Cinta Pandang Pertama [ Euuuwww~~ =_=!]

 

"Usop bagi hadiah kat saya....." aku main dengan keychain ukiran kayu berbentuk hati itu di hadapannya. Riang. Aku betul-betul suka.


http://1.bp.blogspot.com/-eZywcByr_zM/TV0TGmU8n2I/AAAAAAAAB-Y/svIv167sSb8/s1600/DSC04749.JPG

bahan bukti utama

 

"Awak takde bagi apa-apa pun kat saya," kerut muka sengaja aku buat-buat. Sumpah! Aku memang saja nak buat dia cemburu. Cemburu dengan aku, bukan dengan Usop. Semua orang tahu kami bertiga agak rapat. Lagi-lagi Wan dan Usop.

 

http://2.bp.blogspot.com/--sNq_aJYlZQ/TV0UWALHJqI/AAAAAAAAB-c/QrE6nNn9X_A/s1600/38822_1562600424611_1223358180_1550681_549517_n.jpg

skandalisme

 

"Takpe....nanti saya bagi besar punya..." tiba-tiba dia menjawab. ".. .kat sini," dada kiri ditepuk agak keras. Merenung kosong entah ke mana, sekilas pun dia tidak menoleh. Aku yang terpacak betul-betul di hujung kepala lututnya tidak dipandang langsung! Mungkin geram, mungkin juga gementar. Hanya dia yang tahu. Dan aku sebenarnya sedikit terkejut dengan jawapan itu. Cuma sedikit...selebihnya aku anggap ia satu gurauan. Dia kan memang gila!

 

"Hey!" seraya aku menempik, sepasang mata itu beralih. Tepat menikam anak mataku; menghunus dada. Otak beku tiba-tiba. Butang mute tertekan; riuh sekeliling menjadi bisu.

 

"Kata-kata itu satu doa!" ayat seterusnya terlontar secara automatik. Cepat-cepat aku larikan kaki bersama renungan yang berbekas. 

 

Kekok. Kami tidak bercakap walau makan semeja, tak mampu bertentang mata walau duduk berdepan setengah jam kemudian.

 

Ngilu masih terasa sampai sekarang, setiap kali bayangan mata itu menjelma dalam mimpi sedar. Apakah itu maknanya cinta pandang pertama?

 

Hari-hari, berkali-kali sejak saat magis itu dibingkaikan dalam sejarah persahabatan, isu yang sama dibincangkan. Keliru.

 

http://2.bp.blogspot.com/-LMVGSiGnP7w/TV0UjSbFrSI/AAAAAAAAB-g/QrltCLYHUnE/s1600/39151_1562601184630_1223358180_1550692_5473412_n.JPG

 24 Julai 2010


Seputar penafian kau bentang

lilit terbelit telinga

aku diam mendengarkan

katalah apa saja

katakan kau tak suka

aku tetap percaya

bukan itu yang kau rasa (sebenarnya).

 

Jangan ditanya bagaimana

cetek akalku

                      tembak tembus

                                                  dalam jiwamu

ruang separa sedar bersegi lapan

terkepung memerangkap perasaan

terkam redup renungan

tertikam

mataku berkaca di balik kaca matamu.

 

Biarpun itu bukan cinta

ia tetap pandangan pertama.

 

30 Julai 2010

21:14pm

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) errrr....apekejadahnye aku wat ni? hahaha
  • 2) ewah-ewah..romantis gitu..

  • (Penulis)
    3) geli kan? haha
  • 4) ok ape?best gak..sy xpandai nk mgarang dlm bm la..xreti susun ayat..ada tips x?

  • (Penulis)
    5) errkk.....best ke? uhuhuhu....tu saje2 xde keje...lama dah tak buat keje susun2 ayat skema ni....lebih selesa dengan puisi...

    tips?? huhu.....tu patut tanya riri kot...tak pun kurusawa ke...kamalia..rebelliben...ramai lagi yang hebat tulis cerpen ni.
  • 6) rizzy jgn ditanya tau..hahhaaha. kalau nk lingkup tanya la..

  • (Penulis)
    7) excuse me....ada ke sebut nama kamu dalam senarai tu?
  • 8) disebabkn tak sebut la maka diberi warning awal2......
  • 9) hehe, cerpen yang sangat kuat emosi penulisnya. luahan dalam ayat-ayat pendek penuh makna buat yang terbabit.

  • (Penulis)
    10) ahem2.....hanya pembaca yang rasa emosi yg sama je mengerti....
  • 11) aha...! (baca cerpen ni sambil tersenyum)

  • (Penulis)
    12) hehe....thanks sbb sudi baca
  • 13) Hohoho... Seperti ulang tayang kisah cinta penulis, mungkin? Ahaks!

    Terasa perasaan yang ditonjolkan dalam cerita ini.

  • (Penulis)
    14) hahahahaha....part tu...lu pk la sendiri

    eh? perasaan apakah? huhuhu...c main hentam tulis je ni....lama giler x tulis cerpen, ni dapat tulis pun skerat je....

Cerpen-cerpen lain nukilan Kekasih

Read all stories by Kekasih