerit  Aiman tatkala Seri mahu memasuki kawasan hostelnya. Seri berpaling semula..

                “ Tomato awak?” Tanya Aiman sambil memegang sebiji tomato.

                “ Awak simpanlah..” Balas Seri ringkas. Aiman angkat kening, namun akhirnya mengangguk.

                “ Nanti saya call awak ye!” Tanya Aiman lagi. Seri hanya mengangguk.

                                                                                                ********

                “Perempuan ni, dah dapat pakwe yang baikpun,sibuk nak cari lain” ucap Aiman tiba-tiba.

                “Lelakipun sama.. tak habis-habis nak cari spare-part!” Balas Seri sinis. Aiman menjeling Seri di sisi. Suasana di restoran McDonald itu riuh- rendah seperti lazimnya.

                “Betulkan, lelaki memang suka cari spare-part kan?” Tanya Seri pada Aiman.

                “Tak semualah!, kalau spare-part kereta, mungkinlah kot..” Seri angkat kening. Sengal!

                Semenjak kemalangan itu, Aiman dan Seri bertambah rapat. Ada sesuatu yang berbeza mengenai Seri di mata Aiman, Seri bukan seperti Dania, bukan juga seperti gadis-gadis yang pernah dia kenal sebelum ini.

Mata Aiman galak memandang tingkah Seri, gadis di depannya itu nampak lembut. Namun, sangat tegas dan berhati-hati dalam berkawan.

“Apa pandang-pandang?” Tanya Seri apabila sedar dia di perhatikan. Malu sebenarnya..

“Awak comellah!” Balas Aiman sambil angkat ke dua-dua kening. Seri angkat kening sebelah.

“ Seri, awak percayakan cinta?” Seri angkat kening. Aiman buat muka serius.

“ Kenapa?” Balas Seri. Aiman masih buat muka serius.

“ Saya tak percayakan cinta, saya percayakan takdir..” Aiman terkedu dengan kata-kata Seri.

“ Kenapa?Awak pernah kecewa ke?” Tanya Aiman lagi. Seri pandang wajah Aiman lama-lama. Pelik dengan sikap Aiman hari itu. Aiman angkat kening tidak puas hati.

“Ergh.. past is past.. malas dah nak ingat. Tak pentingpun..” Balas Seri sambil buat muka comelnya. Aiman mula geram dengan sikap Seri.

“Awak nak tomato?” Seri menghulurkan sebiji tomato kepada Aiman.

“Awak ni ada masalah pemahaman ke?. Dulu, SPM, bahasa Melayu fail ke?” Aiman tambah geram. Seri hanya tersenyum, terlihat lesung pipit di pipi kirinya. Seri tetap menyuakan sebiji tomato di depan  Aiman.

“ Orang lain makan strawberry ke, epal ke, awak makan tomato..” Aiman cuba menduga Seri.

“Orang yang tak makan sayur macam awak, memang patutpun di paksa makan tomato” Balas Seri sinis sambil menjeling Aiman di sisinya. Aiman terdiam. Kehilangan kata-kata.

 

*******

“Nanti saya kahwin, saya nak warna biru laut..” Ucap Seri tiba-tiba ketika mereka lalu di sebuah  butik pengantin di dalam The Mall itu. Aiman angkat kening.

“Tak cantiklaa.. kalau warna ungu, lagi cantik..” Protes Aiman kepada Seri.

“Eleh.. tak cantiklaa.. kalau saya kahwin dengan awak, bolehlah saya ambil warna ungu..” balas Seri. Aiman angkat kening. ‘ada harapan ni!’

“Kalau macam tu, awak kahwin dengan sayalah!” Aiman sudah mula senyum-senyum kambing. Seri geleng kepala laju-laju.

“Awak, saya serius ni..” balas Aiman sambil menarik tangan Seri. Seri angkat kening ala-ala the rock. Seri pandang wajah Aiman bersilih ganti dengan tangannya yang dalam genggaman Aiman.

