Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Bukan Cerita Benar

 

Bukan seperti hari-hari selalu, kali ini dia menangis. "Kenapa nangis ni? You okay tak? Janganlah macam ni, you taknak balik ke?",terluah semua tanda tanya. "I sedih, i layan youteruk", dia cuba menahan keperitan. Aku terdiam, ini kali pertama dia menangis di depanku. Aku terkaku sekejap, terfikir apa patut aku buat. Aku cuba menenangkan hati dia yang sedang pecah menjadi cebisan sedikit demi sedikit. "Jangan lah nangis dah. 3 minggu je kan, bukan nya i tak jumpa youlangsung. Nanti kan you cuti seminggu", aku cuba bangunkan perasaan dia yang tumbang. Dia yang hanya terus terduduk menangis buatkan aku tak terluah kata-kata. Jelas di mata nya dia hanyut dibawa arus kesedihan terpaksa meninggalkan aku.

"Nanti you balik, i spend time dengan you okay? Seminggu", sambil mencapai tangan nya untuk bangunkan dia.

Titisan yang deras tadi sudah mula mengalir perlahan. Dia semula tabah, cuba mengukir senyuman yang selalu diukir. Aku hanya mampu tersenyum melihat dia begini. Aku menghantar dia pulang dan aku pun berlalu melangkah kaki di atas jalan tar pulang ke rumah. Salakan anjing yang kuat mengganggu fikiran aku yang sejenak berfikir. Sampai sahaja di rumah, telefon aku berdering. Panggilan daripada dia. "I rindu sangat katyou". Aku bagai terpukau mendengar kata-kata itu. Jarang sekali kata-kata sebegitu indah terucap di bibir anak gadis bertubuh kecil, pendek. Aku bagai nak nangis, ingin saja aku jerit. Dia bukanlah seorang yang senang mengucapkan kata-kata yang begitu jujur. Itulah cara dia. Aku faham benar perangai dia. Tapi sejak malam semalam aku begitu pelik dengan kelakuan dia.

"Sorryi terdiam dengar you cakap macam tu", aku terus terdiam.

"I tau i tak suka cakap terus terang dengan you. Tapi ibetul-betul rindu kat you. Rindu sangat kat you". "You nangis lagi ke?", aku rasa ingin tahu. "Sikit", lekas dijawab oleh dia.

Setiap kata-kata dia membantu aku mengharungi 3 minggu tanpa dia. Dia sangat jujur dengan kata-kata dia hari ni. Jelas kelihatan dia bukanlah seperti diri nya yang selalu. Aku tergamam sebentar. Terlintas di fikiran "Apa yang buat dia jadi macam ni, aku suka". Hari-hari selalu hanya aku yang akan terus jujur dengan nya, hanya kata-kata dari aku sahaja. Dia akan terus mendiamkan diri. Tapi kali ini tidak, dia menegaskan kata-kata dia. Aku tahu dia tak mahu balik, tapi dia perlu pergi ke asrama Teknik Cheras untuk belajar. 3 minggu tanpa dia mungkin akan buatkan aku teringat tiap-tiap malam.

Seteruk mana dia pernah layan aku, seteruk mana aku pernah layan dia. Aku tak pernah terfikir nak meninggalkan dia. Jauh beza antara aku dengan dia. Tak pernah terlintas ciri-ciri sebegitu, tapi itu yang aku dapat. Tak mungkin aku akan sia-sia kan. Aku masih lagi teringat soalan yang dituju dia malam semalam.

"Kenapa you nak kat i?".

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) jadi, kenapa u nak kat i?

  • (Penulis)
    2) hahaha. sebenarnya cerita tu benar-benar berlaku.
    tapi pada siapa. biar saya seorang yang tahu. =)
  • 3) aha, adakah tajuk di atas coverline semata-mata. ok, faham

  • (Penulis)
    4) Shhh. hahaha
  • 5) Saya kira ini lebih kepada adunan perasaan yang belum lengkap dicernakan dalam bentuk cerpen. Tapi saya faham kisahnya.

Cerpen-cerpen lain nukilan ll1ll1ll

Read all stories by ll1ll1ll