Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Sentuhan Keras vol. 1

 

Memeluk tubuh merasa kehangatan pada kedinginan malam. Sekotak rokok dan secawan kopi menemani aku keseorangan. Aku hirup dalam-dalam asap rokok menambah kepuasan. Kepulan asap berarak ke luar tingkap yang dibiar terbuka. Secawan kopi terlimpah karya meresap ke dalam kepala. Menulis untuk berkongsi inti-inti kehidupan manusia.

Malam yang suram seperti hari-hari selalu, sedia termain lagu Punk yang penuh ideologi. Semangat anak muda yang dulu tumpas kini bangkit untuk bertarung dengan segala watak antagonis dunia. Dunia yang penuh kejahatan, memalapkan lampu-lampu yang menyuluh kegelapan malam. Bulan yang memantulkan cahaya hanya mampu menjadi saksi perbuatan manusia yang ditelan kejahilan dunia. Menghancurkan setiap penjuru muka bumi. Dijajah pemerintah yang pandai tapi terlalu bodoh dan angkuh.

Zaman yang tidak lagi aku percaya, aku lebih berhati-hati. Jauh di dalam hati aku mahu saja mati. Tidak ada siapa yang mahu mendengar keluhan hati aku. Arah yang harus dituju bukan lagi tempat yang harus aku pergi sekarang. Aku perlu ubah fikiran aku, semua itu tipu belaka. Tidak wujud lagi manusia yang mulia. Aku sanggup mati, kalau wujud manusia sebegitu indah dalam umat manusia sekarang. Kuala Lumur sudah tenggelam dengan arus budaya Barat. Tiada Islam dalam hati anak-anak muda Kuala Lumpur. Hanya segelintir yang masih lagi wujud. Aku malu menjadi rakyat Malaysia tapi tiada arah tuju untuk dituju. Hanya rokok dan secawan kopi tidak membantu aku. Dunia sekarang tanpa duit hilang manusia.


Aku,
Kau,
Teruskan dengan hidup aku,
Ingatan akan tetap terhadap kau.


Malam yang Berahi.

Kehebatan malam hanya di ranjang.
Kondom dan nafsu tersedia.
Menutup tirai tanda permulaan.
Diusap dengan lagu rentak perlahan.
Melepaskan semua "anak-anak katak" ke dalam "perigi".


I love you...
I miss you...
I need you...
I want you...
Only you.


Lapan Hari dalam Seminggu

Kalau ada lapan hari dalam semingu. Aku sudah tentu ada lebih masa untuk terus menulis. Hanya alasan kerana ketandusan idea.


Cinta Pertama

Tidak pernah ada cinta pertama yang kekal. Waktu itu, ibarat pengalaman untuk mengenal isi hati sendiri. Banyak kesilapan wujud pada cinta pertama. Saat itu kita tersedar daripada igauan yang cinta itu sentiasa indah. Saat itu mula sedar kesilapan masing-masing untuk diperbaiki kemudian hari. Kesilapan hanyalah jawapan kepada soalan dalam diri sendiri.


Aku akan tetap menjadi aku
Kau akan tetap menjadi kau
Tiada apa yang berubah
Tiada apa yang akan diubah

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) selagi masih hidup, masih ada harapan. bukan semua org tak boleh dipercaya
    menunggu tulisan saudara lagi

  • (Penulis)
    2) hahaha. cuma luahan kata-kata.
    terima kasih sebab bagi feedback yang membangun. masih baru dalam penulisan.
  • 3) bila cinta tu susunan prioritinya betul. paling tidak yang teratas. maka deretan seterusnya akan automatik berpaksi pada pancang yang betul.
  • 4) Ah, perasaan itu memang sesuatu yang sukar ditafsir. Hari ini ia datang, esok mungkin pergi.

Cerpen-cerpen lain nukilan ll1ll1ll

Read all stories by ll1ll1ll