“Opss.. sorry!” balas Aiman sambil angkat kedua-dua belah tangannya.

“Jom kita balik..” Ajak Seri tanpa rasa bersalah. Aiman hanya mengangguk. Pening menduga perasaan Seri. Gadis di sebelahnya itu memang benar-benar keras hati dan berkepala batu.

Tepat pukul 6.00 petang, mereka tiba di hadapan pintu hostel Seri.

“Seri, lepas ni.. kita mungkin tak dapat jumpa lagi..” Seri yang baru mahu membuka pintu kereta, tiba-tiba terhenti. Seri pandang muka Aiman lama-lama. Aiman masih terdiam.

“Kenapa? Awak nak pergi mana?” Seri angkat kening. Aiman tersenyum tawar.

“Saya dah nak balik kem.. cuti dah habis” Balas Aiman sambil tersenyum, sengaja mahu menunjukkan deretan giginya yang putih itu.

“Bongok!” balas Seri sambil menolak bahu Aiman. Mereka sama-sama ketawa.

*******

3 bulan kemudian

Mata Seri membutang membaca tajuk  yang tertera pada muka depan akhbar Berita Minggu itu,

DUA ORANG JURUTERBANG HILANG SEMASA MEMBUAT LATIHAN PENERBANGAN DI KUANTAN, Seri meneruskan pembacaannya hinggalah matanya terarah pada wajah yang amat di kenalinya, di bawah gambar itu tertera nama Leftenan Muda Aiman bin Azman. Seri kelu. Matanya mula berkaca-kaca.

‘Awak rasa, saya ni takdir awak ke?

‘Entah..’

Air mata Seri mula gugur. Seri mula rasa bersalah membiarkan persoalan Aiman tanpa sebarang jawapan. Termasuk pagi semalam, telah tiga kali Aiman bertanya soalan yang sama pada Seri. Namun, persoalannya tetap tidak berjawapan.

Lama Seri terduduk di birai katil, akhirnya Seri bergerak ke bilik air dan berwuduk, Seri mahu berdoa untuk keselamatan Aiman. Secara jujurnya, Seri tidak mahu kehilangan Aiman. Di sejadah itu, akhirnya air mata Seri gugur satu –persatu.

********

3 Minggu kemudian

’05 September 2010-USAHA MENGESAN 2 JURUTERBANG TUDM AKAN DI HENTIKAN’

Seri kaget membaca keratan tajuk berita di muka depan akhbar utusan Malaysia pagi itu. Pasti ramai yang kecewa dengan berita tersebut, sedang di seluruh Malaysia masih ramai yang tidak putus-putus mendoakan keselamatan dua juruterbang itu. Air mata Seri gugur lagi.

Suasana tengahari di kampung itu sunyi sepi. Sesepi hati Seri yang rasa kehilangan. Cuti akhir semester kali ini, Seri jadi sangat pendiam, di hatinya tidak putus-putus mendoakan keselamatan Aiman.

‘Dua Juruterbang TUDM akhirnya di temui selamat di sebuah pulau di perairan Terengganu, Juruterbang yang di kenali sebagai Leftenan Muda Aiman Azman dan Leftenan Muda Zarmizi  Ibrahim itu di terbangkan terus ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut..’

Mata Seri terus berkaca-kaca melihat wajah Aiman di kaca tv. Aiman nampak sangat lemah. Aiman cuba tersenyum sambil membuat ‘peace’ pabila lensa kamera di fokuskan kepadanya.

‘sengal!’ bisik Seri sendirian. Ada senyuman mula terukir di wajahnya.

