Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pisang Berangan Kelapa Sebatang

 

Di sebuah kampung nun jauh di ceruk di pendalaman, terdapat sebidang tanah dimiliki oleh Haji Kamal. Segala jenis pokok dan tumbuhan pak haji ini tanam. Pokok rambutan, pokok manggis pokok buah naga. Itu belum masuk lagi pokok mempelam, ciku dan belimbing besi.

Tidak cukup dengan pokok buah-buahan tempatan, sayur-sayuran juga pak haji ni tanam. Berbudi pada tanah memang ada hasilnya.

 

Namun dalam banyak banyak pokok yang Haji Kamal ini tanam ada sebahan pohon kelapa di depan kebunya. Tingganya, cukup tinggi untuk membuatkan juara pemanjat kelapa untuk berasa gayat. Buahnya jangan cerita banyaknya. Entah berapa buah kereta yang renyuk atapnya akibat dihempap buah kelapa tua dari pohon kelapa sebatang ini. Al maklumlah, sebenarnya, dialah pohon yang paling senior kat kebun Haji Kamal nih.

 

Suatu hari yang agak tenang, dia cuba berbual denga pokok pisang berangan yang baru di tanam Pak Haji beberapa hari lalu.

 

'Pisang, bagi aku kaulah pokok yang paling malang dalam dunia.' kata kelapa dengan nada sedikit angkuh.

 

Pisang yang pada awalnya tenang melengggok-lenggokkan daunnya mengikuti bayu angin tiba-tiba berhenti. lalu dia mendongak dan bertanya.

 

'Oh ye? kenapa kau cakap macam tuh wahai kelapa? Mak serumpun aku tak pernah pula menyesal hidup.'

 

'Ish.. ish.. kasihan aku tengok nasib kau. Kau tu bila mana boleh berbuah dua kali. Bila dah berbuah esok lusa, bersiap sedia untuk tumbang le..' nada angkuh kelapa makin menjadi-jadi.

 

Merah padam pisang mendengar kata-kata pedas kelapa. Nasib baik tumbuhan berwarna hijau. Jika tidak terserlah kemerahan si pisang berangan.

 

'Bagus juga bila tau bila kita mati. Boleh lah bersiap sedia. Minta maaf apa yang patut.. Buat amal apa yang patut. Lain la kalau dah jenis tak sedar diri. Harap hidup je tinggi melampai.' jawab pisang dengan selamba.

 

Kelapa terasa dengan jawapan Pisang. Lalu dia membalas.

 

'Hei pisang! Aku lah pokok paling banyak berjasa dengan manusia tau! Daun aku guna utk buat ketupat. Hah, buah aku orang minum airnya. Siap ada isi lagi. Sabut kelapa orang buat bahan bakar. Umbut aku diorang buat makan, tombol orang makan. Apa lagi? Santan wei! kau tau tak santan tu on demand time hari raya? bersungguh kelapa membalas.

 

'Eleh, kalau kau tau kau boleh banyak berbakti, kenapa kau menyombong meninggi lagi buat apa? Lagi menyusahkan orang adalah!' Sindiran pisang tepat mengena kepada Sang Kelapa.

 

'Jealous la tuh! Wei kau apa je boleh buat? Sekadar balut nasi lemak dengan bagi buah je kau boleh buat.'

 

'Ala, kau je yang tak tau yang sebenarnya kita orang pernah berbakti besar pada rakyat malaysia tau'

 

'Apa benda?'

 

'Daun kita orang ganti kain kapan time jepun dengan batang kita orang boleh buat benteng kalau todak nak serang!'

 

Terbahak-bahak kelapa ketawa. Jika tidak kerana akar serabut kelapa yang mencengkam tanah dengan kuat, sudah tentu dia sudah merebahkan diri di jalan raya dan berguling-guling di atas jalan raya ketawa.

 

Ternyata darjatnya lebih besar dari pokok pisang. Dia puas mengenakan pisang dengan membuatnya marah. Memang jadi kebanggaan kelapa untuk menjadi pokok yang paling banyak berbakti.

 

'Dari kau ketawakan aku, baik kau istigfar dan minta maaf kat aku. Kau tuh bukannya tau bila masa nak tumbang'

 

'Rileks la, dahan aku kuat lagi nih. Kau bukannya boleh lari mana pun. Bila kau dah berbuah aku minta maaf la' kelapa membongkak.

 

'Tu la, dah cukup tinggi lampai tapi rabun. Haji Kamal datang bawa kapak berdiri bawah kau pun kau tak sedar!

 

 

'Alamak...'

 

 

-Tamat-

 

 

Moral : walaupun kita sudah banyak menyumbang dan berjasa, jangan kita meninggi diri dan lupa yang kita boleh mati bila-bila masa! ^^

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Pokok sama poko gaduh, tuan tanah kedaun juga yang untung.

  • (Penulis)
    2) cubaan awal menulis. harap tunjuk ajar ^^
  • 3) ada beberapa kesilapan hejaan ~ hehe. neway, ayat anda agak lucu juga~ ok la ni, ada style sendiri.
  • 4) good start
  • 5) penamat yang baik
  • 6) bagi saya, akupenglipur adalah penulis baru di sini yang menawar jenis tulisan yang kurang ditawar penulis-penulis lain. anda menambahkan variasi di kapasitor!

    teruskan menulis, saya suka tulisan anda.

  • (Penulis)
    7) hoh! mengkaseh baca dan komen para pengkomen ^^

    insyaAllah, akan diperbaiki mana yg patut dan terus menulis. ^^
  • 8) Salam mesra akupenglipur.

    Beberapa kesilapan ejaan membuatkan pembacaan sedikit terganggu. Susunan ayat dan pemilihan diksinya sesuai dengan tema cerita. Percubaan yang baik.

Cerpen-cerpen lain nukilan penglipur

Read all stories by penglipur