 

*******

15 September 2010

Petang itu; sebuah Satria Neo Putih memasuki perkarangan rumah Seri. Seri yang berdiri di muka pintu tiba-tiba tergamam apabila bukan Aiman yang keluar dari bahagian pemandu, tapi seseorang yang tidak di kenalinya. Seri pandang lama-lama nombor pendaftaran kereta itu, WQV 111. Pandangannya bersilih ganti dengan pemandu Satria Neo itu. Pemandu itu senyum-senyum kambing.

Lima minit kemudian,pintu di bahagian penumpang pula terbuka. Seri mula mengukir senyuman. Aiman keluar dengan memegang tongkat. Seri mendekati Aiman.

“Saya ingatkan, awak drive sendiri..” Tanya Seri dengan muka tidak bersalah.

“Haish.. agak-agaklah awak, kereta  saya ni manual..” Aiman mula mengukir senyuman.

“Eh.. sekejap.. “ Aiman kembali ke keretanya, satu bungkusan di keluarkan dari tempat duduk belakang.

“Nah.. untuk awak..” Seri angkat kening ala-ala the rock. Aiman senyum sinis.

“Apa awak ingat, kat sini tak jual tomato ke?. Siap nak bagi satu plastik..” Seri mula mencuka.

“Itu lain.. ni lain..” Aiman angkat kening.

“Eh..lupa pulak, tu adik saya..  Azril, avalailable lagi kalau awak berminat” Satu cubitan hinggap di lengan Aiman. Azril yang tadinya hanya mematung, akhirnya ketawa melihat sikap keanak-anakkan Angahnya dan Seri.

“Sekejap..” Aiman tiba-tiba berdiri tegak memandang Seri.

“Seri Nur Iman, awak rasa.. Saya ni takdir awak ke?” Tanya Aiman.’tolong kata ye!’ bisik Aiman..

“ Ye!” Balas Seri sambil menagguk-anggukkan kepalanya. Aiman mula tersenyum

“ Kalau macamtu.. next week mama saya masuk meminang awak ye..” Hati Aiman mula berbunga-bunga. Seri hanya terdiam. Namun,terpancar senyuman di wajahnya. Akhirnya mereka sama-sama ketawa

 


01.45am/040111/cyida/EncikSatriavsCikTomato/cyidayusof@gmail.com

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Happy Ending..yeh yeh..
    carefour itu sepatutnya dieja Carrefour kan?
    Kalau lalu sana , singgah lah Empire Subang.
  • 2) satria dan tomato mcm tak masuk, tapi kalau dah takdir (bak kata Seri)
  • 3) salam cik cyida. tahniah untuk karya pertama di sini
    dari sudut tulisan saya lihat cik rasyidah jenis yang minat menulis dan ingin belajar. jadi di sini saya beri sedikit tips untuk penambahbaikan ok

    1. perkataan perbuatan berpangkal "di" dijarakkan. sepatutnya dirapatkan "diatur" "dilajukan."
    2. perlukan konflik cerita yang lebih kuat. jalan ceritanya baik tapi agak mendatar.
    3. ada beberapa loose end juga, seperti mengapa Dania buat begitu? dari cara dia bercakap ini bukan seperti yang aiman fikirkan, saya ingat ada sesuatu. rupanya tak ada. hehe.

    selebihnya, saya lihat karya ini adalah baik. dengan latihan yang berterusan cik cyida boleh melangkah jauh

    keep it up!
  • 4) astaga. ok maaf. pandai2 aku je kata ni karya pertama di sini. haha.
    takpe takpe. saya demam. tak berapa jelas pemandangan. ada alasan kukuh
  • 5) Maaf cik penulis, pada saya pace cerita ini sangat laju. Harus perlahankan sedikit kerana cerita ini berada dalam genre cinta bukannya thriller. Lebihkan sedikit babak melankolik dan romantis, pasti cerita ini akan jadi lebih kuat.

    Walau apa pun, ia satu percubaan yang baik. Kemanisan jalan ceritanya ada terasa.

Cerpen-cerpen lain nukilan rasyidah

Read all stories by rasyidah